Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Saturday, 23 March 2019

,
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah | Neem atau dengan nama lainnya semambu merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae iaitu merupakan satu dari dua spesies sejenis azadiratcha. Kalau dulu bila terkena Chicken Pox je, daun semambu la yang dicari. Agak payah jugak la nak cari daun ni sebabnya kebanyakan yang tanam daun ni orang India je. Sekarang ni korang tak payah susah susah dah nak cari daun ni, nak pergi mintak atau beli dekat rumah orang lagi dah apabila ZM Beauty mengambil inisiatif untuk menginovasikan daun semambu ni menjadi bentuk balm seiring dengan keperluan semasa.

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Melembapkan Kulit dan Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Sejak diperkenalkan dengan Neem Balm, rasa tak lengkap pulak hari tanpanya. Saiznya yang comel memudahkan kinah untuk membawanya ke mana saja. Tak kisah la nak berjalan jauh atau pun dekat saja. Mesti Neem Balm ni ada dalam sling bag kinah. Berguna di saat-saat memerlukan. Mana taknya, kulit kinah ni agak kering terutamanya bila berada dalam tempat aircond dalam jangka masa yang agak lama. So, neem balm ni sangat membantu.

Selain membantu melembapkaan kulit, Neem Balm juga dapat membantu korang yang ada masalah tumit kaki pecah. Siapa di antara korang yang mengalami masalah tumit pecah? Kinah pun ada juga mengalaminya tapi setakat ni takde la teruk sangat. Auchhh dah tak cantik kaki kita kan. Nak pakai selipar pun rasa malu.

Punca Tumit Kaki Pecah

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Tumit kaki kita ni pecah berpunca daripada kekurangan lembapan di bahagian tumit kaki kita. Selain itu, ada lagi penyebab lain yang menjadi punca tumit kaki kita pecah seperti
  • kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • mereka yang mengalami masalah diabetis dan obesiti 
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat
  • Penggunaan sabun yang tidak sesuai

Akhirnya punca dah dikenalpasti dan tiba masanya untuk kita cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tumit kaki pecah. Macam kinah, kinah dah cuba pelbagai krim, losyen untuk tumit kaki tapi satu pun takde yang ok dan serasi. Mujurlah kinah telah diperkenalkan dengan Neem Balm yang super best ni. Alhamdulillah Neem Balm dapat membantu.

Nak guna pun mudah je, korang masa mandi tu sental tumit kaki tu dengan batu untuk singkirkan kulit-kulit kasar dan kering. Selepas mandi tu korang sapu dengan Neem Balm dan amalkan secara konsisten setiap hari. Insya Allah tumit korang dah tak pecah dah.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Siapa yang Sesuai Menggunakan Neem Balm

Bila dengar je balm, mesti korang akan fikir "baby boleh guna ke?" Mana taknya, kita biasa dengar balm ni untuk kegunaan orang dewasa saja kerana "panas". Tapi Neem Balm ni unik dan organik. Bila sapu pada kulit rasa sejuk je tau. Jadi tak payah risau, semua golongan boleh guna dari baby sehingga orang dewasa.

Kenapa Perlu Memilih Neem Balm

  1. Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya
  3. Lebih Natural dan semestinya wangi
  4. Mudah diserap dan tidak berminyak
  5. Menggunakan daun Neem atau Semambu yang asli.


Kandungan Neem Balm

Seperti mana yang kinah bagitau di atas tadi, kandungan Neem Balm keluaran ZM Beauty semuanya menggunakan bahan natural yang mana semestinya mengandungi serbuk neem, minyak zaitun, minyak bunga, lavender dan Teh Hijau. Haa semua tu bahan semula jadi dan insya Allah tidak ada kesan sampingan dan telah diuji di makmal PERMULAB SDN BHD KKM NOT 181101999K

Mengapa Neem Balm Perlu Ada Dalam Beg Korang

Ni nak cerita sikit, kinah ni bila masuk dalam kereta je confirm kulit akan menjadi kering. Biasalah tu, dah pasang aircond. So, sebelum nak gerak ke mana-mana kinah akan pastikan kinah kena sapu dulu dengan Neem Balm. Kalau rushing sangat pakai je dalam kereta sebab Neem Balm ni comel dan mudah di bawa ke mana saja. Selit je dalam poket handbag tu. Mudah kannn.

Selain tu, cuba korang tengok tekstur Neem Balm ni sebelum sapu dan selepas sapu Neem Balm. Korang akan lihat, tekstur neem balm ni mudah diserap dan tidak berminyak. Kalau guna losyen kat tempat tumit pecah tu susah pulak korang nak jalan sebab licin. Tapi Neem Balm ni tak. Lepas sapu korang boleh terus jalan macam biasa.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Ni gambar sebelum sapu neem balm. Korang boleh tengok betapa keringnya kulit kinah ni.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Gambar yang ni, kinah sapu sikit di tempat yang kering tu. Nampak tak, ianya meresap elok ke dalam kulit dan tak berminyak pulak. Bila dah sapu ni, asyik nak cium je tangan ni. Wangi!!! Heheh

Pengalaman Menggunakan Neem Balm

Sepanjang kinah menggunakan Neem Balm ni, rasa syukur sangat bila diperkenalkan dengan Neem Balm ni. Masalah kulit kering kinah dah mula berkurangan tau. Terasa lembap je bila disentuh, kalau dulu hmmm tak tau la. Sampai mak kinah tegur "keringnya kaki kamu". Haa sampai macam tu sekali. Malu kot bila mak sendiri tegur macam tu. Bila dah selalu terdedah dengan aircond macam ni la jadinya. Tumit yang pecah sikit tu pun dah mula berkurangan. Happy sangat dengan Neem Balm.

