Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan? | Masalah berat badan berlebihan seringkali dikaitkan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tak seimbang. Hmm betul la tu. Ditambah pula dengan faktor usia yang semakin meningkat, metabolisma pun tak serancak macam zaman remaja dulu yang menjadikan punca berat badan susah nak turun walaupun dah jenuh berdiet. Sama la dengan kinah ni haa. Berat badan tak mau turun, kalau turun pun ada la sekejap lepas tu naik balik. Mana taknya, makan ikut dan je, lepas tu bila tengah malam, lapar je makan. Sehari entah berapa kali asyik kerja makan jer. Bila nak kurusnya. 

Jujur cakap, memang tak seronok ok bila berat ni dah masuk kategori overweight. Korang pun tau kan, bila berat badan kita berlebihan mulalah macam-macam penyakit yang datang. Hmm mintak simpang la. Lagipun anak-anak kecik lagi dan masih perlukan perhatian. Sekarang ni pun kakak Thahirah dah pandai mengata ibu dia ni gemuk. Huwaa anak sendiri kot kata ibu dia macam tu. Ni dah kira jadi mangsa body shaming dengan anak sendiri ni 😏 

Nampaknya kena cari cara nak kurus dengan berkesan. Makin dibiarkan nanti makin degil pula lemak kat badan ni.



Terjumpa Minuman Diet Bobba Fitz Dari Perkongsian Rakan Facebook

Hari tu saja la kinah scroll news feed facebook, terjumpa pulak satu status dari Sis Hawa. Rupanya sekarang ni Sis Hawa dan suaminya tengah mengamalkan BOBBA FITZ iaitu sejenis minuman diet untuk turunkan berat badan. Hmm racun ni. Kinah pun apalagi mulalah start lihat semua perkongsian yang dibuat dan terus rasa excited nak cuba sebabnya minuman untuk kurus yang mereka amalkan tu berperisa coklat dengan rasa yang sedap katanya, hmm favourite tu.

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Macam biasa la, sebelum kinah nak mencuba sesuatu produk, kinah ni suka baca dulu feedback di Google. Walaupun dah lihat perkongsian dari pengguna tapi info lain tetap kita kena ambil tahu juga. Ok ke tidak minuman diet untuk turunkan berat tu, kandungannya apa, selamat ke tidak untuk diminum, halal ke, siapa pengeluarnya, ehhh macam-macam lagi la. Benda nak masuk dalam badan, kita kenalah ambik tahu. 

Bila dah dapat maklumat yang kinah nak dan rasa yakin baru la kinah berani nak cuba. Dengan cara begini kita pun tak akan salah buat keputusan dan tak akan juga menyalahkan sesiapa kelak. Kuasa sebagai pengguna di tangan kita maka jadilah pengguna-pengguna yang bijak. 

Di sini Kinah sertakan sekali segala macam info yang Kinah berjaya perolehi berkaitan minuman diet Bobba Fitz dengan perisa coklat boba ini. Moga-moga maklumat sebegini boleh membantu dikalangan mereka yang sedang mencari info yang berkaitan. 



Minuman Bobba Fitz Ini Dari Syarikat Mana?

Buat pengetahuan semua, Bobba Fitz merupakan produk terbaru keluaran daripada Tejja Herbs iaitu sebuah company Bumiputera yang kini aktif menghasilkan produk dengan menggunakan 100% bahan semulajadi. Apa yang penting, ianya mempunyai status Halal dan lulus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oh ya, Bobba Fitz juga sebenarnya tergolong dalam produk FDI. 

Apa tu produk FDI?

Produk FDI adalah produk yang mempunyai formulasi kombinasi bahan makanan yang telah ditambah dengan bahan aditif seperti vitamin, herba, mineral, asid amino dan prebiotik. Sebagai contoh, produk minuman campuran botani dan produk minuman kesihatan. Produk FDI ni boleh jadi ubat atau makanan dan boleh juga jadi makanan atau ubat. Haa lebih kurang gitu. Jika kurang jelas apa yang kinah explain tu, korang boleh goggle.



Ciri-ciri Yang Ada Pada Bobba Fitz

Di bawah, kinah senaraikan beberapa ciri-ciri Bobba Fitz hasil pencarian di Google. Moga membantu korang yang tengah pening memilih produk yang sesuai untuk menguruskan badan tu. 

