Monday, 12 August 2019

Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak

Kalau orang lain dah terjebak menonton drama bersiri di Astro Sweet Dreams lakonan Mira Filzah dan Ben Amir, Kinah pulak melayan Kerana Dia Manusia Biasa lakonan Shukri Yahya dan Emma Maembong. Bila dah terjebak mula lah tak boleh miss. Teruja sebenarnya nak tahu siapa sebenarnya Alia, apa kaitan Nora dengan Tengku Syamil. Berlegar-legar dalam fikiran ni sebenarnya merasakan yang si Nora syok kat Tengku Syamil, tapi cinta tak kesampaian. Lepastu culik pulak anak Tengku Syamil dan Aisyah, wife pertama Tengku Syamil. Jalan cerita dalam kepala la ekk.

Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak

Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak
Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak
Aish ni yang nak selongkar novel dalam kotak ni. Sebenarnya ada novel Kerana Dia Manusia Biasa, pinjam adik punya. Tapi sampai sekarang tak baca lagi kahkah. Entah bila nak baca pun entah la. Asyik sibuk je memanjang.

Walaupun perjalanan cerita tu dah boleh agak, tapi entahla aura cerita ni lain sikit. Mungkin disebabkan pelakonnya kot. So far best la jugak melayan slot samarinda ni.

Sinopsis Kerana Dia Manusia Biasa

Disebabkan oleh kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia (Ku Zara Eryna). Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan (Shukri Yahaya). Pemergian isterinya, Nur Aisyah (Husna Mustaffa) membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut oleh insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas" - Tengku Shamil

Dalam satu insiden yang memalukan, Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau. Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.”Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk" - Nurin Aira

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.”Tengku Shamil

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!”Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?”Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Para Pelakon Kerana Dia Manusia Biasa

Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Shukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
Afifah Nasir sebagai Tengku Syakira
Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
Aleza Shadan sebagai Datin Kalsom
Arash Mohamad sebagai Datuk Tengku Shah
Afzan A. Rahman sebagai Dr Haikal
Ku Zara Eryna sebagai Alia
Sasqia Dahuri sebagai Nora/Yasmin
Zera Hariz sebagai Najwa
Mimi Ernida sebagai Suraya
Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah

Bila dah selalu layan drama ni, sedap pulak dengar lagu OST Kerana Dia Manusia Biasa - Leraikan nyanyian Black Mentor.

5 comments:

  1. Kita pun dah terjebak dengan drama ni.. suka sebab pelakonnya tu hehe

    ReplyDelete
  2. akak kalau bila Syukri Yahya berlakon mmg kalau boleh nk tonton sbb suka lakonan dia tapi sekarang ni mcm dh payah jer nk follow..ni tengah tunggu nk dapatkan novel tu..baru ada feeling..hehe

    ReplyDelete
  3. Excellent beat ! I wish to apprentice while you
    amend your website, how can i subscribe for a blog website?

    The account aided me a acceptable deal. I had been a little bit acquainted of this your broadcast offered
    bright clear idea

    ReplyDelete