Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit | Mengalami masalah kulit kusam, jeragat dan berjerawat sedikit sebanyak akan memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Disebabkan masalah kulit tersebut, kita akan rasa kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain guna skincare yang biasa kita guna untuk penjagaan bahagian luaran, penjagaan dari dalaman pun penting juga tau. Macam mana tu? Meh sini kinah nak kongsi dengan korang dengan satu produk yang mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah korang tu. Produk tersebut ialah Kita Beauties Pu'th.

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Mungkin ada di antara korang yang tak pernah dengar dengan produk minuman kesihatan Kita Beauties ni. Kinah ni pun first time tahu dan guna tau. Bila nampak keberkesanannya baru share dengan korang. Kalau korang nak tahu, Kita Beauties ni antara produk paling laris di farmasi Guardian. Rasanya pun sangat sedap, dan nak bancuh pun sangat mudah. Apa yang penting ianya Halal dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Haa gitew

Kita Beauties Pu'th mengandungi 4 jenis ramuan utama iaitu buah oren, camu-camu, alpha lipoic acid dan biji anggur. Kesemua ramuan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Untuk makluman korang, Kita Beauties Pu'th mempunyai No Reference dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikategorikan sebagai makanan. Jadi tiada no. MAL dikeluarkan, MAL hanya dikeluarkan apabila sesuatu produk itu diperbuat daripada ubat ataupun dikelaskan sebagai ubat. Jadi, Kita Beauties Pu'th ni tidak merbahaya dan telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tak perlu korang ragu-ragu ek.


Kandungan Utama Kita Beauties Pu'th

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Buah oren, semua orang tahu buah oren begitu kaya dengan sumber vitamin c yang mana vitamin c dapat membuatkan kulit kita lebih sihat dan menguatkan sisitem imunisasi kita dalam badan.

Camu-camu pula adalah sejenis buah-buahan, dipercayai ianya bagus untuk kulit dan diet seharian kita. Selain itu, camu-camu juga dipercayai dapat mengecilkan liang pori-pori  di wajah kita dan mengurangkan keradangan kulit apabila jerawat tumbuh.

Alpha Lipoic Acid pula bertindak sebagai anti oksidan iaitu melambatkan proses penuaan dan keradangan kulit.

Biji anggur berperanan untuk mencerahkan dan mengimbangi kulit kita.

Kelebihan Apabila Kita Mengamalkan Kita Beauties Pu'th

Bila korang amalkan Kita Beauties Pu'th ni, banyak kelebihan yang akan korang akan dapat seperti:
  • Dapat membantu melicinkan kulit wajah
  • Dapat membantu mencerahkan kulit wajah
  • Dapat mengurangkan pembentukan jerawat dan parut jerawat
  • Mengimbangkan tona kulit yang tak sekata

Pantang Larang Bila Amalkan Kita Beauties

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Apabila kita amalkan minuman botani Kita Beauties ni, kinah nak bagitau ada pantang larangnya tau. Antaranya ialah

  • Masalah jerawat - Sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Kafein - Elakkan minuman berkafein sebab ianya boleh mempercepatkan penuaan.
  • Period (bagi perempuan) - Better stop dahulu sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.
  • Waktu pengambilan - Boleh jarakkan selama 5 jam jika mengambil ubat dari hospital / klinik.
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yang berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung/ ibu menyusu
  • Amalkan minum air masak 2 - 3 liter untuk kesan yang lebih baik.
  • Masalah kesihatan - Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Produk yang mempunyai kolagen, tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.


Cara pengambilan Kita Beauties Pu'th

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Cara pengambilan pula mudah saja.

Bancuh 1 sachet Kita Beauties Pu'th bersama dengan 100ml air. Boleh juga dibancuh dengan air suam, ataupun air sejuk. Tapi kalau tanya kinah, kinah bancuh dengan air suam sebab lebih mudah dilarut dan sebelum minum tu pastikan ianya betul-betul larut dahulu ye.

Kalau ikut dicadangkan, ianya perlu di ambil selepas sarapan. Tapi kinah ambil sebelum nak tidur, sebab penyerapan pada waktu malam lebih tinggi. Terpulang pada korang waktu bila nak minum.


Kuantiti dan Harga Kita Beauties Pu'th

Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit
Kita Beauties Pu'th Minuman Kesihatan Untuk Membantu Merawat Masalah Kulit

Mesti korang teruja nak mencuba Kita Beauties Pu'th kan. Haaa ni sebelum kinah lupa dalam satu kotak yang comel ni mengandungi 10 sachet x 6 gram. Harganya pulak RM28.80 sahaja, harga mampu milik dan korang boleh dapatkannya di cawangan Guardian di seluruh Malaysia.


Testimoni Amalkan Kita Beauties Pu'th

Selama 10 hari kinah amalkan Kita Beauties Pu'th ni, yeayyy kesan dia sangat awesome. Kulit kinah lebih cerah, paling best jerawat yang baru nak menempek pun cepat kering. Kulit kusam tu tak nampak sangat dah. Hehehe sukanya.. Apa yang penting, ikut je pantang yang kinah bagitau tu dan jangan lupa minum air kosong dengan secukupnya. Alhamdulillah serasi dengan Kita Beauties Pu'th ni. Rasanya pun sedap, nak kata manis tak manis pun, rasa manis buah-buahan. Korang cubalah nanti.


“make your skin & body happy”

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke
Facebook : KITA Beauties 
Instagram : @kita_beauties

Tags/Kata Kunci
Kita Beauties, Kita Beauties Pu'th, Masalah Kulit, Merawat Masalah Kulit, Jerawat, Jeragat, Kulit Kusam

Post a Comment

2 Comments