Saturday, 27 July 2019

,
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit | Mengalami masalah kulit kusam, jeragat dan berjerawat sedikit sebanyak akan memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Disebabkan masalah kulit tersebut, kita akan rasa kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain guna skincare yang biasa kita guna untuk penjagaan bahagian luaran, penjagaan dari dalaman pun penting juga tau. Macam mana tu? Meh sini kinah nak kongsi dengan korang dengan satu produk yang mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah korang tu. Produk tersebut ialah Kita Beauties Pu'th.

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Mungkin ada di antara korang yang tak pernah dengar dengan produk minuman kesihatan Kita Beauties ni. Kinah ni pun first time tahu dan guna tau. Bila nampak keberkesanannya baru share dengan korang. Kalau korang nak tahu, Kita Beauties ni antara produk paling laris di farmasi Guardian. Rasanya pun sangat sedap, dan nak bancuh pun sangat mudah. Apa yang penting ianya Halal dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Haa gitew

Kita Beauties Pu'th mengandungi 4 jenis ramuan utama iaitu buah oren, camu-camu, alpha lipoic acid dan biji anggur. Kesemua ramuan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Untuk makluman korang, Kita Beauties Pu'th mempunyai No Reference dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikategorikan sebagai makanan. Jadi tiada no. MAL dikeluarkan, MAL hanya dikeluarkan apabila sesuatu produk itu diperbuat daripada ubat ataupun dikelaskan sebagai ubat. Jadi, Kita Beauties Pu'th ni tidak merbahaya dan telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tak perlu korang ragu-ragu ek.


Kandungan Utama Kita Beauties Pu'th

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Buah oren, semua orang tahu buah oren begitu kaya dengan sumber vitamin c yang mana vitamin c dapat membuatkan kulit kita lebih sihat dan menguatkan sisitem imunisasi kita dalam badan.

Camu-camu pula adalah sejenis buah-buahan, dipercayai ianya bagus untuk kulit dan diet seharian kita. Selain itu, camu-camu juga dipercayai dapat mengecilkan liang pori-pori  di wajah kita dan mengurangkan keradangan kulit apabila jerawat tumbuh.

Alpha Lipoic Acid pula bertindak sebagai anti oksidan iaitu melambatkan proses penuaan dan keradangan kulit.

Biji anggur berperanan untuk mencerahkan dan mengimbangi kulit kita.

Kelebihan Apabila Kita Mengamalkan Kita Beauties Pu'th

Bila korang amalkan Kita Beauties Pu'th ni, banyak kelebihan yang akan korang akan dapat seperti:
  • Dapat membantu melicinkan kulit wajah
  • Dapat membantu mencerahkan kulit wajah
  • Dapat mengurangkan pembentukan jerawat dan parut jerawat
  • Mengimbangkan tona kulit yang tak sekata

Pantang Larang Bila Amalkan Kita Beauties

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Apabila kita amalkan minuman botani Kita Beauties ni, kinah nak bagitau ada pantang larangnya tau. Antaranya ialah

  • Masalah jerawat - Sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Kafein - Elakkan minuman berkafein sebab ianya boleh mempercepatkan penuaan.
  • Period (bagi perempuan) - Better stop dahulu sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.
  • Waktu pengambilan - Boleh jarakkan selama 5 jam jika mengambil ubat dari hospital / klinik.
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yang berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung/ ibu menyusu
  • Amalkan minum air masak 2 - 3 liter untuk kesan yang lebih baik.
  • Masalah kesihatan - Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Produk yang mempunyai kolagen, tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.


Cara pengambilan Kita Beauties Pu'th

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Cara pengambilan pula mudah saja.

Bancuh 1 sachet Kita Beauties Pu'th bersama dengan 100ml air. Boleh juga dibancuh dengan air suam, ataupun air sejuk. Tapi kalau tanya kinah, kinah bancuh dengan air suam sebab lebih mudah dilarut dan sebelum minum tu pastikan ianya betul-betul larut dahulu ye.

Kalau ikut dicadangkan, ianya perlu di ambil selepas sarapan. Tapi kinah ambil sebelum nak tidur, sebab penyerapan pada waktu malam lebih tinggi. Terpulang pada korang waktu bila nak minum.


Kuantiti dan Harga Kita Beauties Pu'th

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Mesti korang teruja nak mencuba Kita Beauties Pu'th kan. Haaa ni sebelum kinah lupa dalam satu kotak yang comel ni mengandungi 10 sachet x 6 gram. Harganya pulak RM28.80 sahaja, harga mampu milik dan korang boleh dapatkannya di cawangan Guardian di seluruh Malaysia.


