Monday, 24 June 2019

Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram

Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram | Bila dah tak tau nak buat apa, saja je la join satu giveaway di Instagram. Hadiahnya kita boleh pilih sama ada nak duit raya ataupun barang keperluan rumah. Tak sangka pulak ada rezeki kat situ. Kinah menang dan kinah pilih barang keperluan rumah. Boleh guna untuk masuk rumah baru nanti.

Menang Cabutan Bertuah Dan  Giveaway Di Instgaram

Menang Cabutan Bertuah Dan Di Instgaram
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram
Tadaaa ni lah hadiahnya.
Menang Cabutan Bertuah Dan Di Instgaram
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram
Pada mulanya, stock ni habis dan kinah diminta untuk pilih hadiah yang lain. Mungkin dah rezeki, penganjur bagitau, hadiah yang kinah pilih tu dah restock dan mujurlah hadiah ganti yang dipilih tu belum di pos lagi. Cantik kan. Nampak kemas je dapur nanti. Korang kalau nak beli barang keperluan rumah yang ada style dan nampak trendy boleh beli dan follow di instagram @scandibysha. Rambang mata tau. 

Menang Cabutan Bertuah Di Cik Kiah Kicen

Haa yang ni kemenangan yang tak disangka. Kinah tak bajet pun menang cabutan bertuah Cik Kiah Kicen ni pun. Macam mana kinah boleh menang cabutan bertuah ni?

Sebenarnya kinah ada beli buku resepi periuk tekanan tinggi dengan Cik Kiah Kicen melalui facebook group Kami Pengguna Pressure Cooker Philip. Kite ni masih amatur lagi nak guna pressure cooker ni. Jadi, kinah beli satu untuk panduan dan Cik Kiah bagitau setiap pembelian buku resepi beliau, kami berpeluang untuk memenangi hadiah iaitu Clutch Bag atau seutas jam tangan jenama Fossil. Dua-dua tu original tau.
Menang Cabutan Bertuah Dan Di Instgaram
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram
Nak dijadikan cerita, awal pagi selepas sahur Cik Kiah hantar whatsapp untuk maklum yang kinah memenangi seutas jam tangan Fossil Alhamdulillah rezeki di  hujung bulan Ramadan. Boleh pakai masa raya nanti. Oh ye kalau korang nak beli juga buku resepi periuk tekanan tinggi ni boleh whatsapp terus dengan beliau di talian 0136188802. Buku resepi ni, sesuai untuk pengguna Noxxa  lama dan Philips 2139 dan 2137. Ada pelbagai resepi yang boleh kita cuba dalam buku resepi tu. 

5 comments: