Thursday, 11 July 2019

Tona Kulit Lebih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Tona Kulit Lebih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion | Siapa kat sini pengguna tegar produk Safi? Ramai kan pengguna setia Safi hehe. Kinah nak sebarkan berita baik untuk pengguna tegar Safi terutamanya kepada pengguna Safi Balqis Oxywhite, Safi Balqis OxyWhite kini ada produk terbaharu iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion. Pergh panjang betul namanya kan. Apa yang menariknya dengan keluaran Safi yang terbaharu ni, ianya memberikan 2 kali penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan saja tau. Cayalah Safi..

Tona Kulit Lebih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Tona Kulit Leih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Apa Yang Best Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion 

Kalau korang perasan sekarang ni, sejak dua menjak cuaca sekejap panas, sekejap hujan je. Bila cuaca begini, secara tak langsung kulit kita akan terdedah dengan sinaran cahaya matahari. Bila kulit kita sentiasa terdedah tanpa sebarang perlindungan, hmm tak lama lagi akan timbul pulak masalah  lain iaitu pigmentasi pada kulit.

Dengan adanya Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion sedikit sebanyak melindungi kulit kita daripada masalah tersebut.

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap hanya dalam satu langkah saja untuk penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi kesan optimum kepada si pemakainya. Hahh sesuai sangat la dengan kinah ni ha. Kinah ni bukannya rajin sangat nak ikut step by step untuk penjagaan kulit ni. Kan dah jimat satu step dan masa hehe.

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion bertindak

Tona Kulit Leih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
  • Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu langkah penggunaan saja
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio Hyaluronate, Oligo Hyaluronic Acid, dan Super Nano Hyaluronic Acid
  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat kesan radiasi infrared IR dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen berperanan membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kelihatan segar dan berseri. Manakala Nano biowhite pula bertindak memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit kelihatan cerah sempurna dan sekata.


Pengalaman Sepanjang Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Tona Kulit Leih Sekata Bila Menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Kinah ni baru je berpindah ke rumah baru, jadi kinah agak sibuk untuk mengemas itu ini sampai rutin penjagaan kulit kinah pun dah terabai. Seriously, kalau kinah buat perangai macam ni terus, confirm kulit muka kinah akan breakouts teruk. Kinah cepat-cepat sedar diri, dan bila kinah apply produk Safi yang baru ni, kulit kinah jadi lebih lembap, dan leb[ih segar. Sama macam kita ikut step by step tu. Paling kinah suka dengan teksturnya yang tak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Baunya pun wangi. Memang best sangat la Safi Balqis  OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni.

Waktu petang sekarang, kami ada aktiviti baru tau kat sini. Thahirah dah mula berkawan dengan anak-anak jiran, jadi bila dia dah mula nak berkawan kinah pun bawa dia main kat luar rumah ni ha. Ehhh sebelum tu, pakai dulu safi hydrating lotion ni, baru confident nak keluar rumah hehe.

Nak gunanya pun mudah je. Cuci muka terlebih dahulu dan keringkannya dengan tuala yang bersih. Kemudian tuangkan lotion ke tapak tangan mengikut kuantiti yang diperlukan. Kemudian sapu lotion tersebut ke seluruh muka sehingga rata dan sambil  tu tepuk tepuk manja sikit kulit tu sehingga lotion tersebut meresap sepenuhnya. Dah siap... 

Mudah je kan, tunggu apa lagi dapatkan segera produk safi yang best ni di pasar raya ataupun di watson atau guardian yang berhampiran.

Tags/ Kata Kunci
Safi, Safi Hydrating Lotion

4 comments: