Breaking

Monday, 27 May 2019

Monday, May 27, 2019

Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh

Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh | Disebabkan keadaan ekonomi semasa kita yang tak berapa stabil ni menyebabkan kita sebagai pengguna perlu menjadi pengguna yang lebih bijak membeli, memilih dan berbelanja tau. Terutama kepada surirumah seperti kinah ni. Setiap perbelanjaan di rumah perlulah dibuat dengan betul supaya tidak berlakunya ketirisan sebelum hari gaji (hujung bulan la hehe)
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Masuk Troli Kosong Je
Baru-baru ni kinah ke Pasaraya Segi Fresh yang terletak di Balakong. Biasalah kalau pergi ke pasaraya semestinya pergi cari stok untuk barang dapur. Tambah pula bulan Ramadhan ni, kena simpan stok untuk masak lauk berbuka nanti. Jenis Kinah, kalau beli barang dapur, confirm akan penuhkan peti ais tu. Iyela ada 3 perut yang perlu diisi kat rumah ni. Sebelum ni kalau beli barang dapur terutamanya barang basah, ke kedai Acheh la kami tuju, takpun beli kat pasar malam je. Ikut mana sempat. Tapi sejak tau pasal Segi Fresh ni, nampaknya lepasni ke sini la kami restock barang dapur, nak tahu pasal apa?

Kenapa la lambat tahu mengenai Segi Fresh ni. Rupanya harga yang ditawarkan di Segi Fresh ni jauh lebih murah berbanding dengan pasaraya lain. Macam tak percaya pulak bila tengok harga yang dipamerkan tu.
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Selain harganya yang murah, barangan basah yang dijual di sini pun segar. Sama je segarnya kalau beli kat pasar. So lepasni tak payah dah nak bersesak awal pagi kat pasar. Kalau terlewat pun, Segi Fresh kan ado hehe

Macam ayam ni, kalau ikut harga asal RM7.50 sekilo, tapi masa ni tengah ada promosi, beli 3 ekor ke atas harganya jadi RM5.49 sekilo hahhh. Murah sangat dik oiiii. Kitorang ambik 3 ekor terus. Ni orang berniaga ni, kalau borong barang kat sini, elok sangat dah tu. Memang berbaloi...
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Kalau nak tahu, ikan lampam jawa besar macam ni tak sampai pun RM20.00. Banyak lagi ikan-ikan yang segar kat sini tinggal nak pilih je.
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Dah habis pilih ikan, ayam semua, jom kita cari buah pulak. Banyak pilihan buah-buahan kat sini. Segar-segar lagi tu. 
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Yop tengah pilih anggur untuk anak dara dia. Thahirah tu suka makan anggur. Kalau korang nak dapatkan harga yang lebih murah, rajin-rajin la tengok promosi kat facebook ke, atau pun di website mereka tu.

Haaa ni lah hasil kami memborong di Segi Fresh Mart Balakong. Banyak tak banyak semuanya ni harganya tak sampai RM200 pun. Korang agak berapa semua ni ek?
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Selain shopping barang basah, ada juga kami shopping barangan kering.
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh
Kalau korang nak tahu, semua ni RM169.60 saja. Ehh murah sangat dah tu dan memang puas hati dapat shopping di sini. Orang yang berniaga tu memang patut datang ke sini boleh beli secara borong. Harganya pun sangat berpatutan. Haaa tunggu apa lagi, jom kita shopping di Segi Fresh Mart ni. Raya pun tak lama dah.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website: http://segifresh.com

#segifreshmarket #segifresh #segifreshpromosi #barangdapurmurah #hargaborong #shoppingbarangdapur 

Thursday, 16 May 2019

Thursday, May 16, 2019

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif | Siapa antara korang yang mempunyai kulit sensitif? Susah kan nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita, ditambah pula kandungan skincare yang kita biasa guna, rupanya dalam diam mengandungi bahan terlarang yang kita sendiri tak sedar. Seriau pulak dengar. Kinah pun sekarang tak boleh nak pilih sebarangan skincare bukannya apa, takut nanti bila tersalah pilih skincare yang menanggungnya nanti kita jugak.

Jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang satu produk yang sesuai dengan kulit sensitif. Bagi mereka yang berkulit normal pun boleh juga guna rangkaian ni. Lagipun jenama ni dah lama bertapak di Malaysia dan dipercayai. Masa kinah sekolah dulu pun jenama ni jugak yang serasi dengan kinah. 
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif 
Memperkenalkan Rangkaian Safi Dermasafe bagi mereka yang berkulit sensitif. Di dalam rangkaian Safi Dermasafe ini ada 5 item tau antaranya ialah:
  • Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser
  • Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser
  • Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist
  • Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser
  • Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser

Apa yang menariknya dengan rangkaian ni, ianya bebas daripada bahan-bahan berbahaya, tanpa pewarna, pewangi dan tidak diuji ke atas haiwan. 

Rangkaian Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif 
Rangkaian Safi Dermasafe Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam saja. Ianya diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, iaitu dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah kita. 

Formulanya yang tidak mengeringkan kulit dan anti-pencemar ini dapat membantu melindungi kulit kita daripada pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya. Kebiasaanya kinah guna pada waktu pagi. 

Cara Guna: Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Kalau kinah, kinah selalu pam dua kali je. Suka sangat bila tengok banyak buih ni.

Rangkaian Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif 
Rangkaian Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Ceanser juga seperti mousse  cleanser yang mana ianya juga diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile yang dapat membantu membersihkan kulit wajah kita secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit disamping membantu mengekalkan kelembapan keseimbangan pada kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

Cara Guna: Hanya picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Kalau korang nak tahu, gel cleanser kinah akan guna sebelum tidur.

Rangakaian Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif 
Dah cuci muka tu, korang jangan lupa pulak sembur muka tu dengan Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist. Booster Mist ini untuk pengetahuan semua ianya diperkaya dengan ekstrak Likouris dan juga Chamomile yang mempunyai kebaikan 2 dalam 1 iaitu dapat mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, serta melindungi kulit daripada pencemaran dan paling best, solekan kita akan kekal lama tau. Alaa booster mist ni lebih kurang macam toner jugak, tapi bezanya yang ini kita cuma spray je. Haa kan mudah kerja korang. Korang yang bekerja tu, bila waktu tengahari confirm akan rasa tak bermaya, lemau je. Cuba la spray sekali muka tu dengan booster mist ni. Haaa baru segar sikit.

Cara Guna: Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi.

Rangkaian Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif 
Baru guna sekali, kinah dah jatuh cinta dengan Soothe & Hydrate Day Moisturiser ni. Teksturnya langsung tak berminyak, dan mudah serap pada kulit menjadikan kulit kinah sentiasa lembap sehingga 24 jam tau. Serius moisturiser ni best.

Cara Guna: Oleskan ke muka dan leher yang sudah  dibersihkan. Urut perlahan -lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum. Baru nampak kesannya.

Rangkaian Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif 
Selepas cuci muka dengan mousse cleanser atau gentle gel cleanser, jangan korang lupa oleskan sedikit Rehydrate Recover Night Moisturiser sebelum tidur. Ianya diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika kita sedang tidur.

Cara Guna:  Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE ini boleh didapat pada harga RM19.90 – RM48.90 di WATSONS atau rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut 
laman sesawang rasmi SAFI 
Facebook
Instagram 