Selain kinah, Thahirah pun kinah sapu dengan Neem Balm.  Suka betul dia dengan balm ni. Pantang betul dia nampak Neem Balm mesti nak sapu sana sini.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Kalau korang nak tahu, setiap pembelian Neem Balm, korang akan terima bukan satu tapi 3 free gift tau. Comel betul case, keychain dan termometer digital ni ha. (Stok Terhad)

Macam mana berminat tak nak dapatkan Nee Balm yang best ni? Ataupun berminat untuk menjadi agen pun boleh je dapatkan detail berkenaan untuk menjadi agen di link yang kinah sertakan di bawah

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
FB Page: NeemBalmHQ
Whatsapp: 011-32484182
Call: 07-7550792


Friday, 15 March 2019

,
Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum | Fuh panas betul cuaca sekarang kan. Mungkin ada di sesetengah tempat cuaca agak mendung tapi ada juga tempat yang sudah lama tidak menerima hujan. Apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang Allah turunkan kepada kita. Berbicara mengenai isu perubahan cuaca yang tak menentu sekarang ni, korang tahu tak kulit kita ni sedikit sebanyak akan terkesan akibat perubahan cuaca tersebut dan mula la mengalami masalah kulit terutama di bahagian muka kita. Bagi melindungi kulit kita daripada kesan sinar uv, apa kata lepas ni, sebelum nak pergi mana-mana jangan lupa untuk apply Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30|PA+++

Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30|PA+++

Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++
Bila kita sebut jenama Murad, semua orang tahu dan dah kenal dengan jenama ni. Kalau korang nak tahu sebelum ni pun kinah pernah review satu produk Murad ni. Memang best. Tapi, untuk kali ni kinah nak kongsi dengan korang kebaikan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30|PA+++ ni.

Apa yang best dengan Invisiblur Perfecting Shield ni, bukan saja dapat melindungi kulit kita dari sinaran UV, malah solekan di wajah kita pun akan tahan lama. Wah wah wah manyak syiok tu. Jadi, sebelum nak bersolek tu jangan lupa sapu Murad Age Invisiblur Perfecting Shield ni dulu tau.

Jenis Kulit yang Sesuai Menggunakan Invisiblur Peefecting Shield SPF30

  • Normal
  • Berminyak
  • Kombinasi
  • Kering

Formulasi Bebas Daripada

❌  Paraben
❌  Sulfat

Kiranya ianya selamat digunakan oleh semua lapisan umur.
Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++

Kandungan

Isododecane, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Caprylyl Methicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Phenyl Trimethicone, Diethylhexyl 2,6-Naphthalate, Propylene Glycol Dicaprate, Hydrogenated Soybean Oil, Hydrogenated Soy Polyglycerides, C15-23 Alkane, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Cake, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Extract, Octyldodecanol, Octyldodecyl Oleate, PEG -8 Dimethicone, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Alcohol, Hordeum Vulgare (Barley) Extract, Butylene Glycol, Lentinus Edodes (Shiitake Mushroom) Extract, Mucor Miehei Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Silica, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Solidago Virgaurea (Goldenrod) Extract, Benzyl Benzoate, Citral, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonene, Linalool, Fragrance (Parfum)

Apa yang membuatkan kinah suka dengan Age Inviblur Perfecting Shield ni, teksturnya ringan dan tak berminyak serta mudah meresap ke dalam kulit. Rasa macam tak pakai krim je kat muka ni, padahal dah tepek dah.
Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Sprectrum SPF30 | PA+++
Dengan penggunaan secara konsisten, korang akan dapati kesan solekan akan nampak lebih sempurna selama 12 jam, dan liang pori pula semakin mengecil sebanyak 30%.

Selain tu, ujian klinikal juga telah dijalankan didapati bahawa:
  • Kesan garis halus dan kedutan berkurangan sebanyak 71%
  • Tekstur kulit semakin baik sebanyak 94%
  • 100% SPF30 melindungi kulit


Cara Penggunaan

Mudah saja nak gunanya. Cuma picit sedikit dan sapu ke seluruh muka, leher dan dan dada sehingga rata. Boleh guna sebelum make up atau pakai macam tu je. Terpulang pada korang.

Pada yang nak mencuba tu, bolehlah risik-risik di website Murad. Walaupun harganya agak mahal tapi kualitinya sangat bagus dan tahan lama pulak tu.


Baca Juga
Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad SprectrumAtasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew Alittle Travel Pack

Tuesday, 26 February 2019

,
Wow Sangat Althea Make Up Ni | Kalau dapat call dari kurier ni, hati ni mesti berbunga riang, bukannya apa, dah tau dah siapakah gerangan yang menghantar parcel jauh nun dari Korea tu. Tak lain tak bukan Althea la. Sampai orang kurier pun dah kenal hehe. Okeh mesti korang tak sabar dah kan nak tahu kandungan dalam kotak edisi Lunar Box sempena Tahun Baru Cina ni kan kan iya kan (ahh sudah terjebak pulak dengan si Nopal)

Wow Sangat Althea Make Up Ni

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Tadaaaaaaa ha ni lah dia isi kandungan Lunar Box. Menarikkan.

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Maaf tau, video unboxing tak dapat kinah nak share sebab video tu terdelete. Hmmm my mistake.

Hahaaha memang menarik, tapi kalau korang nak tahu, kali ni kinah kena buat tutorial make up menggunakan barangan Althea ni. Korang rasa on ke tak on? Jadi ke idak make up kinah tu.? Haa tu kena nantikan di akhir entri ni (tengok tau video tu)

Sebelum korang tonton video tu, kinah nak kongsikan dengan korang make up yang kinah guna sepanjang dalam tutorial tersebut. 

Eyeshadow Palette Sunrise & Moonrise by BCLxAlthea

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Bukak kotak pink ni paling menyerlah sekali eyeshadow ni. Mana taknya, tengoklah kotaknya cantik kot. Siap ada bunga lagi. Bukak je palette ni mak aiihhh cantiknya warna. Ada glitter lagi. Mempunyai 8 warna yang memikat dan pastinya akan menjadikan hasil yang sangat wowww dan ianya mudah digunakan.

