Tuesday, March 19, 2019

Koleksi Buku Yang Belum Dibaca

by , in
Koleksi Buku Yang Belum Dibaca | Lama kinah tak share pasal buku. Hari ni jomlah kita cerita pasal buku. Buku novel ni sebenarnya dah lama dah kinah beli. Nak baca je belum ada kesempatan lagi. Dua novel ni kinah beli dekat kedai buku Popular di Aeon Kepong. Pergh jauh jalan sampai ke Kepong haha. Scroll gallery phone ni ehh terjumpa pulak gambar buku ni.
Koleksi Buku Yang Belum Dibaca
Kali ni kinah pilih genre seram. Sekali sekala tukar genre seram walaupun diri ni takde la berani sangat hehe. Psiko tu kinah teringin nak baca lepas baca review dari kak Lea Azleeya. Sinopsis dia pun agak menarik. 

Hah Tingkat 15 pulak tu kinah takde lagi baca mana-mana review. Seram jugak tengok cover buku ni. Nasib la rumah kami ni takde sampai tingkat 15. InsyaAllah nanti bila dah baca kedua-dua buah buku ni nanti kinah share ye. Harap bersabar ye
Monday, March 18, 2019

Giveaway :: Road to 8 Million Pageview

by , in
Giveaway pertama yang kinah join untuk bulan ni. Sementara tengah ada masa, boleh join untuk support giveaway kawan-kawan kita. Tahniah kepada kak Dilah. Pageview beliau dah hampir cecah 8 juta. Banyak tu.

http://www.ceriteraibu.com/2019/03/giveaway-road-to-8-million-pageview.html

Pada sesiapa yang nak join giveaway ni boleh klik je banner di atas.
Sunday, March 17, 2019

Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown

by , in
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown | Tengah musim panas sekarang ni memang best makan aiskrim. Sejukkk je rasa kat tekak ni ha. Oh ye ni nak share dengan korang satu tempat best kalau teringin sangat nak makan aiskrim. Kedai ni memang specialist dalam pembuatan aiskrim. So, lepas ni kepada pencinta dessert terutamanya tak payah dah nak cari tempat lain dah. Korang cuma drive je ke Damansara Uptown, kat situ ada satu kedai aiskrim baru bukak namanya Crème De La Crème atau lebih dikenali sebagai CDLC

Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown

Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Bila korang masuk je ke Crème De La Crème ni, korang akan rasa kagum sebabnya reka bentuk dalaman yang bergaya dan moden dengan pilihan perabot yang funky akan membuatkan korang lebih teruja nak makan kat sini dan semestinya nak bergambar juga hehe.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Crème De La Crème ni diasaskan oleh Lio Lim, iaitu pencinta aiskrim, yang mana beliau begitu serius dengan misinya untuk membawa aiskrim buatan tangan yang terbaik ke Malaysia.

Kalau korang nak tahu, chef pastri di sini dilatih oleh selebriti dan pakar pencuci mulut terkenal, Christy Tania. Wah bukan calang-calang ye. 
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Menurut beliau, kepentingan nama "Crème De La Crème" adalah untuk menekankan komitmen syarikatnya untuk mendapatkan cream of the crop. Antara contohnya ialah melalui usahanya untuk mengupah chef pastri yang mempunyai kemahiran dan bersemangat, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik dan menggunakan peralatan yang terunggul sahaja untuk menghasilkan aiskrim yang berkualiti dan tiada tandingan dalam aspek rasa dan tekstur.

"Chef pastri kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang sempurna untuk mencipta pint ice cream yang sempurna. Lebih-lebih lagi di CDLC, kami tidak pelit dengan bahan-bahan yang digunakan. Oleh itu, kami hanya menggunakan bahan-bahan yang 100% semula jadi, segar dan berkhasiat. Kami juga bangga kerana kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, perasa tiruan, atau pewarna dalam ais krim kami, " kata Lio

Di CDLC, sebanyak 18 perisa aiskrim yang menarik dan sedap yang boleh korang pilih. Kebanyakannya perisa aiskrim ni diinspirasi daripada makanan tempatan dan secara tak langsung menimbulkan rasa nostalgia seperti Musang King, Pandan Kaya Toast, Barley Lime, Teh Tarik dan banyak lagi. Confirm korang rambang mata nak pilih yang mana dan semuanya sedap-sedap.

