Friday, 10 November 2017

,
Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna| Perasan tak sejak dua menjak ni banyak produk terutamanya produk kosmetik telah ditarik balik pengeluarannya kerana didapati mengandungi bahan yang beracun. Risaunya. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar barang yang kita gunakan tu sebenarnya beracun. Allah bahayanya. Macam mana pulak dengan bahan pencuci yang kita selalu gunakan untuk anak-anak kita? Selamat ke digunakan? Kinah pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, kali ni, kinah nak kongsikan pada korang semua pencuci yang kinah gunakan untuk cuci botol susu Thahirah iaitu Chomel Baby Breast Pump & Bottle.

Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna

Breast Pump & Bottle Cleanser Serbaguna
Breast Pump & Bottle Cleanser Serbaguna
Apa yang bestnya dengan pencuci daripada Chomel ni bebas daripada radikal bebas dan juga bahan-bahan yang merbahaya. Kiranya selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Menariknya, Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser ni multipurpose bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci botol dan breast pump malah boleh digunakan untuk:
  • Permainan
  • Buah-buahan
  • Sayur-Sayuran
  • Barangan keperluan bayi
Ibu-ibu di luar sana janganlah risau akan kandungan yang digunakan. Baby Breast Pump & Bottle Cleanser ni merupakan bahan pencuci berasaskan tumbuh-tumbuhan dan berkesan menanggalkan lemak susu dan juga kotoran di botol anak anda. Apa yang pasti, ianya bebas daripada Ammonia, SLS/SLES, Parabens, Synthetic Fragrances, dyes, phosphates, solvent, Chlorine, Bleach, Alcohol, Fossil additives or Crustics.

Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna
Baby Breast Pump & Bottle Serbaguna
Cara Penggunaan Breast Pump & Bottle Cleanser
Mudah saja nak gunakan pencuci serbaguna ni. Tekan pam ke span atau pun berus botol anak anda dan cuci. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Bagi yang hendak mencuci buah-buahan atau pun sayuran, cairkan pencuci ni ke dalam air sedalam 5 liter. Kemudian rendamkan buah-buahan dan sayuran tersebut selama 15 minit. Akhir sekali cuci buah-buahan dan sayuran tersebut sehingga bersih. Mudah saja kan.

Berminat tak dengan produk Chomel ni? Korang boleh beli di laman web Lazada tau.

Untuk maklumat lanjut
Facebook:chomelbb
Instagram: chomel_baby

Thursday, 9 November 2017

,
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops| Alamak dah la lambat mekap bercapuk pulak tu. Perkara ni biasa di alami oleh golongan wanita bekerjaya apabila ingin bersiap ke tempat kerja. Bila dah jadi macam ni boleh hilang mood. Nak mekap semula nanti lagi lambat dah la lambat. Pening! Pening!. Sekarang ni korang tak payah risau tak payah susah hati dah, kalau lambat pun dengan adanya Beauty In The Drop ni masalah dunia korang tu mesti selesai. Kinah ni sebenarnya tak berapa suka sangat nak mekap ni kekadang tu bila keluar naked face je. Takde makna nak krim bagai. Tapi sejak diperkenalkan dengan Beauty in The Drops ni semua persepsi tu berubah.

Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops

Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Ok lah jom kinah ceritakan serba sedikit tentang produk ni. Pada kinah la, produk ni sangat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah seperti tak suka pakai mekap, mekap bercapuk bila berpeluh, dan mekap tak tahan lama. Mesti korang rasa stress bila jadi macam ni, dan nak je cuci mekap yang entah apa-apa tu kan. Kalau korang nak tahu, sebenarnya banyak kelebihan Beauty in the drops  ni. Antaranya ialah:
  • Dapat menjimatkan masa
  • Mencantikkan dan merawat wajah
  • Mengandungi 100% BAHAN SEMULAJADI
  • Bersih dan merawat kulit dari dalam
  • Kulit lebih cerah dan glowing tanpa make up
  • Tiada bahan kimia merbahaya
  • Tiada kesan sampingan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Kaya dengan antioksida
Beauty in the Drops berfungsi sebagai asas sebelum 'makeup' atau 'makeup finisher' dan korang juga boleh gunakan Beauty in the Drops ni tanpa 'makeup'. 