Kalau korang nak tahu, eyeshadow Sunrise & Moonrise ni merupakan kerjasama Althea bersama dengan penyanyi terkenal di Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL). Haaa siapa yang tak kenal dengan BCL ni. BCL merupakan ikon kecantikan dan fesyen yang terunggul di Asia Tenggara.

Berminat nak dapatkan Eyeshadow Sunrise & Moonrise boleh klik link di >>> SINI

Flawless Creamy Concealer

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Selalunya concealer ni kita cuma guna di bawah mata untuk menutup kesan lingkaran gelap di bawah mata. Tapi flawless creamy concealer keluaran Althea ni, sesuai juga digunakan dibahagian lain. Ada 4 pilihan warna yang berbeza iaitu Mocha, Honey, Ginger dan Vanilla. Serius kabor, kinah dah jatuh cinta dengan concealer ni. Dahlah murah, dia cover pulak tu bahagian parut jerawat yang ketara tu. Lagi satu, senang nak blend pulak tu. Kinah yang tak berapa nak pandai makeup ni pun dah rasa macam makeup pro pulak (perasan betul).

Satu lagi yang kinah suka dengan concealer ni, tengoklah packaging dia, simple dan kita boleh tahu isi sampai takat mana kerana bekas yang digunakan adalah transparent. Haa best kan.

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Haa macam mana berminat nak mencuba Flawless Creamy Concealer? Boleh klik je di >>> SINI

Watercolor Cream Tint

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Watercolor Cream Tint paling teruja kinah nak guna. Ada 4 pilihan warna antaranya ialah
❤ Marron Cream
❤ Plum Cream
❤ Strawberry Cream
❤ Peach Cream

Kalau korang tanya mana satu favourite kinah, semestinya kinah suka Marron Cream. Warna dia memang kena sangat dengan jiwa ni ha. Bau tint pun best, bau buah-buahan. Serius best.

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Kalau korang nak tahu Watercolor Cream Tint ni mengandungi asid hyaluronik dan squalene yang berfungsi melindungi bibir kita daripada kering dan mengelupas. Selain tu, berusnya yang tajam dapat membantu membentuk bibir dan pastinya liptint ni tahan lama di bibir kita.

Untuk sebarang pembelian boleh je klik di >>> SINI 

Sportlight Eye Glitter

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Haahhh jangan korang tak tahu, Althea pun dah ada sportlight eye glitter okeh. For those yang tengah cari eye glitter boleh cuba yang ni. Ada dua pilihan sama ada
❤ #01 Gold Light
❤ #02 Pink Light

Warna dia cantikla. Aduiiii lepasni, bila pakai eyeshadow bolehlah sapu sikit dengan sportlight eye glitter ni. Confirm merelip kelopak mata korang tu hehe. Harganya RM24.00 sebotol.

Segala pembelian boleh klik di >>> SINI

Skin Relief Spot Film Gel

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Jika korang ada jerawat, tak kisahla jerawat jenis apa, sedikit sebanyak akan merosakkan penampilan bila kita pakai makeup. Skin Relief Spot Film Gel mungkin dapat membantu melindungi dan merawat jerawat tersebut. Hanya sapuan nipis saja dah mencukupi untuk melindungi dan merawat.

Dah melindungi jerawat, jerawat pun cepat kecut bila guna skin relief spot film gel ni. Mengandungi ekstrak daun teh hijau, Centella Asiatica Extract dan Pine Leaf Extract.

Nak beli skin relief spot film gel boleh beli di >>> SINI

Seperti yang dijanjikan, ni kinah kongsi dengan korang tutorial guna makeup Althea. Alaaa mudah je nak gunakannya.


Tadaaaa inilah hasilnya kinah makeup guna produk Althea.

Wow Sangat Althea Make Up Ni

Best sangat bila guna makeup Althea ni. Terima kasih Althea dan tahniah diucapkan kerana berjaya mengeluarkan produk makeup yang berkualiti dan super best ni. Korang yang berminat nak dapatkan produk Althea bolehlah ke website utama Althea sekarang 

Tuesday, 22 January 2019

,
Nutribear Minuman Kesihatan yang Dapat Membantu Meningkatkan Kolagen | Sensitif betul bila orang tegur,"eh muka awak dah berkedut la", ko rase? Itu menunjukkan kita kena buat sesuatu. Bukanlah nak menafikan kedut tu, semua orang akan mengalami proses tersebut dan ini menunjukkan tahap kolagen kita semakin berkurangan. Oleh itu, hari ni kinah nak kongsi dengan korang satu produk kolagen iaitu Nutribear yang mana ianya dapat membantu meningkatkan kolagen kita. Teruja nak tahu lebih lanjut kannn...

Nutribear Minuman Kesihatan yang Dapat Membantu Meningkatkan Kolagen

Nutribear Minuman Kesihatan yang Dapat Membantu Meningkatkan Kolagen
Nutribear Minuman Kesihatan
Untuk pengetahuan semua ye, produk Nutribear ni dihasilkan daripada ikan hydrolyzed pure yang mana ianya dapat membantu  melawan dan meningkatkan :
  • Meningkatkan tahap kelembapan kulit dan menghindarkan kulit dari terhidrasi
  • Menguatkan kuku
  • Menguatkan folikel rambut supaya lebih kuat dan sihat


Kenapa Minuman Kolagen Nutribear Menjadi Pilihan

Haaa kalau korang nak tahu, minuman kolagen Nutribear ni lain dari yang lain kerana
  • Mudah larut
  • Kulit kelihatan lebih anjal
  • Mengimbangi pengeluaran minyak dalam kulit
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Memudarkan parut
  • Mempercepatkan pertumbuhan rambut dan kuku
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membantu percepatkan penyembuhan luka
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut

Hasil bagi setiap individu berbeza ye, so korang jangan la assume baru minum sekali terus ok tau, ianya bergantung pada penggunaan yang konsisten dan secara berterusan.