Testimoni Amalkan Kita Beauties Pu'th

Selama 10 hari kinah amalkan Kita Beauties Pu'th ni, yeayyy kesan dia sangat awesome. Kulit kinah lebih cerah, paling best jerawat yang baru nak menempek pun cepat kering. Kulit kusam tu tak nampak sangat dah. Hehehe sukanya.. Apa yang penting, ikut je pantang yang kinah bagitau tu dan jangan lupa minum air kosong dengan secukupnya. Alhamdulillah serasi dengan Kita Beauties Pu'th ni. Rasanya pun sedap, nak kata manis tak manis pun, rasa manis buah-buahan. Korang cubalah nanti.


“make your skin & body happy”

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke
Facebook : KITA Beauties 
Instagram : @kita_beauties

Tags/Kata Kunci
Kita Beauties, Kita Beauties Pu'th, Masalah Kulit, Merawat Masalah Kulit, Jerawat, Jeragat, Kulit Kusam
,
Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya | Setiap kali berus gigi je, mesti ada darah. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Itulah yang terjadi pada kinah. Kinah mula gusi berdarah ni semasa mengandungkan Thahirah lepas bersalin dah takde dah berdarah. Kemudian tahun kedua sampai la sekarang, jadi balik gusi berdarah setiap kali memberus gigi. Hmm korang rasa apa punca gusi kita berdarah bila memberus gigi? Kinah pun apa lagi tanya la encik google.

Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya 

Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya

Apakah Punca Gusi Berdarah

Sebenarnya banyak punca menyebabkan gusi kita berdarah. Antaranya ialah;
  • Gingivitis / gingivitis sewaktu kehamilan
  • Penggunaan gigi palsu yang tidak sesuai
  • Kekurangan Vitamnin C dan Vitamin K
  • Luekimia
  • Diabetis
Kadang-kadang punca sebegini kita sendiri pun tak perasan. Jadi kalau korang ada tanda-tanda seperti sering berlaku pendarahan pada gusi, gusi bengkak, mulut berbau, dan kehilangan gigi korang kena bertindak segera. 

Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya

Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya
Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya
Baru-baru ni kinah cuba satu ubat gigi jenama GingiLacer. Sepertimana yang kinah beritahu pada mula tadi, kinah seringkali mengalami masalah gusi berdarah. Sejak kinah guna ubat gigi Gingi Lancer ni masalah gusi berdarah dah berkurangan. Bau mulut pun dah berkurangan dan rasa segar je.

Ubat gigi GingiLancer diasaskan oleh Spanish Pharma Group pada tahun 1949 di Spain Barcelona yang mana di sini lah tempat menjadi Headquarters dan merupakan syarikat yang berada di ranking ke 10 dalam perusahaan kesihatan tempatan.

Kelebihan Menggunakan Ubat GingiLacer

  • Dapat mengurangkan pendarahan gusi dalam tempoh 48 jam
  • Menguatkan dan melindungi gusi
  • Mengurangkan pembentukan plak pada gigi
  • Mencegah kerosakan gigi
  • Tanpa pewarna dan alkohol
  • Sesuai digunakan pada setiap hari


Cara Penggunaan

Gosok gigi memggunakan ubat GingiLacer  setiap kali selepas makan

Harga Ubat GingiLacer - tiub macam kinah guna ni 75ml RM33.00 saja.

Pengalaman Kinah Guna GingiLancer

Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya
Gusi Berdarah Bila Memberus Gigi, GingiLacer Ada Penyelesaiannya
Selepas beberapa minggu kinah menggunakan GingiLancer, kinah nampak gusi dah kurang dah berdarah. Kalau tak, bila gosok je confirm ada je darah. Padahal guna berus yang lembut tu. Mulut pun kurang berbau dan nafas lebih segar. Cuma kinah nak bagitau, ubat gigi GingiLacer ni tak sama macam ubat gigi yang biasa kita guna. Tak pedas sangat huhu.