  • Minuman diet yang pertama berperisa coklat bobba (chocolate bobba)
  • Digalakkan pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas
  • Lelaki dan wanita boleh juga amalkan Bobba Fitz
  • Sesuai bagi mereka yang sukar mengawal selera makan tapi nak kurus (hmm kinah la orangnya tu)
  • Sesuai juga bagi mereka yang tiada masa nak bersenam tapi nak kurus (ehh macam tau tau je)
  • Tak perlu berlapar sampai ikat perut semata-mata nak kurus
  • Rasa kenyang walau makan 1 sachet Bobba Fitz sekali sehari pada setiap hari
  • Boleh nampak kesan pengambilannya seawal 7 hingga 14 hari 



Bobba Fitz Ingredients : Kandungan Yang Digunakan Di Dalam Bobba Fitz

Sebelum kita nak cuba sesuatu produk, perkara utama yang perlu kita ambil tahu semestinya isi kandungan. Di dalam Bobba Fitz terdapat 6 bahan utama yang digunakan bagi membantu kita ramping dalam masa 7 hingga 14 hari iaitu:

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Cocoa powder - menggunakan serbuk koko terpilih perisa bobba yang sedap

Non-diary creamer - menggunakan krimer tenusu sebagai pengganti kepada susu segar

Hoodia Gordini (dikotak tersilap tulis Hoocia) - Hoodia atau di sebut (HOO-dee-ah) merupakan tumbuhan seperti kaktus yang boleh didapati di kawasan separuh gurun seperti Afrika Selatan, Botswana, Namibia dan Angola. Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, hoodia banyak digunakan dalam pasaran untuk penurunan berat badan dan ianya menjadi sangat popular. Dalam Bobba Fitz, hoodia dimasukkan Odalam kuantiti sedikit saja tau

Fructose - Fructose atau dalam bahasa Melayunya fruktosa. Fruktosa hanya terdapat dalam buah-buahan saja. Gula fruktosa ini adalah gula alami dari buah yang mana jumlahnya tak begitu banyak

Whey Protein - merupakan produk sampingan dari pembuatan keju. Produk whey protein kebiasaannya dipasarkan sebagai makanan tambahan dalam pelbagai tuntutan kesihatan. Pelbagai kajian telah dijalankan menunjukkan whey protein mempunyai banyak kebaikan seperti anti keradangan, anti kanser dan sebagainya

Garcinia Cambogia - Garcinia Cambogia merupakan bahan utama yang paling popular digunakan dalam menurunkan berat badan. Kandungan Garcinia Cambogia di dalam Bobba Fitz, adalah 3 kali ganda dari jenama lain yang ada dipasaran. Lemak pun 3 kali ganda jugak la hilangnya ngeh ngeh.



Kelebihan & Keistimewaan Minuman Diet Bobba Fitz Untuk Lelaki dan Wanita

Seperti mana yang kinah senaraikan pada ciri-ciri Bobba Fitz di atas, lelaki dan wanita boleh je minum kerana ianya mudah dibancuh serta dapat membantu mengawal selera makan kita. Bagi korang yang dah lama simpan lemak tu, minuman bobba fitz ni juga dapat membantu membakar lemak tepu degil dan kalori yang melekat di badan kita dengan lebih cepat dan pantas. 

Kita yang dah masuk kategori overweight ni pulak, kalau korang nak tahu tahap metabolisma kita dah semakin rendah sebab tu susah nak kurus. Jadi, bila korang minum Bobba Fitz ni, ianya dapat membantu meningkatkan semula metabolisma kita dengan menyingkirkan lebihan toksin lama dan mengempiskan perut kita. Dengan ini berat badan kita akan turun dengan lebih cepat dan berkesan.

Korang yang ada masalah peha, lengan, dan pinggang menggeleber tu, dengan Izin Allah Bobba Fitz dapat membantu mengecilkan bahagian tersebut sekaligus kulit kita pun semakin cantik. Siapa tak nak cantik uiii.

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?



Soal Jawab Mengenai Bobba Fitz, Biar Tahu Jangan Keliru!