Nutribear Minuman Kesihatan yang Dapat Membantu Meningkatkan Kolagen
Nutribear Minuman Kesihatan 
Tak usah ragu dan risau, produk Nutribear  ini diproses dan dikilangkan di Malaysia serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh HACCP, GMP dan paling penting sekali ialah ianya Halal.

Mengandungi glisin, proline, hydroxyproline, alanine, dan juga arginine. Kesemuanya ini mengandungi dos yang lebih tinggi dan ini menjadikannya ia lebih berkesan berbanding jenama kolagen yang lain.


Cara Penyimpanan

Nak jaga kualiti kolagen Nutribear supaya kualitinya tak terjejas ada caranya dan ianya sangat mudah. Hanya simpan di tempat yang kering dan jauhkan daripada terkena cahaya matahari secara langsung.


Cara Minum Kolagen Nutribear 

Cara nak minum kolagen Nutribear ni bukannya susah mana pun cuma tambah 1 scoop (disediakan) ke dalam minuman kegemaran korang. Kalau nak minum dengan air kosong boleh je, tapi bagi kinah better korang minum dengan air kegemaran korang hehe. Korang yang tak jelas dengan cara minum yang kinah terangkan di atas, kinah ada sediakan videonya.


Oh ye sebelum terlupa 5% setiap pembelian Nutribear ni, akan disumbangkan kepada pemuliharaan beruang kutub yang kini semakin terancam. Untuk dapatkan info lanjut boleh layari website mereka

Website : NutriBear
IG : nutribearofficial
Facebook : Nutribear

Tuesday, 8 January 2019

,
Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack | Perempuan mana yang tak nak cantik, cuba bagitau kinah.. haa semua nak cantik kan.. Begitulah juga kinah ni. Walaupun usia baru nak melangkah 30 an tahun ni, penjagaan kulit muka sangat penting tau supaya kita ni takde la nampak kelihatan tua sebelum usia. Oleh itu, hari ni kinah nak kongsi dengan korang semua dengan satu produk iaitu Murad Dew A Little Travel Pack yang mana ianya dapat membantu mengurangkan kesan garis-garis halus dan kesan penuaan di muka dan paling best ianya  juga mesra travel.

Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack
Murad Dew A Little Travel Pack
Haa tengok tu packagingnya yang comel akan memudahkan kita membawanya ke mana saja. Macam baru ni kinah pergi bercuti, memang tak tinggal langsung krim ajaib ni.  Oh ye kalau korang nak tahu, krim ni bukan untuk muka sahaja ye, korang juga boleh sapu krim ni di leher korang. Don't worry ye.


Apa yang best dengan Murad Dew A Little Travel Pack

Semua produk ada keistimewaannya begitu juga dengan produk Dew A Little Travel Pack ni. Antara keistimewaannya ialah
  • Dapat membantu meningkatkan keupayaan kulit dan mengekalkan keseimbangan air dan kelembapan pada kulit kita. 
  • Penghidratan selama 24 jam dan tahan lebih lama
  • Membantu mengurangkan kesan penampilan garis-garis halus dan mengurangkan kedutan di wajah kita
  • Sesuai untuk light travel

Bahan-bahan Utama yang Terdapat di dalam Murad Dew A Little Travel Pack

Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack

Teknologi asid hyaluronik yang tinggi - Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh ke dalam permukaan kulit supaya kulit akan kelihatan tegang dan terhidrat lebih lama

Ekstrak kelapa - Memberi kelembapan kepada kulit untuk mengelak dehidrasi dan kulit akan  nampak lebih licin dan kelihatan muda.

Mentega Shea, alpukat, bunga matahari dan minyak buah zaitun - Membantu memulihkan kulit supaya kulit lebih lembut dan lebih sihat

Kandungan Lain
Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate

Siapa yang Patut Mencuba Murad Dew A Little Travel Pack

Mereka yang menghadapi masalah kulit kusam, kulit kering dan penampakan kesan-kesan garis halus dan penuaan. Oh ya sebelum terlupa,  korang jangan risau, Murad Dew A little Travel Pack ni semua jenis kulit sesuai pakai. Tak kira la kulit korang tu sensitif, normal, mahupun kombinasi dan apa yang pasti bebas dari Parabens, Sulfat, Phthalates dan Gluten.

Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack

Cara nak guna pun mudah, hanya sapu pada muka, dan leher pada waktu pagi dan malam diikuti dengan pelindung matahari Murad.

Dah ada kajian tau mengenai Murad Dew A Little Travel Pack ni ye, kalau korang nak tahu, 92% pengguna Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little ni mengatakan garis halus dan kedutan di muka mereka kurang selepas 1 minggu penggunaan secara konsisten. Wahhh siapa tak suka bila kesan kedut dah berkurangan. 

Minat tak nak cuba produk Murad ni? Jika berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi mengenainya, korang boleh terus direct layari website Murad.

