Tuesday, 15 October 2019

,
Lipstick Bazaar! - Bibir Kering dan Merekah, Jom Exfoliate Bibir Kita | Korang yang bekerja dalam aircond, pastinya bibir akan lebih kering dan merekah. Bila bibir tu dah kering, mula lah timbul satu tabiat membasahkan bibir dengan air liur. Sebenarnya tak elok buat macam tu, bibir kita akan jadi lebih kering. Hmm sampai bila kita nak biarkan bibir kita jadi macam tu kan? Korang tak teringin ke nak bibir lembut, halus mulus hehe cewahhh. 

Lipstick Bazaar!, Lipstick Butter, exfoliate bibir, exfoliate, bibir kering
Lipstick Bazaar! - Bibir Kering dan Merekah, Jom Exfoliate Bibir Kita
Apabila bibir kita kering, jangan la sesuka hati nak kopek bibir tu. Berdarah nanti. Daripada seksa diri, lebih baik korang exfoliate bibir tu dengan cara lebih selamat dengan menggunakan Lipstick Bazaar!.

Exfoliate bibir tu apa ek?

Exfoliate bibir tu sebenarnya satu proses di mana untuk membuang atau menghilangkan sel-sel kulit mati yang ada pada bibir kita. Proses exfoliate ni tak boleh dipaksa ye kalau kulit bibir tak bersedia, jika dipaksa juga akan merosakkan kulit bibir kita. Dah la kering kita paksa pulak tanggal, hmm makin teruk lagi la jawabnya.

Lipstick Bazaar!, Lipstick Butter, exfoliate bibir, exfoliate, bibir kering

No no jangan buat macam tu lagi lepas ni. Korang nak exfoliate bibir dengan cara selamat, amalkan je lip butter ni. Bila kita sapu lip butter ni, ianya akan memudahkan proses exfoliate dengan lembut. Hanya sapu lip butter bila rasa perlu. Jika ada rasa kupingan kulit, gosokkan dengan jari secara lembut kemudian lap.

Lipstick Bazaar!, Lipstick Butter, exfoliate bibir, exfoliate, bibir kering, lip butter

Lipstick Bazaar didatangkan dengan warna merah jambu dan ianya sesuai dipakai pada setiap hari sama ada di rumah ataupun di luar sebagai lipstik. Lipstick ini juga sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kelembapan bibir sepanjang masa. Kinah pun sapu Lipstick Bazaar! ni pada Thahirah tau. Jangan risau, lipstick Bazaar ni  selamat kerana kandungannya daripada bahan-bahan semula jadi seperti Cocoa Butter, apa yang pasti Lipstick Bazaar ni tanpa bahan pengawet, tanpa kimia dan juga lulus KKM untuk Natural Product Lover.

Harga (termasuk postage)
RM38 (Semenanjung Malaysia)
RM42 (Sabah & Sarawak)

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian / program agen & Dropship

Whatsapp: 011 28542365
Instagram : @lipstickbazaar


Saturday, 12 October 2019

,
Max Health Greengage X-Collagen Produk Terbaru Keluaran Matxi Corp | Cuba lihat wajah kita di cermin, ada tak lingkaran garis halus di wajah kita. Jika ada, ini merupakan petanda kulit kita semakin kekurangan kolagen impak daripada faktor usia. Lama kelamaan kulit kita akan jadi kendur dan tak tegang dan muka kita pulak semakin lebar ke bawah. 

Penting ke tidak kolagen untuk kulit kita ni?  Semestinya penting ye. Nak tahu kenapa?

Max Health X-collagen, Produk Kolagen, Collagen product, Matxi Corp product

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  kulit kita sebenarnya memerlukan kolagen. Hal ini kerana, kolagen akan bertindak dengan memberikan struktur kepada kulit kita dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal. Hmm lepas ni jom kita pakat ramai-ramai topup kolagen untuk kulit. Umur pun dah sweet 30 dah ni.

Mana pulak nak cari kolagen ni?

Kebiasaannya kolagen ni terdapat pada haiwan seperti ikan salmon ataupun ikan merah. Hmm agak sukar pulak nak carikan. Tak payah pening mana dapatkan kolagen ni, sebabnya sekarang dah ada Max Health Greengage X-Collagen Produk Terbaru Matxi Corp.

