Monday, 17 June 2019

,
Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask | Bila musim beraya ni, kita sibuk ziarah saudara mara sama ada jauh mahupun terdekat. Iyelah nak eratkan silaturrahim, masa beraya ni la nak berjumpa. Bila dah sibuk ke sana ke mari sampai terabai rutin penjagaan harian kulit kita. Dah la di luar sana keadaan persekitaran tak berapa bagus. Disebabkan kesan pencemaran, gaya hidup yang tak berapa sihat dan pemakanan pun tak jaga akan mempercepatkan proses penuaan kulit dan melambatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Jadi, hari ni kinah nak kongsi dengan korang dengan satu produk yang dapat membantu meningkatkan kolagen kulit kita iaitu Le Shenz Moisturizing Pearl Mask.

Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Apa yang Menarik Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Kalau korang nak tahu, kinah ni memang teruja nak mencuba Le Shenz Moisturizing Pearl Mask ini kerana salah satu intipati di dalamnya mengandungi ekstrak mutiara yang mana ianya kaya dengan unsur-unsur dan mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino yang penting, unsur surih dan kalsium. Asid amino dan unsur surih yang ada di mutiara sebenarnya sangat membantu meningkatkan kolagen pada kulit kita, membaiki serta membantu pertumbuhan sel kulit yang baru dan juga dapat membantu mencerahkan kulit.

Lepas penat buat kerja rumah di siang hari, malam hari kita manjakan kulit pulak. Best juga pearl mask ni tau. Kulit rasa moist je lepas guna pearl mask ni. Korang patut cuba pearl mask ni dan alami sendiri.

Excellent Essence Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Mutiara - Kaya dengan unsur-unsur dan mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, unsur surih dan kalsium

Chamomilla Recutita - Membantu memulihkan bagi mereka kulit yang sensitif, kesan ruam pada kulit, mengurangkan kesan kemerahan di muka, dan menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata.

Rosa Centifolia - Peroleh sijil Organik dari EU dengan anti pengoksidaan, anti bakteria dan anti keradangan

Opuntia Streptacantha - Molekul pelembap unik terhasil secara semula jadi kerana ditanam di padang pasir 

Sophora Flavescens - Kaya dengan nutrisi herba yang dapat membantu mengimbangi nutirisi kulit

Ophiopogon Japonicus - Meningkatkan daya tahan kulit, melegakan kulit sensitif, melembapkan dan melambatkan kesan penuaan

Camellis Japonica - Melembapkan, menenangkan dan melicinkan kulit, mengurangkan keradangan dan kedutan


Penggunaan yang Disarankan

Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
Setiap 3 hingga 4 hari, lapisan kulit mati kita akan mula terkumpul. Apabila lapisan kulit mati terkumpul, ianya akan menghalang segala penyerapan nutrien daripada skincare harian yang kita guna, kulit kita menjadi kusam, akan timbul garis-garis halus dan juga pigmentasi. Dengan pengunaan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask ni sedikit sebanyak dapat membantu menyingkirkan kulit mati yang terkumpul, serta memperbaiki keadaan kulit yang bermasalah. Disebabkan itu, kita perlu menggunakannya setiap 3 hingga 4 hari. 

Kelebihan Mask Sheet Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
  • Pengudaraan yang baik dan selesa
  • Pelembap yang sempurna
  • 13 kali penyerapan air
  • Pilihan pertama untuk mask sheet
  • Mengekalkan kelembapan

Apa yang Penting Bebas daripada

  • Fluorescent Agent Free
  • Hormone Free 
  • Synthetic Fragrance Free
  • Alcohol & Mineral Oil Free
Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
Muka Lebih Lembap Dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask
Dalam kotak ni hanya 3 keping. Harga sekotak ialah RM38.00 saja.

Oh ye ada berita baik untuk pembaca semua. Kalau korang nak tahu Le Shenz Moisturizing Pearl Mask sekarang ni tengah ada promosi tau. Beli 2 kotak Le Shenz Moisturing Mask, korang akan dapat free lagi 2 kotak. Hanya RM76.00 saja ye dan paling best free shipping. Cepat korang, promosi ni bermula dari 20 Jun sehingga 21 Jun saja. 

Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Website :

Facebook :

Instagram :

Monday, 10 June 2019

,
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti | Dulu kinah ni agak setia dengan satu jenama rempah ratus ni. Iyelah selalu ikut mak pergi ke kedai dan ke pasar confirm beli jenama tu je la. Kite yang anak ni ikut je, apa yang mak beli. Tapi sejak dah kawin ni, kinah suka nak mencuba sesuatu yang baru. Asyik pakai rempah tu je, sesekali nak juga tekak ni try jenama lain. Apa jenama kinah tak cuba semua dah try dah. Tapi entahla, bila try jenama Rempah Ratus Mak Siti  ni terus jatuh cinta.

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kinah kenal dengan jenama Rempah Ratus Mak Siti ni pada expo MAHA beberapa tahun yang lepas. Saja nak ke sana tengok pameran tu. Bila sampai ke booth Rempah Ratus Mak Siti, masa tu tengah ada offer. Beli satu pek yang dah diorang packing hanya RM20.00 je, kalau tak silap la masa tu. Benda dah lama huhu. Dalam packing tu, ada pelbagai rempah seperti sup, soto, sup bunjut, kari, rendang. Dah alang-alang sampai sana, rembat satu packet besar. Tak sangka berbaloi betul beli satu packet besar tu. Sedap rupanya Rempah Ratus Mak Siti ni. Sejak dari itu, kinah cari Rempah Ratus Mak Siti je la. Harganya pun takdela mahal sangat. 

Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar jenama Rempah Ratus Mak Siti ni kan, terutamanya orang Johor. Baru kinah tahu rupanya dah 40 tahun dah jenama Rempah Mak Siti ni.
  

Di Sebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kata orang disebalik kejayaan sekarang, banyak ujian pahit dan manis yang perlu ditempuhi oleh Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya, Tuan Mohd Hafizan Yusoff untuk menaikkan jenama Mak Siti. Pada asalnya perniagaan Mak Siti ni dijalankan secara kecil-kecilan saja bagi menyara keluarga ketika itu. Pada masa tu, hanya orang kampung dan bandar-bandar kecil saja yang tahu kewujudan Mak Siti ni. Lama-kelamaan Mak Siti telah mula dikenali.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Menjadi pengasas sesuatu produk atau jenama terkenal menjadi idaman setiap orang. Tapi ramai yang tidak pasti dengan langkah pertama yang perlu diambil, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, bagaimana mereka perlu menempuhi semua cabaran itu serta menempuhi pelbagai halangan tersebut sehingga mereka berjaya. Menjadi anak kepada pengasas kepada sesuatu produk atau jenama bukanlah berada di tempat yang selesa, tak ramai yang tahu betapa mereka perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada milik keluarga mereka ini.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Dahulu, Puan Siti sering tertekan kerana di bahunya terpikul beban dan harapan untuk memajukan perniagaan mereka sedangkan beliau tiada pengalaman untuk mengendalikan perniagaan mereka. Selepas beliau tamat belajar dan ceburi perniagaan keluarga, perniagaan tersebut mengalami masalah di mana berlaku penyelewengan dalam kalangan pekerja dan ramai juga pekerja yang tidak yakin dengan kemampuannya.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Terdetik dalam fikirannya, mengapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang ada di pasaran Malaysia mahupun antarabangsa. Meneruskan legasi perniagaan turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi untuk memastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi suatu hari nanti.

Ladang Dan Kilang Rempah Mak Siti

Pada awalnya kilang Mak Siti diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Di atas lot kedai tersebut keluarga ini meneruskan kehidupan mereka sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disitu perusahaan rempah dan disitu juga tempat tinggal mereka.

Pada tahun 2000, apabila perniagaan mereka semakin berkembang, keluarga ini membuat keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor. Di sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar dan menjalankan pelbagai aktivti seperti perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalah pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang yang terletak di Batu 12, Jalan Muar - Pagoh, Johor, juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Restoran Mak Siti

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti turut mengusahakan sebuah restoran Melayu yang sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah. 

