Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts
Thursday, September 20, 2018

Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri

by , in
Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri Cantik ni subjektif. Ada sesetengah orang anggap cantik ni bila kita bermekap muka glowing tu dah cantikla tu. Apa kata cuba tak mekap, tapi kulit tetap cantik. Boleh ke? Bolehlah tak semestinya mekap tebal baru cantik, tapi bila tak mekap muka aduhhh tak tau nak kata. Tak kan la nak mekap 24 jam, kesian kulit kita. Macam kinah, nak bermekap tu takda la sangat cuma bila keluar berjalan tu ada la touch up sikit. Tapi, tu dulu la. Sejak kinah amalkan supplemen ni dah mula malas nak touch up. Cuma pakai lipstick je bila nak keluar rumah sebab dah mula yakin kerana Snowyskn Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri

Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri

Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri
Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri
Sejak amalkan Snowyskn dan kinah guna secara konsisten seperti yang disarankan dah mula nampak perubahan pada kulit kinah. Kalau korang perasan di bahagian dahi kinah sebelum ni ada kesan tompokkan seakan jeragat, tapi sekarang ni kesan tu dah mula hilang. Selain mengamalkan serum untuk luaran, kinah juga amalkan Snowyskn sebagai makanan tambahan untuk dalaman. Haa ni lah rahsia kinah. Nak tahu apa tu Snowyskn

Pengenalan Snowyskn

Snowyskn ialah inovasi yang telah diperbaharui yang mana hanya ramuan tertentu saja yang dipilih untuk membantu merawat kulit yang bermasalah dari dalam. Gabungan campuran beri yang lazat, dan kaya dengan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kesan penuaan kulit daripada pelbagai sudut. 
Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri
Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri
Kalau korang nak tahu, kulit kita ni sebenarnya memerlukan antioksida primer dan sekunder yang mana kedua-duanya digunakan untuk membantu merawat kulit yang bermasalah akibat persekitaran. Disebabkan itu, Snowyskin perlu dimiliki oleh semua kerana kandungan antioksidan yang diperlukan oleh kulit kita ada di dalam Snowyskin dan paling best sekali korang akan kelihatan awet muda. Fewitttt

Khasiat Snowyskin

  • Kaya dengan Protein
  • Mengandungi vitamin C, Zink dan serat yang tinggi
  • Bebas pewarna tiruan dan bahan pengawet

Bahan-bahan yang terdapat dalam Snowyskin

  • Mixed Berries
  • Fruit Powder (Blackberry, Rasberry, Blueberry, Elderberry)
  • Isomaltulose
  • Galacto-Oligosaccharides (GOS) [prebiotic]
  • Yeast Extract
  • SkinAx2 - Grape Seed Extract, Vitamin C, Zinc, Melon Juice Concentrate
  • Stevia

Cara Pengambilan Snowyskin

Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri
Snowyskn Dapat Membantu Mencerahkan Kulit dan Kelihatan Berseri
Cara pengambilan Snowyskin mudah je. Cara kinah, hanya ambil satu sachet dan tambahkan ke dalam air sejuk atau air masak lebih kurang 150 ml kemudian kinah shake shake je. Dah sebati boleh minum. Mudah je dan jangan lupa minum air kosong secukupnya.

Haaa teruja tak? Kalau korang nak cuba Snowyskin  dan dapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah layari :

Untuk Maklumat Lanjut
Website
No. Telefon 
+603 80812128    
Email 
 enquiries@dyna-nutrition.com
Tuesday, September 18, 2018

Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat

by , in
Tidak yakin ketika menghadiri temuduga? 
Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar 
di media sosial? 
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :( 
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru. 

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada rutin penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. 

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu dibawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV! 

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas. 

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja! 

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk: 
  • · Mencerahkan kulit 
  • · Menyamaratakan tona kulit 
  • · Kulit berseri merah jambu 
  • · Mengawal pengeluaran minyak berlebihan 
  • · Memberi perlindungan UV 
  • · Melembutkan dan menghaluskan kulit 
  • · Melicinkan kulit 
  • · Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit
Dia si ayu penuh keyakinan 
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.Langkah pertama untuk keyakinan dirimu.Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri. 

Dia si cantik penuh kemanisan 
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa. 

Dia si comel penuh keceriaan 
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan.Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising). 

SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY, Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama! 

