Thursday, 7 February 2019

7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri

7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri | Apabila usia sesuatu perkahwinan dah banyak tahun, sedikit sebanyak aura romantis antara suami isteri semakin berkurangan. Hal ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor seperti peningkatan usia. Hmm siapa kata bila dah tua tak boleh nak romantis macam baru kahwin dulu, boleh tau. Apa kata ikut saja 7 tip untuk kembalikan aura romantis suami isteri yang kinah kongsikan di bawah melalui pembacaan Majalah Keluarga.

7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri

7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri

Sama-sama Bantu Membantu
Buat kerja rumah bersama-sama dan saling bantu membantu antara satu sama lain sedikit sebanyak dapat mengembalikan aura romantis seperti masa baru kahwin dahulu. Sebagai contoh, apa kata si suami apabila lepas makan bersama, ambil pinggan yang ada di atas meja dan nyatakan pada si isteri bahawa korang akan membasuh semua pinggan tersebut. Percayalah, apabila si suami ringan tulang membantu isteri akan menerbitkan rasa yang bermakna di hati si isteri. 

Mandi Bersama
Agak-agaknya bila kali terakhir korang mandi bersama? Hmm mesti lupakan bila. Takpe, apa kata lepas ni korang ajak suami atau isteri korang tu mandi bersama kerana apabila suami isteri mandi bersama akan menerbitkan rasa kasih sayang yang luar biasa antara suami isteri. Tak percaya, cubalah nanti.

Serikan Bilik Tidur
Keharmonian hubungan antara suami dan isteri sebenarnya banyak terkesan melalui kamar tidur. Justeru, apa kata selepas ini si isteri perlu memastikan bilik tidur dihias indah dan berada dalam keadaan bersih dan selesa. Jika ada bajet lebih serikan bilik dengan hiasan bunga, aroma terapi serta cadar dan langsir yang menarik  supaya dapat menyuntik lagi mood romantis.

Sentiasa Harum
Selalunya bila nak keluar rumah saja pasti sembur minyak wangi dulu kan, apa kata lepas ni kita tukar habit tu. Pakai minyak wangi ketika di rumah dan kalau boleh biarlah kita sentiasa berbau harum dan selesa untuk didampingi. Bukan si isteri je tau kena harum sentiasa, suami pun perlu jaga personaliti di hadapan isteri barulah hubungan tu terasa bahagia.

Jangan Sakiti Pasangan
Sebaiknya hormatilah pasangan kita dan kalau boleh elakkan daripada menyakiti hati dan perasaan pasangan tu. Kalau ada perkara yang pasangan tidak berapa suka kita lakukannya, apa kata cuba belajar untuk meninggalkannya demi kebahagiaan korang dan juga pasangan.

Makan Di Luar Berdua
Pernah juga kinah terbaca satu perkongsian tak ingat la siapa, tapi dia kata betapa pentingnya untuk renew cinta. Ehh bukan lesen saja kena renew ye, cinta pun sama. Haaa apa kata sekali sekala korang ajak pasangan makan di luar tanpa kehadiran anak-anak, kalau anak dah besar bolehlah ditinggalkan, tapi kalau anak masih kecil lagi mungkin boleh mintak tolong kepada pengasuh untuk jaganya sebentar. Bila makan berdua sekali sekala ni seronok pulak sambil mengenang kembali zaman cintan cintun dulu.

Telefon dan Mesej
Kalau dulu tahun 80 an dan 90 an, orang guna telefon awam je kalau nak call yang tersayang. Tapi tu zaman dulu la, zaman takde handphone lagi. Sekarang ni dah moden, semuanya dah canggih. Jadi manfaatkan lah handphone yang ada tu dengan telefon pasangan tu bagitau betapa korang sayang padanya takpun mesej je bagitau padanya tentang perasaan tu. Cubalah tips ni manalah tahu dengan cara ni akan menyuburkan lagi cinta dan sayang pada pasangan.


3 comments:

  1. Alaaaaa...akak xde suami..so tak leh la praktik kan...hehehe

    ReplyDelete
  2. dah kahwin pun cara bercinta kena macam masa sebelum kahwin dulu kan? Baru boleh kekal lama :D

    ReplyDelete
  3. terutama bila anak2 da besar, kinah, the more ler nak kena hidupkan romantis tu.
    dating.
    mesej.
    calls.
    tak byk masa. tapi kena carik masa :)

    ReplyDelete