Sebelum tu, basahkan tekak dulu dengan Unicorn Dream
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Jom kita cuci mata sikit dengan perisa yang ada di Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown ni.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Barley Lime + Dragon Fruit Strawberry
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Limau Assam + Madagascar Ash (No sugar)
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Cerealicious + Cookies & Cream
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Pandan Kaya Toast + French Earl Grey Boba
Hah terliur kan tengok semua aiskrim ni. Kalau korang tanya mana satu yang sedap, kinah pilih Madagascar Ash. Sebab apa? Hmm tak tau nak cakap macam mana. Korang kena la cuba dulu.

Ehhh tak habis lagi ni. Selain aiskrim, Kedai Aiskrim Crème De La Crème di Damansara Uptown ni juga turut menghasilkan Petits Gâteaux iaitu kek aiskrim yang artistik. Setiap kek yang dihasilkan merupakan karya seni yang cantik dan rumit. Korang yang suka tangkap gambar untuk instagram mesti korang teruja dengan hasil seni yang dihasilkan oleh chef ni dan bolehlah kek yang comel ni menghiasi instagram korang.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kami pun tak melepaskan peluang untuk mencuba kek aiskrim yang cantik ni. Sejujurnya bila tengok je kek aiskrim ni, rasa sayang pulak nak makan😝. Tapi takkan la nak biar macam tu je, betui dak?

Antara kek aiskrim yang kami cuba pada hari tu ialah: 
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kek Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Semuanya sedap-sedap tau. Rasanya pun lebih segar. Oh ye, Lio juga ada bagitau, setiap bulan beliau akan memperkenalkan perisa yang baru bagi memastikan aiskrim yang dijual di CDLC mengikut citarasa semua. Hmm kiranya takde la perisa yang sama je kan. 

Jadi, korang yang dah craving sangat nak rasa aiskrim sedap ni, bolehlah datang ke Crème De La Crème Di Damansara Uptown ni.

Kalau tanya pasal harga, korang boleh rujuk di sini ye.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Harga Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Ok lah itu saja perkongsian kinah setakat ni. Untuk pengetahuan ye, kedai aiskrim ni akan dibuka secara rasmi kepada umum pada 18hb Mac 2019 ni tau. Korang jangan lupa save tarikh tu.

Waktu perniagaan 
Ahad-Khamis : 12.00pm-11.00pm
Jumaat & Sabtu : 12.00pm-12.00am

Alamat
35G, Ground Floor
Jalan SS21/60 Damansara Utama
47400 Petaling Jaya


Friday, March 15, 2019

Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++

by , in
Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum | Fuh panas betul cuaca sekarang kan. Mungkin ada di sesetengah tempat cuaca agak mendung tapi ada juga tempat yang sudah lama tidak menerima hujan. Apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang Allah turunkan kepada kita. Berbicara mengenai isu perubahan cuaca yang tak menentu sekarang ni, korang tahu tak kulit kita ni sedikit sebanyak akan terkesan akibat perubahan cuaca tersebut dan mula la mengalami masalah kulit terutama di bahagian muka kita. Bagi melindungi kulit kita daripada kesan sinar uv, apa kata lepas ni, sebelum nak pergi mana-mana jangan lupa untuk apply Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30|PA+++

Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30|PA+++

Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++
Bila kita sebut jenama Murad, semua orang tahu dan dah kenal dengan jenama ni. Kalau korang nak tahu sebelum ni pun kinah pernah review satu produk Murad ni. Memang best. Tapi, untuk kali ni kinah nak kongsi dengan korang kebaikan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30|PA+++ ni.

Apa yang best dengan Invisiblur Perfecting Shield ni, bukan saja dapat melindungi kulit kita dari sinaran UV, malah solekan di wajah kita pun akan tahan lama. Wah wah wah manyak syiok tu. Jadi, sebelum nak bersolek tu jangan lupa sapu Murad Age Invisiblur Perfecting Shield ni dulu tau.