Untuk Maklumat Lanjut
Website : https://www.pmmii.com
Facebook: https://www.facebook.com/PM.Mii1
IG : https://instagram.com/pm.mii_/

Tags/Kata Kunci
Gusi berdarah, ubat gigi, ubat gigi Gingi Lacer, gusi berdarah semasa hamil, gusi bengkak, mulut berbau, gusi berdarah, ubat gigi untuk gingivitis

Thursday, 18 July 2019

,
Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni | Dulu masa zaman universiti dulu, suka betul beli sosej bakar atau kitorang panggil cucuk cucuk di cafe. Turun je dari bas, terus ke cafe. Kalau habis kelas petang, malas nak makan nasi cucuk cucuk je la kinah beli. Paling sedapnya, sos dia la yang manis pedas tu. Lepas habis belajar ada jugakla teringat-ingat pulak tapi tak tahu nak beli kat mana masa tu.

Haritu masa mula-mula pindah aritu, kinah tak larat nak masak. Penat mengemas barangkali. Bila dah penat tu, perut pun lapar. Macam biasa la, scroll facebook kot kot la ada orang boleh delivery makanan. Yop pulak kerja dan tak balik lagi hari tu. Lagipun dah malam kan. Cari makanan yang simple je. Tetiba nampak pulak ada orang jual cucuk cucuk. Happy tak terkata. Sesekali pekena cucuk atau lokching bakar ni memang layan. Lagipun lama dah kot tak makan huhu.
Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni
Rupanya Lokching atau Sosej Bakar Ada Jual Di Bukit Sentosa Ni
Tak fikir panjang dah, terus order. Kinah order petang, bajet lepas Maghrib boleh makan. Tapi disebabkan runner masa tu pergi open house, jadi lambat sikit la hantar. Huwaa dah la perut berkeroncong masa tu. Dekat Isyak baru sampai aduiii. Takpelah janji cucuk cucuk sampai huhu. Paling kinah suka sekali sandwic petak ayam tu la. Tapi rasa sandwic ni tak macam masa kinah makan zaman universiti dulu. Kalau dulu sandwic tu tebal kot. Tapi sekarang makin nipis. Rasa pun kurang. Tabah je la sebab dah lama sangat teringin. Mujurlah sos dia sedap huhu. 

Nak repeat lagi?

InsyaAllah akan repeat. 


Monday, 15 July 2019

,
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com | Ekhm ekhm ada yang tengah mencari purse atau beg tangan baru ke tu? Dah puas pusing shopping mall tapi tak ada satu pun yang berkenan di hati. Betul kan?? Hmm daripada korang pusing sana sini apa kata korang cari di online pulak. Lagi jimat masa dan tenaga korang. Meh sini kinah nak ajak korang cuci mata di website BAGINNING mana la tahu ada yang berkenan di hati korang tu.

Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com

Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kinah cerita serba sedikit mengenai BAGINNING ni. Kalau korang nak tahu, BAGINNING beroperasi di United Kingdom. Huhu jauhnya sampai ke luar negara tapi takde hal la. Zaman sekarang kan dah semakin canggih, manfaatkan teknologi yang ada ni. Pasal cara bayaran, korang boleh pilih sama ada nak buat pembayaran secara kad kredit mahupun secara paypal

Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Berita baiknya pula, setiap pembelian FREE SHIPPING ke seluruh dunia. Siapa yang tak suka free shipping kan. Satu lagi, jika barang yang korang order tu ada masalah atau rosak, korang boleh return pada mereka semula secara percuma aje.

Orang perempuan ni kalau dah tengok handbag, hmm mula lah. Satu kerja pun tak jalan haha. Lebih kurang macam kinah la. Lama membelek sampai ralit. Cantik-cantik juga design yang ada di BAGINNING ni. Kalau ditanya kinah minat yang mana, sebenarnya ada dua beg dalam pemerhatian kinah. Harganya pun berpatutan dan lain dari yang lain. Nak tahu kinah minat yang mana?

1. Clear Bags & Jelly Bags

Sesaja bukak koleksi Clear Bags & Jelly Bags ni, mak aii banyak betul pilihan. Semuanya cantik. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Tak caya korang boleh tengok kat sini. Gambar di bawah yang kinah screenshot ni adalah koleksi yang ada di BAGINNING.

Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Kalau korang tanya yang mana satu pilihan kinah, tadaaaa 

Large Hot Pink Lock Holographic PVC Satchel Handbags Clear Bags menjadi pilihan.  Orang perempuan kalau takde pilih warna pink, tak sah huhu. Ni kena hujan pun, isi dalamnya tak basah sebab materialnya PVC. Harganya dalam $69.99. Ni dalam nilai matawang Dollar tau.
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Menariknya di BAGINNING ni, korang boleh pilih warna yang ada. Ingat ye Free Shipping ke seluruh dunia. 

