Breaking

Wednesday, 13 November 2019

Wednesday, November 13, 2019

Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur

Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur | Jika ada perancangan nak pergi bercuti ke Kuala Lumpur tapi tak tahu nak makan di mana. Hah ini dia kinah nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Kuala Lumpur, nak tahu di mana? Luckin Kopi Jalan Panggong jawapannya. Pertama kali kinah ke sini, wowww ramai juga orang yang serbu Luckin Kopi ni. Dalam hati kinah, mesti sedap makanan kat sini.

Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur

Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur

Masuk je ke dalam Luckin Kopi, makk aii cantik betul dekorasi kedai yang berkonsepkan kopitiam ni. Siapa yang tengah hunting tempat makan yang best di Kuala Lumpur dan tempat yang sesuai nak bergambar sambil makan Luckin Kopi la tempatnya. Nak mencari Luckin Kopi ni tak susah mana, jika korang biasa dengar Pasar Seni, hahhh dekat sangat dah tu. Nak mudah betul-betul di hadapan parking MRT Pasar Seni.

Maksud Disebalik Nama Luckin Kopi

Mungkin ada yang tertanya-tanya Luckin tu apa maksudnya. Perkataan Luckin diambil daripada perkataan Cina iaitu tuah dan kegembiraan. Harapan pemilik restoran ini semoga semua pelanggannya berpuas hati dan gembira apabila menjamu selera serta menikmati kopinya yang kaw di sini.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Siapa sangka bangunan dua tingkat yang diberi nafas baru berkonsepkan kopitiam hipster sedikit sebanyak memberikan satu pengalaman yang menarik buat kami sekeluarga. 
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Mana taknya, Luckin Kopi satu-satunya kedai makan yang kinah pergi menggunakan sistem nombor giliran mengikut bilangan ahli dan meja makan  kita ditentukan mengikut bilangan ahli yang hadir. Sistem giliran ni digunakan pada waktu puncak saja la. Bukan waktu puncak ok je rasanya.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Selain itu, bagi yang suka bergambar, ada juga sudut bergambar dibahagian belakang kaunter. Cantik jugak tempatnya. Kinah cuma ambik gambar je, nak selfie ramai pulak yang nak bergambar.

Menu Menarik Di Luckin Kopi

Mesti korang dah tak sabar nak tahu menu menarik yang ada di Luckin Kopi ni kan. Heheh sabar ye, kalau diikutkan nak cuba semua makanan, tapi faham-faham je la ada hadnya jugak hehe. Kinah ada berita baik kepada mereka yang suka makan petai. Kalau korang nak tahu, antara menu yang menarik perhatian kinah ialah Pasta Petai. Haaaa jangan korang ingat petai ni, selalu orang buat jeruk, buat sambal, buat ulam je tau. Sekali pasta petai pun ada. Nak cuba ngam ke tidak pasta petai tu, kena la datang ke sini dulu. Meh kinah belanja gambar pasta petai.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Pasta Petai
Amacam mengancam tak pasta petai tu? Memang sedap dan puas hati makan pasta ni. Oh ye ada satu lagi pasta yang bakal menggegar jiwa terutamanya kaki seafood tu. Ni ha sawadee pasta namanya. Nama menu dia ala-ala Thai. Serius sawadee pasta memang kinah rekomen. Rasa dia masam sikit tapi takdela masam sangat. Just nice orang putih kata.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Sawadee Pasta
Kenyang makan pasta jom kita tengok menu lain pula, bagi yang nak makan yang heavy. Korang boleh cuba nasi lemak sambal sotong dia. Sambal sotong dia sedap tau. Rugi siapa tak cuba sambal sotong dia.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Nasi Lemak Sotong
Ada satu lagi nasi lemak, tapi kinah terlupa pulak nak ambik gambar nasi lemak petai tu. Sambal petai dia sedap, memang ada umphhhh. Oh ye, kalau korang teringin nak makan mee, korang boleh cuba Indo Mee, selalunya Indo Mee kita makan kosong macam tu je. Tapi Indo Mee di Luckin Kopi ni pun boleh tahan sedap jugak. 

Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Indo Mee
Tak nak makan Indo Mee, takpe jangan risau. Mee siam kan ada. Uniknya di Luckin Kopi ni, korang boleh pilih side dish yang korang nak makan. Sebagai contoh mee siam ni la. Mee siam korang makan bersama dengan rendang ayam. Memang tak toleh lain dah.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Mee Siam
Jika teringin nak makan ala western, korang boleh cuba Cheesy Chicken Fries, terbayang sampai sekarang weh. Uniknya, korang nak makan baru panaskan cheese tu ye. Semasa kendalikan api tu, hati-hati ye.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Cheesy Chicken Rice
Untuk kanak-kanak, korang boleh order french fries. Gabungan sos cili dan sos bawang putih memang kena. Kinah pun tumpang sekaki makan french fries Thahirah ni ha. Banyak jugak portion fries ni.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
French Fries
Hah ada satu lagi sebelum kinah lupa, Hainanese Chicken Chop,  jangan lupa salted egg tu juga ye. Tu regu dia memang tak boleh nak kata apa la sebab sedap. 
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Hainanese Chicken Chop
Bagi yang ingin mencari tempat sarapan best di Kuala Lumpur, bolehlah mencuba Set Luckin Toast sambil minum kopi. Kopi dia memang pekat dan likat. 
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Set Luckin Toast
Selain pekena set luckin toast, apa kata korang cuba Petai Bun. Boleh tahan juga rasanya, bun dia pun lembut je. Dimakan dengan sambal petai. Menggila makan bun dengan sambal petai, kemudian minum pulak kopi perghh. Perfect orang kata. 
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Petai Bun
Sejujurnya, ini kali pertama kinah makan Chee chong fun. Walaupun nampak simple dan kosong saja, tapi rasa dia not bad. 
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Chee Chong Fun
Dah settle semua makanan, jangan dilupa pencuci mulutnya pulak. Korang yang datang nak santai-santai dan spend time dengan keluarga, jangan lupa order rojak. Sedap kuah rojak dia. Kacang dia memang tak kedekut serius cakap. Ais batu campur pulak sesedap rasa, aksesori abc tu oun banyak. Meriah sungguh.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Rojak
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Ais Batu Campur
Macam mana best kan menu yang ada di Luckin Kopi. Kalau diikutkan banyak lagi menu, tapi cukuplah setakat ni. Hah dah tahu kan tempat makan best di Kuala Lumpur, jangan lupa ajak kawan-kawan makan sekali di sini dan pasti korang akan ke sini lagi untuk menikmati segala jenis menu yang ada di sini.

Alamat
Luckin Kopi
14 Jalan Panggong, 
5000 Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan
7.00 am -9.00 pm

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Luckin Kopi boleh ke Facebook dan Instagram mereka.






Saturday, 9 November 2019

Saturday, November 09, 2019

Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati

Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati | Hari ni kinah nak share dengan korang tempat menarik di Ipoh. Best ke Ipoh? Macam tak menarik je. Haaa itu korang yang kata. Orang Ipoh tak kata macam tu. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak juga tempat menarik di Ipoh untuk dilawati yang boleh korang pergi bila ke Ipoh. Nampak je macam tak ada apa-apa. Tapi bila korang explore sebenarnya ada je tempat menarik di Ipoh.


Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati


Tempat Menarik Di Ipoh

Kellies Castle
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Tak sah kalau ke Ipoh tak singgah ke Kellies Castle. Kellies Castle kalau korang nak tahu terletak di Batu Gajah tak jauh pun dari Ipoh. Semua orang tahu sejarah tempat ni kan. Di bina pada tahun 1909 di kawasan bukit. Rumah agam yang tersergam indah ni dibina oleh buruh daripada India termasuklah pakar seni yang diimport khas dari sana.

Semua orang tahu cerita disebalik Kellies Castle ni. Kellies Castle dikatakan berhantu apabila ada pihak ternampak kelibat Kellies dan anakya berjalan di koridor pada waktu malam. Ala pedulikan je. Itu malam. Korang datang la waktu siang hehe. Cantik tau. Orang yang nak buat photoshoot kahwin pun datang ke sini.

Kalau korang nak datang melawat Kellies Castle bolehlah ke sini. Harga tiket untuk dewasa RM5.00 kanak-kanak pula RM4.00.

Taman  Rekreasi Gunung Lang
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak kira-kira lima kilometer daripada Pekan Ipoh. Merupakan destinasi untuk orang ramai berekreasi dan bersantai bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Pengunjung berpeluang menikmati percikan air terjun buatan yang tertinggi di Malaysia.

