Menang Giveaway Produk Skincare FromNature

Assalamualaikum semua. Beberapa minggu yang lepas kinah ada join giveaway di facebook. Ala saja-saja je join isi masa lapang hehe. Tak sangka pulak dalam ramai-ramai yang join, kinah yang terpilih. Terima kasih pada kak Iena Eliena dan penaja utama iaitu 11 Street untuk hadiah yang awesome ni. 

Korang mesti nak tahu hadiah apa yang kinah dapat, paling best kak Iena sendiri yang hantar hadiah ni sebab kebetulan masa tu kak Iena nak balik kampung di Batang Kali. Haa sekali jalan la tu.

Menang Giveaway Produk Skincare FromNature

Oh ye selain produk FROMNATURE, kak Iena selit sekali losyen daripada Enchanteur, wahhh best la losyen yang ni, kinah takda lagi yang ni. Boleh buat koleksi yang sedia ada tu hehe.

Selain produk tu, ada lagi kak iena selitkan antaranya sos Nando Peri Peri Hot. Haaa hat ni kinah dah selamat guna untuk makan tengahari semalam. Pantas ko ye kinah. Kinah google resepi ayam panggang ala ala Nandos. Mujurlah jadi resepi tu. 

Menang Giveaway Produk Skincare FromNature
Ni kejadian dalam pemanggang

Menang Giveaway Produk Skincare FromNature
Ayam panggang ala Nandos dah siap

Ok lah itu saja kinah nak share untuk kali ni. Oh ye nanti bila dah try produk FROMNATURE tu nanti kinah review ye. Tunggu tau.......

Post a Comment

5 Comments

  1. congrats menang .. produk pun menarik kan... tapi makanan tu nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Wow.. congratulations kinah. Sos nandos Tu xtahan...nampak sedap 😍

    ReplyDelete
  3. sedapnya sos peri-peri Nandos! Mesti berselera makan ayam panggang tu kan. Tahniah kinah!

    ReplyDelete