Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Wednesday, October 10, 2018

Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler?

by , in
Kah kah kah orang lain dah lama kot cuba Maggi Pedas Giler, kinah je tertinggal kereta api. Sebenarnya dah lama nak cuba maggi ni tapi bila cari kat pasar raya rumah ni semuanya sold out. Even kt Tesco pun langsung yilek kat atas rak. Kinah mampu senyum je la. Rupanya ramai jugak yer nak try maggi pedas giler ni.
Maggi, maggi pedas, Maggi pedas giler
Setelah beberapa bulan mencari, ahh macam poyo je ayat tu kan.. Jumpa jugak la maggi kesukaan ramai tu. Itupun kinah dapat Maggi Pedas Giler Ayam Bakar. Terus tak fikir panjang ambik je masuk troli. Masa tu ada jugak jumpa yang dah siap packing tu, tapi nak merasa beli dalam cup dulu. Kot kot la tak kena dengan tekak takde la rasa ralat sangat. Harganya masa kinah beli tu dalam RM3.30 jer.

Persoalannya sekarang pedas sangat ke maggi pedas giler ni?

Okeh nak kabor ni, maggi ni boleh tahan juga pedasnya,berair hidung makan. Kalau nak dibandingkan dengan samyang yang biasa kinah makan pedas giler ni memang pedas giler kow. Sapa yang kata tak pedas tu tak tau la lidah dia tu dah kebal la kot.
Maggi, maggi pedas, maggi pedas giler
Haa korang tengok tahap maggi ni pedas giler kot. Siapa yang suka dan tahan pedas tu bolehlah kot beli. Kalau nak beli samyang selalu pun rabak jugak. 
Maggi, maggi pedas, maggi pedas giler
Inilah hasilnya hasilnya, makan maggi pedas giler sambil tengok gegar Vaganza. Layannnn!!!

Dah tau rasanya macam mana bolehlah repeat nanti. Tapi tak boleh selalu makan sebab pedas giler ni. Sayangilah perut tu😉

Thursday, January 18, 2018

Terima Header Daripada Mai Owner Blog Mayy Jie

by , in
Baru-baru ni terima mesej daripada blogger Mai owner Blog Mayy jie. Ingatkan apalah si Mai hantar mesej, rupanya dia buatkan header untuk kinah. Mai cuma ubahsuai sikit header kinah yang baru katanya bila bosan bolehlah guna header yang ada ni, boleh tukar-tukar hehehe. Apa-apa pun akak ucapkan terima kasih Mai buatkan header untuk akak dengan harga kasih sayang katanya hihi. Oh ye kalau korang teringin nak make over blog korang, bolehlah contact adik manis kita ni. Confirm tak mengecewakan. 
p/s Sorry Mai akak lewat nak buat blog post.


Saturday, May 13, 2017

Jatuh Cinta Dengan Lagu Menahan Rindu

by , in
Entah macam mana boleh terjebak dengar lagu dendangan Wani Hasrita yang dikatakan lebih daripada 11 juta view. Wowwwww. Mulanya kinah pun tak tahu wujudnya lagu ni. Kinah tau pun daripada Melodi minggu yang lepas-lepas tak ingat bila. Bila dengar sikit je ehh sedapnya lagu ni, terus kinah bukak youtube nak dengar full song.

Wani Hasrita
Lirik lagu Menahan Rindu

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung

Tiada Siulan siulan burung burung
Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu
Oh angin

Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian

Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

Oh Angin

Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku Bersendirian

Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu
Menahan Rindu