Breaking

Thursday, 27 June 2019

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik| Nak capai sesuatu kejayaan, tak kisahlah apa jua bidang sekalipun, kita kenalah berusaha. Begitulah apa yang dilakukan oleh adik Ariq Azhafi atau lebih dikenali sebagai "TIMEBOY". Kinah begitu kagum dengan semangat yang ada pada adik Ariq ni tau. 

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik 

Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.  Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik
Jom kita kenal dengan lebih dekat mengenai Ariq

Kalau korang nak tahu, Ariq dilahirkan pada 4 Disember 2001 di Muar Johor, maknanya dah 17 tahun dah adik Ariq kita ni. Merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. 
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
Pada umur 10 tahun, Ariq disahkan Autisme iaitu Sindrom Asperger oleh doktor selepas 2 tahun menjalani proses rawatan dan terapi. 

Walaupun mengalami masalah autisme dalam kategori masalah pertuturan, ianya lansung tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik yang diminatinya.

Kenapa Ariq digelar "TIMEBOY"?
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
Sebenarnya Ariq ni jarang bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu saja. Kalau daripada pandangan mata kita, Ariq nampak normal saja, tetapi sebenarnya Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. Jadi, kalau korang terserempak dengan Ariq di mana-mana nanti jangan lupa 'say hi' tau✌

Apa yang membuatkan Ariq berani tampil untuk ke depan, katanya selain daripada minat, Ariq mahu membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
Menurut kata ayahnya, sejak Ariq menghadiri kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
Ariq juga menerima galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU KITA SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik di Malaysia
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi. Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.

Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -

Jom kita ramai-ramai kasi support pada adik Ariq

25 comments:

  1. Kagum dengan ariq sebab yakin dengan diri sendiri. Yang penting sokongan dari orang sekeliling terutama parents.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. moga perjalanan adik Ariq sentiasa diberkati-Nya :)

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya adik Ariq ni...moga lebih success ya adik!

    ReplyDelete
  4. bagus adik Ariq ni, tak jadikan kekurangan dia sbg.alasan utk terus bergerak ke depan..good job adik..moga terus suksess tau..

    ReplyDelete
  5. Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

    ReplyDelete
  6. Tahniah adik ariq. Bukan mudah nak gali keistimewaan yang ada pada individu yang mempunyai autisme. Kiranya ariq adalah insan bertuah

    ReplyDelete
  7. Adik Ariq dah buktikan tiada apa yang dapat menghalang kalau kita minat sesuatu perkara. Bagus juga nyanyian adik Ariq ni. Nanti kalau akak jumpa kat mana-mana nanti akak say Hi ok. Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  8. Kalau yang Autism pun boleh berjaya, kenapa kita yang normal tak boleh berjaya jugak kan. memang betul sumber inspirasi

    ReplyDelete
  9. salute sangat dengan adik ariq mampu menonjolkan bakat dalam diri. bukan mudah untuk mereka yang autism. semoga boleh jadi contoh terbaik kepada anak-anak remaja yang setiap orang kalu ada azam boleh melakukan apa yang mereka inginkan

    ReplyDelete
  10. Bagusnya dia dapat keyakinan dan kekuatan untuk berdiri depan public dan tonjolkan bakat terpendam dia. Semoga dia boleh pergi lebih jauh dalam industri.

    ReplyDelete
  11. Bila lihat dari mata kasar tak nampak dia autism, but alhamdulillah dia di kurnia kan dengan bakat luar biasa, semoga berjaya dalam hidup

    ReplyDelete
  12. Kita dah dengar muzik dan lagu nyanyian anak muda penuh bakat ini memang sedap dan bagus kerana ibubapa ada anak macma ni kena tahu apa yang mereka minat agar dapat salurkan bakat tu kearah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  13. Bagusnya. Kadang-kadang budak macam ni lagi kreatif and lagi better dari budak-budak normal. Kita yang normal ni kenala support untuk naikkan semangat dorang.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah. bagus sangat. semoga di masa akan datang akan lebih berjaya dan mampu membuktikan boleh sebaris dengan mereka yang lain. bakat yang sangat luar biasa. :)

    ReplyDelete
  15. Kagum tengok semangat dia. Walaupun dia ada autism, dia ada bakat yang memang bagus. Yang penting dia tak give up untuk terus dalam bidang ni

    ReplyDelete
  16. Setiap manusia ada keistimewaan nya. Tapi I first time dengar nama ariq. Nice sharing kinah

    ReplyDelete
  17. Tahniah adik Ariq. Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi buat semua org yang mempunyai kelainan upaya. Buktikan pd mereka anda juga boleh berjaya !

    ReplyDelete
  18. Ramai dah share about this young talented boy. Hope dia dapat sustain in this harsh industry. May Allah bless his soul. 😊

    ReplyDelete
  19. Wow, hebatnya dia. Tak nampak macam autism pun. Apapun, semoga dia semakin sukses dalam bidang yang diceburi. All the best

    ReplyDelete
  20. His story will be one that inspire a lot of people knowing that he his autistic. I am sure a lot of people can draw inspiration from him. All the best to him.

    ReplyDelete
  21. Suatu perkongsian yang baik bagi mendorong anak muda yang lain untuk berusaha. Anak muda ni boleh jadi contoh tau

    ReplyDelete
  22. Hensem budaknya, tak tahu mana autismenya kalau x diberitahu. Bagus parents dia mendidik anak ini agar berdikari dan dia pun ada usaha untuk berjaya dalam apa yang di minat. Sis doakan moga dia berjaya dan terus berjaya

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah.. semoga beliau akan menjadi inspirasi ramai orang..

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah...tiada yang mustahil kalau ada usaha...

    ReplyDelete