Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts
Tuesday, October 09, 2018

Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand

by , in
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand  | Sebut je pasal susu teruja betul kinah mencuba susu Fernleaf UHT yang terbaru ni, emmmmm sedapnyaaa terutama susu UHT perisa coklat ni.  Korang patut cuba perisa coklat ni. Kalau tak silap dari zaman kinah sekolah dulu lagi dah ada susu ni. Ish lama tak lama jugak la. Kiranya legend jugak la susu Fernleaf ni. Susu lembu seperti mana yang kita ketahui begitu sinonim dengan New Zealand.  

Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand

Susu Fernleaf, Susu lembu, Susu, susu uht
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand

Mengapa Susu Fernleaf UHT Menjadi Pilihan

Sebut je New Zealand, umum dah ketahui New Zealand merupakan negara pengeluar tenusu terkemuka di dunia. Kalau korang nak tahu, susu Fernleaf merupakan 100% susu dari New Zealand yang mana lembu tenusu Fernleaf telah dijaga dengan penuh dedikasi. Malah mereka turut mengusahakan ladang secara semula jadi iaitu, memberi kebebasan kepada lembu tenusu untuk meragut di padang rumput yang subur. Hasilnya,  susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita.
Susu Fernleaf, Susu Lembu, Susu, susu uht
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand
Tengoklah tu cik Thahirah kita gambar sebelah kanan tu baru bangun tidur. Bangun tidur je dah cari susu Fernleaf ni. Sekarang ni susu Fernleaf dah jadi susu kegemaran dia. Susu lain tak nak dah.

Bila bercerita mengenai susu, haish kan best kalau dapat lihat sendiri bagaimana mereka memproses susu, tengok  di depan mata lembu-lembu di sana meragut rumput yang segar dan melihat keindahan bumi New Zealand yang terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar taburan hujannya yang baik, dan terima cahaya matahari yang banyak. Elehhh macam la kat Malaysia ni takde lembu!! Hmm kalau korang nak tahu lembu di sini berbeza tau dengan lembu-lembu yang ada di New Zealand. 
Susu Fernleaf, Susu Lembu, Susu, Susu UHT
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand
Apa yang bezanya? Perbezaannya ialah lembu di New Zealand menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, untung lembu-lembu ni dapat meragut rumput-rumput yang segar dengan iklim cuaca yang baik dan secara tak langsung susu yang dihasilkan pun kaya dengan vitamin D berbanding dengan lembu yang hanya terkurung saja di dalam kandang. Bila tahu betapa bagusnya kualiti susu ini, setiap pagi kinah akan minum segelas susu Fernleaf tau. Jangan ingat kita dah dewasa ni tak perlu minum susu, bila dah berumur la lagi kena minum susu untuk kekuatan tulang dan gigi.
Kini tiada alasan lagi untuk tidak mahu minum susu kerana susu Fernleaf kini disediakan dalam bentuk pek UHT yang mana ianya lebih mudah di bawa ke mana sahaja dan boleh minum susu pada bila-bila masa. Susu UHT Fernleaf boleh didapati dalam tiga pilihan iaitu, susu Fernleaf Penuh Krim, rendah lemak dan coklat dalam set iaitu 4 kotak masing-masing 200ml dan pek 1 liter bagi memenuhi keperluan citarasa keluarga korang.

Haaaa jangan lupa yer minum susu Fernleaf pada waktu pagi dan malam untuk membantu kita menguatkan lagi tulang dan gigi kita. Ingat ni.... ingat Fernleaf sedapnya 100%Mmmmm...