Max Health Greengage X-Collagen Produk Terbaru Matxi Corp

Max Health X-collagen, Produk Kolagen, Collagen product, Matxi Corp product

Kalau korang nak tahu, Max Health Greengage X-Collagen merupakan produk kolagen yang istimewa keluaran Matxi Corp.

Max Health X-collagen, Produk Kolagen, Collagen product, Matxi Corp product

Didatangkan dalam botol yang nampak eksklusif. Kalau sebelum ni, kebanyakan kolagen yang ada di pasaran adalah bentuk sachet ataupun dibancuh, berbeza pula dengan Max Health Greenage X-Collagen ni kerana ianya didatangkan dalam bentuk cecair. Tinggal nak minum saja.

Kandungan Max Health Greengage X-Collagen 

Max Health Greenage X-Collagen mengandungi
  • Enzim Greengage 
  • Kolagen
  • Vitamin C
  • Isomalto - oligosaccharide ( IMO )
Siapa sangka buah kedondong boleh digunakan dalam bidang kecantikan. Enzim Greengage ini  diformulasi dengan peptida kolagen bioactivated dan dipercayai enzim ini mampu meningkatkan keanjalan dan juga penghidratan kulit kita. Ini telah terbukti dengan penggunaan secara berterusan dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan.


Apa yang penting kolagen ni tidak mengandungi  sebarang pewarna, perisa tiruan, esen / bahan terhasil dari haiwan dan juga bahan kimia yang merbahaya kepada manusia. Disebabkan itu Max Health Greengage X-Collagen diisytiharkan 100% NATURAL !!

Mungkin ada yang tertanya apa tu Isomalto - oligosaccharide ( IMO )?

Isomalto - oligosaccharide ( IMO )merupakan karbohidrat yang terhasil secara semulajadi. Ianya turut terkandung dalam madu asli, makanan yang difrementasi sepertu miso dan juga soya. Macam susah je kan. Tapi takpe Max Health Greengage X-Collagen kan ada.

Selain berperanan untuk menyeimbangkan struktur kulit, Max Health Greenage Collagen turut membantu menghilangkan lemak dibahagian perut yang berlebihan serta membantu mengurangkan berat badan kita. Wah banyak juga kebaikan Max Health Greengage Kolagen ni kan. Apabila sistem penghadaman kita sihat, kehidupan kita pasti akan ceria dan bahagia.


Cara Pengambilan Max Health X-Collagen

Hanya ambil satu atau dua botol dalam satu hari. Sebelum tu, jangan lupa shake dahulu ye. Mudah je kan..

Untuk lebih info mengenai produk ni boleh layari
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MatxiMalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/matxicorp



Tuesday, 8 October 2019

,
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Negara Jepun | Siapa yang tak kenal dengan kedai rangkaian serbaneka myNEWS, kinah kalau pergi ke Aeon Rawang selalu la singgah ke myNEWS ni. Biasalah bila ada anak kecik ni, tak beli gula-gula mesti beli air kekadang tu belek majalah. Kekadang tu bila tekak teringin nak makan yang ready to eat, nak tak nak kena singgah sebentar ke myNEWS. Ehh jangan tak tau myNEWS sekarang dah ada makanan ready to eat inspirasi dari negara Jepun tau. So lepas ni, pergi myNEWS je la. Kalau korang tak dapat nak pergi ke myNEWS, sekarang ni myNEWS dah ada delivery okeh.

myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Negara Jepun

myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun
Baru-baru ni kinah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Pusat pengeluaran makanan (FPC) ready to eat  yang diinspirasi dari negara Jepun. Pusat pengeluaran makanan ini beroperasi di bawah naungan dua anak syarikatnya iaitu myNEWS Kineya Sdn. bhd. dan juga myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd. di Kota Damansara. Apa yang penting, pusat pengeluaran makanan ni akan membekalkan makanan yang lebih segar dan berkualiti di kesemua rangkaian kedai myNEWS di seluruh Malaysia. Bestnya, lepas ni boleh beli makanan ready to eat di myNEWS je.
myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun
Memahami keperluan dan gaya hidup rakyat di Malaysia pada masa kini, myNEWS mengambil inisiatif memperkenalkan industri makanan dengan cara tersendiri dengan kerjasama anak syarikat dari Jepun. Menurut Mr Dang Tai Luk selaku Kumpulan CEO myNEWS Holding Berhad, kepakaran dari negara Jepun diperlukan untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan mengikut standard negara Jepun. Kini, korang boleh menikmati makanan yang diinspirasi dari Jepun mengikut citarasa orang Malaysia.
myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun

Pelbagai Pilihan Makanan Inspirasi Dari Jepun

Pelbagai pilihan makanan yang boleh didapati di myNEWS seperti sandwich, bento, onigiri dan roti yang dibakar dari Kafe Maru myNEWS. Makanan kegemaran orang Malaysia pun ada di Maru Cafe ni antaranya ialah nasi lemak dan kari laksa. Haritu tak sempat nak cuba menu tu. Nanti bila ada masa kinah nak cuba la makan nasi lemak di Maru Cafe ni. Aiskrim Maru Cafe pun sedap. Anak kinah suka betul dengan aiskrim tu.
myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun
myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun
Bila jarang makan makanan ready to eat ni, sesekali cuba ehh sedap juga sandwich dan onigiri tu. Paling kinah suka onigiri Garlic Tuna. Oh ye, selain korang boleh nikmati makanan yang sedap tu, tak lengkap kalau takde air kopi kan. 
myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun
Korang boleh cuba guna mesin kopi ni. Tapi kena layan diri la. Korang boleh pilih nak kopi apa, latte, cappucino ataupun coklat. Boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Kinah sekarang dah tak boleh nak minum kopi, nanti sakit kepala. Jadi, air coklat la menjadi pilihan. Selain minuman panas, minuman sejuk pun ada di Maru Cafe ni.

Lokasi Pusat Pengeluaran Makanan myNEWS

Mungkin ada yang tertanya, di mana lokasi pusat pengeluaran. Kalau nak tahu pusat pengeluaran makanan myNEWS terletak di Kota Damansara dan telah mula beroperasi secara komersial pada bulan Jun 2019. Sehingga kini pusat pengeluaran dapat menampung sehingga 600 cawangan myNEWS di seluruh Malaysia melalui 2 kilang pembuatan yang didorong oleh Gourment Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd, merupakan pemimpin dan pakar dalam industri pemakanan di Jepun.

myNEWS Lancarkan myNEWS Dash

myNEWS, makanan ready to eat, myNEWS ready to eat, maru cafe, maru cafe myNEWS, myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan  Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun
Selain pelancaran pusat pengeluaran makanan (FPC), pada hari itu juga myNEWS turut melancarkan myNEWS Dash iaitu servis penghantaran makanan terus ke pintu rumah korang. Kalau malas nak keluar, rojer je myNEWS Dash nanti sampai la mereka dengan makanan korang.

Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut mengenai produk makanan berinspirasikan menu Ready-To-Eat Jepun serta myNEWS DASH ni korang kena layari ke laman  web rasmi myNEWS www.mynews.com.my

#myNEWS#ReadyToEat#MaruBakes #myNEWSRyoyupan#myNEWSKineya #myNEWSFPCLaunch


Saturday, 5 October 2019

,
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang | Kalau bab makan, memang laju je kinah. Mana la badan tak tembun. Eh eh salahkan makanan padahal malas nak excersice hihi. Ok lah kite sambung  semula cerita pasal tempat makan best di Klang. Baru-baru ni kinah ajak Yop makan seafood, teringin pulak nak makan seafood kat kedai. Poyo je kan, padahal boleh je masak kat rumah. Ala, sekali sekala kite gantung kuali tambah pulak makan dengan kawan-kawan feeling tu lain la sikit.

Kalau korang nak tahu, kedai makan yang best di Klang yang kinah maksudkan ialah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang. So, korang yang dah penat shopping bolehlah singgah makan dulu kat sini. InsyaAllah, gendang gendut tali kecapi lepas makan confirm puas hati.