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut: 

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser 
Saizpek: 50g/100g 
Harga: RM5.75/10.20 (0% GST) 

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream 
Saizpek: 50g/80g 
Harga: RM8.15/11.45 (0% GST) 

3. SAFI Fair Beauty BB Cream 
Saizpek: 40g 
Harga: RM8.15(0% GST) 
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat
4. SAFI Fair Beauty Set (Fairness Cream + Facial Cleanser) 
SaizPek: Gift Set 
Harga: RM10.90(0% GST) 

Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah! 
 Jom ramai-ramai kita sahut cabaran 31 hari guna Safi Fair Beauty
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman 
Facebook SAFI

InstagramSAFI
@safimalaysia

 lamanYoutube SAFI 

Sunday, September 16, 2018

Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat

by , in
Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat | Assalamualaikum semua, apa khabar?. Hari ni kinah nak share dengan korang tentang satu serum ni. Kalau korang masih ingat lagi, kinah pernah janji nak review satu serum yang kinah grab dari Althea. Ingat lagi tak?  Haaa excited ni nak share.

Baca di sini
Althea Angel | Redeem Point Althea

Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat
Kenapa kinah pilih serum Purito Pure Vitamin C Serum

Begini ceritanya, kinah tak tahu la apa punca kesan tompokkan seolah-olah jeragat di dahi. Kiri kanan pulak tu. Belah kanan tu tak nampak sangat tapi belah kiri tu jelas tau. Malu jugak bila orang tegur "kenapa dengan dahi kamu tu" nak jawab apa pun tak tahu sebab tak tahu apa puncanya.

Nak kata jeragat, hmm macam jeragat ke? Selalunya jeragat ni muncul bila umur dah masuk 40 an tapi kinah 30 an pun tak masuk lagi. Bila google lain rupanya jeragat tu. Ishh entahle, nak pergi asthetic clinic, seriau pulak. Takut muka lagi teruk. Last, ikhtiar guna serum je la.

Pelbagai serum kinah cuba untuk kurangkan kesan tompok tu tau. Tapi, langsung tak ada apa kesan. Frust betul masa tu. Nak pakai krim atau foundation pun tak seronok sebab dia jadi tak sekata dan bercapuk kat bahagian tu.

So, kinah cuba la serum Purito ni. Sejenis kinah, sebelum cuba mana-mana produk baru kinah akan baca dulu review dan feedback daripada pengguna. Sebab tu la pentingnya review ni. Bila kinah baca review, kebanyakkannya bagi feedback bagus dan di dakwa serum ni mampu merawat jeragat. Haha anggap je la kinah ni ada jeragat. Sampai je parcel pink ke tangan kinah, dengan excited kinah pun cuba la serum ni. Masuk hari yang kinah tulis ni dah tiga minggu kinah guna serum ni. Agak-agak korang la ye, mampu ke tidak serum ni merawat kesan "jeragat" di dahi kinah?

Meh sini kinah tunjuk dekat korang perbezaan sebelum dan selepas kinah guna Purito serum ni.
Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat
Nampakkan ada beza gambar sebelum dan selepas. Gambar selepas tu dah mula nampak skin kinah dah nak mula ok.  Kedua-dua gambar kinah ambik ni takde filter tau. Happy sangat bila nampak perubahan ni. Nampaknya lepasni kena repeat order lagi jawabnya.

Kinah cerita serba sedikit mengenai Purito Vitamin C Serum. 
Purito Pure Vitamin C Serum Membantu Memudarkan Jeragat
Sumber: Althea
Kalau korang nak tahu, serum ni dihasilkan 99% daripada bahan natural. Apa yang penting serum awesome ni tiada bahan berbahaya seperti Paraben, Ethanol, Surfactant, Artificial Colorant, Artificial Fragrance, Triethanolamine, Phthalein, Triclosan, Petrochemicals dan juga Benzoyl Peroxide.

Semua jenis kulit boleh pakai Purito serum ni tak payah la kome risau. Cuma bau dia la tak best. Nak kata busuk tu tak la tapi masih boleh lagi hidung ni terima bau dia. Oh ye sebelum terlupa, dengan Purito serum ni pun korang boleh mix dengan foundation dan mudah nak blend.

Sebelum ni, muka kinah berminyak, dah apply Purito serum ni minyak di muka dah kurang tau, dan serum ni cepat menyerap ke kulit. Mula-mula pakai macam melekit sikit lepastu dalam beberapa minit tak melekit dah dan kembali macam biasa.

Harganya berapa?

RM51.00 (60ml) saja. Nak kulit sihat kan. Apa salahnya melabur sikit. Pada korang yang berminat boleh dapatkannya di Althea.

Nah kinah tempek link bagi memudahkan pencarian korang


P/s: ada jerawat baru naik, sapu dengan serum ni jerawat dah mula kecut. Happy ☺



Monday, September 10, 2018

Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World

by , in
Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World |  Beberapa minggu yang lepas kinah pergi bercuti ke Kuala Terengganu. Biasala bila dah pergi ke tempat orang, mestilah cari tempat makan yang best. Bila dah jumpa makanan memang tak ingat apa dah. Bila asyik makan tak sedar badan pun makin kembang walaupun sedia kembang. Aduhhh masalah ni. Perut pun rasa macam tak sedap je. Dalam perjalanan nak balik tu pasang niat,"balik rumh ni kena detoks la".  Mujurlah balik rumah orang kurier call bagitau barang yang kinah order dari Imaan World dah sampai. Macam tau-tau jer haha. Jadi, bermulalah kinah berdetox dengan Zero Belly dari Imaan World.

Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World

Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World
Haa jangan tak tau, sekarang ni Imaan World dah melangkah ke hadapan. Kalau dulu orang kenal Imaan World kerana tisu basah yang awesome tu. Jadi, entri kali ni kinah nak kongsi dengan semua pengalaman kinah mengamalkan Zero Belly dari Imaan World. Teruja ke tidak?

Untuk pengetahuan semua, Teh Zero Belly Fruitea keluaran Imaan World dihasilkan daripada 100% gabungan daun teh dan buah-buahan terpilih. Haaa bukan calang-calang yer teh detoks ni. Antara bahan utama yang terkandung dalam Zero Belly ni ialah Mulberry, Markisa, Durian Belanda, Daun Teh dan juga daun gelenggang. Gabungan semua bahan-bahan utama tadi menghasilkan teh detoks yang sangat wangi, rasa yang sedap dan apa yang penting dapat membantu mengurangkan berat badan.

Kalau nak tahu, dulu nama Zero Belly Fruitea Detox dikenali sebagai Fruitea Daily Detox. Dulu packaging menggunakan aluminium foil tapi kini  disertakan sekali dengan "Tumbler" yang cute sangat ni. Korang jangan risau, tumbler ni barang baik punya jadi tak kisah la korang guna air panas ke memang tak akan menjejaskan kualiti tumbler tersebut.


Siapa yang Patut Mencuba Zero Belly Fruitea Detox

  • Mereka yang mengalami maslah perut buncit
  • Mereka yang mengalami masalah obesiti
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Banyak angin di dalam badan
  • Mereka yang mempunyai bacaan gula yang tinggi dalam darah 

Best Ke Zero Belly Keluaran Imaan World

Walaupun baru beberapa hari kinah amalkan Zero Belly ni, kinah dah jatuh hati. Kenapa? Sebabnya bila minum Zero Belly ni langsung tak ganggu rutin harian kita. Ada sesetengah produk detox akan buat perut kita memulas dan kita akan rasa tak selesa. Tapi Zero Belly tak macam tu, sedar-sedar je rasa nak membuang. Haaa gitu.

Cara Minum Zero Belly Keluaran Imaan World

Nak minum Zero Belly ni ada caranya. Macam kinah yang ingin mengurangkan berat badan, kinah guna 2 uncang. Bagi mereka yang ada masalah: 

  • Tujuan pencernaan – sehari 1 uncang
  • Tujuan kurangkan berat badan – sehari 2 uncang
  • Tujuan kekalkan berat badan – 3 kali seminggu

Boleh diminum oleh individu berumur 7 tahun ke atas, sesuai juga buat wanita menyusu. Tapi untuk wanita mengandung tak digalakkan.

Kinah ada sediakan video untuk bancuh Zero Belly. Tengok jangan tak tengok pulak.