Selain itu, korang juga boleh memberi makan kepada ikan. Ada ikan keli Afrika, ikan koi, talapia dan lampam. Semuanya besar-besar. Cuti hujung minggu nanti bawakla anak ke sini, mesti diorang seronok.

Selain tu, korang juga boleh menaiki bot khas untuk ke seberang tasik. Kat situ ada mini zoo, Rumah Perak dan pelbagai taman ada di situ. Korang yang datang ke Ipoh dan tak tau nak ke mana bolehlah datang ke sini.

LOST WORLD TAMBUN
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Yehaaaa siapa yang tak suka taman tema air. Ada satu ha dekat Ipoh nak tahu apa dia? Lost World Of Tambun la. Korang yang tak tahu nak pergi mana bila bercuti nanti moh le ke sini. Ada macam-macam aktiviti yang menarik antaranya Haunted Chambers, Lost World Petting Zoo, Hippo Kingdom dan banyak lagi aktivit menarik yang boleh korang join di sini. Nak tahu lagi apa yang menarik di Lost World Of Tambun ni korang boleh cuci mata di website jomjalan.com ni. Banyak kot aktiviti best di sini.

Bulatan Meru Amanjaya 
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Kalau balik ke Ipoh memang ke sini la kitorang. Saja bawak Thahirah main-main dekat sini. Dulu kawasan ni kosong takda apa-apa pun. Bila dah ada pembangunan di kawasan sekitarnya barulah Bulatan Meru Amanjaya ni wujud. 

Paling seronok anak-anak la. Anak dara kinah kalau ke sini dia tuju nak main kereta control. Laju je menonong dia ke tempat tu. Seronok betul dia. Ada juga main basikal, kereta yang berlampu dan macam-macam lagi la. Kiranya tempat ni sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada waktu malam. Tak kisah la hujung minggu ke atau hari biasa memang ada je orang. Kinah cerita ni pada waktu malam tau. Waktu siang tak pergi lagi.

Kalau nak tahu kawasan ni dibuka 24 jam dan pasal parking janganlah risau. Semua tu percuma aje. Cuma tandas je dibuka sampai 10.30 malam untuk tujuan keselamatan. Kalau korang ada di sekitar Ipoh bolehlah ke sini. 

Movie Animation Park Studio (MAPS)
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Movie Animation Parks Studio Ipoh (MAPS) baru saja dibuka kepada awam pada tahun lepas. Kalau tak silap la. Masa baru dibuka, masih ada lagi stesen yang belum dibuka untuk awam sebab tak siap lagi. Mungkin sekarang ni dah siap sepenuhnya.

MAPS ni merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia tau. Ada pelbagai aktiviti yang menarik di sini. Korang mesti teruja ke sini terutamanya anak-anak kita sebabnya watak-watak animasi kegemaran anak kita seperti BoBoiboy, Smurf pun ada di sini. Teringin jugak nak ke sini tapi bila mengenangkan umur Thahirah macam tak sesuai lagi je.

Korang yang nak bawak anak-anak ke sini bolehlah rujuk website <<ini>> untuk maklumat lanjut dan dapatkan harga.

TASIK CERMIN
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Ok tempat menarik seterusnya ialah Tasik Cermin. Tak semua orang tahu wujudnya tasik ni. Tasik Cermin pernah viral di facebook suatu masa dahulu. Kalau korang nak tahu Tasik Cermin ni terletak di Gunung Rapat Ipoh. Tak jauh pun dari pekan Ipoh. Cuma nak pergi ke Tasik Cermin ni korang kena lalu kawasan kuari dan jalan pun tak rata dan berdebu. Agak bahaya sikit la. 

Tengoklah tasik tu, cantikkan? Kenapa diberi nama Tasik Cermin? Tengoklah kawasan sekitarnya macam cermin kan. Kalau masa panas lagi nampak jelas. Namun begitu, tasik ni belum dikomersialkan lagi. Jadi hati-hati la ye bila korang ke sini.

Gua Tempurung
Tempat Menarik Di Ipoh untuk dilawati
Tempat Menarik di Ipoh
Lokasi seterusnya ialah Gua Tempurung iaitu sebuah gua batu kapur terbesar di Malaysia yang terletak di Gopeng Perak kira-kira 24 kilometer dari Ipoh. Nama Gua Tempurung ni diambil sempena bentuknya seakan-akan seperti tempurung kelapa. 

