Monday, 8 July 2019

Penatnya Pindah Rumah

Penatnya Pindah Rumah | Kalau korang perasan sejak dua menjak ni kinah jarang nak update blog mahupun status di facebook. Kalau ada pun, itu post untuk kerja. Sebenarnya kinah jarang berada di media sosial ni disebabkan sibuk mengemas rumah. Kesian pulak yang tinggalkan komen kat wall tapi tak berbalas. Maaf ye kami tak sombong tau. Cuma sibuk sikit je. Bila dah penat, nak menulis tu kena ambik mood. Ni pun ada job yang masih pending. Allah bagilah kekuatan pada diri ni.

Penatnya Pindah Rumah

Penatnya Pindah Rumah
Penatnya Pindah Rumah
Sibuk betul kau mengemas ye haha. Kalau setakat mengemas biasa-biasa, kemas barang yang Thahirah sepahkan tu boleh lagi la nak bersantai-santai sambil scroll timeline. Tapi ni mengemas barang nak pindah rumah. Siapa yang pernah dan berpengalaman pindah rumah, pastinya faham penat mengemas tambah pulak ada budak kecik yang selalu mengacau. Jadi mak ko ijau jadinya. Penatnya tak boleh ampun. Barang yang kecik pun agak banyak. Itupun ada barang yang dah campak dalam tong sampah besar kat bawah tu.

Kalau kinah penat mengemas barang untuk pindah barang masuk dalam kotak, tapi Yop lagi penat pindahkan semua kotak tu ke dalam kereta. Kan bagus setiap flat atau pangsapuri ada lif tak kisah la hanya 4 tingkat je pun. Penat kot kalau nak pindah barang nak mengangkut dari satu tingkat ke tingkat sampai ground floor. Mujurlah kami ni pindah tak jauh mana. Kata orang sekangkang kera je. Sekangkang kera pun, kalau macam ni gayanya hmm entahlah.

Nak dijadikan cerita, masa kami sibuk loading barang ke kereta, ada la orang bising sebab kami parking dalam kawasan flat. Yesss, kalau diikutkan memang tak boleh sebenarnya, tapi kami punya alasan yang kukuh dan nak loading barang je. Kawasan parking dengan tangga agak jauh kot. Hmm dalam bising sebab kami parking kat dalam kawasan flat tu, ada satu family ni dia memang parking dalam kawasan flat tu. Dah macam private parking pulak. Takde pulak yang berani nak tegur. Hmm itulah manusia.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat rumah landed. Lepasni takde la kes nak berebut parking dah. Sungguh tau, tempat parking kereta kitorang tu, memang sentiasa penuh, siapa cepat dia la dapat. Padahal banyak lagi kot parking, parking kitorang juga la orang nak sebat. Iyelah parking kitorang tu kawasan strategik, depan balai polis kot. Selamat sikit. Sejak nak pindah ni, Yop kata ambikla parking tu, tak heran dah. Ni bila dah clear rumah sewa ni, nak mengemas rumah sendiri pulak. Waaaa nak nangis rasanya. Nak mintak tolong adik, jauh pulak.
Penatnya Pindah Rumah
Penatnya Pindah Rumah
Masa mula-mula nak cuci rumah ni, buntu betul macam mana nak hilangkan kesan debu simen  lepas renovate pada marble kat rumah ni. Dua tiga kali jugak yop cuci, siram dengan air tapi kaki still rasa berpasir lagi. Whatsapp mak tanya nak buat macam mana. Mak kata cuci je dengan air biasa. Nak lagi licin disuruhnya kita tukar tile baru huhu sabor je la. Kebetulan perabot besar tak ambik lagi, kinah mop satu rumah ni dengan air biasa je. Lebih lima trip jugak la mop lantai ni. Air dia tak usah kata, kotor yang amat. Pinggang pun dah mula buat perangai­čś¬

Sejak sibuk mengemas ni, nak masak pun hmm mood ke laut, selera pun kurang. Badan dah penat. Yop pulak kerja, tinggal kami berdua kat rumah. Mana lagi nak masak nak mengemas. Dah penat, scroll page fb komuniti kot kot la ada yang boleh buat delivery makanan ke rumah, hmm rezeki orang jual tu la. Whatsapp, deal dengan beliau tunggu runner datang hantar makanan. Benda boleh order, buat apa penat-penat nak masak hahah. Sebenarnya masa tu dapur masih peram lagi dalam kotak. Biarla dulu  buat sementara je la. Settle ni semua, dapur kena on la lepas ni.

21 comments:

  1. Pindah rumah memang sangat- sangat penat...akak pun sama...kadang pindah rumah sewa dan sewa bilik je tapi penatnya allah je yang tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Penat dia lain macam hehe. Bila dah settle semua, lega rasanya

      Delete
  2. Faham sangat.. Memang penat pindah rumah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kak sha pun baru pindah rumah jugak kan.

      Delete
  3. mmg pindah rumah memenatkan tapi berbaloi sbb pindah rumah sendiri kan?ecen kak liez dh duduk rumah sendiri 4 tahun pun masih ada brg tak habis bukak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak liez. Berbaloi pindah sebab rumah sendiri. Ni pun banyak tak bukak lagi pun. Bukak mana yang nak pakai je dulu hehe

      Delete
  4. Setakat ni masa bujang pindah dah 4x. 1x masa dah kahwin. Ya ampun memang penat giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal, penat sangat sampai mood nak buat kerja lain pun takde

      Delete
  5. Saya biasa tinggal di rumah flat memang bergaduh cari parking.


    Letih kan pindah. Walaupun dah 3 tahun pindah masih terasa letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la letih betul. Ni pun kemas yang basic je kat rumah baru ni. Slow slow la kemas nanti kan

      Delete
  6. Patut lah kinah senyap lately ni. Semoga dipermudahkan urusan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak ana. Alhamdulillah dah selesai kemas. Ni baru nak start semula

      Delete
  7. Alhamdulilah kinah dah pindah rumah landed, senang lepas ni nak parking tak payah berebut2 kan...kalau flat cm tu la kisahnya, kalau kondo mcm juju ada empunya owner sendiri parking so x yah berebut...kalau org lain parking lot kita security clamp je tayar. Pelan2 ye mengemas

    ReplyDelete
  8. Mmg penat bab pindah2 ni, menyimpan agak senang, nanti nak susun, fuh pening.

    ReplyDelete
  9. Surely, God will give you more strength for your day to day works.


    Take time to browse over and join.

    https://viralmarket-share.com/?en=mayann01

    ReplyDelete
  10. Pindah rumah memang penat. tapi bila dapat suasana rumah baru mesti hilang penat dah.

    ReplyDelete
  11. Pindah rumah memang penat Kinah..tapi dapat rumah landed dh tu..kira puas hati laa sikit kan..perangai manusia memg pelik2..klu duk teres pun sama. ..ada jenis memg parking dia je..kita parking riuh setaman. ..

    ReplyDelete
  12. adui teringat masa pindah rumah setahun yang lalu! memang penat sangat

    ReplyDelete
  13. pindah rumah? aaududu..bab kemas balik barang2 tu yang x menahan tu..penat..huk huk

    ReplyDelete
  14. Pindah rumah memang penat Kinah. Nak menyusun kemas atur balik segala macam barang pindah tu. Hehe

    Alhamdulillah. Kali ni dapat rumah landed. Syukur.

    ;)

    ReplyDelete