Antara testimoni yang telah berjaya
Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World

Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World

Zero Belly Fruitea Detox Dari Imaan World

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut : 
https://www.imaanworld.com/
Email : wowmissionsdnbhd@gmail.com
Tel : 03-42854919
Hp : 019-2862828
Facebook : https://www.facebook.com/imaansuciworld/

Instagram : https://www.instagram.com/imaan.suci.world.hq
Thursday, August 30, 2018

Suci Family Wipes | Kegunaan Untuk Seisi Keluarga

by , in
Suci Family Wipes | Kegunaan Untuk Seisi Keluarga Bila ada anak kecik ni, kalau tak comot memang tak sah. Macam Thahirah yang dah nak masuk 3 tahun bulan Oktober ni memang ada je eksperimen yang dia nak buat. Sedar-sedar je tangan dah comot, pegang itu, pegang ini. Tambah pula semenjak ada kes wabak kuku, kaki, tangan dan mulut (HFMD) kinah dah mula berjaga-jaga dengan kebersihan diri dia, bukanlah sebelum ni tak jaga cuma bila penyakit bermusim ni timbul, kita sebagai ibu ni memang kena lebih berwaspada. Mujurlah kinah diperkenalkan dengan tisu lembap keluaran Imaan Suci World. Lebih mudah di bawa dan paling penting ianya selamat digunakan

Suci Family Wipes |  Kegunaan Untuk Seisi Keluarga

Suci Family Wipes, tisu lembap viral
Ibu bapa di luar sana memang wajib ada Suci Family Wipes ni kerana kandungannya bebas dari alkohol jadi ibu bapa tak perlu ragu dan bimbang. Diformulasikan daripada ekstrak Madu, Aloe Vera dan Vitamni E yang mampu memberi perlindungan untuk seisi keluarga. Oleh itu, ianya selamat digunakan kepada bayi.

Waktu yang Sesuai Menggunakan Suci Family Wipes

Dihasilkan dari pengeluar bertaraf ISO 9001, ISO 22716 & GMP dan amat berkesan untuk menjaga kebersihan & melindungi  seisi keluarga. Adalah digalakan menggunakanya ketika;
  • Anak-anak menyusu, ketika makan, tukar lampin, muntah & lain-lain
  • Aktiviti diluar rumah bersama keluarga (travel, riadah, sekolah & sukan)
  • Untuk membersih & menyegar kulit (daripada kotoran, peluh & daki).
  • Untuk hilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)
  • Untuk penjagaan orang sakit & kurang upaya
  • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
  • Untuk membersih peralatan mainan kanak-kanak, perabot & lain-lain
Suci Family Wipes, tisu lembap viral
Haaa serba guna juga Suci Wipes Family ni, dari bayi hinggalah ke orang dewasa semua boleh guna. Tak rugilah korang beli. Baunya pun wangi. 

Pesanan Ikhlas Untuk Ibu Bapa Di Luar Sana

Sebagai langkah mencegah jangkitan HFMD, jangan kupa guna hand sanitiser ketika di tempat awam.
Langkah Mencegah Jangkitan HFMD
Langkah Mencegah Jangkitan HFMD
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website
Email : wowmissionsdnbhd@gmail.com
Tel : 03-42854919
Hp : 019-2862828

WOW MISSION SDN BHD
No 3A-08, D'Pandan Avenue 3, Taman Pandan Mesra, 68000 Ampang

Friday, August 24, 2018

Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit

by , in
Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit Imaan Tea Zero Belly Fruitea Detox merupakan 100% gabungan daun teh serta buah-buahan yang terpilih iaitu Mulbery, Passion Fruit, Soursup dan juga Candle Bush. Kini, tea Zero Belly Fruitea Detox menjadi pilihan ramai terutamanya wanita, yang begitu menggemari tea ini kerana baunya wangi, rasa lebih sedap dan paling utama dapat membantu mengekalkan berat badan.

Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit

Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
Pembungkusan yang sangat eksklusif yang mana tea ni dibungkus di dalam aluminium foil (ada 5 uncang dalam satu paket) dan diletakkan dalam botol free BPA (Bisphenol A). Kalau nak tahu Tea Zero Belly Fruitea Detox ni menggunakan 100% bahan natural dan telah disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation, iaitu sebuah makmal yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Haa sesiapa yang ada masalah sembelit ataupun perut buncit bolehlah cuba Tea Zero Belly Fruitea Detox ni dengan hanya minum tea Zero Belly ni 1 atau 2 kali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur.
Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
Dengan pengambilan Zero Belly beserta diet pemakanan yang betul dan seimbang serta aktiviti yang menyihatkan dapat membantu wanita mencapai impian seperti berikut:
  • Mengempiskan perut yang buncit
  • Menyelesaikan masalah obesiti
  • Lawas dan badan rasa ringan
  • Menyelesaikan masalah sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Gula dalam darah dapat di kurangkan