Thursday, 3 January 2019

,
Kesan Solekan Lebih Mudah Ditanggalkan Apabila Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser | Cuba korang periksa balik beg make up korang tu, mesti penuh dan banyak sangat barang make up dengan cleanser, foundation, serum, bedak,  lipstick ehh macam-macam la sampai tak boleh nak zip beg tu. Hmm takpe lepasni korang dah tak payah dah nak angkut banyak-banyak. Jimat ruang beg tu tau. Jadi ruang yang ada tu bolehlah simpan barang yang lain. Dah bukak cerita hal kecantikan ni, sebenarnya kinah nak kenalkan dengan korang satu lagi produk terbaru keluaran Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser haa kiranya 2 in 1.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Apa yang menarik dengan Pore Purifying Serum Cleanser

Seperti yang kinah beritahu di atas tadi, Pore purifying serum cleanser ni bertindak dalam 2 fungsi iaitu mampu menanggalkan kesan make up kita tanpa mengeringkan kulit dan bertindak sebagai pembersih mampu mengimbangi kadar PH supaya kulit akan kelihatan lebih segar. Lebih menarik lagi, formula serumnya dapat membantu mengecilkan liang pori kita. Memang best okeh. Lepas cuci je muka dengan Serum Cleanser kulit rasa lebih bersih. Sekarang ni pergi mana-mana je memang bawak cleanser ni.

Packaging yang lebih menarik dan nampak natural akan membuatkan korang jatuh cinta pandang pertama dengan serum cleanser ni.

Bahan Utama Althea Pore Purifying Serum  Cleanser

Althea Pore Purifying Serum Cleanser, makeup remover
Antara Bahan Utama
Ekstrak Daun Pudina - menyejukkan kulit dan melegakan kerengsaan 

Minyak Benih Jojoba - memberi kelembapan kepada kulit yang kering

Ekstrak Daun Teh Hijau - mempunyai sifat antibakteria yang dapat membersihkan kulit.

Kandungan lain
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Cara Penggunaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser
 Sebenarnya ada dua cara tau
1. Makeup Removal
  • Titiskan sedikit Althea Pore Purying Serum Cleanser ke tapak tangan
  • Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah
  • Bilas dengan air bersih
2. Pembersih
  • Lembapkan wajah dengan air
  • Letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan
  • Urut secara perlahan ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat
  • Bilas dengan air bersih
Seronok sangat bila muka dah bersih dari kesan makeup. Jimat masa pulak tu. Korang bila lagi? Haa dapatkan sekarang juga tau, lepasni tak payah dah nak cuci makeup guna tisu basah lagi, lepastu nak guna pembersih pulak. Hmm leceh.

Kinah bagi ratings ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.

Korang yang berminat nak dapatkan serum cleanser awesome ni boleh layari laman web Althea >> https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser

Harga RM33.00 (150ml)

Wednesday, 2 January 2019

,
Hohoho akhirnya hadiah krismas yang dinanti-nantikan kunjung tiba. Ngam ngam je sampai dari kampung aritu kurier call nak hantar barang. Tapi masa tu kinah tak sampai rumah lagi, melencong ke bengkel motor kejap sebab suami nak mintak pomen tengokkan motornya. Disebabkan orang kurier ni kinah pernah roger dengan dia dulu jadi kami deal nak jumpa dekat Tesco. 
Hadiah Krismas Dari Althea
Okay settle dah dengan kurier. Jadi kotak pink ni beralih tangan. Lepas ambik parcel dari kurier tu kinah loading sikit barang kat rumah kemudian kami nak gerak ke Johor. Terpaksala tinggal kotak pink kesayangan tu. 

Kelmarin lepas lurus tangan dan kaki, haa ini dia nak unboxing apa yang ada dalam kotak pink tu. Agak-agak korang la ada tak wishlist kinah tercapai? Hehehehhe

Dari 10 yang kinah senaraikan hanya beberapa saja yang tercapai haha. Nak tahu apa dia wishlist kinah tu korang kena baca di sini 

Okay jom kita tengok apa dia yang kinah dapat
1. Marine Blue Make-Up Brush Set
2. Silky Perfect Foot Peeling Pack
3. Dr. Vita Clinic Gently Vita Exfoliator
4. Aura Radiance BB Foundation Cream - Nella
5. Air Cotton MakeUp Base - The Face Shop
6. 12 Color Eyeshadow Pallete Glam Shine

Phewwww rasanya ada 3 wishlist kinah dah tercapai. Alhamdulillah terima kasih Santa Althea. 
Hadiah Krismas Dari Althea
Set MakeUp yang dipilih. Onz ke tak onz
Hadiah Krismas Dari Althea
Nak feeling ala ala spa pulak
Haaa amacam menarik tak? Semua ni bernilai RM210.00 sajo. Kalau korang berminat nak cari kbeauty yang original, boleh dapatkan di Althea yer.

Sunday, 30 December 2018

,
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist by Titi Kamal X Althea | Pada minggu lepas kinah sekeluarga pergi bercuti. Nak pergi bercuti kot, semestinya benda yang paling penting kena bawak Stay Fresh Body Sparkling Mist by TitiKamalXAlthea ni. Takde benda ni memang rasa macam tak lengkap je hari kinah. Selepas mandi je terus spray.. Bau dia sangat wangi dan kita akan rasa lebih segar sepanjang hari tanpa risau bau badan. Korang.... kalau badan kita berbau confirm self confidence kita kurang dan apa yang pasti merancakkan lagi topik makcik bawang dengan topik bau badan yang tak best.
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist by Titi Kamal X Althea

Keistimewaan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist

Sejujurnya kinah dah jatuh cinta dengan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ni. Gabungan aroma bunga dan buah membuatkan si pemakai rasa lebih segar dan paling penting harumannya tahan lama sepanjang hari. Kalau korang nak tahu, body sparkling mist ni diformulasikan dengan kesan yang tidak melekit dan lebih menyegarkan. So sesuai sangat la dengan kinah ni. Setakat ni dah merata kinah bawak Body Sparkling Mist ni sampai ke Johor tau..