Jenis Kulit yang Sesuai Menggunakan Invisiblur Peefecting Shield SPF30

  • Normal
  • Berminyak
  • Kombinasi
  • Kering

Formulasi Bebas Daripada

❌  Paraben
❌  Sulfat

Kiranya ianya selamat digunakan oleh semua lapisan umur.
Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++

Kandungan

Isododecane, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Caprylyl Methicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Phenyl Trimethicone, Diethylhexyl 2,6-Naphthalate, Propylene Glycol Dicaprate, Hydrogenated Soybean Oil, Hydrogenated Soy Polyglycerides, C15-23 Alkane, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Cake, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Extract, Octyldodecanol, Octyldodecyl Oleate, PEG -8 Dimethicone, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Alcohol, Hordeum Vulgare (Barley) Extract, Butylene Glycol, Lentinus Edodes (Shiitake Mushroom) Extract, Mucor Miehei Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Silica, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Solidago Virgaurea (Goldenrod) Extract, Benzyl Benzoate, Citral, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonene, Linalool, Fragrance (Parfum)

Apa yang membuatkan kinah suka dengan Age Inviblur Perfecting Shield ni, teksturnya ringan dan tak berminyak serta mudah meresap ke dalam kulit. Rasa macam tak pakai krim je kat muka ni, padahal dah tepek dah.
Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++
Dengan penggunaan secara konsisten, korang akan dapati kesan solekan akan nampak lebih sempurna selama 12 jam, dan liang pori pula semakin mengecil sebanyak 30%.

Selain tu, ujian klinikal juga telah dijalankan didapati bahawa:
  • Kesan garis halus dan kedutan berkurangan sebanyak 71%
  • Tekstur kulit semakin baik sebanyak 94%
  • 100% SPF30 melindungi kulit


Cara Penggunaan

Mudah saja nak gunanya. Cuma picit sedikit dan sapu ke seluruh muka, leher dan dan dada sehingga rata. Boleh guna sebelum make up atau pakai macam tu je. Terpulang pada korang.

Pada yang nak mencuba tu, bolehlah risik-risik di website Murad. Walaupun harganya agak mahal tapi kualitinya sangat bagus dan tahan lama pulak tu.


Baca Juga
Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad SprectrumAtasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew Alittle Travel Pack
Thursday, March 14, 2019

Bagaimana Ramai Syarikat Boleh Jimat Melalui WD-40®

by , in
Penyelenggaraan dan pembaikan – ini adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pemilik bagi memastikan peralatan mereka dalam keadaan baik dan berfungsi. Begitu juga situasinya bagi syarikat.
Bagaimana Ramai Syarikat Boleh Jimat Sehingga Melalui WD-40®
Malah, untuk mempunyai peralatan atau mesin yang digunakan berada pada tahap optimum, penyelenggaraan khususnya, adalah sesuatu perkara penting yang tidak boleh abaikan oleh syarikat. Ini kerana kerosakan akan mengganggu produktiviti dan menyebabkan kehilangan perolehan (apabila penghantaran pesanan pekerjaan ditangguhkan), dan dalam sesetengah kes, syarikat boleh kehilangan pelanggan. Kerosakan juga mungkin boleh menyebabkan tuntutan dari segi undang-undang jika ia telah melanggar kontrak.

Dalam erti kata lain, kerosakan menyebabkan kos yang mahal, dan mungkin mendorong syarikat ke arah kerugian. Pembaikan – pula termasuk penggantian baru - sama ada ia tidak murah dan barangkali menyumbang kepada kelewatan dalam pengeluaran, oleh itu mereka perlu memastikan kerosakan itu pada tahap minimum.
Bagaimana Ramai Syarikat Boleh Jimat Sehingga Melalui WD-40®
Satu-satunya cara untuk memastikan kedua-duanya, iaitu pembaikan dan penggantian berada pada tahap minimum adalah dengan membuat penyelenggaraan berjadual serta lebih baik dilakukan secara berkala. Melalui pembantu yang boleh diharap dan dipercayai seperti Produk Pelbagai Guna WD-40®, ia dilihat telah membantu banyak syarikat selama bertahun-tahun bagi menangani situasi seperti ini.

Turut dikenali sebagai ‘Tin dengan beribu kegunaan’, Produk Pelbagai Guna WD-40® telah membantu pengguna dalam pelbagai bidang dan industri, seperti pembinaan kapal, sektor tenaga angin, keretapi, percetakan, perlombongan, pertanian, dan penyelenggaraan umum peralatan elektrik dan pneumatik – serta pelbagai lagi.

Produk ini adalah jenama yang dipercayai dalam penyelenggaraan mesin kerana ia melindungi logam daripada karat dan hakisan, membebaskan benda yang tersekat atau beku, menghilangkan kelembapan, dan berfungsi sebagai pelincir bagi hampir semua benda, yang membuatkannya hebat untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan jangka hayat peralatan. 