Wednesday, 15 May 2019

Wednesday, May 15, 2019

Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Minuman Detoks Mintox

Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox | Asal nampak perut buncit je, dikatanya kita ni mengandung. Itulah yang sering berlaku bila jumpa saudara mara ataupun kawan lama. Korang pun sama kan. Selalu diajukan soalan seperti tu. Kekadang tu malu la jugak bila orang tanya pasal perut kita yang buncit tu. Rasa selfesteem ni down sangat tau. Bila dah ramai sangat yang kata macam tu, kinah mula pasang tekad, "aku kena kurus" bukan untuk nampak cantik saja, tapi untuk kesihatan jugak. So misi kali ni, bukan saja nak kempiskan perut ni je, kinah nak nyah sekali semua lemak tepu yang dah bersarang dalam badan ni. 
Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox
Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox 
Bagi menjayakan misi "singkirkan buncit" ni, kinah pun cuba Mintox. Sebelum nak kurus, kita kena detox dulu segala toksin yang ada di dalam usus kita ni ha. Mana taknya, sepanjang kita hidup, dah macam-macam yang kita makan. Sekarang dah tiba masanya kita singkirkannya dengan Mintox bukan saja untuk kurus malah lebih sihat. Dah sihat barulah hidup sentiasa ceria. Tak gitu??


Apa yang best dengan Mintox Ni?

MintoxKiwi ni dia tak macam produk detoks yang lain. Kalau yang lain, malam ni minum esok mula la perut sakit memulas mintak di buang. Tapi Mintox ni tak macam tu tau. Bila bangun je pagi, perut kita takde memulas langsung. Sedar-sedar je rasa nak membuang. Mudah sangat dan lancar. Sesiapa yang ada masalah sembelit tu, dan pada masa yang sama kadar kolestrol tinggi boleh cuba Mintox ni.
Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox
Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox 
Masa mula-mula kinah minum 2 ke 3 kali jugak la pergi membuang. Iyela, selama ni kita makan macam-macam tambah pulak bulan puasa ni, semua nak makan. Bila dah makan semua tu, mula lah perut tak selesa. Tapi selepas minum Mintox ni, perut rasa ringan je. Tak macam sebelum ni. Ada la nampak kempis sikit heeee.

Rasanya pulak, semestinya rasa kiwi dan buah kiwinya pula bukan sebarangan kiwi dia guna, mereka guna buah kiwi yang berkualiti tinggi dari New Zealand okay. Sedap jugak rasa Mintox ni. Rasa nak minum semua hehe. Tapi takde la buat macam tu ye. Nanti lain pulak jadinya.

Oh ye sebelum terlupa, korang yang mempunyai tekanan darah rendah pun boleh minum Mintox ni tau. 

Kandungan Mintox

Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox
Kurangkan Masalah Perut Buncit Dengan Mintox 
Kandungan utama yang terdapat dalam Mintox ialah serbuk jus pic, Inulin, Sekam Psyllium, Enzim buah Kiwi, Serbuk Algae Aphanizomenon Flos-Aquae (AFA) dan Stevia.

Kalau korang nak tahu, kesemua ramuan ni dapat membantu membersihkan usus kita, mengeluarkan toksin dan juga mengekalkan keseimbangan usus kita. Haa best kan Mintox ni.

Cara Minum Mintox Dengan Betul

Nak minum Mintox ni, mudah je. Dinasihatkan minum sebelum nak tidur. Korang cuma tuangkan 1 sachet (10g) ke dalam cawan ataupun shaker ke dalam 200 ml air suam, tutup dan goncang. Dinasihatkan minum lebih banyak air kosong selepas mengambil Mintox ni ye. 

Korang jangan risau, Mintox telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor rujukan KKM.600-7/2/1 Jld. Harga Mintox untuk satu kotak ni ialah RM138.00. Di dalamnya ada 14 sachet untuk dua minggu. 

Kinah masih baru lagi mengamalkan minuman Mintox ni. Kalau nak tahu result kinah selama 12 minggu minum Mintox nanti kinah update kemudian ye.


Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Instagram : mintoxmalaysia
Facebook : https://www.facebook.com/mintoxmalaysia 
Contact +601123450201

Tags/Kata Kunci
Mintox, Minuman Detoks, Detox, Perut Buncit

Friday, 10 May 2019

Friday, May 10, 2019

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran | Weeee kotak pink dari Korea kembali lagi. Kalau kotak pink ke rumah ni mesti ada keluaran terbaru dan eksklusif dari Althea lagi. Haaa nak tau apa dia......

Ni dia koleksi A' Bloom keluaran Althea.