2. Clutch and Purse

Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Settle pilih handbag, kita cuci mata koleksi Clucth and Purse pulak. Dalam koleksi ni kinah nak pilih clutch. Bukak saja kategori ni, adussss sakit mata ni. Semuanya cantik. Clutch yang menjadi pilihan kinah ialah Black Rhinestone Long Clutch Purse Sparkly Evening Bags. Cantik kot yang ni. Banyak baju boleh match dengan clutch ni. Harganya dalam $49.99 saja dalam matawang Dollar.
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Dapatkan Koleksi Clutch, Purse dan Clear & Jelly Bags di BAGINNING.com
Jadi, lepas ni kalau korang nak cari handbag atau purse ke, kinah suggest korang beli je kat BAGINNING. Banyak benefit yang korang akan dapat seperti FREE GIFT, FREE RETURN dan RANDOM GIFT. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh pergi ke website rasmi BAGINNING

Email: support@baginning.com
Address: Rm 101, Maple House, 118 High Street, Purley, London, England, United Kingdom, Cr8 2ad

Thursday, 11 July 2019

,
Tona Kulit Lebih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion | Siapa kat sini pengguna tegar produk Safi? Ramai kan pengguna setia Safi hehe. Kinah nak sebarkan berita baik untuk pengguna tegar Safi terutamanya kepada pengguna Safi Balqis Oxywhite, Safi Balqis OxyWhite kini ada produk terbaharu iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion. Pergh panjang betul namanya kan. Apa yang menariknya dengan keluaran Safi yang terbaharu ni, ianya memberikan 2 kali penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan saja tau. Cayalah Safi..

Tona Kulit Lebih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Tona Kulit Leih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Apa Yang Best Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion 

Kalau korang perasan sekarang ni, sejak dua menjak cuaca sekejap panas, sekejap hujan je. Bila cuaca begini, secara tak langsung kulit kita akan terdedah dengan sinaran cahaya matahari. Bila kulit kita sentiasa terdedah tanpa sebarang perlindungan, hmm tak lama lagi akan timbul pulak masalah  lain iaitu pigmentasi pada kulit.

Dengan adanya Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion sedikit sebanyak melindungi kulit kita daripada masalah tersebut.

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap hanya dalam satu langkah saja untuk penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi kesan optimum kepada si pemakainya. Hahh sesuai sangat la dengan kinah ni ha. Kinah ni bukannya rajin sangat nak ikut step by step untuk penjagaan kulit ni. Kan dah jimat satu step dan masa hehe.

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion bertindak

Tona Kulit Leih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
  • Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu langkah penggunaan saja
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio Hyaluronate, Oligo Hyaluronic Acid, dan Super Nano Hyaluronic Acid
  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat kesan radiasi infrared IR dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen berperanan membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kelihatan segar dan berseri. Manakala Nano biowhite pula bertindak memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit kelihatan cerah sempurna dan sekata.


Pengalaman Sepanjang Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Tona Kulit Leih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Kinah ni baru je berpindah ke rumah baru, jadi kinah agak sibuk untuk mengemas itu ini sampai rutin penjagaan kulit kinah pun dah terabai. Seriously, kalau kinah buat perangai macam ni terus, confirm kulit muka kinah akan breakouts teruk. Kinah cepat-cepat sedar diri, dan bila kinah apply produk Safi yang baru ni, kulit kinah jadi lebih lembap, dan leb[ih segar. Sama macam kita ikut step by step tu. Paling kinah suka dengan teksturnya yang tak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Baunya pun wangi. Memang best sangat la Safi Balqis  OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni.

Waktu petang sekarang, kami ada aktiviti baru tau kat sini. Thahirah dah mula berkawan dengan anak-anak jiran, jadi bila dia dah mula nak berkawan kinah pun bawa dia main kat luar rumah ni ha. Ehhh sebelum tu, pakai dulu safi hydrating lotion ni, baru confident nak keluar rumah hehe.

Nak gunanya pun mudah je. Cuci muka terlebih dahulu dan keringkannya dengan tuala yang bersih. Kemudian tuangkan lotion ke tapak tangan mengikut kuantiti yang diperlukan. Kemudian sapu lotion tersebut ke seluruh muka sehingga rata dan sambil  tu tepuk tepuk manja sikit kulit tu sehingga lotion tersebut meresap sepenuhnya. Dah siap... 

Mudah je kan, tunggu apa lagi dapatkan segera produk safi yang best ni di pasar raya ataupun di watson atau guardian yang berhampiran.