Kinah tahu, banyak persoalan dalam fikiran korang tu mengenai minuman ni kan. Takpe biarlah kinah jelaskan secara ringkas tapi padat.

Korang mungkin nak tahu, ibu menyusu boleh ke minum? Jawapannya, Bobba Tox boleh tapi Bobba Fitz seeloknya minum apabila baby kita tu dah berumur 6 bulan ke atas la. Kesian kat baby kita tu. Lain la korang dah tak breastfeed tu cerita lain.

Kebiasaannya apabila kita minum minuman bercoklat, mostly kita akan sembelit. Tapi dengan Bobba Fitz, kita tak akan sembelit, sebabnya Tejja Herbs juga mengeluarkan Bobba Tox yang mana ianya dapat membantu melawaskan pembuangan najis dan toksik dalam badan. 

Ada sesetengah produk, bila kita minum kita akan rasa berdebar. Tapi Bobba Fitz ni tidak, cuma kita digalakkan untuk mengambilnya selepas sarapan kerana bila kita ambil semasa perut kosong nanti korang tak ada tenaga pulak untuk aktiviti seterusnya. Bagi yang ada penyakit tu sebaiknya tanya dulu kepada yang pakar untuk dapatkan kepastian. Jika ada penyakit kritikal, korang tidak digalakkan untuk mengambil Bobba Fitz ni ye. 

Jika korang berhenti minum Bobba Fitz kebiasaannya berat tidak akan naik semula tapi ianya bergantung juga dengan gaya pemakanan dan lifestyle korang tu. Jadi, korang yang dah dapat berat idaman tu, seeloknya amalkan pemakanan seimbang dan jangan lupa aktiviti fizikal sama ada indoor ataupun outdoor. Penat dah turunkan berat tapi pemakanan tak jaga, sia-sia la usaha korang selama ni. 


Cara-cara Pengambilan : Cara Minum Bobba Fitz

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Mudah je nak bancuh minuman bobba yang super sedap ni. Hanya ambil satu sachet bersamaan 20g ke dalam air sejuk atau suam, kemudian bancuh atau lebih mudah korang "shake je". Dah larut semua, bolehlah terus minum. Ingat ye, Bobba Fitz ni ambil hanya sekali sehari saja selepas sarapan

Korang yang nak dapatkan result lagi best, korang boleh cuba juga Bobba Tox yang mana korang boleh dapatkan pakej trial dengan harga yang lebih jimat.



Review Kinah Sendiri : Testimoni Pengalaman Selepas Minum Bobba Fitz
Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Sejujurnya kinah ni dah penat nak berdiet bagai tapi hasilnya ke laut. Iyela semuanya buat ikut dan je, bila nak kurusnya. Sampai lah kinah jumpa Bobba Fitz ni. Kinah memang teruja nak cuba minuman ni salah satu sebab perisa coklat. Sedap kot, sampai kakak pun nak mintak sikit. Tapi sorry ye kak, ni untuk ibu. Kanak-kanak bawah 18 tahun sama sekali tak digalakkan untuk minum. Jadi kakak tengok sajalah ya. 

Sepanjang kinah minum Bobba Fitz ni, perut tak memulas langsung, itu yang kinah nak. So, kita minum secara santai je la tanpa susah hati nak cari tandas bila keluar rumah nanti. Sudahlah rasanya sedap, perut juga tak memulas lepas minum. Memang inilah yang Kinah nak. Kiranya minuman diet dengan perisa coklat bobba ini benar-benar boleh memenuhi kehendak ramai orang seperti Kinah.



Minum 2 Sachet, Turun 2 Kilo!!! Benar-Benar Terkejut!

Memang sama sekali kinah tak sangka, kinah baru je minum 2 sachet berat kinah dah turun 2 kg. Masa timbang tu bila tengok berat dah makin turun, rasa nak loncat je. Tapi tak loncat pun, nanti kakak tengok pelik pulak. Seronoknya tu jangan cakaplah! Memang rasa wow sangat! 

Baju tshirt yang sebelum ni kinah pakai rasa ketat, dah longgar sikit. Yop offer nak belanja burger pada waktu malam pun kinah tolak sebab dah kenyang. Mana taknya, asal dahaga je terus minum air. So, automatik la rasa kenyang. Pelik jugak dia tengok, sebabnya setiap kali dia offer nak belanja makan untuk supper kinah tak pernah menolak. 

