Saturday, 5 October 2019

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang | Kalau bab makan, memang laju je kinah. Mana la badan tak tembun. Eh eh salahkan makanan padahal malas nak excersice hihi. Ok lah kite sambung  semula cerita pasal tempat makan best di Klang. Baru-baru ni kinah ajak Yop makan seafood, teringin pulak nak makan seafood kat kedai. Poyo je kan, padahal boleh je masak kat rumah. Ala, sekali sekala kite gantung kuali tambah pulak makan dengan kawan-kawan feeling tu lain la sikit.

Kalau korang nak tahu, kedai makan yang best di Klang yang kinah maksudkan ialah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang. So, korang yang dah penat shopping bolehlah singgah makan dulu kat sini. InsyaAllah, gendang gendut tali kecapi lepas makan confirm puas hati.

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Masa kinah pergi ni, pada waktu malam. Jadi, soal parking tak menjadi masalah, sebab GM Klang pun dah tutup masa kinah sampai. Kinah tengok memang kawasan di sini sangat strategik lagipun berhadapan dengan pusat membeli belah kan Hmm memang kena sangat la. Nak cari restoran ni pun mudah je, kedainya tepi jalan je.

Untuk pengetahuan korang, Restoran Sisik Ikan Bakar sebelum ni dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Kalau korang nak tahu, pengasas dan pemilik restoran ini difahamkann berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Melaka. Disebabkan itu, sedikit sebanyak terzahir dalam cara memasak dan juga nama bagi setiap hidangan di sini.

Restoran Sisik Ikan Bakar dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan asli Melayu manakala untuk makanan laut bakar pula bermula pada pukul 5.00 petang hingga 12.30 malam.

Mengapa Restoran Sisik Ikan Bakar Menjadi Pilihan Kami

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Lihatlah meja kami, penuh dengan makanan, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Lauk apa yang kami pesan, nanti kinah cerita kemudian. Kami memilih Restoran Sisik Ikan Bakar kerana sebelum kami ke sini, kami dah google terlebih dahulu kat mana kedai makanan laut terbaik di Klang, akhirnya Restoran Sisik menjadi pilihan. Lagipun makanan laut mereka semuanya segar sampai rambang mata kami nak pilih yang mana untuk hidangan kami pada malam tu.

Aneka Pilihan Makanan Laut Segar 

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Tengoklah gambar di atas, ada banyak pilihan tau antaranya ada ikan Jenahak, Cencaru, ikan pari dan macam lagi jenis ikan. Selain tu, sotong putih, ketam, lala, pepahat, kerang pun ada. Korang cuma pilih je nak yang mana satu.

Kemudian bila dah selesai pilih makanan laut untuk dimasak, korang boleh pilih sama ada nak bakar, ataupun korang nak masak ala masakan Melayu asli macam kami pun boleh. Tukang masak sentiasa bersedia untuk menyediakan hidangan yang korang pilih tu.

Tadaaa ni la dia hidangan pilihan kami. Haaa penuh meja weh sampai tak tau nak makan yang mana dulu. Kita susun dulu cantik-cantik, tangkap gambar sebab nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Klang ni.
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang


Antara Hidangan Menjadi Pilihan Kami

Jom kinah belanja gambar hidangan yang kami pilih pada malam tu. Semuanya nampak menyelerakan nyum nyum....
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Udang goreng berempah
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Sambal Lala
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Sotong Bakar Madu
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Seafood Singgang
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Ikan Lampam Bakar Tempoyak (Pais)
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Kailan Ikan Masin

Selain lauk pauk yang kami pilih ni, tak lengkap pulak kalau tak ada ulam-ulaman. Ni lah rahsia awet muda kami cewah hahahha. Dah ada ulam, mesti lah kena ada sambal belacan dan paling kinah suka sambal tempoyak. Orang Perak kome, tempoyak berpisah tiada hehe. Sambal tempoyak dia memang padu.
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang

Menu Nasi Lemak Buluh Perindu Menu Istimewa Restoran Sisik Ikan Bakar

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Nasi lemak buluh perindu
Siapa sini suka makan nasi lemak? Hahh bagi penggemar nasi lemak, korang kena cuba Nasi lemak buluh perindu di Restoran Sisik Ikan Bakar ni tau. Kebanyakan yang datang makan kat sini, nasi lemak buluh perindu menjadi pilihan utama. Apa yang istimewanya dengan nasi lemak buluh perindu ni, nasi ini dimasak dengan menggunakan daun pandan dan dibungkus pula dengan daun pisang kemudian dikukus di dalam buluh menjadikan rasanya lebih enak dan wangi. Makan nasi lemak panas-panas memang marvelous huhu betul ke ejaan tu 😅
Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Digandingkan pula dengan lauk seperti sambal udang, paru berlada, ayam masak merah dan rendang ayam menjadikan nasi lemak buluh perindu ni bertambah sedap hingga ke butir nasi yang terakhir. Korang boleh pilih nak lauk yang mana. Kinah kalau makan nasi lemak selalu ambik sambal paru je. Lauk favourite tu heheh.

