Thursday, 1 August 2019

Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik

Rangkaian Beautea By Safi Melindungi Kulit Dari Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik | Rasanya baru je Safi lancarkan produk, tup tup  dapat tau Safi keluarkan lagi satu produk yang kini menjadi bualan hangat para netizen di luar sana. Apa dia tuuu, ni ha Beautea by Safi. Bila kinah dapat tahu mengenai Beautea by Safi ni, teruja betul kinah nak mencuba especially scrub dia. Macam best je hikhik... Kinah bila ada je produk baru Safi, tak boleh tunggu lama-lama kena dapatkan juga sebelum stok di Watsons tu habis. Teruja betul nak cuba produk safi yang terbaharu ni.

Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik

Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Menariknya kali ni, kandungan yang digunakan pun sangat bagus iaitu dari 100% ekstrak teh premium yang menyegarkan serta gabungan bahan-bahan semulajadi yang dapat melawan atau melindungi kulit kita daripada kesan pencemaran, tekanan dan juga kosmetik.

Buat pengetahuan semua, ada 4 variasi yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit muka korang iaitu:
  • White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
  • Black Tea  & Black Orchid Detoxfying Cleanser
  • Apricot Tea Revitalising Face Scrub
  • Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Okeh kinah dengan rasa bertuahnya dapat jugak grab produk baru safi ni, bukan satu tapi dua Beautea by Safi iaitu Black Tea & Damask Rose khusus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan Skrub Apricot Tea. Apa yang bagusnya beautea by Safi ni ianya bebas daripada alkohol, bebas paraben,bebas SLS atau SLES dan juga bebas silikon. Nanti kinah cerita pengalaman kinah menggunakan Beautea by Safi di penghujung nanti.

White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser (RM23.30)

Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Gel pembersih yang lembut dan bebas sabun ini dapat membersihkan liang pori yang tersumbat dan membersihkan kotoran di wajah. Ianya dirumus khas dengan gabungan teh putih dan damask rose yang begitu kaya dengan antioksidan untuk meimbangi tahap kelembapan kulit menghidrat dan mengecilkan saiz liang roma. Gel Cleanser ini sesuai bagi mereka yang kulit normal dan mempunyai masalah kulit kering.

Black Tea & Black Orchid Detoxfying Cleanser (RM23.30)
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik

Pembersih Krim Amino Acid begitu lembut dapat membersihkan dan menghapuskan kotoran di wajah. Ianya dirumus khas dengan campuran teh hitam dan black orchid yang dapat membantu detoks kulit agar kulit kelihatan lebih sihat dan melindungi kulit daripada kesan penuaan kulit pramatang. Detox Cream Cleanser ini sesuai digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Apricot Tea Revitalising Face Scrub (RM23.30)

Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Korang yang mengalami masalah liang pori tersumbat, inilah yang harus dimiliki. Dapat membersihkan liang pori dan menyingkirkan sel kulit mati melalui pengelupasan tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan ekstrak apricot dan white tea yang kaya dengan antioksidan yang dapat membantu memulihkan tekstur kulit supaya lebih cerah dan berseri. Sesuai digabungkan dengan mana-mana rangkaian Beautea Safi yang lain dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser (RM23.30)

Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Rangkaian Beautea By Safi Untuk Melindungi Kulit Daripada Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik
Merupakan gel pembersih yang lembut dan dapat membersihkan kotoran dan minyak berlebihan di wajah kita. Ianya dirumus khas dengan gabungan teh hijau dan ekstrak Neem yang dapat melindungi kulit daripada persekitaran dan pertumbuhan jerawat sambil mengawal sebum serta mengurangkan masalah parut di wajah kita. Sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak dan juga kulit normal.


Review Kinah  Bila Guna Beautea by Safi

Seperti yang kinah ceritakan di atas tadi, kinah cuma grab dua sahaja iaitu scrub dan detox cream cleanser. Kedua-duanya kinah dah cuba tau. Bagi Black Tea & Black Orchid detox cream cleanser ni best, bila lepas cuci muka, muka kita lembut, bersih dan tak kering pun. Cuma yang ni bau dia tak wangi dan buihnya tak banyak. Aprikot tea scrub pulak bau dia wangi betul. Lepas skrub muka dengan apricot tea, muka lebih segar. Kulit pun rasa lebih cerah. Tapi satu kinah nak ingatkan korang jangan gunakan skrub ni sebagai pembersih rutin korang pulak. Cukup sekadar 2 atau 3 kali seminggu je. Skrub apricot ni biji-biji dia agak kasar sebab tu kinah kata guna 2 atau 3 kali seminggu saja.

Korang boleh dapatkan rangkaian produk Beautea by Safi ni di mana-mana farmasi berdekatan dan hypermarket di seluruh Malaysia

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh layari

Website :

8 comments:

  1. moga terus maju berniaga ...cikguzim follow #361

    ReplyDelete
  2. My spouse and I stumbled over here different web page and thought
    I may as well check things out. I like what I see so now i'm following you.

    Look forward to going over your web page repeatedly.

    ReplyDelete
  3. best guna skrub dia kan Kinah :)

    ReplyDelete
  4. dah cuba bau yang pink tu kat watsons hari tu, wangi sangat !

    ReplyDelete
  5. ramai duk share beautea safi ni kat fb/ig..ni hasutan suh pi cari kat watson ke apa ni..haha

    ReplyDelete
  6. Produk safi bertahan dari dulu, mesti yang baru ni pun best guna.

    ReplyDelete