Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia

Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia Bila sebut je Printcious, kebanyakannya ramai yang dah tahu betapa bagusnya servis daripada Printcious ni. Kinah pernah menggunakan servis mereka dan sememangnya servis mereka ni tiptop. Hmm mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ni masih "blur" lagi apa tu Printcious?
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Okeh, kalau nak tahu Printcious ni merupakan satu website yang dapat mengabdikan segala kenangan manis yang kita alami dengan menggunakan cawan ke baju, canvas, cushion, keychain dan pelbagai lagi yang korang boleh pilih, ehh ikut suka korang la nak yang macam mana. Pilih je. Apa yang penting kita sendiri boleh design apa yang kita nak. Haaa menarik kan. Kot kot nak bagi hadiah kat someone tapi tak tau nak bagi apa, haaa printcious kan ada☺

Tak kreatif nak design sendiri? Takpe, tak usah risau, korang boleh je guna design yang sedia ada, cuma korang edit gambar dan tulisan je la. Boleh je buat macam tu. Nak mudah kerja edit ni mungkin guna pc atau laptop lebih baik. Ni pendapat kinah la.

Disebabkan baru-baru ni kinah pergi bercuti rasanya tak salah kot nak order satu canvas untuk mengabdikan kenangan kami masa bercuti dan kinah cadang nak guna gambar Thahirah yang kinah rasa gambar paling unik dan mahal. Adik kinah baru je bagi hari tu. Ehh elok sangatla tu. Kalau dulu kinah order cushion. Haaaaa kali ni kinah nak order canvas pulak. Nanti kita tengok hasilnya.....

Macam Mana Nak Buat Pesanan Dengan Printcious

Hmmm mudah je korang. Hanya 4 langkah je,  pilih produk apa yang korang nak kemudian upload gambar yang korang mahukan dan edit-edit sikit kot kot nak tambah nama ke, sticker ke, lepastu hantar je la pesanan tu dan buat bayaran.. Siap dah. Tunggu je la orang hantar nanti. Mudah je.

Tak berapa jelas kan? Takpe kinah bagi contoh dengan gambar, mungkin korang boleh nampak macam mana proses tu.

1. Log In atau Register Terlebih Dahulu 
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Disebabkan kinah pernah register dulu, so tak payah nak register sekali lagi. Cuma Log In saja dah jimat masa di situ. Bagi yang baru nak mendaftar, korang boleh je nak register via facebook, lagi mudah.

2. Pilih Produk yang mana korang nak, kinah tadi pilih canvas
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Ni antara sebahagian produk-produk yang ada di printcious, kinah pilih canvas, so klik saja canvas. Korang boleh scroll lagi di bawah untuk lihat produk yang ada.

3. Selepas klik produk akan keluar seperti di bawah
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Di sini kinah kena buat pilihan sama ada Square ataupun Rectangle. Disebabkan gambar yang kinah pilih tu jenis landscape, so kinah ambik rectangle. Sepertimana yang korang tengok untuk rectangle ada 3 saiz yang boleh dipilih iaitu 30cm x 20cm, 45cm x 30cm, 60cm x 40cm. Nak besar, pilihlah saiz yang besar. Harga bagi setiap saiz pun berbeza. Macam kinah, kinah nak design sendiri gambar kinah. Jadi, kinah pilih design your own

4. Boleh mula design atau pilih saja design sedia ada
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Hah dah pilih dah nak yang mana, so kinah pilih saiz siap-siap takut terlupa. Setiap saiz turut dipaparkan dengan harganya sekali. Tunggu apa lagi jom kita mula design gambar sekarang. Pilih gambar yang cantik-cantik tau hehe.

5. Boleh mula design yang korang nak
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Di sini korang boleh edit nak tambah tulisan ke apa, macam kinah gambar ni kinah tak nak tambah apa-apa tulisan pun. Biar gambar berbicara... haaa giteww. Kinah cuma edit gambar tu ngam ke tak ngam tu je dan pastikan design korang tu berada dalam garisan hijau. Kalau terlebih dari garisan tu nanti tak cantik pulak canvas korang tu. Dah siap design semua, bolehlah klik Done.

6. Boleh lihat hasil design di sini
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia
Haaaa tengok tu hasilnya, mudah je sebenarnya nak buat. Puas hati dengan design tu? Tak puas hati korang boleh edit sekali lagi sampai la korang puas hati. Dah siap tu semua jangan lupa klik Add to Cart ye.

7. Lepas klik Add to Cart tadi, korang akan di bawa ke sini
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia

Haaa di sini korang boleh check semula, betul ke amaun tu, kalau ada baucer masukkan baucer tu semua. Siap tu semua boleh klik Check Out. Oh ye untuk pembelian RM60.00 ke atas, penghantaran adalah percuma (sentiasa tengok promosi)

8. Di sini korang kena isi detail untuk proses penghantaran
Printcious | Gift Shop Dalam Talian Terbaik Di Malaysia

Selesai isi semua maklumat, tiba masa untuk membuat pembayaran.

Cara Pembayaran Untuk Pesanan Printcious

Ada dua kaedah pembayaran, sama ada melalui online banking ataupun Cash Deposit Machine atau ATM. Kinah biasanya buat pembayaran melalui online banking saja, lebih cepat dan mudah. Kalau korang takde akaun online banking, korang boleh guna kaedah manual dan korang boleh rujuk di SINI. Penghantaran dibuat oleh kurier ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta antarabangsa. Oh ya sebelum kinah terlupa printcious sekarang dah ada di Australia dan Singapore tau.

Haaa macam mana? Ada idea dah nak pilih yang mana. Mudah je kan. Ok la itu je setakat ni . Nanti bila dah sampai canvas tu nanti kinah share dengan korang ye.

Untuk dapatkan maklumat lanjut korang boleh layari website yang kinah lampirkan di bawah.
Website : www.printcious.com/my

10 comments:

  1. mmg bagus printcious ni..last buat cawan dan bantal dgn gambar family..mmg menarik!

    ReplyDelete
  2. lisa baru je guna web ni haritu utk buat hadiah cg cg sebagai gift sblum kuar sekolah! hehe such an amazing web and penyelamat bila tk thu nak bgi hadiah ape.

    ReplyDelete
  3. best website ni.. byk dah buat diy sini..

    ReplyDelete
  4. smakin bkembang printcious ni, suka bila dpt design sndiri hihi

    ReplyDelete
  5. wah menariknya! Nak cuba jugaklah..

    ReplyDelete
  6. Geram tengok, okay nak gi terjah juga lah banyak gambar tahun lepas belum abadikan sebagai kenangan, hehee

    ReplyDelete
  7. Senang sangat nak beri hadiah kat orang or diri sendiri sekarang nih. Tak payah pening2. Jom skodeng jom.

    ReplyDelete
  8. suka sgt klau dapat buat custom hadiah utk org tersayang.. boleh buat mcm-macam.

    ReplyDelete
  9. lepasni bolehlah diy baju sendiri.

    ReplyDelete