Oh ye, kalau korang perasan ada Titi Kamal X Althea, haa itu sebenarnya Althea berkoloborasi bersama Titi Kamal iaitu penyanyi dan pelakon terkenal dari Indonesia. Siapa yang tak kenal dengan Titi Kamal iaitu ikon kecantikan di Asia Tenggara.
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist by Titi Kamal X Althea

Kandungan Althea Stay Fresh Body Sparkling by Titi Kamal

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist by Titi Kamal X Althea
Antara bahan yang digunakan dalam Stay Fresh Body Sparkling

Damask Rose Water - melindungi kulit dari dehidrasi dan memberikan keharuman yang lembut

Minyak Jeruk Manis - menyegarkan

Ekstrak Bunga Elder - memberi kedinginan dan menenangkan kulit

Kandungan lain
Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist by Titi Kamal X Althea
Kinah sudah. Korang bila lagi nak mencuba Stay Fresh Body Sparkling Mist ni? Boleh dapatkan terus di sini >>> https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist

Ratings
Bauan ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Packaging ⭐️⭐️⭐️⭐️
Ketahanan ⭐️⭐️⭐️⭐️

Untuk pembelian Saiz 100ml hanya RM35  saja dan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh terus layari website rasmi Althea

Wednesday, 12 December 2018

,
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout | Sakit ni dia datang tak kira masa, tak kisahlah penyakit tu berbahaya ke atau pun cuma sakit biasa je. Sakit tu kan penghapus dosa. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi daripada penyakit yang merbahaya hendaknya.  Cakap pasal kesihatan ni, kinah nak berkongsi dengan korang dengan satu jenama minuman kesihatan yang kinah dan keluarga amalkan lebih sebulan ni iaitu minuman kesihatan Genefood Broccoli Sprout.
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Apa yang menarik dengan Genefood Broccoli Sprout?

First impression mestilah tengok luaran. Betul tak? Haa macam tu la kinah. Kinah bila sampai je rasa tak sabar nak minum sebab packaging dia sangat cantik dan menarik. Kotaknya pula warna-warni. Ada tiga warna, biru, peach dan merah. Walaupun kotaknya warna-warni, tapi isi kandungannya tetap sama iaitu kaya dengan sulforaphane (nanti kinah cerita dibawah) dan setiap kotak mengandungi 10 sachet. Kiranya ada 30 sachet la dan ianya cukup untuk satu bulan.
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Sejujurnya, kinah ni jenis memilih makan sayur dan sekarang ni terasa sangat rugi sebabnya banyak khasiat selama ni diperlukan oleh badan kita, kinah skip. Oh noooo, mujurlah kinah diperkenalkan dengan Genefood Broccoli Sprout ni. Sekurangnya orang yang jarang makan sayur macam kinah ni ada la back up untuk zat yang diperlukan dalam badan. Begitu juga dengan Thahirah. 

Jom kinah explain apa tu Sulforaphane

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Kalau korang nak tahu Sulforaphane tu ialah isothiocyanate yang mengandungi sulfur organik. Ianya berasal dari glucoraphanin. Ehh banyak pulak bahasa saintifik dia. Tapi takpe cukupla kalau korang faham dan kalau korang nak tahu ianya boleh didapati pada sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, kubis bunga, kubis brussles dan juga kale.  

Untuk pengetahuan semua, sayur-sayuran cruciferous yang berusia tiga hari mengandungi  konsentrasi glucoraphanin yang lebih tinggi iatu sebanyak 10 hingga 100 kali ganda daripada sayur-sayuran yang matang. Tahap glucoraphanin dan sulforaphane yang paling tinggi boleh didapati daripada brokoli.

Sulforaphane dihasilkan semasa glucoraphanin berkontak enzim myrosinase, terkandung di dalam sel-sel yang sama tetapi dalam bahagian berbeza. Sebagai contoh, memotong, mengunyah atau mengganggu sel brokoli memulakan proses penghasilan sulforaphane. Jika dibandingkan dengan glucoraphanin yang stabil, sulforaphane bermula merendahkan setelah penghasilan. Rupanya, Sulforaphane ni mempunyai sifat-sifat anti-oksidan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-inflamasi, anti-penuaan, anti-diabetis dan juga perlindungan untuk saraf. Okeh, nampaknya lepas ni kena amalkan makan broccoli jawabnya.

Apa yang kinah ceritakan ni bukan kinah tulis ikut suka hati tau. Sebenarnya dah banyak dah kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar bahawasanya, pucuk brocoli ni dapat membantu melawan atau menghalang pertumbuhan kanser (BOLEH RUJUK DI SINI), membantu membaiki kerosakan DNA (BOLEH RUJUK DI SINI), dapat membantu mengurangi risiko diabetis (BOLEH RUJUK DI SINI) dan juga risiko penyakit jantung (BOLEH RUJUK DI SINI)

Kelebihan Sulforaphane Yang Ada Pada Genefood

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
1. Melindungi Sel-sel dan Gen-gen
Sulforaphane menghapuskan oksida radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh badan kita serta melindungi sel-sel DNA dan meningkatkan sistem imun.

2. Antioksidan (Penuaan dengan sihat)
Sulforaphane berasaskan daripada tumbuhan dan antioksidannya dikatakan mampu bertahan lebih lama di mana ianya dapat membantu menghalang proses penuaan kulit, melambatkan proses penuaan secara natural serta dapat membantu melindungi tubuh selama 96 jam (vitamin c dan E hanya mampu bertahan selama 3 jam sahaja)

3. Detoksifikasi
Sulforaphane ni kalau korang nak tahu dapat  membantu detoksifikasi hati yang terkumpul lama dengan percepatkan pengeluaran toksin daripada badan kita. Iyela selama ni kita sedut bahan kimia, pencemaran udara, dan pelbagai lagi tambah pula kita ni makan macam-macam jenis.

4. Anti-Inflamasi
Makanan seperti gula, produk susu, minyak masak, lemak trans, daging yang diproses, alkohol, dan juga MSG sebenarnya penyebab  kepada inflamasi dengan adanya Sulforaphane dapat membantu mengurangkan inflamasi, membantu melawan kegemukan dan membantu mencegah inflamasi yang kronik.