Harga Makanan Laut Restoran Sisik Ikan Bakar

Restoran Sisik, Restoran seafood di Lembah Klang, Restoran Makanan Laut, tempat makan best di Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Harga makanan yang ada di sini adalah harga standard dan mengikut harga semasa. Jadi, korang yang datang ke sini bersama keluarga, kinah sarankan korang buat pesanan mengikut pakej yang disediakan kerana bagi kinah lebih jimat dan mudah jika korang tak tahu nak buat pesanan apa. Hahaha kinah selalu macam tu, selalu blur tak tahu nak makan apa. Jadi, bila ada set macam ni, lebih mudah kita buat pilihan.

Keselesaan dan Kebersihan Restoran Sisik Ikan Bakar

Soal keselesaan dan kebersihan di sini kinah bagi 5 bintang. Kerusi dan meja yang disediakan pun banyak dan lebih teratur. Jadi tak ada masalah kalau korang datang ke sini dengan bilangan yang agak ramai. Keadaan kedai pun luas dan selesa. Bawa anak kecil pun tak risau. Tahap kebersihan pun bagus.

Review Kinah Mengenai Restoran Sisik Ikan Bakar

Kepada penggemar masakan warisan Melayu, Restoran Sisik Ikan Bakar perlu menjadi sasaran utama kerana banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Kinah ni memang suka makan masakan yang pedas, bila dah tau tempat makan best di Klang ni, nampaknya ke sini lagi la kami nampaknya nanti. Kinah memang recommend korang datang makan di sini. Memang puas hati.

Kami sudah, korang bila lagi heheh


Alamat Restoran Sisik Ikan Bakar
Berhadapan GM Klang Wholesale City
No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan (Restoran Sisik)

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi

Facebook :
Instagram:

Whatapps :

14 comments:

  1. Good sharing & nice post!
    Keep it up!

    ReplyDelete
  2. insyAllah akan ke sini nanti bila ke sana. mek dengan spouse memang hunting kedai ikan bakar macam ni. best makan dengan ulam pulak.

    ReplyDelete
  3. banyak betul menu pilihan tu...hebat tu mampu habis. nasi dalam buluh sy x pernah cuba

    ReplyDelete
  4. memang sedap makan dekat restoran ni. rasa macam nak repeat lagi je hehe

    ReplyDelete
  5. teringin pulak kak ana nak try nasi lemak buluh perindu tu makan dengan rendang udang galah huhu :)

    ReplyDelete
  6. Sedap masakan restoren sisik nih, kepedasannya kena dengan citarasa Bonde. Kinah jomla repeat lagi...

    ReplyDelete
  7. Akak suka sgt dengan ikan bakar sambal.. sedap sgt. Even nasi lemak hijau dalam buloh pun cukup terasa lemak, sambal cukup rasa

    ReplyDelete
  8. Alaa. Sedapnya tgk makanan2 seafood dkt sini. Terliur pulak tgk gambar. Belom sempat singgah lagi. Dkt bukit tinggi klang je kan? Tak jauh sgt dh tu

    ReplyDelete
  9. Airah memang penggemar tegar seafood. Terliur tengok semua gambar makanan. Kena masuk dalam wishlist ni

    ReplyDelete
  10. Aduhhhh.... Terliur nengok sotong bakar madu dia tu...
    Awat laaaa tu ari masa pi GM Klang kita tak singgah dinner sini. Kena pi Klang lagi jawabnya ni

    ReplyDelete
  11. menarik tu..mesti fresh seafood dia,kan..tapi jauh ke benor klang..klu kebetulan ke sana, boleh la nyinggah...

    ReplyDelete
  12. Sedapnya semua menu tu. Seronok makan beramai-ramai dan banyak pilihan makanan segar

    ReplyDelete
  13. Lapar pulak bila tgk makanan sedap2 tu. Nampak fresh. Ramai yang review restoran ni masakan dia sedap. Kalau dtg area sni mesti singgah nanti.

    ReplyDelete