Produk Rempah Ratus Mak Siti

Kalau korang nak tahu, Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan juga sesuai mereka yang vegetarian. Antara produk utama Rempah Ratus Mak Siti ialah serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ikan, serbuk rempah sup, serbuk rempah sup soto, serbuk rempah rendang, sup tulang, sup punjut, sup soto, dan raja sup. 
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kini, syarikat telah mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan rempah dalam botol seperti emping cili (chili flakes), serbuk cili, daun limau purut, serbuk daun limau purut, serbuk kayu manis, serbuk halia, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, dan serbuk kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna.

Mengapa Rempah Ratus Mak Siti Menjadi Pilihan

Pertama kali mencuba rempah Mak Siti ni kinah dah jatuh cinta. Sebabnya rasa rempahnya lain dari yang lain dan masakkan kita jadi lebih sedap. Satu lagi, harganya pun murah. Nak dapatkan rempah ni pun mudah sebab kinah tinggal dekat je dengan TESCO. Habis je stok mintak suami pergi belikan.

Di Mana Nak Dapatkan Rempah Ratus Mak Siti Ni

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti 
Korang boleh dapatkan Rempah Ratus Mak Siti ni di TESCO, Mydin, Jusco, AEON BIG dan Giant. Ada juga kinah dengar dekat kedai Eco pun ada dijual. Kinah dah dapatkan stok Rempah Ratus Mak Siti yang dah nak habis kat dapur tu. Korang bila lagi?
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Twitter : 
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UChxWo-JlDGsXLERsPo4xMFQ
Whatsapp :
017-3309330

Tags/Kata Kunci
Rempah Mak Siti, Rempah Ratus, Mak Siti

Sunday, 2 June 2019

,
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit | Teruja kinah nak kongsi dengan korang dengan serum yang kinah guna sekarang ni. Dalam banyak-banyak serum yang kinah pernah guna, serum Dr Beau ni paling best dan konsisten kinah pakai. Sedikit sebanyak masalah kulit di muka kinah dah mula nampak perubahan. Moga raya nanti kulit sihat macam biasa. Nampak je kecik, tapi kecik bukan sebarangan kecik, bak kata pepatah kecil-kecil cili padi. Sesiapa yang ada masalah kulit tu, apa salahnya labur sedikit untuk serum ni. Tak rugi la. Artis pun ramai yang gunakan serum ni tau.

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit 

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Masa mula-mula kinah terima serum ni, kinah agak terkejut sebabnya serum ni tak seperti serum yang biasa kita guna ye. Kalau nak tahu, serum ni dalam bentuk softgel dan teksturnya berminyak. Walaupun berminyak apabila apply di muka lama-lama serum akan meresapb jauh ke dalam kulit kita dan tak nampak dah kesan berminyak tu. Bagi kinah, bila serum ni dalam bentuk softgel, nampak lebih hygiene sikit dan kuantiti yang kita nak guna pun memang dah cukup sangat untuk kita gunakannya. Jadi tak de la istilah terlebih ataupun terkurang dalam penggunaan serum ni.

Kandungan Utama Serum Dr Beau

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Mesti korang nak tahu kandungan utama yang terdapat dalam Serum Dr Beau ni kan. Jangan risau, bahan yang digunakan adalah natural iaitu  bahan semulajadi. Antaranya ialah:

Rosehip Oil - Minyak rosehip ini mengandungi segala yang diperlukan oleh kulit kita untuk menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri kerana kandungan Vitamin A dapat membantu mengurangkan kesan garis halus di wajah kita. Vitamin C pula mampu mengurangkan serta mencerahkan tompok hitam dan menggalakkan penghasilan kolagen. Sebagai tambahan, minyak rosehip juga mengandungi vitamin E yang dapat melindungi kulit kita daripada sinar suria dan pencemaran alam sekitar.

Argan Oil - Minyak argan pula kaya dengan lemak sihat omega, Vitamin E dan asid linoelik. Semua kandungan ini berfungsi melembapkan kulit, melembutkan bahagian kulit yang kering serta mengurangkan jerawat terutamanya di wajah kita.