Minum minuman diet Bobba Fitz ini kita tak perlu pun berpantang makan, cuma dengan sendirinya tabiat nak makan itu ini jadi terkawal. Mungkin disebabkan kandungan protein yang ada di dalamnya membuatkan perut rasa kenyang lepas breakfast hingga terus boleh skip lunch. Kalau dulu, tiap masa asyik nak makan je. 

Alhamdulillah, kinah dah jumpa solusi untuk kinah kurus dengan mudah selain kawal makan dengan cara yang susah. Nak bawak pergi mana-mana pun mudah sebabnya ia dalam bentuk sachet. Harganya pun berpatutan. 

Apa yang kinah cerita ni bukan cerita kosong ya. Sebabnya bukan kinah sorang je yang berjaya turunkan berat badan, dah banyak testimoni yang berjaya turun berat badan mereka dengan Bobba Fitz ni. Di bawah kinah sertakan antara testimoni lain yang telah berjaya seperti Kinah dalam menurunkan berat selepas minum minuman diet rasa coklat Bobba Fitz ini.

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?

Betul ke Minuman Diet Bobba Fitz Ni Boleh Kuruskan Badan?


Pencarian Agen dan Dropship Juga Sedang Dicari

Kepada yang tengah mencari peluang untuk jalankan bisness atau saja-saja nak cari duit poket korang boleh jadi agen atau dropship bersama Tejja Herbs. Sangat dialu-alukan, sambil cantik, kurus, boleh jugak korang dapat income kan. 

Harga bagi sekotak Bobba Fitz ialah RM79.00 bagi kawasan semenanjung. Manakala, Sabah dan Sarawak pula harganya ialah RM89.00. 

Jadi, sesiapa yang berminat untuk dapatkan Bobba Fitz, korang boleh beli melalui website rasmi mereka atau nak lebih mudah lagi korang boleh beli terus di Shopee dengan nama official bobbafitz.os


Kinah Dah Cuba, Dah Berjaya Turun Berat Juga! Alhamdulillah

Ini pertama kali Kinah jumpa minuman diet rasa coklat bobba yang sedap untuk minum tiap pagi tanpa beri rasa memulas pada perut. Rasanya yang sedap dengan boleh beri tahap kenyang dalam masa yang lama sambil bantu kawal selera Kinah untuk makan banyak macam dulu, benar-benar bikin hati Kinah rasa happy.

Kinah kongsikan testimoni pengalaman review guna Bobba Fitz ini bukannya untuk racun sesiapa cuma sekadar berkongsi detik gembira yang telah berjaya Kinah rasa. Hanya mereka yang alami masalah berat badan je boleh faham. Dan hanya mereka yang dah pernah cuba minum minuman diet Bobba Fitz ini boleh faham maksud kawal makan dengan sendiri yang bagaimana Kinah maksudkan. 

Jadi untuk sesiapa yang berhajat untuk turunkan berat badan tu, nasihat Kinah walau apa jenis produk yang ingin di cuba, pastikan cari info dulu. Untuk minuman diet yang Kinah cuba ini, untuk dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai Bobba Fitz, korang boleh terus layari :


Website : https://tejjaherbs.com
Facebook : Bobbafitz Hq
Instagram : bobbafitz hq

#bobbafitz #minumandiet #minumankurus #tejjaherbs


Post a comment

8 Comments

  1. wah menarik juga produk ni nampaknya

    ReplyDelete
  2. tahniah kinah... alhamdulillah... :D

    ReplyDelete
  3. Wah! Hebatnya bobbafitz. Nak turun 2 kg tu bukannya senang.

    ReplyDelete
  4. Semoga hajat nk turunkan berat badan tercapai. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. aihhhh.... bila kinah cakap turun berat badan nii... memang menarik sgtlahh

    ReplyDelete
  6. Seronoknya berat dah turun makin menawanlah lepas nih... boleh mentain dengan Bobba Fitz, kesihatan penting sekarang ni he he he

    ReplyDelete
  7. singgah sini.. adik ipar pun jual produk ni.. so far ada perubahan

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas sharing Kinah..nak try juga nanti...harap boleh fit la badan nanti..

    ReplyDelete