Terlayan Pulak Drama Setelah Ku Dimiliki

Terlayan Pulak Drama Setelah Ku Dimiliki | Sejujurnya dah lama kinah tak layan drama di slot Akasia tu, tapi entahla bila tengok je drama Setelah Ku Dimiliki lakonan Zul Ariffin dan Intan Najwa terus jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Bila dah layan drama ni, makin lama makin sakit hati pulak tengoknya terutamanya dengan si Sarlina lakonan Tiz Zaqyah tu. Gedik dan syok sendiri pada si Adriz tu. Sarra pulak, nampak sangat cemburu bila si Sarlina mula nak dekati Adriz. Bila Adriz nak declare pada semua yang diorang dah kahwin, tak nak pulak. Geram tau.


Terlayan Pulak Drama Setelah Ku Dimiliki

Slot akasia setelah ku dimiliki, drama pukul 7.00
Si Noh pulak, dulu dia sendiri reject si Sarra kekononnya Sarra dah tipu dia. Sekarang nak balik pada Sarra sebab dia rasa Sarra layak diberi peluang kedua. Tapi sayangnya, Noh tak tau Sarra dah kahwin dengan Adriz. Diorang pun dah sepakat nak declare hubungan diorang bila Sarlina dah bersalin. Sementara tunggu kawan tu nak bersalin, macam-macam boleh jadi kot. Hmm tak sabar nak tengok sambungan pada hari ni.

Sinopsis Setelah Ku Dimiliki kredit to myinfotaip

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober - 5 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi

WATAK PELAKON 
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir 

LAGU TEMA / OST 
Ika Mustafa - Damaikanlah

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI
Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Cahaya Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Cahaya Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Cahaya Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Cahaya Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Cahaya Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

Jom kita sama-sama nantikan.

Post a Comment

4 Comments

  1. tertengok juga sikit2 drama ni. tp x tengok lagi part tiz tu.. anak dilah pulak yg melayan cerita ni tau.. haha

    ReplyDelete
  2. Salam kenal sis..
    akak dh lama tak tgk tv..tak tau apa yg best..

    ReplyDelete
  3. macam malas nak tengok sebab ada intan najuwa hahaha

    ReplyDelete