Breaking

Monday, 4 February 2019

Keputusan Anugerah Juara Lagu 33

Sana sini orang bercerita pasal Anugerah Juara Lagu tadi. Kinah ni bukak je tv tu tapi tak berapa sangat layan AJL tu sebab Thahirah ajak main. Layankan je la si kecik tu. Kekadang tu ada la jugak jeling jeling tengok persembahan artis-artis yang bertanding. So far ok je persembahan semua. 


Lepas habis main dengan Thahirah, belek sekejap phone, mak aii cepat betul page page terkenal update mengenai AJL terutamanya persembahan Sufian Suhaimi aka baby Pian, eh betul ke ejaan tu? Sorry la ye kalau salah eja. Bila baca komen-komen netizen rata rata semua sedih dengar lagu Di matamu tu dan memang patut layak menang persembahan terbaik. Dah rezeki beliau menang malam ni.

Pengacaranya pulak, memang ngam sungguh. Memang kena dan serasi sangat gandingan Alif Satar dan Sherry Alsendat ehhh Alhadad. Tadi rasanya ada dengar Sherry sebut Alsendat hehe. Telatah dua orang ni memang buat orang tak kering gusi. Good job guys.

Mengenai persembahan pembukaan tu, ramai yang kata kelaut, ingatkan kinah sorang je rasa macam tu. Entah kenapa macam kureng sikit persembahan kumpulan Search pada malam ni, dan selingan pun macam tak best.

Cey cey banyak betul komen kan. Apa apa pun tahniah kepada semua yang bertanding.

Keputusan Anugerah Juara Lagu 33

Juara: Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Tempat ke 2: Bunga - Ara
Tempat ke 3: Sampai Bila - Misha Omar
Vokal Terbaik: Sampai Bila - Misha Omar
Persembahan Terbaik: Di Matamu - Sufian Suhaimi

6 comments:

  1. Persembahan baby pian memang wow. Patut pun menang persembahan terbaik. Hehe.

    ReplyDelete
  2. semua yg menang memang patut menang.
    sesuai dgn kemenangan.
    pian memang betul trending 2-3 hari pastu.
    rezeki dia.

    ReplyDelete
  3. Tahniah semua pemenang. Anda memang layak untuk menang !!

    ReplyDelete
  4. persembahan pian sampai
    sekrg org dok tgk kat youtube

    ReplyDelete