Thursday, 11 June 2020

,
Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out | Bila cerita soal bab makan, kinah teruja betul. Tambah pula tempat makan best tu dalam kawasan Lembah Klang saja. Lagi cepat kami sampai. Okay la untuk hari ni, kinah nak kongsi dengan korang Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out. Lepas ni, kalau singgaj sini, dah tau la nak makan di mana atau food delivery saja bagi mereka yang tinggal berdekatan.

#1- Smokey Beef Ribs @Simply Ribs

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Ada yang berangan nak rasa macam makan dekat luar negara? Apakata korang singgah dekat Simply Ribs ni. Antara menu yang paling recommended kat sini ialah Smokey Beef Ribs, tulang rusuk lembu yang disalai dan dihidangkan bersama dengan sos BBQ istimewa didalam satu pinggan.

Menu ni memang sangat memuaskan hati kerana tekstur daging dia memang sangat lembut dan sos BBQ yang diorang guna memang cukup rasa dan sangat-sangat padu. Memang tak sah kalau korang datang ke restoran ni tapi korang tak rasa menu ni.

ALAMAT:C-12-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

#2- Haemul Ja Jang Myun @K Street

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Bagi peminat makanan Korea, korang boleh datang ke K Street yang terletak tidak jauh dari Menara Rajawali ini untuk mencuba pelbagai jenis menu yang pasti akan memuaskan hati korang. Kalau korang datang kesini, korang boleh cuba rasa Haemul Ja Jang Myun ataupun Seafood Black Bean Noodles yang dikatakan sangat sedap oleh setiap pelanggan yang mencuba menu ini. 

Bahan yang digunakan adalah berasaskan mi dan makanan laut seperti sotong dan udang.selain daripada kelainan sosnya yang sangat istimewa, mi yang digunakan juga sangat sedap disebabkan oleh teksturnya yang tebal dan kenyal. Memang langsung tak menyesal lah kalau korang singgah kat K Street sekejap. Jika nak order online untuk makan di rumah juga boleh.

ALAMAT: No. 28, Jalan SS15/8, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor


#3- Mongolian Chicken @ Restoran Jom Cari Makan

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Dah tak tahu nak makan apa? Haa… jom kita pergi cari makan di Restoran Jom Cari Makan. Selalunya menu yang dicari oleh para pelanggan yang datang berkunjung kesini adalah menu mereka yang agak menarik iaitu Mongolian Chicken. 

Kalau sekali imbas, korang mungkin akan sangka menu ni adalah ayam rempah berkrim disebabkan cara menu ni dihidangkan memang nampak lebih kurang sama tapi rasa dia memang lain disebabkan resepi yang digunakan adalah sedikit berlainan dari segi rempah ratus yang digunakan dan sosnya yang sangat menyelerakan. Makan dengan nasi putih saja pun dah boleh buat perut korang puas.

ALAMAT: 33-1 & 33-2, Jalan PJU 5/12, Kota Damansara, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

#4- Roasted Chicken Rice @ CHICKEN RICE GUYS

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Guys…kalau korang tengah cari restoran yang jual nasi ayam sedap tapi murah, korang boleh datang kunjungi Chicken Rice Guys yang selalu saja mendapat sambutan yang sangat hangat daripada ramai pelanggan.

Rata-rata pelanggan mereka berkunjung kesini untuk makan menu utama mereka iaitu Roasted Chicken Rice yang memang sangat sedap dan berjaya mendapat tempat di hati kebanyakan pelanggan mereka. Menu ini sangat disukai bukan hanya kerana harganya yang sangat munasabah, tetapi disebabkan rasanya juga yang begitu sedap.

ALAMAT: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

#5-Combo Ironman @ Mios Kitchen

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Haa… dengar nama pun dah pelik kan apa kaitan Ironman dengan makanan? Inilah antara benda yang unik dekat Mios Kitchen ni. Banyak menu diorang yang diorang gunakan nama hero-hero Avengers untuk menarik minat pelanggan terutamanya anak-anak kecil. Menu ni nama je Ironman tapi hidangan ni tak ada kena-mengena dengan besi pun jadi korang tak payahlah risau takut-takut tergigit besi… haha…

Untuk menu ni, akan dihidangkan 2 keping lamb chop, fries dan mashed potato.Kuah lamb chop dia pun padu dan mashed potato pun lembut. Kalau siapa rasa tak boleh nak habis makan sorang-sorang tu bolehlah kongsi dengan member sebelah.

ALAMAT:1-14-1, Blok 1, Presint Alami, Persiaran Aquatic, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

#6-Nasi Kukus @ Nasi Kukus Ilham

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Kepada korang yang suka makan nasi kukus korang boleh dapat nasi kukus yang paling power yang korang pernah rasa dekat Nasi Kukus Ilham. Harga dia pun murah sangat, RM6.70 je korang dah boleh dapat nasi kukus yang sangat menyelerakan. 

Dihidangkan nenas, tiga jenis gulai iaitu gulai ikan, gulai darat dan gulai kerutup daging, ikan bilis dan seketul ayam goreng. Memang penuh satu pinggan dia bagi. Selain daripada lauk yang menyelerakan tadi, diorang bagi sekali sambal belacan yang memang confirm berpeluh kalau sekali masuk mulut. Memang susahlah nak cari nasi kukus yang murah dan puas macam nasi kukuus dekat Nasi Kukus Ilham ni. Sangat puas hati.

ALAMAT: Jalan PJU 7/16b, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

#7-Mee Soup with Braised Beef @ Mee Tarik Warisan Asli

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Kalau ada diantara korang yang teringin nak makan mi tarik tapi susah nak cari kedai yang halal,korang boleh datang dan cuba sendiri kesedapan menu utama di Mee Tarik Warisan Asli ni iaitu Mee Soup Braised Beef. Harga mi ni agak boleh tahan murah dan daging pun banyak selain daripada kuahnya yang pedas. 

Memang kena dengan sesiap yang minat makan pedas-pedas ni tapi kalau korang kurang makan benda pedas, korang boleh je order yang biasa sikit. Yang bestnya pasal mi ni adalahmi dia yang kenyal. Memang berbaloilah. Kalau korang rasa tak percaya,korang boleh datang cuba betul ke tak.

ALAMAT: No. 13-G, Jalan PJU 5/20e, The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

#8 - Nasi Lemak Ayam Goreng @ Village Park Restaurant

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Di Village Park Restaurant ni, diorang menyediakan pelbagai makanan tempatan tap yang paling terkenal dekat sini adalah nasi lemaknya yang memang tak boleh dinafikan kesedapannya. Selain itu, sambalnya juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelanggan kerana rasa sambalnya memang padu dan memuaskan. 

Tambah-tambah pula bila dihidangkan sekali dengan ayam goreng mereka yang memang bersaiz besar. Walaupun telah beroperasi selama bertahun-tahun lamanya, Village Park Restaurant ini masih mampu lagi mengekalkan kualiti makanan mereka. Tetapi ada satu masalah sahaja. Jika anda berkunjung ke sini, anda perlu menyusun masa dengan baik kerana keadaan disini agak sesak dengan kunjungan pelanggan.

ALAMAT:5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

#9- Nasi Kandar @ Hameediyah Nasi Kandar

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out

Restoran Hameediyah Nasi Kandar ini pada mulanya hanya beroperasi di Pulau Pinang dan dikatakan merupakan kedai menjual nasi kandar yang tertua di Malaysia. 

Hameediyah Nasi Kandar ini juga sama sebagaimana restoran mamak yang korang kenal kat Malaysia ni yang menyediakan juadah seperti nasi kandar, kari kepala ikan, ayam goreng, ayam tandori, dan lain-lain. Tetapi yang special kat sini ialah nasi kandarnya yang memang sangat sedap. Namapun restoran nasi kandar tertua di Malaysia kan? Mana sah kalau tak sedap kerana restoran ini masih lagi mengekalkan resipi turun-temurun sejak dari awal pembukaannya lagi.

ALAMAT:Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

#10- Nasi Kerabu @ Makan Time

Top 10 Best Foods In Damansara You Must Check Out
Susun atur hiasan di restoran ini diinspirasikan dari gaya retro. Ianya dapat membangkitkan semula rasa aman dan selesa untuk makan disini.bagaikan di rumah, mungkin. 