Kalau korang nak tahu, Gua Tempurung ni terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Setiap kubah berbeza suhu, aras air, batu kapur dan marmar. Itu yang menyebabkan Gua Tempurung ni sangat unik.

Cukuplah setakat ni ye. Nanti bila ada masa nanti kita kongsi tempat lain pulak.

Thursday, 7 November 2019

Thursday, November 07, 2019

Terlayan Pulak Drama Setelah Ku Dimiliki

Terlayan Pulak Drama Setelah Ku Dimiliki | Sejujurnya dah lama kinah tak layan drama di slot Akasia tu, tapi entahla bila tengok je drama Setelah Ku Dimiliki lakonan Zul Ariffin dan Intan Najwa terus jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Bila dah layan drama ni, makin lama makin sakit hati pulak tengoknya terutamanya dengan si Sarlina lakonan Tiz Zaqyah tu. Gedik dan syok sendiri pada si Adriz tu. Sarra pulak, nampak sangat cemburu bila si Sarlina mula nak dekati Adriz. Bila Adriz nak declare pada semua yang diorang dah kahwin, tak nak pulak. Geram tau.


Terlayan Pulak Drama Setelah Ku Dimiliki

Slot akasia setelah ku dimiliki, drama pukul 7.00
Si Noh pulak, dulu dia sendiri reject si Sarra kekononnya Sarra dah tipu dia. Sekarang nak balik pada Sarra sebab dia rasa Sarra layak diberi peluang kedua. Tapi sayangnya, Noh tak tau Sarra dah kahwin dengan Adriz. Diorang pun dah sepakat nak declare hubungan diorang bila Sarlina dah bersalin. Sementara tunggu kawan tu nak bersalin, macam-macam boleh jadi kot. Hmm tak sabar nak tengok sambungan pada hari ni.

Sinopsis Setelah Ku Dimiliki kredit to myinfotaip

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober - 5 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi

WATAK PELAKON 
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir 

LAGU TEMA / OST 
Ika Mustafa - Damaikanlah

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI
Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Cahaya Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Cahaya Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Cahaya Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Cahaya Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Cahaya Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

Jom kita sama-sama nantikan.
Thursday, November 07, 2019

Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School Jaya One Petaling Jaya

Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School Jaya One Petaling Jaya | Sabtu baru-baru ni saja ajak Yop ke International Babywearing Week 2019 bertempat di The School Jaya One Petaling Jaya. Jangan salah faham ye, tak semestinya kinah pergi program babywearing macam ni, kinah ada baby baru huhu.

Kalau korang nak tahu, Thahirah masa kecik dulu memang kinah pakai carrier jenama Bobita bila pergi mana-mana, pergi pasar, pergi super market, pergi pasar malam pun kinah pakai. Pada masa tu duduk rumah tinggi, dengan takde lif pulak tu, ingat larat ke nak dukung budak naik ke tingkat 3. Mengah oiii..

Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya

International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
Pada masa tu, penggunaan babywearing seperti ni masih belum ramai ibu bapa diluar sana yang belum sedar betapa bagusnya penggunaan babywearing seperti ni. Masa mula-mula kami guna dulu pun ada la kinah dengar orang cakap belakang, yang kami ni macam orang seberang duk gendong anak dalam carrier tu. Tapi kami abaikan je makcik-makcik bawang yang mengutuk tu.

Agaknya diorang tak tahu kot, penggunaan babywearing ni dah banyak negara yang dah guna.  Fikir positif je la kita ni. Negara kita tahun kebelakangan ni la kinah nampak ibu bapa di luar sana dah mula ada kesedaran ber "babywearing" ni. Korang yang ada anak kecik tu, bolehlah intai-intai group babywearing ni, banyak kebaikkannya dan informasi yang korang peroleh di sana.


Aktiviti yang Dijalankan Di IBW 2019

Berbalik semula pada cerita International Babywearing 2019 pada sabtu lepas, kinah sampai ke The Scholl One Jaya pun dah pukul 12.30pm. Padahal awal kami gerak dari rumah, biasalah jalan jammed  haha. Kalau ikut tentatif, masa kinah sampai tu sepatutnya tengah berlangsungnya demonstrasi buat sabun sendiri daripada Puan Zarah Al'Khadri dari Lembah Barakah Organic Orchard.