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Alahai comelnya la koleksi Althea A'Bloom ni. Bukak kotak pink ni je dah terserlah auranya. Paling menarik perhatian kinah, puff comel tu. Rasa nak makan je puff tu haha. Awas ya puff ni bukan untuk di makan tau. Nanti kinah cerita puff ni untuk apa.

Antara koleksi Althea A'Bloom ialah
  1. A'Bloom Blackhead Blaster
  2. A'Bloom Giant Meringue Puff
  3. A'Bloom Baby Meringue Puff
  4. A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  5. A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  6. A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  7. A'Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

Althea A'Bloom BHA Blackhead Blaster

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Sekarang ni BHA Blackhead Blaster dah jadi teman setia kinah. Muncul je blackhead atau whitehead, inilah yang kinah cari. Tak de dah nak picit-picit depan cermin. Episod sakit picit blackhead dan whitehead pun berakhir. Selain dapat menyingkirkan blackhead dan whitehead, BHA Blackhead Blaster juga dikatakan dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati yang terdapat dimuka kita. Nak gunanya pun mudah je.

Kalau korang nak tahu, BHA Blackhead Blaster  ni diformulasikan daripada bahan semulajadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil, dan juga BHA Semulajadi. BHA Blackhead Blaster dapat membantu membersihkan liang pori kita hingga ke akar tanpa meninggalkan sebarang kesan iritasi pada kulit kita.
Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Cara Guna - Ni cara kinah la ye, lepas cuci muka dengan bersih, apply BHA Blackhead Blaster di bahagian yang bermasalah terutamanya di bahagian tepi hidung, dagu dan juga dahi. Hmm kawasan favourite whitehead dan blackhead tu, kemudian urut secara membulat lebih kurang 30 saat dan bersihkan dengan air yang bersih. Mudah je kan.... Kalau nak kesan lebih woww, sebelum apply BHA Blackhead Blastee, tekapkan muka dengan tuala yang telah disuam bagi memudahkan liang pori terbuka.

Setakat kinah guna, ada la sikit kurangnya whitehead kat tepi hidung ni. Kena guna secara konsisten baru nampak kesannya. Korang yang berminat nak cuba boleh dapatkannya di SINI dengan harga RM16.00

Althea A'Bloom Giant and Baby Meringue Puff

Si comel Giant and Baby Meringue Puff ni, siapa yang melihatnya pasti akan teruja. Comel betul, rasa nak makan je meringue puff ni. Tapi awas ye, meringue puff ni bukan untuk dimakan tau. Kegunaanya adalah sama je seperti beauty blender tapi istimewanya Meringue Puff ni ianya menggunakan span bukan latex ysng bersifat hidofilik iaitu saiznya akan membesar sehingga 1.5 kali ganda dari saiz asal apabila direndam ke dalam air.

Sepertimana yang korang lihat di gambar, terdapat dua saiz berbeza yang boleh korang pilih iaitu Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff.
Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Jika korang memilih Giant Meringue Puff, ianya sesuai digunakan untuk blend foundation ataupun concealer di pipi, dahi, dagu. Kalau nak kesan lebih awesome, korang boleh basahkan sponge tersebut dengan air. Barulah kesan solekan tu nampak smooth je. Korang yang berminat nak cuba Giant Meringue Puff boleh dapatkannya di SINI dengan harga RM8.00 saja
Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Untuk Baby Meringue Puff pula, korang boleh gunakannya untuk blend foundation atau concealer dibahagian tepi hidung, atau di bawah kelopak mata. Sepertimana yang kinah nyatakan di atas tadi, kalau nak kesan solekan tu nampak lebih cantik, meringue puff ni korang boleh basahkan. Tapi kalau nak kering saja pun boleh, ikut keselesaan. Minat nak cuba Baby Meringue Puff boleh dapatkannya di SINI dengan harga RM11.00.


Althea A'Bloom Mask Sheet

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Siapa sini suka pakai mask? Hah sama la kita. Suka sangat pakai mask ni, rasa macam pergi spa pulak. Okay kalau korang yang memang suka pakai mask memang patut cuba mask yang mempunyai bauan segar buah-buahan. Rugi tak cuba tau. 