Dan disebabkan ia menghilangkan kelembapan, produk ini cepat mengeringkan sistem elektrik untuk mengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Ia juga menghalang hakisan bateri dan membantu untuk menghidupkan enjin ketika basah. Selain itu, ia juga memberi pembersihan yang berkesan bagi gris dan kotoran degil, manakala formula bukan aerosolnya juga memudahkan pelekat ditanggalkan.
Bagaimana Ramai Syarikat Boleh Jimat Sehingga Melalui WD-40®
Ciri-ciri - dan reka bentuk pintarnya yang terdapat dalam produk ini, termasuk straw fleksibel yang disediakan – menjadikannya pembantu yang hebat dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan dan barangan, serta memberi perlindungan kepada semua jenis gear dan bahagian enjin daripada berkarat, melonggarkan skru yang ketat, serta membersihkan dan melincirkan bahagian yang sukar dicapai.

Dalam proses pembuatan yang dipanggil pengacuan, sebagai contohnya, Produk Pelbagai Guna WD-40® juga menyediakan pembersihan dan penyelenggaraan cetakan anti-karat yang berkesan dan mudah, serta memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan terbabit. Ia juga digunakan sebagai ejen pelepas untuk acuan plastik tertentu, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan prosedur teknikal, yang menjimatkan penggunaan tenaga manusia dan bahan yang digunakan.
Bagaimana Ramai Syarikat Boleh Jimat Sehingga Melalui WD-40®
Terdapat banyak sebab mengapa tin kecil biru dan kuning ini, dengan formula asalnya dicipta sejak 66 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1953, kekal sebagai produk penting yang perlu ada di setiap garaj dan kotak peralatan anda, sama ada di kalangan penyelenggara profesional mahupun amatur.

WD-40® juga mempunyai rangkaian siri pakar dan produk siri automotif untuk memenuhi keperluan khusus dan tugas berat industri bagi setiap situasi yang berbeza.

Untuk mengetahui bagaimana Produk Pelbagai Guna WD-40® atau barisan produk pakarnya boleh membantu dalam perniagaan anda atau memudahkan kehidupan anda, boleh terus melayari https://wd40.asia/.
Saturday, March 09, 2019

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu

by , in
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu  | Wanita dan kecantikan boleh diumpamakan "bagai isi dengan kuku". Bila ada je produk kecantikan baru keluar dari pasaran mesti nak cuba. Nak nak pula khusus untuk penjagaan kulit wajah. Mana taknya, perubahan cuaca yang tak menentu sekarang ni akan menjadikan kulit kita mengalami masalah pigmentasi atau bahasa mudahnya jeragat. Oleh itu, bagi mengurangkan kesan pembentukan pigmentasi di wajah, kinah nak kongsikan dengan korang produk baru keluaran Safi iaitu Safi Expert Solution Anti Hyper Pigmentation

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

Kinah nak cerita dulu mengenai set Anti Hyper Pigmentation ni. Sepertimana yang kinah cerita di atas tadi, Safi Expert Solution Intensive Ampoules di reka khusus bagi mengurangkan kesan pigmentasi. Didatangkan dengan set kotak bewarna hitam yang tampak ekslusif seiring dengan hasilnya yang menakjubkan.
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Untuk pengetahuan korang semua, Intensive Ampoules ni telah diuji secara klinikal dan ianya telah terbukti dapat mengurangkan bintik-bintik hitam hanya dalam dua minggu saja dengan penggunaan secara konsisten.

Apa yang penting
  • Tiada Minyak Mineral
  • Tiada Alkohol
  • Tiada Silikon
  • Tiada Paraben
  • Tiada Ujian ke atas Haiwan

Bagi set Anti Hyper Pigmentation ni terdapat dua langkah yang perlu diikuti dan kalau korang perasan pada setiap botol dilabelkan dengan nombor 1 dan 2 dan ianya merupakan program rawatan selama sebulan. 2 Step Multi-Action Ampoules System ini telah diformulasikan dengan bahan aktif DN Age Technology yang sangat efektif. Kombinasi yang kuat ini dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bintik-bintik gelap yang agak teruk, mengekalkan kelembapan dan menggalakkan pembaharuan kulit supaya kulit kelihatan lebih sihat dan baik

Langkah 1 - Renewal Hydra Complex
Renewal Hydra Complex adalah botol label 1. Bagi set ini, kalau korang nak tahu ada dua botol label 1. Setiap botol digunakan hanya 2 minggu sahaja dan diteruskan dengan botol kedua. Jadi 2 botol tu cukup untuk penggunaan selama sebulan.