Terdapat macam-macam jenis masakan tempatan yang dihidangkan disini yang terdiri mi, seperti mi rebus dan nasi, seperti nasi kerabu, nasi lemak dan lain-lain. Tetapi yang selalu dipesan oleh pelanggannya adalah nasi kerabu mereka disebabkan nasi kerabu yang mereka hidangkan memang cukup sempurna dari segi nasi, lauk, ulam-ulaman, sambal dan sebagainya. Pelanggan selalu berkunjung ke sini selalunya untuk bersarapan dan makan tengah hari. 

ALAMAT: G-63A-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari D’Kota (Off Persiaran Surian), Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Sedang Mencari Makanan Sedap Area Damansara? Jom Guna Aplikasi Foodpanda

Jadi jika teringin nak makan menu apa-apa, tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi memberikan perkhidmatan dalam urusan penghantaran makanan secara terus hingga ke depan pintu rumah dalam membantu memudahkan urusan kita. 

Walau kena duduk rumah tapi tetap boleh makan sedap tanpa perlu susah payah untuk drive ke lokasi, habiskan masa untuk tunggu giliran di sana dan sebagainya. Tak perlu lagi nak susah payah buang masa dan buang tenaga, duduk je kat rumah nanti abang food delivery dari team Foodpanda akan hantarkan.


Kiranya kalau malas nak masak sekalipun, eh masih boleh makan menu yang sedap-sedap. Pilih je nak makan menu yang mana dari aplikasi Foodpanda tu.


Tuesday, 9 June 2020

,
3 Menu Best Di Restoran Red Penguin TTDI | Masa mengandung ni, tekak mula lah nak makan itu ini. Kalau dulu, ajak je Yop nak pergi makan kat mana-mana, confirm dia start enjin kereta tapi sekarang kita perlu biasa dengan norma baharu kehidupan kita sekarang yang mana, kita perlu mematuhi langkah SOP dalam menangani wabak Covid-19 ni. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, dan bagi memenuhi keinginan ni kinah cuma order makanan secara online saja. 

Mesti korang tertanya-tanya kinah order makanan di mana? Nampak menyelerakan dia punya makanan. Kalau korang nak tau, kinah order makanan ni semua di Restoran Red Penguin di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Kalau dulu ianya lebih dikenali "Red Penguin Online Restaurant". Tapi sekarang lebih dikenali dengan nama Restoran Red Penguin kerana tak lama lagi mereka akan mula terima pelanggan yang makan ke restoran mereka. So, korang yang nak makan di sini, lebih baik call dulu untuk buat tempahan meja, sebabnya bilangan meja adalah terhad bagi memenuhi jarak sosial yang telah ditetapkan.


Haaa jauh benor la order makan sampai ke TTDI padahal kawasan rumah ni ada je kedai makan yang buat servis delivery ni, sekali sekala kita tukar angin gitewww.

Mengapa Restoran Red Penguin TTDI Menjadi Pilihan?


Kinah ni pantang je dengar review tempat makan yang best di Lembah Klang ni, terus je nak cuba. Tapi tu la dah musim Covid-19 ni, mana la boleh keluar sangat, kalau keluar pun pergi check up kat klinik dan hospital, lepastu beli barang keperluan dapur je. Mujurlah ada restoran seperti Red Penguin ni ada servis delivery makanan. Jadi takde la frust sangat tak dapat cuba makanan di restoran mereka. 

Oh ya, sebelum kinah terlupa, selain menawarkan perkhidmatan delivery makanan dan bungkus makanan, Restoran Red Penguin juga akan mula dibuka kepada umum tak lama lagi. So, korang yang selama ni asyik order delivery makanan je, boleh mula datang ke restoran nanti. Apa yang penting korang kena la ikut SOP ye.

Satu lagi, mengapa Red Penguin menjadi pilihan adalah disebabkan harganya pun amat berpatutan dan pelbagai menu yang kita boleh pilih sampai rambang mata tak tau nak pilih makanan yang mana. Apa yang pasti, portion makanan dia memang banyak. Nasi yang kinah order tu, siap boleh kongsi makan untuk dua orang. Memang puas hati la kalau dah macam tu.


