Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Thahirah kalau ajak mandi, memang laju je. Tambah bila ada mandian dari Carrie Junior, lagi dia suka lagi lagi mandian Carrie Junior ni kaya dengan bubble, hmm lagi lama la dia nak main berendam dalam bilik air tu. Oh ye, baru-baru ni Carrie Junior ada launch produk baru tapi kali ni dalam bentuk Bubbly Bar.

Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Carrie Junior merupakan sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak telah memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan Carrie Junior Bubbly Bar. Produk Carrie Junior Bubbly Bar baharu ni memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D Carrie yang timbul di permukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.

Carrie Junior Bubbly Bar merupakan sabun Gilserin, yang mana ianya menjadikan kulit menjadi lebih lembut berbanding dengan kebanyakan sabun. Gliserin berasal daripada minyak tumbuhan semulajadi, disebabkan itu ianya menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan supaya kulit kekal lembap.
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Gliserin yang terkandung di dalam Carrie Junior Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. Ibu bapa usah bimbang dengan kualiti produk Carrie Junior Bubbly Bar ini kerana ianya telah diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit apabila digunakan bersama air.

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Penggunaan Carrie Junior Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lebih lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

Carrie Junior Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian Carrie iaitu
  • Groovy Grapeberry
  • Cheecky Cheery
  • Double Milk
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Masa Mandi Thahirah Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar
Carrie Junior Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungab semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrien untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Kini, kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana Carrie junior Bubbky Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. Carrie Junior Bubbly Bar (100g) boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara dengan harga RM4.00 di Semenanjung Malaysia dan RM4.20 di Sabah dan Sarawak

Post a Comment

2 Comments

  1. mesti wangi gilerrr sabun ni ekkk

    ReplyDelete
  2. best la thahirah main sabun best carrie junior..klau anak akak mesti cepat haus sabun tu

    ReplyDelete