Breaking

Wednesday, 1 May 2019

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kinah ucapkan kepada semua. Hari ni kinah nak kongsikan dengan korang satu kisah seseorang yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada kita semua. Sungguhpun beliau pada zahirnya kita nampak dia tak begitu sempurna, tapi kinah kagum dengan semangat juang yang dia ada, keberaniannya, dan ketabahan beliau untuk menghadapi semua cabaran dan rintangan yang mendatang.

Individu yang kinah maksudkan ini ialah saudara Khairul Nizam iaitu pengasas kepada Jamumall
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Untuk lebih mengenali beliau dengan lebih mendalam, korang boleh tonton video luahan hati yang beliau kongsikan di facebooknya. Bila kinah tonton video tersebut, sedikit sebanyak terkesan dengan apa yang beliau sampaikan.

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com

Diusia 30 dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan.. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd, dan membina platform jualan jamumall.com, aku happy mampu beli ape aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sane nak jadi mcm aku, nak banyak duit mcm aku, nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, dan tidor perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus, lapar, penat, takde orang disisi.. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar.. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain ...

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran !!
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
Ramai cube memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! 

Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai orang disekeliling aku ..

Kini aku sedar.. 
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall.com
untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!

Akhir kata ... 

kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

 
Begitu terkesan dengar luahan dari Khairul Nizam. Walaupun pergerakannya adalah terhad, tapi semangat beliau sangat mengagumkan dan tidak pernah berputus asa. Tapi kita, baru sekali terjatuh terus give up. Ahhh malas dah nak buat.  Kita tak boleh berterusan macam tu. Bila kita nak berjaya kan. Ambik semangat Nizam, kalau beliau boleh berjaya, kenapa kita tak boleh. 

Kalau korang nak mengenali Nizam dengan lebih rapat lagi, korang boleh follow social media beliau




Website :



10 comments:

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  2. Kagum dengan kejayaan beliau. Menjadi inspirasi buat kita semua.

    ReplyDelete
  3. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  4. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  5. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  6. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  7. Kegigihan beliau menjadikan siapa beliau hari ini

    ReplyDelete
  8. menjadi inspirasi ramai nie..

    ReplyDelete