5. Melindungi daripada E.Coli dan H.Pylori
Untuk pengetahuan korang juga, Sulforaphane bertindak sebagai agen antibakteria dan dapat membantu menghapuskan bakteria E. Coli yang menjadi penyebab kepada cirit-birit dan juga bakteria H.Pylori yang menjadi penyebab kepada ulser perut.

6. Memberi Perlindungan Kulit dan UV
Dipercayai sulforaphane dapat melindungi kulit daripada kesan penuaan dan dapat mencegah inflamasi kulit akibat kesan terbakar daripada sinaran matahari dan UV yang menyebabkan kerosakan kulit.

Kat mana nak dapat sulforaphane?
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Haaa tak payah pening kepala mana nak cari, korang cuma amalkan Genefood Brocolli Sprout ni je iaitu minuman yang diformulasikan di Australia dan ianya dihasilkan untuk manfaat kesihatan sulforaphane pada setiap hari. Haaa kan dah mudah tu. Siapa yang tak berapa suka makan sayur, kinah galakkan korang amalkan Genefood ni. Banyak khasiatnya tau.

Jom Tonton Video Ni Dulu


Pum pam pum mengenai khasiat Genefood sampai terlupa nak perkenalkan pengasasnya. Untuk pengetahuan semua, Genefood diasaskan oleh anak muda tecmpatan dan paling utama orangnya memang cantik iaitu Yew Wan Ting. Semuanya bermula apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit yang berpanjangan. Sejak itu, beliau mula menjalankan penyelidikan dan mendapati kebanyakan ahli keluarganya mewarisi gen bermutasi yang memungkin mereka berisiko menghidapi pelbagai penyakit.
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Ini menginspirasinya untuk meneroka diet sihat dan manfaat kesihatan sulforaphane yang membawa kepada pelancaran Genefood iaitu siri minuman yang bertujuan mengoptimumkan ekspresi gen dan membantu semua orang dapat makan dengan baik untuk gen mereka.


Pandangan selepas mengamalkan Genefood

Seperti yang kinah beritahu pada awal tadi, Genefood kini menjadi pilihan keluarga kinah kerana bukan saja rasa beri yang sedap malah khasiatnya tu menyebabkan kami dah mula jatuh cinta. Baru-baru ni suami kinah mengalami batuk berkahak yang agak teruk, tambahan pula beliau juga merokok dan disebabkan merokok la memburukkan lagi keadaan sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.

Selepas kinah bancuh minuman Genefood ni kepadanya, sudah mula nampak sikit-sikit perubahan berlaku kepadanya. Batuknya sudah mula berkurangan dan beransur pulih, dan beliau dapat rasakan dadanya semakin lapang dan rasa lebih sihat dari sebelum ni. Sejak dari tu, beliau sering minta kinah bancuhkan minuman Genefood untuknya. Alhamdulillah suami pun dah tak batuk-batuk dan kkini semakin sihat.

Kinah pula, selepas mengamalkan Genefood ni badan rasa lebih bertenaga. Kiranya bila tak minum Genefood rasa tak sah pula ditambah pula dengan rasa beri asli yang sedap. Memang tak rugi la kalau korang beli set minuman Genefood ni sebab seisi keluarga boleh mengamalkannya. Thahirah pun suka.

Ramuan Utama Genefood Broccoli Sprout

Antara ramuan utama yang terdapat dalam Genefood Brocolli Sprout ialah
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Pucuk Brokoli - begitu kaya dengan sumber sulforaphane dan terbukti sebagai antioksidan yang mampu bertahan lama dan mampu hentikan tindakan bahaya radikal bebas, anti-inflamasi, detoksifikasi segala toksin dari dalam badan.

Blueberi, Raspberi, Strawberi, Anggur, Cranberi - beri yang kaya dengan antioksidan dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Beri juga mempunyai serat yang tinggi dan zat makanan penting digunakan untuk sistem pencernaan.

Bit Merah - dapat meningkatkan imun, vitamin c, serat, kalium (untuk saraf dan otot yang sihat) dan mangan (manfaat untuk tulang, hati, ginjal, dan pankreas)

Vitamin C - mengembangkan dan membaiki tisu badan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi.

Prebiotik - mendorong pertumbuhan bakteria usus yang bermanfaat serta meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, zink, dan zat besi di dalam usus besar

Individu yang digalakkan untuk mengambil Genefood Broccoli Sprout

Mesti korang tertunggu-tunggu saat-saat ni kan. Iyela dah panjang lebar kinah cerita tentang Genefood ni, mesti la excited nak tahu siapa yang digalakkan untuk mengambil Genefood Broccoli Sprout ni kan.
  • Mereka yang kurang makan lima hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami fungsi hati yang teruk
  • Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengalami tekanan dan kurang tidur
  • Perokok dan peminum yang kronik
  • Mereka yang tergolong dalam kumpulan 3T (kolestrol yang tinggi, gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi)
  • Kulit kusam dan penuaan
  • Pelajar yang memerlukam konsentrasi yang tinggi
  • Wanita hamil
Hmm kalau korang nak tahu, kinah ni boleh dikatakan kurang tidur kerana nak menyiapkan kerja-kerja rumah yang tertangguh yang tak dapat disiapkan pada siang hari di samping nak menyiapkan kerja-kerja blog.

Cara Pengambilan yang Dicadangkan

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Kebiasaannya, kinah akan guna air masak je ataupun ikut seperti yang disarankan iaitu mengikut suhu bilik untuk  bancuh air macam ni. Cuma masukkan satu sachet Genefood Broccoli Sprout ke dalam air 200ml, dan kacau sehingga benar-benar larut kemudian terus minum untuk mengelakkan oksidasi. Nak lagi mudah, kita shake shake je dan terus minum. Bagi orang dewasa, kita disarankan untuk mengambil 1 atau 2 sachet saja setiap hari, manakala kanak-kanak pula hanya 1 sachet saja sehari. Oh ye, kanak-kanak seawal 3 tahun pun dah boleh amalkannya tau.

