Itinerary Trip ke Thailand Part 1

Itinerary Trip ke Thailand Part 1 | Semuanya kami plan last minit termasuklah buat passport. Haha memang sungguh kerja gila. Pada mulanya kami cuma nak hadiri majlis perkahwinan adik kawan baik kinah masa sekolah teknik dulu di Baling. Lepas salam dan berselfie berdua, kinah dan suami decide nak pergi Thailand pada malam tu jugak.

Itinerary Trip ke Thailand Part 1


Dah alang-alang ke Kedah why not kami ke Thailand dah dekat dengan sempadan kan. So, lepas saja balik kenduri, suami kinah terus drive ke Alor Setar. Nak kejar UTC Alor Setar untuk buat passport. Masa di UTC, tak usah cakap la umat masa tu. Ramai sangat yang nak buat passport sampai ada yang berbaris di luar. Confirm semua tu nak pergi bercuti ke Thailand.

Passport kami akan siap dalam tempoh sejam, masa nak tunggu passport siap kami pergi makan dulu di bangunan bersebelahan dengan UTC Alor Setar. Passport kami siap tepat pada pukul 9.30 pm itupun pegawai imigresen kata kalau kami lewat beberapa minit memang tak dapat la passport kami pada malam tu.

Haa passport dah siap, apalagi kami gerak ke Changlun nak buat insuran kereta pulak untuk masuk ke Thailand. Kinah terus set google maps nak ke Changlun, sebab dah malam kan so tak berapa nampak jalan. Entah apa-apa la goigle maps bawak kitorang padahal setting dah betul dah. Menyesal pulak tak masuk tol haha. Kami sampai ke Changlun dalam pukul 11.00pm. Punya la cari kedai yang buat insurans tu, akhirnya jumpa jugak satu kedai yang bukak. Itupun kalau nak diikutkan dah nak tutup dah. Dah rezeki kami dapat jugak buat insurans. 

Bila nak masuk Thailand ni, minyak kena la isi penuh sebab harga minyak kat sana boleh tahan jugak mahalnya. Haa kami mencari pulak stesen minyak. Ada tu memang ada, tapi kena que panjang. Suami pun redha je la tunggu que masa tu. Okay dah settle semua, passport dah buat, insurans pun dah buat, minyak pun dah penuh apa lagi terus la ke Bukit Kayu Hitam. Masa tu baru la usha booking.com nak cari hotel. 

Sampai je Bukit Kayu Hitam, pegawai AKSEM tahan kami. Katanya pintu sempadan dah tutup. Kami lewat 20 minit katanya. Alaaaa tak dapat jugak nak masuk Thailand malam tu. Nampak kekecewaan muka suami masa tu. Dah la penat kejar sana kejar sini last tak dapat masuk malam tu jugak. Kinah pujuk suami, ada hikmah semua tu. Jadi, nak tak nak kami terpaksa patah balik ke Changlun cari hotel untuk tidur. Takkan la kami nak tidur dekat pintu sempadan tu pulakkan.

Esokknya selepas subuh kami gerak ke Bukit Kayu Hitam. Masa tu tak sesak sangat. Jadi, prosesnya lebih cepat. Masa nak lepas border Malaysia tu, pegawai Imigresen cuma tengok muka saja dari dalam kereta, tapi bila di border Thailand semua kena turun untuk scan muka.  Siap bahagian passport kena laporkan diri untuk isytihar kereta pulak dan buat pemeriksaan. Okay dah settle semua welcome to Thailand.

Itinerary Trip ke Thailand Part 1

Haaa sampai je Danok, perkara pertama kami cari Sim Card Thailand untuk memudahkan perjalanan kami sepanjang di Thailand. Pada masa yang sama juga, suami kinah tukar duit di situ. Hmm RM1100.00 bersamaan dengan 8000 Baht keh keh keh banyak jugak la tu. Ok lah nanti kinah sambung cerita lagi perjalanan kami ke Songkhla pulak ye. (Masa ni tak banyak sangat gambar sebab dah malam)


Post a Comment

13 Comments

  1. Singgah malam :)

    ReplyDelete
  2. alahai..rajinnya dia msk thai..kita yg dkt pun mls nak masuk..haha

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya bercuti ke Thailand.. btw happy new year 2019

    ReplyDelete
  4. bestnya holiday kat thailand...

    ReplyDelete
  5. masuk dlm wishlist...mmg tgh plan nak g

    ReplyDelete
  6. pergi thailand tak pernah tak best , syurga makanan

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai lagi ke thailand. huhu

    ReplyDelete
  8. feii cuti sem ni nak pergi hatyai pulak hehe

    ReplyDelete
  9. lum pernah sampai thailand lagi hihi

    ReplyDelete
  10. tak pernah ke sana lagi walaupun dah lalu kat sempadan

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi pergi Thai :)

    ReplyDelete
  12. aida nanti kalu berpeluang ke utara, just nak masuk ke danok je, kinah.
    nak makan tomyam kat situ. hadoi sedap!!!
    walaupun kat danok jer, terasa mcm da sampai seluruh thailand.

    ReplyDelete