Menu Pilihan Kami Dari Restoran Red Penguin TTDI


Dah pung pang pung pang cerita pasal Restoran Red Penguin ni, kinah nak kongsi menu yang menjadi pilihan kami pada hari tu. Kinah pilih 3 menu untuk menjadi santapan makan malam untuk kami bertiga.  


3 Menu Best Di Restoran Red Penguin TTDI

Antaranya ialah Nasi Briyani Kashmiri Hyderabdi Kari Ayam, Maharaja Burger Daging bersama Roti Arang, dan Western Fusion Malagueta Deep Fried Chicken With Basmati Rice. Semua menu yang kinah pilih ni korang diberi pilihan sama ada nak tambah dengan pocket salad, fresh fruit juice dan juga sup.

Nasi Briyani Kashmiri Hyderabdi Kari Ayam
3 Menu Best Di Restoran Red Penguin TTDI

Bagi menu nasi briyani kashmiri hyderabdi ianya didatangkan sekali dengan keropok nachos. Portion nasi pun banyak, ayamnya pulak memang tak kedekut dan besar. Keropok nachos pun banyak. Nasi kashmiri ni kami siap kongsi lagi. Ayam dia masak sedang elok dan very juicy. Karinya pulak memang aumm dan pedas sikit. Memang kena dengan tekak yang suka makan pedas ni. So memang enjoy la kami berdua makan nasi kashmiri pada malam tu.

Western Fusion Malagueta Deep Fried Chicken With Basmati Rice
3 Menu Best Di Restoran Red Penguin TTDi

Menu kedua yang kinah pilih ialah Western Fusion Malagueta Deep Fried Chicken With Basmati Rice. Untuk menu yang ni, korang boleh pilih sama ada nak makan bersama dengan mashed potato ataupun nasi basmati. Disebabkan Thahirah tak makan pedas, kinah pilih nasi basmati. Memang laju la dia makan nasi pada masa tu. Bagi malagueta deep fried chicken ni,  dah la ayam dia besar, tekstur ayamnya pun lembut dan tak overcooked langsung. Cuma sos lada hitam dia tu , rasa macam tak cukup la pulak. Kalau banyak sos dia, lagi sedap dan puas makan.

Maharaja Burger Daging Bersama Roti Arang
3 Menu Best Di Restoran Red Penguin TTDI

Hidangan untuk supper kami, kinah pilih Maharaja Burger Daging Bersama  Charcoal Bun atau pun roti arang. Korang boleh buat pilihan sama ada nak roti arang, atau pun roti yang biasa kita buat burger tu. Tapi untuk kelainan, kinah pilih roti arang. Sekali sekala tukar citarasa. Apa yang menariknya dengan burger daging ni, daging ni bukan jenama biasa yang digunakan di gerai-gerai yang biasa kita beli tu. Daging burger ni adalah homemade. Memang puas hati la makan maharaja burger ni sebab daging dia tebal kot dan juicy. Roti dia pun lembut je. Aduhai sampai sekarang duk teringat maharaja burger ni.

3 Menu Best Di Restoran Red Penguin TTDI

Disamping 3 menu utama tersebut, kinah juga memilih side dish seperti salad, mushroom soup dan tak lupa semestinya air jus. Jus yang kinah pilih pada hari tu jus tembikai serta jus mango. Memang pure betul juice dia. Memang puas hati minum jus buah-buahan seperti ni, tambah pulak minum sejuk-sejuk memang laju la minum haha. Satu botol jus mango ni dah kena kidnap dengan Thahirah, huwaaa nasib ada watermelon juice tu.

Kalau korang tanya antara 3 menu ni, mana satu pilihan kinah hmmmm semestinya kinah pilih Malagueta Deep Fried Chicken, sangat sedap dan kena sangat dengan tekak kinah yang agak cerewet sekarang ni. Korang kena try malagueta fried chicken ni okey.

Bagaimana Nak Buat Tempahan ?
Korang yang berminat dan teringin nak mencuba segala menu yang ada di Red Penguin ni boleh membuat tempahan di website utama mereka. Untuk lebih info mengenai menu, waktu operasi dan sebagainya korang boleh rujuk di bawah ni tau.

Website untuk tempahan : Red Penguin TTDI
Instagram: @redpenguin88a
Facebook: Red Penguin

Alamat
88a, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.