Wednesday, 27 February 2019

Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim

Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim | Pada minggu lepas, kami sekeluarga turun ke Tanjung Malim. Itupun suami yang ajak sebenarnya. Katanya nak makan kat kedai makan Mamat Khalid. Kinah tanya la mana tahu pasal tu? Katanya rakan sekursus yang bagitau. Katanya nak merasa. Ok lah ikutkan je la dah orang tu yang nak belanja makan dekat kedai artis ni.
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Sarang Art Hub Cafe dari pandangan tepi
Kitorang sampai masa tu dah petang. Lebih kurang pukul 5 macam tu la. Keadaan kedai masa tu agak lengang. Kami je pelanggan masa tu. Kalau malam mungkin ramai lagi kot. Masuk je ke sini, korang akan dihidangkan dengan hasil seni mural dan juga barangan lama. Serius menarik la jugak. Tempat makan kami pilih di bahagian dalam. Sejuk sikit ada aircond. Nak duduk luar panas pulak masa tu.

Tak banyak gambar yang kinah tangkap pada masa ni sebab keadaan cuaca yang agak panas pada masa ni. 

Perut dah berkeroncong dah ha, apa lagi jom  la kita ngorder nak makan apa. Antara menu yang terdapat di sini.
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Rare juga nama menu
Sementara tunggu order siap kinah duk ralit lihat kawasan sekeliling tempat kami makan. Haa ni kinah kongsikan sebahagian yang ada di sini.
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Tak boleh lupa dengan kerusi tu. Selalunya kerusi tu digunakan masa kenduri kahwin.  Siapa ingat lagi zaman tu? Zaman sekarang tak pakai dah kerusi ni.
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Menarik jugak kan. Ada juga filem-filem lama yang belum kinah tengok lagi.
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Mesin taip lama turut dipamerkan (sila abaikan glade tu)

Beberapa minit kemudian, pesanan kami pun dah sampai. Disebabkan lapar, sekali makan untuk dinner ni jadi kinah pun order Nasi Goreng Kampung Pisang
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Minuman pula kinah order Greentea Float
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Suami pulak order nasi goreng petai
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Overall la ek, bagi kinah rasa kedua-dua nasi ni bolehlah. Mungkin next time kitorang cuba yang western pulak.

Korang yang teringin nak ke sini bolehlah ikut alamat ni

Alamat
Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak

4 comments:

  1. menarik suasana kedainya kannn...menggamit kenangan klasik gituuu

    ReplyDelete
  2. tahu pasal kedai ni tapi biasala klau ajak en cik suami akak mmg susah sikit skrg.. sbb dia jaga mkn kan..

    ReplyDelete
  3. Selalu je lalu sini kalau time pasar malam.. tak pernah makan kat sini..

    ReplyDelete