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Masa kinah pergi ni, pada waktu malam. Jadi, soal parking tak menjadi masalah, sebab GM Klang pun dah tutup masa kinah sampai. Kinah tengok memang kawasan di sini sangat strategik lagipun berhadapan dengan pusat membeli belah kan Hmm memang kena sangat la. Nak cari restoran ni pun mudah je, kedainya tepi jalan je.

Untuk pengetahuan korang, Restoran Sisik Ikan Bakar sebelum ni dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Kalau korang nak tahu, pengasas dan pemilik restoran ini difahamkann berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Melaka. Disebabkan itu, sedikit sebanyak terzahir dalam cara memasak dan juga nama bagi setiap hidangan di sini.

Restoran Sisik Ikan Bakar dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan asli Melayu manakala untuk makanan laut bakar pula bermula pada pukul 5.00 petang hingga 12.30 malam.

Mengapa Restoran Sisik Ikan Bakar Menjadi Pilihan Kami

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Lihatlah meja kami, penuh dengan makanan, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Lauk apa yang kami pesan, nanti kinah cerita kemudian. Kami memilih Restoran Sisik Ikan Bakar kerana sebelum kami ke sini, kami dah google terlebih dahulu kat mana kedai makanan laut terbaik di Klang, akhirnya Restoran Sisik menjadi pilihan. Lagipun makanan laut mereka semuanya segar sampai rambang mata kami nak pilih yang mana untuk hidangan kami pada malam tu.

Aneka Pilihan Makanan Laut Segar 

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Tengoklah gambar di atas, ada banyak pilihan tau antaranya ada ikan Jenahak, Cencaru, ikan pari dan macam lagi jenis ikan. Selain tu, sotong putih, ketam, lala, pepahat, kerang pun ada. Korang cuma pilih je nak yang mana satu.

Kemudian bila dah selesai pilih makanan laut untuk dimasak, korang boleh pilih sama ada nak bakar, ataupun korang nak masak ala masakan Melayu asli macam kami pun boleh. Tukang masak sentiasa bersedia untuk menyediakan hidangan yang korang pilih tu.

Tadaaa ni la dia hidangan pilihan kami. Haaa penuh meja weh sampai tak tau nak makan yang mana dulu. Kita susun dulu cantik-cantik, tangkap gambar sebab nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Klang ni.
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang


Antara Hidangan Menjadi Pilihan Kami

Jom kinah belanja gambar hidangan yang kami pilih pada malam tu. Semuanya nampak menyelerakan nyum nyum....
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Udang goreng berempah
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Sambal Lala
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Sotong Bakar Madu
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Seafood Singgang
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Ikan Lampam Bakar Tempoyak (Pais)
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Kailan Ikan Masin

Selain lauk pauk yang kami pilih ni, tak lengkap pulak kalau tak ada ulam-ulaman. Ni lah rahsia awet muda kami cewah hahahha. Dah ada ulam, mesti lah kena ada sambal belacan dan paling kinah suka sambal tempoyak. Orang Perak kome, tempoyak berpisah tiada hehe. Sambal tempoyak dia memang padu.
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang

Menu Nasi Lemak Buluh Perindu Menu Istimewa Restoran Sisik Ikan Bakar

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Nasi lemak buluh perindu
Siapa sini suka makan nasi lemak? Hahh bagi penggemar nasi lemak, korang kena cuba Nasi lemak buluh perindu di Restoran Sisik Ikan Bakar ni tau. Kebanyakan yang datang makan kat sini, nasi lemak buluh perindu menjadi pilihan utama. Apa yang istimewanya dengan nasi lemak buluh perindu ni, nasi ini dimasak dengan menggunakan daun pandan dan dibungkus pula dengan daun pisang kemudian dikukus di dalam buluh menjadikan rasanya lebih enak dan wangi. Makan nasi lemak panas-panas memang marvelous huhu betul ke ejaan tu 😅
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Digandingkan pula dengan lauk seperti sambal udang, paru berlada, ayam masak merah dan rendang ayam menjadikan nasi lemak buluh perindu ni bertambah sedap hingga ke butir nasi yang terakhir. Korang boleh pilih nak lauk yang mana. Kinah kalau makan nasi lemak selalu ambik sambal paru je. Lauk favourite tu heheh.

