Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown

Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown | Tengah musim panas sekarang ni memang best makan aiskrim. Sejukkk je rasa kat tekak ni ha. Oh ye ni nak share dengan korang satu tempat best kalau teringin sangat nak makan aiskrim. Kedai ni memang specialist dalam pembuatan aiskrim. So, lepas ni kepada pencinta dessert terutamanya tak payah dah nak cari tempat lain dah. Korang cuma drive je ke Damansara Uptown, kat situ ada satu kedai aiskrim baru bukak namanya Crème De La Crème atau lebih dikenali sebagai CDLC

Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown

Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Bila korang masuk je ke Crème De La Crème ni, korang akan rasa kagum sebabnya reka bentuk dalaman yang bergaya dan moden dengan pilihan perabot yang funky akan membuatkan korang lebih teruja nak makan kat sini dan semestinya nak bergambar juga hehe.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Crème De La Crème ni diasaskan oleh Lio Lim, iaitu pencinta aiskrim, yang mana beliau begitu serius dengan misinya untuk membawa aiskrim buatan tangan yang terbaik ke Malaysia.

Kalau korang nak tahu, chef pastri di sini dilatih oleh selebriti dan pakar pencuci mulut terkenal, Christy Tania. Wah bukan calang-calang ye. 
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Menurut beliau, kepentingan nama "Crème De La Crème" adalah untuk menekankan komitmen syarikatnya untuk mendapatkan cream of the crop. Antara contohnya ialah melalui usahanya untuk mengupah chef pastri yang mempunyai kemahiran dan bersemangat, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik dan menggunakan peralatan yang terunggul sahaja untuk menghasilkan aiskrim yang berkualiti dan tiada tandingan dalam aspek rasa dan tekstur.

"Chef pastri kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang sempurna untuk mencipta pint ice cream yang sempurna. Lebih-lebih lagi di CDLC, kami tidak pelit dengan bahan-bahan yang digunakan. Oleh itu, kami hanya menggunakan bahan-bahan yang 100% semula jadi, segar dan berkhasiat. Kami juga bangga kerana kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, perasa tiruan, atau pewarna dalam ais krim kami, " kata Lio

Di CDLC, sebanyak 18 perisa aiskrim yang menarik dan sedap yang boleh korang pilih. Kebanyakannya perisa aiskrim ni diinspirasi daripada makanan tempatan dan secara tak langsung menimbulkan rasa nostalgia seperti Musang King, Pandan Kaya Toast, Barley Lime, Teh Tarik dan banyak lagi. Confirm korang rambang mata nak pilih yang mana dan semuanya sedap-sedap.

Sebelum tu, basahkan tekak dulu dengan Unicorn Dream
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Jom kita cuci mata sikit dengan perisa yang ada di Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown ni.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Barley Lime + Dragon Fruit Strawberry
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Limau Assam + Madagascar Ash (No sugar)
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Cerealicious + Cookies & Cream
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Pandan Kaya Toast + French Earl Grey Boba
Hah terliur kan tengok semua aiskrim ni. Kalau korang tanya mana satu yang sedap, kinah pilih Madagascar Ash. Sebab apa? Hmm tak tau nak cakap macam mana. Korang kena la cuba dulu.

Ehhh tak habis lagi ni. Selain aiskrim, Kedai Aiskrim Crème De La Crème di Damansara Uptown ni juga turut menghasilkan Petits Gâteaux iaitu kek aiskrim yang artistik. Setiap kek yang dihasilkan merupakan karya seni yang cantik dan rumit. Korang yang suka tangkap gambar untuk instagram mesti korang teruja dengan hasil seni yang dihasilkan oleh chef ni dan bolehlah kek yang comel ni menghiasi instagram korang.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kami pun tak melepaskan peluang untuk mencuba kek aiskrim yang cantik ni. Sejujurnya bila tengok je kek aiskrim ni, rasa sayang pulak nak makan😝. Tapi takkan la nak biar macam tu je, betui dak?

Antara kek aiskrim yang kami cuba pada hari tu ialah: 
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Kek Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Semuanya sedap-sedap tau. Rasanya pun lebih segar. Oh ye, Lio juga ada bagitau, setiap bulan beliau akan memperkenalkan perisa yang baru bagi memastikan aiskrim yang dijual di CDLC mengikut citarasa semua. Hmm kiranya takde la perisa yang sama je kan. 

Jadi, korang yang dah craving sangat nak rasa aiskrim sedap ni, bolehlah datang ke Crème De La Crème Di Damansara Uptown ni.

Kalau tanya pasal harga, korang boleh rujuk di sini ye.
Kedai Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Harga Aiskrim Crème De La Crème Di Damansara Uptown
Ok lah itu saja perkongsian kinah setakat ni. Untuk pengetahuan ye, kedai aiskrim ni akan dibuka secara rasmi kepada umum pada 18hb Mac 2019 ni tau. Korang jangan lupa save tarikh tu.

Waktu perniagaan 
Ahad-Khamis : 12.00pm-11.00pm
Jumaat & Sabtu : 12.00pm-12.00am

Alamat
35G, Ground Floor
Jalan SS21/60 Damansara Utama
47400 Petaling Jaya


6 comments:

  1. Hello there! I just would like to give you
    a big thumbs up for the excellent information you have here on this post.
    I will be coming back to your web site for
    more soon.

    ReplyDelete
  2. Aduhai Cik Kinah menduga betul aiskrim tu semua..
    Dah la cantik, nampak sedap pula, bertabahlah..

    ReplyDelete
  3. sedapnya aiskrim tu kinah..:)

    ReplyDelete
  4. Yay dh bkak harini! Hihi. Banyaknya choice aiskrim plus nmpak mmg sedap sgt!

    ReplyDelete
  5. mak ai bestnyaaa...makan time cuaca panas macam ni lagi lerrrr enakkkk

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Kedai baru.. menarik pula tu flavor aiskrim yang diketengahkan..

    ReplyDelete