Cara Penggunaan

  • Rendam uncang dalam cawan / mug berisi air panas.
  • Tujuan pencernaan – sehari 1 uncang
  • Tujuan kurangkan berat badan – sehari 2 uncang
  • Tujuan kekalkan berat badan – 3 kali seminggu
  • Boleh diminum oleh individu berumur 7 tahun ke atas, sesuai juga buat wanita menyusu. Tidak digalakkan untuk wanita mengandung
  • Antara Testimoni yang telah berjaya

    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    HARGA ASAL
    RM55 (25 uncang)

    Trial Zero Belly 
    RM28 (10 Uncang)
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit
    Tea Zero Belly Fruitea Detox | Membantu Mengatasi Masalah Perut Buncit dan Sembelit

    Jika anda berminat menjadi angel/agent boleh ke link https://angel.imaanworld.com/daftar/000048  

    Bayaran sebanyak RM30 akan di kenakan. 
    Promo pada bulan 8 adalah tisu imaan Pink, Kuning serta Ungu dan akan taman pada 31 ogos 2018.

    Page

      
    No. tel : 0193922261  (zira)

    Email:
    zira.shahrudin@gmail.com

    #easytravel 
    #tisutravel
    #imaanworld
    #imaansuci
    #teabuahimaan
    #zerobelly
    Thursday, August 23, 2018

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

    by , in
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga Penggunaan tisu basah adalah sangat penting  pada masa kini terutamanya ibu yang ada anak kecil macam kinah. Semuanya nak kena cepat. Anak comot sana sini, tak terkecuali mak yang nak cuci mekap. Mujurlah adanya tisu basah dari Imaan, memang mudah dan sangat membantu bila ada tisu basah dari Imaan terutamanya ketika travel.

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

    Latar Belakang Imaan Suci World 

    Imaan Suci World (ISW) telah mewujudkan jaringan usahawan dalam kalangan wanita untuk lebih berdikari dengan menambah pendapatan dan ilmu perniagaan melalui bimbingan dan latihan secara berterusan. Diasaskan oleh Puan Wawa Idris iaitu seorang Perunding Imej Bertauliah. Beliau yang merupakan seorang pengasas dan mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam menguruskan perniagaan dan mengambil berat akan perihal usahawan Imaan yang bernaung dibawahnya.

    Kalau korang nak tahu, produk utama Imaan Suci World adalah koleksi tisu lembap tanpa alkohol yang berstatus HALAL dan yang paling penting ianya adalah keluaran Bumiputera di Malaysia untuk kegunaan wanita dan juga seisi keluarga. Setiap produk nampak lebih eksklusif , dan dihasilkan oleh kilang yang bertaraf GMP dan juga telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, tak perlu ragu dengan produk keluaran Imaan Suci World ya.

    Imaan Suci Facial Wipes

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga Suci Facial Wipes
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Imaan Suci Facial Wipes dicipta untuk mereka yang begitu suka make up dan mampu menanggalkan make up sepantas 10 saat. Haaa ajaib sungguh facial wipes ni. Paling best, ianya bebas dari alkohol. Jadi, kalau korang nak make up tebal atau nipis pun tak menjadi masalah sebab facial wipes ni memang water proff. Semua golongan boleh guna facial wipes ni kecuali baby tak digalakkan.

    Kalau korang nak tahu, Imaan Suci Facial Wipes ni memang wangi. Wangi sangat-sangat dan ianya bukan sekadar wangi saja tau, ianya turut mampu melembapkan kulit muka kita kerana facial wipes ni mengandungi vitamin E. Jadi, mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat pun boleh guna dan paling best ianya ringan dan mudah dibawa. Jadi, kaki travel tu jangan lupa Imaan Suci Facial Wipes wajib ada dalam list korang.

    Kandungan
    • Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)
    • Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit)
    • Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama)
    • Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)
    • Perfume : minyak wangi haruman bunga
    • Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )
    • CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka )
    • Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )
    HARGA ASAL
    1 Paket RM6
    3 Paket RM15
    1 Kotak RM85
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Berita baik kepada pembaca semua, sempena bulan ni bulan Kemerdekaan, ada offer tau. Korang beli sekotak Facial Wipes, korang akan dapat lagi 3 pek. Wawwwww siapa nak bagi kan. Haaa lekaih borong sebelum habis bulan ni.

