Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE

Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE | Siapa yang tak kenal dengan jenama Anchor iaitu sebuah jenama perkhidmatan makanan yang terkenal dari New Zealand. Kini jenama ini begitu popular dalam kalangan tukang buat kek dan pastri. Hmm mungkin ada yang tak tahu, kini Anchor Food Professionals menjadi perunding bergerak dalam mengeluarkan produk dan juga citarasa baru kepada chef, perkhidmatan katering, hotel, kafe dan sebagainya. 
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Berikutan kejayaan kempen sebelum ini iaitu Say Cheese, PizzArt, dan Anchor Travel Cake, kini Anchor Food kembali dengan kempen baru iaitu MOODMOJEE yang baru dilancarkan baru-baru ni, kinah berkesempatan mencuba beberapa jenis minuman tenusu yang dapat membangkitkan mood korang di dua outlet di negeri Perak satu di Family Confectionery Kampar dan satu lagi di The Baker's HUT di Seri Manjung Perak.

Ahaaa minuman ni kalau korang nak tahu sebenarnya diilhamkan oleh Asian Cheese Teas, Jack Tan iaitu Associate Foodservice Director. Menurut beliau "Kami begitu memahami apa yang boleh dibuat dengan menggunakan tenusu daripada segi rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui bentuk minuman mahupun kek. Mengikut tradisi, produk tenusu begitu popular di pasaran Barat, tetapi untuk kali ini kami ingin mencuba dengan bahan-bahan tempatan yang sedia ada untuk menghasilkan rasa dan rupa Asia"

Kempen Moodmojee ini berlangsung dari bulan November 2018 hingga Januari 2019 di seluruh Malaysia melibatkan pengusaha makanan dan minuman terpilih. Haaa teruja kome dengan variasi minuman ni kinah suka sangat dengan rasanya yang tak terlalu manis.
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Di atas kinah ada mention yang kinah ke dua outlet yang terdapat di Perak. Outlet pertama yang kinah terjah dulu bersama rakan blogger lain ialah Family Confectionery di Kampar. Family Confectionary Kampar ni terletak di Taman Bandar Baru Kampar, tak jauh dari Pekan Kampar. Kalau tak pasti korang boleh guna Google Maps. Di sini, kami berpeluang mencuba dua jenis minuman tenusu iaitu White Chocoffee dan juga Lemon Mint Meringue.

White Chocoffee
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
White Chocoffee - Rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan juga mentega kacang.
Produk Anchor yang digunakan - Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese, Anchor Whipping Cream
Dicipta oleh: Chef Ichiro
Outlet: Gafe Kafe, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Family Confectionery, Baker's Hut

Lemon Mint Meringue
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Lemon Mint Meringue - Sejenis minuman ais blended yang kaya dengan lemon mint vanilla bersama biskut perisa lemon, lemon candy orange candy.
Produk Anchor yang digunakan - Anchor Whipping Cream
Dicipta oleh: Chef Firuz
Outlet - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery

Selepas kami sajikan dengan dua jenis minuman yang ada di Family Confectionery Kampar, kami dibawa ke The Baker's Hut dengan menaiki van yang disediakan ke Seri Manjung. Perjalanan kami dari Kampar ke Seri Manjung mengambil masa kira-kira lebih kurang satu jam.

Setelah tiba di The Baker' Hut, kami disajikan pula dengan dua jenis lagi minuman iaitu Kayanika Fusion dan Pom & Grey Twist.

Kayanika Fusion
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Kayanika Fusion - Gabungan lapisan manis dan berkrim dengan sang kaya tradisional, gula melaka, pulut dan kacang merah.
Produk Anchor yang digunakan - Anchor Whipping Cream
Dicipta oleh: Chef Firuz
Outlet - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionary, The Baker'Hut

Pom & Grey Twist
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Pom & Grey Twist - Rasa Tea Keju yang unik dan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi dengan krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko
Produk Anchor yang digunakan - Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream
Dicipta oleh - Chef Ken
Outlet - Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu's Cafe, Lucy Bean, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, The Baker's Hut

Untuk pengetahuan korang, kami berpeluang merasai 4 jenis minuman sahaja daripada 6 minuman yang diperkenalkan.

2 lagi minuman yang diperkenalkan ialah:

Tangy Brew
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Tangy Brew - Kopi pekat dan sejuk dihiasi dengan lapisan krim yang cair serta busa keju krim.
Produk Anchor yang digunakan - Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream
Dicipta : Chef Ken
Outlet - Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafe, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu's Cafe, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, Family Confectionery

Yuzu Chocolate Surprise
Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE
Yuzu Chocolate Surprise - Gabungan manisan coklat dan yuzu citrusy yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise merupakan campuran coklat ais dengan yuzu puree dan dibibir gelas pula disaluti dengan salt lemon cooling candy.
Produk Anchor yang digunakan - Anchor UHT Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream
Dicipta oleh - Chef Ichiro
Outlet - Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafe, Delight Factory, Chiu's Cafe, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf
Korang yang stay di Perak dan nak merasai minuman istimewa ni, korang boleh terus ke outlet yang kinah sertakan alamat di bawah

Family Confectionery Kampar - 2233, Ground Floor, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900, Kampar Perak.

The Baker's Hut - Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung Perak.

12 comments:

  1. Jenama anchor ni memang dha terkenal dikalangan mereka yang suka buat pastry dan kek kan? TB belum berpeluang guna lagi jenama anchor ni.. tapi memang dah biasa nampak dipasaran.. wah.. boleh buat ais blended guna produk anchor ni jugak ye.. nyum2.. terliur tengok semua

    ReplyDelete
  2. glad to found your post here, follow your gfc, mine is namesherry.com.
    I like food and beverage and these pics sure make me hungry now. I didn't know we can have this nice beverage,I wanna tell my friends of this too. I can't think of which drink to get start now.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya tengok! Mata dah tertumpu dekat chocofee dan yuzu choc tu. Uish! Marvelous! Ngences je rasa. Almaklum chocolate lover. Hihihi. Bila nak merasa ni? ��

    ReplyDelete
  4. Hmmm..sedapnya,kak dah minum air dis,memang sedap dgn kaya dan creamnya dan pelbagai rasa.

    ReplyDelete
  5. Dah rasa yuzu chocolate tu mmg sedap. Tapi lemon mint meringue takde kat jb.huhu. so tak dapat nak rasa. Curious jugak nak tahu.

    ReplyDelete
  6. omg siapa tak suka minuman macam ni.. sedap sangat. lagi best klau bahan asasnya tu sedap dan berkualiti macam anchor.

    ReplyDelete
  7. Alahai menggodanya air air tu semua kinah oi. Presentation je pun dah sedia sedap mata memandang. Apa ntah lagi rasa dia kan. Paling kak ana nk cuba rasa ialah YuZu choc suprise tu sebab baca ramai kata sedap.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah kinah.. tergoda tengok semua minuman tu.kalau kak liez memang akan minum banyak yuzu chocolate suprise la.nak kenangak cuba minuman2 ni

    ReplyDelete
  9. Semua minhman nampak sedap .Siap moidmojee gitu .Tapu sayang tak ada area Seremban kalau ada memang akak terjah. Nak juga rasa kan .

    ReplyDelete
  10. OMG the MOODMOJEE campaign logo is so cute and happy smiley face. I like the MOODMOJEE drinks a lot. I wish they continue to offer it because they are really yummy

    ReplyDelete
  11. menariknya semua menu minuman..bestnya kalau dapat rasa.

    ReplyDelete