Harga Makanan Laut Restoran Sisik Ikan Bakar

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Harga makanan yang ada di sini adalah harga standard dan mengikut harga semasa. Jadi, korang yang datang ke sini bersama keluarga, kinah sarankan korang buat pesanan mengikut pakej yang disediakan kerana bagi kinah lebih jimat dan mudah jika korang tak tahu nak buat pesanan apa. Hahaha kinah selalu macam tu, selalu blur tak tahu nak makan apa. Jadi, bila ada set macam ni, lebih mudah kita buat pilihan.

Keselesaan dan Kebersihan Restoran Sisik Ikan Bakar

Soal keselesaan dan kebersihan di sini kinah bagi 5 bintang. Kerusi dan meja yang disediakan pun banyak dan lebih teratur. Jadi tak ada masalah kalau korang datang ke sini dengan bilangan yang agak ramai. Keadaan kedai pun luas dan selesa. Bawa anak kecil pun tak risau. Tahap kebersihan pun bagus.

Review Kinah Mengenai Restoran Sisik Ikan Bakar

Kepada penggemar masakan warisan Melayu, Restoran Sisik Ikan Bakar perlu menjadi sasaran utama kerana banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Kinah ni memang suka makan masakan yang pedas, bila dah tau tempat makan best di Klang ni, nampaknya ke sini lagi la kami nampaknya nanti. Kinah memang recommend korang datang makan di sini. Memang puas hati.

Kami sudah, korang bila lagi heheh


Alamat Restoran Sisik Ikan Bakar
Berhadapan GM Klang Wholesale City
No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan (Restoran Sisik)

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi

Facebook :
Instagram:

Whatapps :

Tuesday, 1 October 2019

,
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang, Sihat dan Berkeyakinan | Seiring dengan peredaran masa pada masa kini, semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja. Apa maklumat yang kita nak, cuma taip je kemudian search. Tak seperti ibu-ibu kita pada zaman dulu, jika mahukan maklumat perlu bertanya dan merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih berusia kadang-kadang soalan yang kita nak tanya tu agak peribadi tapi malu nak bertanya. Disebabkan itu, apps theAsianParent portal keibubapaan terbesar diwujudkan. 


Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang, Sihat dan Berkeyakinan

theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang, Sihat dan Berkeyakinan
Mungkin ada di antara kita yang masih tak tahu lagi dengan kewujudan portal keibubapaan yang terbesar di Asia Tenggara. Kini, rangkaian bulanan theAsianparent telah mencecah lebih daripada 25 juta pengguna telah dirasmikan dengan jayanya di Common Ground Bukit Bintang Kuala Lumpur baru-baru ni. 

Hah tunggu apa lagi, siapa yang belum lagi download app ni kena install app ni sekarang juga terutama bagi mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa. Bagus tau app ni, banyak info yang boleh korang dapat daripada A hingga Z.
theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang, Sihat dan Berkeyakinan
Aplikasi theAsianparent direka khusus bagi memenuhi keperluan ibu bapa Asia yang mana app theAsianparent ini turut memaparkan penjejak kehamilan dan bayi bagi memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangkaan, simptom dan juga peringatan yang ibu-ibu mungkin perlu lakukan. Malah selepas melahirkan, ibu bapa juga boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga usia 6 tahun. Menarikkan. Korang lepas ni tak perlu nak download app terlalu banyak dah, download je theAsianparent ni. Lengkap all in one orang kata.
theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan
Serina Sue Ibrahim, Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia
Menurut Serina Sue selaku Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia, "Kami tertumpu kepada usaha memperkasakan ibu bapa Asia dan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa. Menerusi app ini, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti  dan ruang yang selamat bagi ibu bapa yang semakin teguh mengamalkan gaya hidup digital."

Ciri-ciri yang ada dalam theAsianparent

theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan

Pemantau Kehamilan
Jika korang tengah hamil ketika ini, korang boleh masukkan tarikh jangkaan korang akan melahirkan.