Tags/ Kata Kunci
Safi, Safi Hydrating Lotion

Monday, 8 July 2019

,
Penatnya Pindah Rumah | Kalau korang perasan sejak dua menjak ni kinah jarang nak update blog mahupun status di facebook. Kalau ada pun, itu post untuk kerja. Sebenarnya kinah jarang berada di media sosial ni disebabkan sibuk mengemas rumah. Kesian pulak yang tinggalkan komen kat wall tapi tak berbalas. Maaf ye kami tak sombong tau. Cuma sibuk sikit je. Bila dah penat, nak menulis tu kena ambik mood. Ni pun ada job yang masih pending. Allah bagilah kekuatan pada diri ni.

Penatnya Pindah Rumah

Penatnya Pindah Rumah
Penatnya Pindah Rumah
Sibuk betul kau mengemas ye haha. Kalau setakat mengemas biasa-biasa, kemas barang yang Thahirah sepahkan tu boleh lagi la nak bersantai-santai sambil scroll timeline. Tapi ni mengemas barang nak pindah rumah. Siapa yang pernah dan berpengalaman pindah rumah, pastinya faham penat mengemas tambah pulak ada budak kecik yang selalu mengacau. Jadi mak ko ijau jadinya. Penatnya tak boleh ampun. Barang yang kecik pun agak banyak. Itupun ada barang yang dah campak dalam tong sampah besar kat bawah tu.

Kalau kinah penat mengemas barang untuk pindah barang masuk dalam kotak, tapi Yop lagi penat pindahkan semua kotak tu ke dalam kereta. Kan bagus setiap flat atau pangsapuri ada lif tak kisah la hanya 4 tingkat je pun. Penat kot kalau nak pindah barang nak mengangkut dari satu tingkat ke tingkat sampai ground floor. Mujurlah kami ni pindah tak jauh mana. Kata orang sekangkang kera je. Sekangkang kera pun, kalau macam ni gayanya hmm entahlah.

Nak dijadikan cerita, masa kami sibuk loading barang ke kereta, ada la orang bising sebab kami parking dalam kawasan flat. Yesss, kalau diikutkan memang tak boleh sebenarnya, tapi kami punya alasan yang kukuh dan nak loading barang je. Kawasan parking dengan tangga agak jauh kot. Hmm dalam bising sebab kami parking kat dalam kawasan flat tu, ada satu family ni dia memang parking dalam kawasan flat tu. Dah macam private parking pulak. Takde pulak yang berani nak tegur. Hmm itulah manusia.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat rumah landed. Lepasni takde la kes nak berebut parking dah. Sungguh tau, tempat parking kereta kitorang tu, memang sentiasa penuh, siapa cepat dia la dapat. Padahal banyak lagi kot parking, parking kitorang juga la orang nak sebat. Iyelah parking kitorang tu kawasan strategik, depan balai polis kot. Selamat sikit. Sejak nak pindah ni, Yop kata ambikla parking tu, tak heran dah. Ni bila dah clear rumah sewa ni, nak mengemas rumah sendiri pulak. Waaaa nak nangis rasanya. Nak mintak tolong adik, jauh pulak.
Penatnya Pindah Rumah
Penatnya Pindah Rumah
Masa mula-mula nak cuci rumah ni, buntu betul macam mana nak hilangkan kesan debu simen  lepas renovate pada marble kat rumah ni. Dua tiga kali jugak yop cuci, siram dengan air tapi kaki still rasa berpasir lagi. Whatsapp mak tanya nak buat macam mana. Mak kata cuci je dengan air biasa. Nak lagi licin disuruhnya kita tukar tile baru huhu sabor je la. Kebetulan perabot besar tak ambik lagi, kinah mop satu rumah ni dengan air biasa je. Lebih lima trip jugak la mop lantai ni. Air dia tak usah kata, kotor yang amat. Pinggang pun dah mula buat perangai😪

Sejak sibuk mengemas ni, nak masak pun hmm mood ke laut, selera pun kurang. Badan dah penat. Yop pulak kerja, tinggal kami berdua kat rumah. Mana lagi nak masak nak mengemas. Dah penat, scroll page fb komuniti kot kot la ada yang boleh buat delivery makanan ke rumah, hmm rezeki orang jual tu la. Whatsapp, deal dengan beliau tunggu runner datang hantar makanan. Benda boleh order, buat apa penat-penat nak masak hahah. Sebenarnya masa tu dapur masih peram lagi dalam kotak. Biarla dulu  buat sementara je la. Settle ni semua, dapur kena on la lepas ni.