Tapi bila sampai je ke sana slot tersebut dah tamat. Alahai takde rezeki kinah nak tengok demontrasi tersebut. 
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Gambar ni kinah pinjam dari aimanziyad.blogspot.com
Kalau nak tahu apa aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang IBW 2019 berlangsung, korang boleh tengok tentatif di bawah ni.
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Memang padat dengan aktiviti dari pagi hinggalah ke petang. Tapi sayangnya, Kinah hanya berada di sana sampai pukul 3.00 pm saja sebab malam tu Yop nak keje. Walaupun kami singgah sebentar saja, tapi kami tetap datang untuk memberi sokongan untuk IBW 2019 ni. 

Cabutan Bertuah

International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Selepas tamat demonstrasi tu, pengacara majlis umum akan buat cabutan bertuah. Memang masa ni, ibu-ibu memang dah standby dengan nombor masing-masing. Mana la tahu kot kot ada rezeki menang cabutan bertuah. Siapa yang tak nak, hadiah lucky draw semuanya best kot. Seperti biasa nombor kinah tak kena pun cabutan bertuah, bukan rezeki kami. Selesai sesi cabutan bertuah, program tersebut berehat seketika dan akan bermula pada pukul 2.00 petang nanti.

Belajar dan Mencuba Carrier

International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Disebabkan ada pelbagai jenama dan jenis carrier yang ada di pasaran sekarang, adalah sangat penting untuk ibu-ibu mempelajari cara-cara memakai carrier dengan betul mengikut jenis. Ibu-ibu yang masih zero dengan babywearing dan tak tahu bagaimana nak guna babywearing dengan betul, di sini ada guru yang dikhaskan untuk membantu korang.

Art Booth

Selain slot bual bicara, ada juga aktiviti lain yang sesuai untuk anak-anak. Antaranya aktiviti melukis dan mewarna. Thahirah sampai je ke sini dia, mengajak ke bahagian mewarna dan melukis. Ayahnya la yang temankan dia mewarna. Sekali sekala bonding dengan ayah pulak kan.
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
Selain aktiviti mewarna, ada juga aktiviti lain seperti buat slime, buat lipgloss sendiri eh macam-macam lagi.

Jualan Vendor di IBW 2019

Sementara dua beranak sibuk dengan aktiviti mewarna, kinah pulak pusing-pusing dulu cuci mata di booth vendor-vendor yang terlibat di dalam International Babywearing Week 2019 ni. Ada yang jual makanan, minuman dan juga keperluan bayi hinggalah toddler. Mujurlah masih kuat iman lagi nak shopping barang kat sini.
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier


Babywearing Dance 

Selepas habis pusing ke booth vendor terlibat sekejap betul masa berlalu. Program seterusnya bermula pada pukul 2.00 pm dengan aktiviti babywearing dance. Masa ni orang yang paling excited nak menari Thahirah la. Happy sangat dia dapat menari dengan kawan-kawan di atas pentas. 

Tak dapat nak ambik gambar masa dia menari, sebab kinah pun menari sama. Apa-apa pun terima kasih kepada urusetia kerana memilih Thahirah sebagai pemenang kerana aktif dan ceria semasa menari. Hadiahnya pulak memang menarik iaitu tajaan dari baba baa.
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
Pada hari itu juga turut disampaikan hadiah kepada pemenang pencipta logo untuk IBW 2019 iaitu Encik Ahmad Shahir. 
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya

theAsianparent Booth di IBW 2019

International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
Oh ye, theAsianparent pun ada buka booth di IBW 2019 ni. Dah nama program parenting, semestinya theAsianparent ambil bahagian dan menjadi rakan media sempena IBW 2019. Kinah ni pantang je nampak aktiviti spin & win di booth theAsianparent ni, mesti nak join spin juga mana tahu kot kot boleh menang points untuk theAsianparent apps. Tapi kinah spin dapat bear theAsianparent yang comel tu. Hehe ok lah kan.
International Babywearing 2019, IBW 2019, baby carrier
Kinah rasa enjoy sangat datang ke IBW 2019 ni walaupun kinah tak menang apa-apa lucky draw pun. Dapat pulak beg goodies yang awesome yang bernilai RM250 dah kira syukur sangat. Terima kasih kepada sponsor yang menaja beg goodies ni.