Althea A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Apa yang best dengan Moisturizing Watermelon mask sheet ni? 
  • Melembapkan kulit dan menyejukkan kulit ketika cuaca panas
  • Mengandungi esktrak Watermelon dan juga Lavender
  • Sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi mereka mempunyai jenis kulit kombinasi.
  • Boleh beli di SINI dengan hanya RM2.00 sekeping

Althea A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Apa yang menarik dengan Nourishing Avocado Mask Sheet ni?
  • Kaya dengan antioksidan yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit dari persekitaran bahaya
  • Mengurangkan kesan garis halus
  • Mengandungi ekstrak avocado dan hibiscus supaya kulit lebih lembut dan berseri
  • Boleh beli di SINI dengan hanya RM2.00 sekeping

Althea A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Apa yang syok sangat dengan Brightening Lemon Lime Mask Sheet ni?
  • Kandungan Vitamin C dapat membaiki dan mlindungi kulit dari sinaran UV
  • Menjadikan kulit lebih cerah
  • Mengandungi ekstrak teh hijau yang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mengawal pengeluaran melanin.
  • Boleh beli di SINI dengan hanya RM2.00
Althea A'Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
Koleksi Eksklusif Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Koleksi Eksklusif Dari Althea A'Bloom Kini Di Pasaran
Apa yang best dengan Anti-Blemish Peach Mask Sheet ni?
  • Mengandungi ekstrak peach dan tea tree untuk mengawal minyak dan memberi kelembapan kepada kulit
  • Memulihkan dan melegakan kulit sensitif
  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Segala pembelian boleh beli di SINI dengan harga RM2.00
Setakat ni, kinah berpuas hati dengan produk Althea ni tau. Semuanya best. Korang kalau nak memiliki produk eksklusif dari Althea ni korang boleh dapatkannya di SINI

Tags/Kata Kunci
Althea A'Bloom, Althea

Friday, 3 May 2019

Friday, May 03, 2019

Teringin Dimsum Masa Bercuti Ke Thailand

Entah kenapa tetiba je teringat dim sum masa ke Thailand dulu. Rasa menyesal pulak bila beli sikit haha. Lepastu mula la teringat je. Bila dah teringat ni, mula la suarakan pada suami. Bolehnya diajaknya kita pergi ke Thailand balik. Takkan nak pergi Thailand semata-mata nak beli dim sum je. Ate dia ingat Thailand tu macam pergi Kuala Lumpur. Jauh kot hahahaha bukannya dia tak tahu. Macam la kat Malaysia ni takde orang yang jual. Nak tunggu Karnival Makanan Thailand entah bila pulak kan.
Dimsum Halal
Orang perempuan ni., bila dah teringin asyik teringat-ingat je. Tak boleh jadi ni. Kena cari jugak. Korang jangan kata Thahirah nak dapat adik pulak ye. Kosong je ni.

Kinah pun google la kot kot la ada orang jual sebijik macam kat Thailand tu. Senyum lebar bila nampak ada yang jual sama macam kat Thailand. Rupanya kat shopee pun ada jual. Tapi ni dim sum yang halal ye. Homemade punya dan orang kita juga yang jual. Dia jual sekali dengan sos. Kinah ambik yang sekilo punya. Sekilo dalam RM35.00, kiranya ada dalam 60 bijik haha. 
Teringin Dimsum Masa Bercuti Ke Thailand
Suami kata haaaa makan puas-puas sekilo tu. 

Bestnya tengahari kinah order, petang tu dah dapat notification untuk diterima. Cepat betul servis dia. Kurier yang dia guna pun J&T Express. Memang cepat la.

Dimsum ni sampai tengahari.. Cepatkann. Bila sampai je dimsum kinah simpan dulu dalam freezer..

Malam tu baru kukus. Lapar sebab baru balik pergi urut badan. Kukus dimsum ni pun tak lama dalam 10 minit gitu dan boleh makan.

Haaa jemput la makan😋
Dimsum Halal
Kitorang berdua menyicah malam-malam haha. Gambar menyicah tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat.