KESANNYA :
  •  Wajah jelita semulajadi
  •  Merawat bintik & tompok hitam di wajah
  •  Mengurangkan garis halus & kedutan
  •  Menetup liang pori bekas jerawat
  •  Mencerahkan wajah
  •  Melembabkan wajah
  •  Menengangkan kulit wajah
  •  Menghaluskan kulit wajah
  •  Melembutkan kulit wajah
  •  Merawat tona tidak sekata
  •  Merawat kulit kusam
  •  Merawat kulit berminyak
  •  Menghilangkan jerawat halus
  •  Menghalang pertumbuhan jerawat baru
Nak gunanya pun sangat mudah. Ikut je langkah di bawah
  1. Goncang dulu sebelum digunakan
  2. Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskannya.
  3. Longgarkan penitis dari bekas kaca
  4. Perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan di sekitar muka. Titiskan ke dagu, pipi, hidung dan dahi. Kemudian ratakan ke seluruh wajah
  5. Mulakan solekan seperti biasa
  6. Untuk hasil yang terbaik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir. 

Kandungan utama dalam Beauty in the drops ialah Minyak Argan dan Minyak Jojoba. Kinah terangkan satu demi  satu tentang kelebihan Minyak Argan dan Minyak Jojoba. Minyak Argan begitu kaya dengan Vitamin E dan Omega 3,6, dan 9. Bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit. Minyak Argan juga dapat melembapkan dan menegangkan kulit. Selain itu, dapat menghaluskan dan mencerahkan kulit, mengatasi jerawat, radang dan sunburn.

Manakala bagi Minyak Jojoba pula, ianya merupakan lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia. Jadi, sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Peranan minyak Jojoba adalah melembut, melembap dan menghaluskan kulit. Selain itu, dapat mengatasi masalah kulit berminyak yang boleh menyebabkan jerawat serta dapat mencegah oksidasi kulit iaitu sebagai anti penuaan dan anti radang.
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Sejujurnya, jerawat di muka kinah ni tengah meriah. Tak tahu la kenapa tiba-tiba je banyak macam tu. Nak kata zaman remaja, dah lama pun berlalu. Jadi, kinah pun mencuba Beauty In The Drops ni untuk merawat jerawat yang semakin banyak tumbuh ni. So far alhamdulillah jerawat banyak yang dah kecut. Kalau tak rasa berpasir je muka ni. Buat masa sekarang ni kinah tak berani nak pakai sebarang krim. Cuma bila-bila nak kemana je kinah akan guna Beauty in the drops ni. Serius cakap memang best. Bau dia pun wangi.

Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops
Cantik Berseri Sekelip Mata dengan Beauty In The Drops

Nampak tak jerawat yang banyak tu. Gambar ni kinah mekap sikit je dan guna Beauty in the Drops je. Hmm macam mana? Best kan? Istimewanya, pada yang nak mencuba korang boleh nikmati tawaran istimewa tau dengan menebus "Promo Code" ini IMC-BitD#1. Tunggu apa lagi baik tebus sekarang sebelum terlambat.

Untuk Maklumat Lanjut 

012-4540187 (Kak Raaina)
Website: http://www.9herbs.com
Facebook: 9herbs
Instagram:9herbsmy

Sunday, 5 November 2017

,
Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa| Lama betul nak habiskan novel ni. Bajet nak habiskan hujung bulan Oktober, tapi tengoklah dah November baru settel semua. Biasalah ada je sibuknya. Selalunya kinah akan baca novel pada waktu malam lepas Thahirah tidur. Kalu baca siang, gayanya memang tak terbacala sebab banyak kerja yang menanti, belum lagi dengan Thahirah ajak main masak-masak hihi.