Cara penggunaan - Hanya titiskan ekstrak ampoules ke tapak tangan dan sapu pada muka sehingga Renewal Hydra Complex ni serap pada kulit. Setelah itu, korang boleh teruskan dengan langkah kedua.

Langkah 2 - Supreme Anti-Spots Complex
Supreme Anti-Spots Complex adalah botol label 2. Digunakan selepas Renewal Hydra Complex

Cara Penggunaan - Hanya titiskan Supreme Anti-Spots Complex ke tapak tangan dan sapu pada muka secara ke atas

Masa korang apply Supreme Anti-Spots Complex ni, memang akan nampak oily tapi sebenarnya tak pun. Malah lebih cepat absorb ke dalam kulit kita. Memang best la set rangkaian Intensive Ampoules ni.

Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Satu lagi produk rangkaian Safi Expert Solution ialah Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines. Hat ni kinah suka sangat sebab bau dia wangi dan kulit rasa lebih lembap. Sesiapa selalu buat aktiviti outdoor, korang wajib sapu Anti Photo Ageing Lines ni supaya kulit kita dilindungi daripada sinaran uv, radikal bebas dan pencemaran.

Kalau korang nak tahu, Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni merupakan pelembap yang tidak berminyak. Ianya diformulasi dengan Liquid Crystal Technology yang mana ianya  dapat meningkatkan proses penyerapan Amino Peptides yang berfungsi untuk memberi penghidaratan yang terbaik dan menguatkan kulit. Ujian klinikal juga telah dijalankan dan mendapati 
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Setiap kali nak keluar rumah, tak kira la nak ke pasar, ke shopping mall ke, kinah wajib sapu Anti Photo Ageing Lines ni.

Cara nak gunanya pun mudah saja, selepas muka dibersihkan, apply  Anti Photo Ageing Lines ke muka dan buat urutan secara membulat seperti gambar yang kinah lampirkan di bawah. Ala mudah je.
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Hampir seminggu kinah guna rangkaian Safi Expert Solution. Korang boleh tengok perbezaan sebelum dan selepas kinah guna. Gambar selepas tu kinah tak guna sebarang makeup tau.
Untuk pengetahuan korang, kesemua produk Safi Expert Solution ni masih belum berada di pasaran tau. Jadi, kalau korang nak cuba korang kena selalu update yang terkini di

Facebook

Instagram

BACA JUGA DI SINI
💥Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Anti Penuaan
💥 Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat


Monday, March 04, 2019

Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?

by , in
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni? Dalam beberapa minggu ni, asyik tengok iklan KFC Ghost Pepper je. Jadi, nak tau berhantu ke tidak KFC Ghost Pepper kitorang pun pergilah ke KFC. Entah sedap ke tidak hehehe
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?

KFC Ghost Pepper Zinger

Haa ni lah keadaan KFC Ghost Pepper kami. Ada dua jenis, kinah pilih yang Zinger burger. Suami kinah pulak pilih yang Twister. Tekak lain-lain katakan. Ok jugak tu boleh rasa perbezaan kedua-dua tu.
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Kita cerita dulu pasal burger Zinger ni. Warna roti dia cantik betul. Tapi roti dia tu sorry to say la keras. Tak tau la cawangan lain. Tapi cawangan yang kinah pergi ni roti dia keras sikit. Tapi bila makan, lama-lama rasa sedap la jugak. Cuma frust roti dia la keras. 
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Tengok dalam iklan nipis je timunnya, tapi yang ni tebal. Takpe la nasib la timunnya tak tebal sangat dan masih boleh diampun lagi. Ayamnya pun besar dan memang puas hati la makan burger zinger ni.
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Pedas ke tidak burger Zinger Ghost Pepper ni? Sejujurnya takde la pedas sangat. So so je la pedasnya. Ni hanya pendapat kinah la ye. Overall ok je burger Zinger Ghost Pepper ni. Macam kinah cerita tadi la, kalau roti dia tak keras mesti lagi sedap.

KFC Ghost Pepper Twister

Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
KFC Ghost Pepper Twister ni suami kinah punya. Warna wrap pun sama macam burger Zinger. Isi di dalamnya sama je macam zinger. Jujur kinah cakap Twister ni sedap dan lembut je. 
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni?
Korang yang teringin nak mencuba tu pergilah ke mana-mana cawangan KFC ✌