Thursday, 3 January 2019

Kesan Solekan Lebih Mudah Ditanggalkan Apabila Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Kesan Solekan Lebih Mudah Ditanggalkan Apabila Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser | Cuba korang periksa balik beg make up korang tu, mesti penuh dan banyak sangat barang make up dengan cleanser, foundation, serum, bedak,  lipstick ehh macam-macam la sampai tak boleh nak zip beg tu. Hmm takpe lepasni korang dah tak payah dah nak angkut banyak-banyak. Jimat ruang beg tu tau. Jadi ruang yang ada tu bolehlah simpan barang yang lain. Dah bukak cerita hal kecantikan ni, sebenarnya kinah nak kenalkan dengan korang satu lagi produk terbaru keluaran Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser haa kiranya 2 in 1.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Apa yang menarik dengan Pore Purifying Serum Cleanser

Seperti yang kinah beritahu di atas tadi, Pore purifying serum cleanser ni bertindak dalam 2 fungsi iaitu mampu menanggalkan kesan make up kita tanpa mengeringkan kulit dan bertindak sebagai pembersih mampu mengimbangi kadar PH supaya kulit akan kelihatan lebih segar. Lebih menarik lagi, formula serumnya dapat membantu mengecilkan liang pori kita. Memang best okeh. Lepas cuci je muka dengan Serum Cleanser kulit rasa lebih bersih. Sekarang ni pergi mana-mana je memang bawak cleanser ni.

Packaging yang lebih menarik dan nampak natural akan membuatkan korang jatuh cinta pandang pertama dengan serum cleanser ni.

Bahan Utama Althea Pore Purifying Serum  Cleanser

Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Antara Bahan Utama
Ekstrak Daun Pudina - menyejukkan kulit dan melegakan kerengsaan 

Minyak Benih Jojoba - memberi kelembapan kepada kulit yang kering

Ekstrak Daun Teh Hijau - mempunyai sifat antibakteria yang dapat membersihkan kulit.

Kandungan lain
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Cara Penggunaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser
 Sebenarnya ada dua cara tau
1. Makeup Removal
  • Titiskan sedikit Althea Pore Purying Serum Cleanser ke tapak tangan
  • Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah
  • Bilas dengan air bersih
2. Pembersih
  • Lembapkan wajah dengan air
  • Letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan
  • Urut secara perlahan ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat
  • Bilas dengan air bersih
Seronok sangat bila muka dah bersih dari kesan makeup. Jimat masa pulak tu. Korang bila lagi? Haa dapatkan sekarang juga tau, lepasni tak payah dah nak cuci makeup guna tisu basah lagi, lepastu nak guna pembersih pulak. Hmm leceh.

Kinah bagi ratings ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.

Korang yang berminat nak dapatkan serum cleanser awesome ni boleh layari laman web Althea >> https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser

Harga RM33.00 (150ml)
 

16 comments:

  1. Lebih mudah kan sekarang ni.. Macam-macam ada... Dan, produk althea memang serasi juga dengan LeYa... Best!

    ReplyDelete
  2. wahhh... senang nak buang makeup lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Kak liez suka giler ngan pore cleanser ni... macam tak kisah klau nak cuci mekap hari2.. hihi

    ReplyDelete
  4. Senang betul bila pakai cleanser nie, takdelah nak tonyoh muka kita dengan kuat untuk tanggalkan mekap.. hihi

    ReplyDelete
  5. althea mmg bagus ye ramai feedback posotive

    ReplyDelete
  6. bestnya... teringin nak try barang althea ni

    ReplyDelete
  7. terlebih suka dah dengan produk ni.. Memang best..

    ReplyDelete
  8. Wah ada dua function .. Makwup remover n cleanser . Mudah jugak ni

    ReplyDelete
  9. 2 dalam 1, thanks berkongsi info ni

    ReplyDelete
  10. senangnya! nampak betul betul bersih pulak tu

    ReplyDelete
  11. wahhh ni menarik ni. lisa guna yang garnier micellar pink tu je. ermm kene try ni! hehe

    ReplyDelete
  12. whoaa sangat menarik! harga pun okay tak mahal sangat2 :D

    ReplyDelete
  13. Bagus lah produk nih senang nak dibawa berjalan.

    ReplyDelete
  14. Macam best je. Boleh try nanti :)

    ReplyDelete