Pemantauan Bayi
Di sini korang boleh set umur anak korang seawal anak di lahirkan sehingga anak berusia 5 tahun. Di sini juga, korang akan dapat info mengenai kemahiran anak mengikut peringkat umur.

Makanan dan Nutrisi
Aplikasi theAsianparent turut dilengkapi dengan panduan komprehensif mengenai makanan dan nutrisi yang mana ianya dapat membantu ibu bapa memilih makanan yang sihat semasa tempoh kehamilan dan menawarkan nasihat mengenai makanan berkhasiat dan terbaik untuk bayi. Senarai penuh ini turut merangkumi rujukan makanan tempatan seperti nasi lemak dan sirap bandung supaya ibu-ibu terutamanya di Malaysia sentiasa yakin dengan makanan yang mereka makan.

Senarai Semak
Selain tu, korang juga boleh melihat senarai semak semua kemahiran anak-anak mengikut peringkat umur seperti melompat, menyanyi, mengira dan sebagainya.

Ubat-ubatan
Di sini korang dapat melihat jenis ubat mengikut abjad yang selamat dan boleh di ambil ketika hamil dan semasa menyusukan anak.
theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan

Selain dari tu, korang kalau ada soalan nak kemukakan, korang boleh join forum. Klik je pada Topik tu. Macam-macam isu ada di situ. Antaranya ialah 

Just Mums, Just Dads, Toddler, Random Talks, Breastfeeding, Baby, Buy & Sell, Recipe Sharing, Bigger Kids, Prescholer, Pregnancy, Trying to Conceive


So, korang yang ada kemusykilan bolehlah refer kat situ. Macam kinah, topik yang kinah selalu refer semestinya mengenai toddler. Thahirah pun dah toddler, semestinya kinah follow topik toddler kan.

Sebagai tambahan kepada forum sokongan komuniti dan panduan menyeluruh serta artikel, app theAsianparent turut menawarkan platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan mengenai perubatan, kesihatan, dan kesejahteraan.

Pengguna juga digalakkan untuk mengemukakan soalan dan berinteraksi secara terus dengan pakar perubatan daripada Sunway Medical Center Velocity dan DoctorOnCall untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai penyakit, vaksinasi, serta alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.

theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan
Haaa yang ni korang mesti suka, kalau korang joint forum, rajin jawab poll, guna photobooth yang ada, korang akan dapat point tau. Point tu korang kumpul banyak-banyak kemudian redeem hadiah atau kupon yang korang nak. Setakat ni, korang boleh tebus langganan iflix percuma, bonus shopback dan photobook. Lagi aktif korang dalam tu, makin banyak la point yang korang dapat.

Point kinah sekarang takde la banyak mana. Cukup jugakla nak tebus semua tu. Tapi, kinah tak nak redeem lagi. Nak kumpul banyak sikit hehe.
theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan
Selain kita boleh kumpul point, korang yang tengah rajin tu bolehlah join contest yang tengah berlangsung tu. Hadiahnya pun boleh tahan jugakla. Korang yang teringin nak join contest tu, kena download app theAsianparent ni tau.

Hah ada satu lagi, kalau korang melepasi kriteria yang ditetapkan, korang layak menjadi ahli VIP theAsianparent ni. Kinah salah sorang ahli VIP ni. Apa benefits yang kita dapat kalau jadi VIP member?

Haaa itu korang kena download theAsianparent dan explore sendiri. Di situ, korang boleh dapat jawapannya.

Sebenarnya banyak lagi features dalam apilikasi theAsianparent ni. Kalau cerita semua kat sini tak best la. Korang kena download juga theAsianparent tu, baru tau best ke tidak dalam tu.
theAsianparent app, aplikasi theAsianparent, portal keibubapaan
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang, Sihat dan Berkeyakinan
Terima kasih juga diucapkan kepada penaja yang menaja goodies bag yang awesome ni iaitu MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka Playland, Photobook, Grab serta Sunway Medical Centre Velocity yang menaja event pada hari pelancaran tersebut. Terima kasih😘😘

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut lagi korang boleh layari