    Premium Wet Tissue (Tisu Argan Oil)

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Premium Wet Tissue mempunyai fungsi yang sama dengan Suci Facial Wipes cuma bezanya yang ni mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan juga Vitamin E yang mampu melembapkan dan melindungi kulit muka. Sehelai tisu ni, mampu menanggalkan solekan diseluruh wajah dan mampu menanggalkan make up walaupun water proof. Haaa yang ni hebat.

    Premium Wet Tissue ni sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kulit kering dan sensitif kerana kandungan argan oil tersebut. Satu lagi kelebihan Premium Wet Tissue ni, kaya dengan antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan dan mampu mengurangkan parut jerawat. Kandungan yang terdapat dalam Premium Wet Tissue ni sama je dengan Suci Facial Wipes, bezanya ada penambahan argan oil.

    HARGA  ASAL
    1 Paket RM8
    3 Paket RM20
    1 Kotak RM120 

    HARGA PROMO
    1 Paket RM8
    9 Paket RM60 Free 1 Paket Tisu argan Oil (pink)
    1 Kotak RM108 Free 3 Paket Tisu Argan oil (pink)
    Haaa offer!!! 

    Suci Family Wipes

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Imaan Suci Family Wipes merupakan tisu lembap yang diformulasi dengan Madu, Aloe Vera, dan vitamin E yang mampu memberi perlundungan untuk seisi keluarga. Apa yang menarik dengan Family Wipes ni, bebas dari kandungan alkohol dan boleh digunakan di seluruh badan. Suci Family Wipes ni sesuai untuk bayi ye. Boleh guna tanpa was-was. 

    Sesuai sangat digunakan ketika:
    • Anak-anak menyusu, makan, tukar lampin, muntah & lain-lain
    • Aktiviti diluar rumah bersama keluarga (travel, riadah, sekolah & sukan)
    • Untuk membersih & menyegar kulit (daripada kotoran, peluh & daki).
    • Untuk hilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)
    • Untuk penjagaan orang sakit & kurang upaya
    • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
    • Untuk membersih peralatan mainan kanak-kanak, perabot & lain-lain
    HARGA ASAL
    1 Paket RM6
    3 Paket RM15
    1 Kotak RM85

    HARGA PROMO

    1 Paket RM6
    9 Paket RM30
    1 Kotak RM60
    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

    Suci Femine Wipes

    Imaan Suci Wipes | Koleksi Tisu Lembap Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
    Suci Femine Wipes merupakan tisu lembap khas untuk zon keintiman wanita. Tisu lembap ini dicipta dengan 3 fungsi utama iaitu:
    ✔ Membersih
    ✔Menyegar
    ✔ Melindungi miss V
    • (+) Di formulasi dengan ekstrak daun SIREH & pati MAWAR. Semulajadi, tanpa alkohol & tanpa kimia berbahaya.
    • (++) Daun Sireh adalah sumber natural yang mengandungi anti septik, mampu membunuh kuman & antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat. Berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman.
    • (++) Pati mawar pula bertindak sebagai penyeimbang PH (3.5 - 4.5) & memberi rasa nyaman, sejuk dan segar pada kulit.
    • (+) Tisu lembap ini ✔ anti fungal ✔ anti bakteria ✔ anti septik ✔ anti oksidan & ✔anti keradangan. 
    Rasa kering dan segar sepanjang hari. Pendek kata kalau tiada air, tiada sabun, tiada tisu. Tidak lagi jadi masalah, packaging sangat hygiene, bau mawar dan extra sireh. 

    Cara Penggunaan
    Hanya lap di kawasan intim wanita.untuk kegunaan luaran sahaja

    HARGA ASAL
    1 Paket RM6
    3 Paket RM15
    1 Kotak RM85

    HARGA PROMO
    1 Paket RM6
    9 Paket RM45 Free 2 paket tisu family (kuning)
    1 Kotak RM85 Free 6 Paket tisu Family (kuning)
    Beli 9 pek dapat FREE 2Pek Family Wipes
    Beli sekotak dapat FREE 6 pek Family Wipes
    Haaa amacam gempak ke tidak offer bulan ni. Tunggu apa lagi dapatkan segera Imaan Suci Wipes korang sekarang sebelum offer ni habis. Habis tak dapat la nak tolong. Nak beli kat mana? Haaa korang boleh rojer dengan agen ni.