Boleh tahan sedap. Nanti boleh order lagi ni. Terima kasih seller

Thursday, 2 May 2019

Thursday, May 02, 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.

Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Wednesday, 1 May 2019

Wednesday, May 01, 2019

Entri Hit Bulan April 2019

Entri Hit Pada Bulan April | Alhamdulillah, bulan April baru saja melabuhkan tirai dan masih belum terlambat untuk kinah ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua. Bila baca tajuk, wah wah macam gempak kan. Hit sangat ke entri tu?? 
Setakat bulan lepas entri ni saja kinah tengok paling banyak views. Antara entri yang menjadi pilihan ialah 

1. Khasiat Daun Sup yang Kita Tak Tahu - Entri ni dah lama dah kinah tulis. Sejak tahun 2016 lagi. Tak sangka walaupun entri ni dah lama, masih ada jugak orang yang cari.

2. Khasiat Air Lemuju - Entri ni pun sejak 2016 lagi. Masa tu baru nak hidupkan balik blog yang dah lama bersawang masa tu. 

3. Serum Sanny & Joleen  Lifestyle Serum Antioksidan - Entri ni bulan lepas kinah tulis. Best guna serum ni. Sejuk je kat muka. Boleh juga di sapu pada bahagian kulit yang lain.

4. Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu - Kinah suka keluaran safi yang terbaru ni. Nak kena cari yang baru ni.

5. Siti Jamumall Kahwin Dapat Tajaan Setengah Juta - Murah rezeki siti dapat tajaan

6. Terjebak Layan Drama Cinta Non Grata - Cerita ni dah nak habis dah ditayangkan. Apa la jadi dengan Darlina nanti ye.

7. Susu Kambing Karihome - susu untuk anak dara. 

8. Berhantu Ke KFC Ghost Pepper Ni - Ni semua pengaruh tv punya pasal. Takla pedas mana pun hihi

9. Ku Sangka Jerawat Rupanya Ketuat - hmm rupanya ramai yang tak tahu ketuat boleh naik di muka. 

10. Koleksi Buku Belum Dibaca - setakat hari ni, semua buku tu tak start baca lagi hihi. Haii la bila nak start, korang jangan tanya ye haha

Cukuplah 10 entri yang hit pada bulan lepas.
Wednesday, May 01, 2019

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kinah ucapkan kepada semua. Hari ni kinah nak kongsikan dengan korang satu kisah seseorang yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada kita semua. Sungguhpun beliau pada zahirnya kita nampak dia tak begitu sempurna, tapi kinah kagum dengan semangat juang yang dia ada, keberaniannya, dan ketabahan beliau untuk menghadapi semua cabaran dan rintangan yang mendatang.

Individu yang kinah maksudkan ini ialah saudara Khairul Nizam iaitu pengasas kepada Jamumall
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Untuk lebih mengenali beliau dengan lebih mendalam, korang boleh tonton video luahan hati yang beliau kongsikan di facebooknya. Bila kinah tonton video tersebut, sedikit sebanyak terkesan dengan apa yang beliau sampaikan.

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com

Diusia 30 dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan.. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd, dan membina platform jualan jamumall.com, aku happy mampu beli ape aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sane nak jadi mcm aku, nak banyak duit mcm aku, nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, dan tidor perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus, lapar, penat, takde orang disisi.. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar.. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain ...

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran !!
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Ramai cube memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! 

Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai orang disekeliling aku ..

Kini aku sedar.. 
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!

Akhir kata ... 

kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

 
Begitu terkesan dengar luahan dari Khairul Nizam. Walaupun pergerakannya adalah terhad, tapi semangat beliau sangat mengagumkan dan tidak pernah berputus asa. Tapi kita, baru sekali terjatuh terus give up. Ahhh malas dah nak buat.  Kita tak boleh berterusan macam tu. Bila kita nak berjaya kan. Ambik semangat Nizam, kalau beliau boleh berjaya, kenapa kita tak boleh. 

Kalau korang nak mengenali Nizam dengan lebih rapat lagi, korang boleh follow social media beliau




Website :