Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni

Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni | Biasalah hidup ni tak selalunya ceria, kadang-kadang ada suka, kadang-kadang berduka. Kita tak boleh biarkan diri tu sedih atau kecewa berpanjangan, tak elok untuk kesihatan diri korang tu. Apabila ada perasaan seperti tu, kita sepatutnya bijak mengatasi perasaan negatif itu daripada berlanjutan. Jika masalah seperti ni masih berlarutan, mungkin akan memberi kesan lebih buruk kepada diri korang tu. Guys, life must be go on. Cerita yang lepas usah dikenang lagi.
Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni, bersedih
No sedih-sedih ok. Ni kinah nak kongsi tips dengan korang bila korang bersedih.

1. Latih Minda Lupakan Kenangan Pahit
Perasaan sedih dan kecewa biasanya dikaitkan apabila kita sentiasa teringat kembali kenangan silam yang pahit ataupun yang menyedihkan. Kisah yang lalu, biarkan ia berlalu dan jangan dikenang. Iye kinah tahu, bukannya mudah nak lupakan semua tu. Semuanya ambik masa nak lupakan semua tu. Tapi kalau korang masih teringat-ingat semua kisah lalu siapa yang sakit hati? Bukan ke Kita kan. Orang tu pulak tengah bergembira. Korang kena tekad untuk lupakan semua perkara yang berlalu dan perlu fokus untuk masa depan. 

2. Buang Sikap Risau
Perasaan risau ni yang buatkan kita rasa tak tentu arah dan sedih. Korang kena buang jauh-jauh sikap tu kerana ia memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Cuba belajar untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi.

3. Belajar Bersyukur
Apa yang kita ada, kita kena bersyukur. Ucapkan syukur tu dengan hati yang ikhlas. Mungkin dengan cara ni akan membantu korang untuk lebih menghargai. Biarlah ucapan syukur tu meresap ke dalam diri dan menjadikannya satu kebiasaan.

4. Belajar Jadi Pemaaf
Bila kita belajar memaafkan orang yang pernah buat salah dengan kita, kita akan dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi yang negatif. Rasa kecewa kita akan bertambah apabila kita tidak dapat memaafkan kesalahan diri dan juga orang lain. Kita perlu terima hakikat bahawasanya, tidak ada insan yang sempurna di dunia ni. Jadi, cuba belajar memaafkan dan kembalikan ketenangan dalam diri.

5. Senyum dan Ketawa
Senyum dan ketawa ni merupakan pengubat hati yang duka lara. Cuba hiburkan hati korang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan kesedihan korang tu seperti peegi bercuti dengan kawan-kawan dan korang juga perlu berada bersama dengan mereka yang sentiasa positif dan bukannya menambahkan tekanan yang sedia ada.

6. Bina Minda Positif
Ada ketika memang ada perkara yang tak mungkin boleh kita elakkan dan mungkin perkara tu membuatkan kita lebih sedih dan kecewa. Namun, korang cuba alihkan perasaan negatif tu dan cuba fikirkan yang baik-baik saja.

7. Cekalkan Hati
Semua perkara memerlukan kesabaran dan kecekalan hati yang teguh. Oleh itu, bentuk jiwa korang supaya mempunyai kesabaran yang tinggi dan dapat mengawal emosi serta menerima dengan redha. Ada kalanya dugaan yang dihadapi adalah untuk menguatkan lagi semangat dan menjadikan diri kita lebih matang untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

7 comments:

  1. Tips yang berguna ,
    Memanjang sedih tak boleh juga kan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas info bermanfaat nih. Kengkawan jangan sedeih lama2 tau.

    Jemput join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana.

    https://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2018/11/segmen-bloglist-2019.html

    ReplyDelete
  3. thanks kinah untuk tips ni. Kadang masa sedih ni lah kita hilang punca

    ReplyDelete