    Jika anda berminat menjadi angel/agent boleh ke link 

    Bayaran sebanyak RM30 akan di kenakan. Promo pada bulan 8 adalah tisu imaan Pink, Kuning serta Ungu dan akan tamat pada 31 ogos 2018.

    Page : 
     
    No. tel : 0193922261  (zira)

    Email:
    zira.shahrudin@gmail.com

    #easytravel 
    #tisutravel
    #imaanworld
    #imaansuci
    #teabuahimaan
    #zerobelly
    Saturday, June 23, 2018

    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

    by , in
    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER| Thahirah kalau dah jumpa playground memang tak ingat dunia dah. Semuanya dia nak explore. Biasalah budak kan. Bila dah main memang anak kita akan berpeluh terutamanya di bahagian kepala. Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Hanya satu cara je untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak kita mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
    Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. 

    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
    Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 

    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
    Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
    CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam duasaiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia danRM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh di dapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

    Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari! 


    Monday, May 28, 2018

    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

    by , in

    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan Pelengkap Mandian Si Jejaka | Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekaligus! 

    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan Pelengkap Mandian Si Jejaka

    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
    Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. 

    Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. 
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
    Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Di rumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
    DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

    COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relaks,gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
    ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart danAmber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

    ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla danMusk.

    HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.

    Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
    Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 
    Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidakberkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

    Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.

    Thursday, May 24, 2018

    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

    by , in
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah | Assalamualaikum semua. Dalam sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa kan. Pantas betul masa berlalu. Oh ye sekarang ni pasti ibu-ibu di luar sana tengah sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya. Kinah pun tak terkecuali jugak tau.

    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

    Ahad yang lepas selepas ke Jakel Shah Alam, kinah singgah pulak ke Butik Haqqi. Ala tak jauh mana pun dari Jakel jalan sikit je. Sekali sekala apa salahnya exercise. Tujuan asalnya nak cuci mata je tapi tersangkut pulak satu telekung dari Butik Haqqi ni. Kiranya ter shopping telekung raya la di Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah.
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah 
    Untuk pengetahuan semua, butik Haqqi ni bulan sekadar jual kelengkapan untuk haji dan umrah saja tau. Jubah, dress, tudung, kasut pun ada di sini. Kiranya one stop centre jugak la. Tambahan pula tak lama lagi musim haji akan tiba, jadi sesuai sangat la ke butik haqqi ni.
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Alaaa jauh betul nak ke Shah Alam tu....

    Korang jangan risau, walaupun tak dapat datang ke butik sebab jauh, korang masih boleh shopping kat butik ni. Tapi bagaimana?

    Sekarang ni kan zaman di hujung jari, korang boleh dapatkan barangan kelengkapan yang diperlukan melalui atas talian, orang putih kata secara online. Hanya dengan layari website Haqqi korang boleh shopping di haqqi.
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Antara kelengkapan ibadah yang terdapat di portal haqqi
    Oh ye sebelum terlupa, di butik haqqi bukan saja korang boleh dapat keperluan umrah dan haji malah korang juga boleh dapatkan kelengkapan raya yang bestnya daripada koleksi-koleksi jenama artis tau. Antara jenama artis yang terdapat di butik haqqi ialah Dara by Fathia Latiff, el by Elfira Loy, izzuexclusive, jenama haqqi sendiri, Medisole, Al-Mukarramah dan pelbagai lagi.

    Serius cakap, kalau korang singgah ke butik haqqi confirm rambang mata sebab banyak pilihan daripada kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Apapun korang kena bijak berbelanja yer. Jangan terlebih sudah hehe.

    Jom kinah belanja gambar di sekitar butik..
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
    Macam mana? Best kan???  Sekarang ni tengah ada promosi. Rugilah kalau tak grab. Oh ye mungkin ada yang tertanya-tanya satu je ke butik ni? Ehhh tak semuanya ada 5 cawangan di sahaja termasuk di Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI dan satu di Pantai Timur, di Terengganu.
    Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah


    Jom tonton video ni dulu


    UNTUK MAKLUMAT LANJUT
    Website

    Butik Haqqi
    NO 37, JALAN PLUMBUM P7/P, 
    SEKSYEN 7, 
    40000 SHAH ALAM,
    SELANGOR DARUL EHSAN

    Email
    INFO@HAQQI.COM.MY

    No. Telefon
    03-5523 6430