Seeloknya Genefood Broccoli Sprout ni diambil sebelum kita tidur supaya toksin yang terdapat di usus, toksin yang berkumpul di dalam saluran darah dan hati dapat dibersihkan.

Kalau nak tahu, 1 sachet tu bersamaan dengan 1 cawan pucuk broccoli dan 1 cawan pucuk broccoli bersamaan dengan 7 kg broccoli. Cuba la korang bayangkan la ye, lalu ke korang nak makan 7 kg broccoli setiap hari hehe. Renung-renungkan la ye. Apabila korang amalkan Genefood Broccoli Sprout ni, antara manfaat yang korang dapat ialah
  • Pengambilan selama 1 bulan - Detoksifikasi selama 3 kali seminggu
  • Pengambilan selama 2 bulan - memperbaiki kulit, berasa segar dan bertenaga
  • Pengambilan selam 3 bulan - meningkatkan imun dan kulit lebih berseri
  • Pengambilan dalam tempoh yang lama dan konsisten -  melindungi sel-sel dan gen-gen serta melambatkan proses penuaan.

Genefood Broccoli Sprout Di Media

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Di Mana Genefood Broccoli Sprout Boleh Didapati

Ehh tunggu apa lagi, korang kena dapatkan Genefood Broccoli Sprout ni juga jika nak rasa lebih sihat dan bertenaga plus boleh kurus lagi. Lagipun bukannya kena masak ke apa, tak payah semua tu, korang cuma bancuh dan terus minum je. Lebih mudah kan ditambah pula sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa nak sahut kempen gaya hidup sihat. Ni je la cara dapat membantu korang. 

Mana nak cari Genefood ni?

Korang boleh beli di farmasi, kedai makanan organik atau nak lagi mudah order je secara online di http://genefood.store. Sekarang ni kan semuanya dihujung jari je.

Harga:
10g x 30 paket = RM 200
10g x 10 paket = RM 78

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Telefon: +6011-1661 3333
E-mel: hello@genefood.asia  

Sunday, 2 December 2018

,
Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni? | Haloooo kawan-kawan. Minggu lepas kinah berpeluang ke Cozena HQ di Kuala Lumpur. Kebetulan pada hari tu Ramona yang gojes pun ada sekali okeh siap ada live bersama Ramona. Siapa tu Ramona?

Ni la dia Ramona☺, gojes je kan... Haa nak gojes macam Ramona kena la  cuba produk Cozena
Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni?
Stop cerita Ramona, kinah sebenarnya nak share dengan korang dengan produk yang best dan korang patut cuba produk ni iaitu Collagen Melted Mask Sheet produk daripada Cozena.

Pernah dengar Melted Mask
Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni?
Apa yang korang faham dengan melted mask?

Collagen Melted mask sheet ni mask yang mudah larut di dalam air. Okay masih tak nampak lagi kan macam mana. Takpe nanti kinah explain.

Sejujurnya kinah pun first time dengar collagen melted mask ni. Kebanyakan mask yang ada dipasaran mask sheet, peel mask, hydrogel mask tapi melted mask ni first time kinah jumpa dan ianya satu-satunya produk keluaran Cozena.

Apa yang best dengan Collagen Melted Mask Sheet

Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni?
Pada mulanya kinah pun macam..... betul ke mask ni ada collagen? dan betul ke ianya dapat mengembalikan keanjalan kulit kita? Hmm sebenarnya banyak juga persoalan kinah mengenai mask ni sehinggalah kinah sendiri mencubanya. Seriussss habaq, memang mask ni betul-betul best. Tak percaya? Korang kena cuba sendiri baru boleh nilai betapa asyuknya mask ni tau.

Kalau korang nak tahu, collagen melted mask ni mengandungi bahan-bahan yang selamat dan jangan risau tiada bahan yang merbahaya digunakan untuk pembuatan mask ini seperti
  • Biopolymer (Starch-protein compositions),
  • Collagen, 
  • Hyluronic Acid 
  • Sodium Alginate
  • Squalan 
  • PPG 15 Stearyl Ether, 
  • Hydrolyzed Silk ,
  • Ceramide

Kelebihan Collagen Melted Mask

1.Mengaktifkan metabolism kulit
2.Menambahkan kelembapan kulit.
3.Membekalkan collagen kepada kulit
4.Mengecilkan liang pori
5.Mengurangkan kedutan di wajah
6.Menganjalkan kulit muka
7.Menanggalkan blackhead dan whitehead

Cara Guna Collagen Melted Mask Sheet Cozena

Ahaaa kinah ada sediakan video untuk korang tonton dan lihat sendiri bagaimana mask sheet ni dilarutkan. Sebelum nak pakai collagen mask ni cuci bersih muka dulu.
Mudah je guna mask ni kan. 

Lepas je guna korang akan rasa muka lebih bersih, dan segar.  Puas hati tau dengan collagen mask ni.

Harganya RM90.00 sekotak (6 keping kesemuanya)

Testimoni Pengguna yang Berpuashati

Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni?
Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni?
Best Ke Collagen Melted Mask Sheet Cozena Ni?
Oh ye, kalau korang ingin menjana pendapatan sampingan korang boleh join affiliate Cozena ni tau.  Komisen yang akan korang dapat pun boleh tahan.

Kalau korang minat dan nak lebih detail, korang boleh contact dengan nombor telefon yang kinah lampirkan di bawah ni

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website
http://www.cozena.com.my

Facebook
https://www.facebook.com/CozenaMalaysiaHQ

Instagram
https://instagram.com/cozenamalaysiahq

No Telefon
+60 115501 0996