Almond Oil - Minyak almond mengandungi vitamin A, B dan E yang sangat baik untuk kesihatan kulit kita. Kesemua vitamin tersebut berfungsi melembapkan kulit, mengurangkan masalah lingkaran di bawah mata serta membantu mengurangkan kesan penuaan di wajah kita.

Aprikot Kernel Oil Mengandungi vitamin A, C dan E yang dapat melindungi kulit dan rambut. Disebabkan tekstur minyak aprikot kernel ini adalah ringan dan menyerap dengan lebih cepat ini menjadikannya sebagai pelembap terbaik terutama kepada mereka berkulit sensitif.

Wheatgerm Oil - Wheatgerm Oil ataupun minyak biji gandum kaya dengan vitamin A, D,dan E serta kaya dengan Protein dan mineral.

Evening Primrose Oil - Mengandungi asid lemak omega-3 yang bagus untuk mereka yang mengalami kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa sihat dan segar.


Apa yang Best Dengan Serum Dr Beau Ni

  • Sangat sesuai dengan wanita Asia
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Baunya harum dan wangi semulajadi
  • Tidak melekit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit Seperti:
  • Jerawat, jeragat kesan parut
  • Kulit berminyak, kombinasi, sensitif, kering
  • Kusam, tona tak sekata


Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit Seperti Jerawat, Jeragat dan Mencerahkan Kulit

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Kinah memilih serum Dr Beau ni adalah untuk memulihkan semula kulit kinah yang dah breakout. Jerawat pula dah mula naik sana sini mungkin disebabkan penggunaan skincare yang tak serasi dengan kulit dan perubahan hormon tambah pula kinah ni baru tahu kulit jenis sensitif. Nampaknya kinah kena cari jalan untuk selesaikan masalah kulit kinah. Alhamdulillah, dengan penggunaan yang berterusan dan konsisten, memang nampak perubahan. Jerawat banyak dah kering dan mengecut, kesan parut lama pun dah mula pudar sikit dan kulit muka dah cerah sikit. Memang puas hati sangat la dengan serum ni.

Cara Pengunaan Serum Dr Beau

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Nak guna serum ni bukanlah susah mana. Kinah nasihatkan sebelum apply serum ke muka, pastikan kulit muka kita dibersihkan terlebih dahulu. Setelah itu, pulas dibahagian hujung softgel dan titiskan ke tapak tangan. Kemudian sapu dengan menggosok ke tapak tangan untuk membantu memudahkan ianya meresap ke dalam kulit dan sapu di sekitar wajah dan batas leher dengan rata.

Setelah serum Dr Beau disapu, korang dah boleh pakai bedak ataupun sunblock atau yang suka bersolek tu, korang boleh blend serum ni dengan foundation. Hasilnya memang auumm dan korang digalakkan menggunakannya dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Penggunaan pada waktu pagi, untuk melindungi kulit daripada udara dan persekitaran yang tidak sihat manakala penggunaan pada waktu malam pula adalah bertujuan untuk merehatkan dan memulihkan kulit.

Kalau ikut style kinah pun boleh. Sama saja. Kinah ada kongsikan cara guna serum ni di youtube.
Bukan saja kinah yang berpuas hati dengan serum Dr Beau ni, ramai lagi yang turut berpuas hati dengan keberkesanan serum Dr Beau ni. Antara serum pilihan artis tau. 

Testimoni Pengguna Serum Dr Beau

Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Testimoni Pengguna Serum Dr Beau
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Testimoni Pengguna Serum Dr Beau
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Testimoni Pengguna Serum Dr Beau
Serum Dr Beau Membantu Merawat Masalah Kulit
Testimoni Pengguna Serum Dr Beau

Harga Serum Dr Beau
Semenanjung Malaysia : RM96.00
Sabah dan Sarawak : RM96.00
Singapore / Brunei : $55.00

Jangan lupa subscribe Channel Teja Herbs TV

Bagi mereka yang berminat dengan serum Dr Beau ataupun ingin mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut boleh layari

LAMAN WEB :
 https://drbeau.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/drbeaumalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/drbeau_official
TELEFON :
 016 9633443

Tags/Kata Kunci
DR BEAU, Serum DR BEAU, Masalah Jerawat, Jeragat, Kulit Sensitif