3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat

3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat | Semut merayap dalam rumah tu perkara biasa tapi bila terlalu banyak akan mendatangkan masalah kepada kita. Kinah pun tak terlepas dengan masalah semut ni. Kadang-kadang tu jumpa semut berenang dalam bekas air masak. Aishhh stress rasanya bila ada semut dalam air tu. Nak tak nak kena la buang semua air tu dan isi yang baru kang tak pasal pasal jadi pelupa. Sapa ingat dulu orang-orang tua dulu pernah kata siapa terminum atau termakan semut tu boleh lupa 44 hari kalau 3 ekor berapa hari lupa hahahaah parok la gitu.

3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat

3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat
3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat

Jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang beberapa tip untuk atasi semut dengan cara selamat tanpa sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti udara sekitar.

Air Serai Wangi
Serai wangi perlu dicampurkan dengan air, kemudian semburkan campuran tadi di tempat laluan semut dan beberapa kawasan lain yang berpotensi semut tu akan lalu. Nak elak semut naik ke meja makan, lap meja makan tu dengan air serai wangi inshaAllah.

Minyak Masak
Macam mustahil je boleh guna minyak masak untuk halau semut. Tak cuba mana tahu kan.. Cuba celup kain yang bersih ke dalam minyak masak, kemudian ikat kain tersebut pada bekas gula keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Kalau tak mahu ikat dengan kain, boleh juga lumurkan minyak masak di kawasan yang terlibat seperti sapu minyak di kaki meja makan supaya semut tak dapat naik ke meja.

Asam Keping atau Bunga Cengkih
Semut suka sangat dengan benda-benda manis terutamanya gula. Nak elakkan semut masuk ke dalam bekas gula, cuba masukkan beberapa keping asam keping atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau cengkih ataupun asam gelugur tu tidak merubah warna, dan rasa gula tersebut malah gula akan lebih wangi.

Terima kasih kerana membaca 3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat

Post a Comment

3 Comments

  1. Diah pernah cuba cengkih tapi suka pulak semut tu dia masuk jugak

    ReplyDelete
  2. aida always dgn semburan serai wangi.
    tak tunggu hingga bersemut, kinah.
    kemas dapur & lantai, terus lap dgn serai wangi tu.
    takde ler masalah semut :)

    ReplyDelete
  3. Nice tips. Mrs. A kalau lap meja memang guna serai wangi. Yang minyak masak tu macam nak cubalah. Tapi tulah semut kat rumah Mrs. A ni suka tau makan makanan kucing.

    ReplyDelete