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover
Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa
Miss Cleaner Undercover ini agak berbeza dengan novel cinta yang lain. Antara tugas dan cinta, Khaira Wilda terpaksa memilih salah satu darinya. Kisahnya bermula apabila Khaira Wilda dihantar bertugas ke Kuching, Sarawak bagi melindungi keluarga orang ternama iaitu Tan Sri Anwar Karim El-Zahri yang sering menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga Tan Sri Anwar meminta perlindungan daripada pihak berkuasa. Bagi menjayakan misi tersebut, Khaira Wilda terpaksa menyamar sebagai tukang sapu di syarikat Tan Sri. Di sinilah kisah cinta antara Khaira Wilda dan Hayden Danial bermula. Selain Hayden Danial, Hakimi yang juga rakan sekerja Khaira Wilda turut menaruh hati kepadanya. Hakimi pula ditugaskan bagi melindungi Tan Sri sepanjang masa walau di mana beliau berada.

Demi menjaga keselamatan keluarga Tan Sri, Khaira Wilda dan Hakimi terpaksa menyamar sebagai suami isteri dan ditempatkan di sebuah apartmen berhadapan rumah Tan Sri tanpa pengetahuan Hayden Danial. Percintaan Khaira Wilda dan Hayden Danial terputus akibat salah faham apabila Nelly, merupakan bekas pembantu Hayden Danial telah menceritakan bahawa Hakimi dan Khaira Wilda adalah suami isteri. Hayden Danial begitu kecewa dengan berita tersebut sehingga bertindak memutuskan hubungannya dengan Khaira Wilda. Selama ni, Hayden Danial cuma kenal Khaira Wilda adalah tukang sapu saja. Selepas rahsia itu terbongkar, Hayden Danial rasa tertipu dan menghilangkan diri beberapa hari untuk mencari ketenangan. Ketika perkara ini berlaku, Khaira Wilda berada di Kuala Lumpur kerana sedang bercuti. 

Apabila pulang ke Kuching, Khaira Wilda begitu hairan akan perubahan Hayden Danial yang langsung tidak endahkannya. Khaira Wilda begitu kecewa dan membuat keputusan tidak mahu bercinta lagi. Kejadian kes culik yang menimpa Puan Sri Zainon telah merapatkan semula jurang di antara Hayden Danial dan Khaira Wilda. Hayden Danial telah mengetahui cerita yang sebenarnya daripada ibunya. Jadi, Hayden Danial mula mendekati Khaira Wilda semula. Sepanjang hubungan Khaira Wilda dan Hayden Danial terputus, Hakimi pula mencuba nasib.

Hayden Danial dan Hakimi sentiasa bersaing untuk menawan hati Khaira Wilda. Siapakah di antara mereka yang berjaya? Bagaimana dengan ugutan bunuh tu terhadap Tan Sri? Kalau nak tahu cerita sepenuhnya kenalah baca novel ni dulu. Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku, tapi kinah tak boleh nak cerita sampai habis. Nanti tak seronok la pulak. 



Saturday, 4 November 2017

,
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017| Sayangnya pada Lazada tau. Selalu anjurkan contest untuk blogger. Hadiahnya pun boleh tahan. Kalau korang nak tahu bermula pada 11 November sehingga 14 Disember akan diadakan Online Revolution Sale. Masa ni la korang nak borong sakan. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Lazada Online Revolution boleh layari https://www.lazada.com.my/online-revolution/

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Sebut je pasal shopping online, dalam kepala ni dah tak fikir lain dah. Mesti ingat Lazada je. Macam la takde website lain kinah oii. Ada jugak la cuci mata dekat website lain tapi entahla hati ni lebih ke arah Lazada je huhu. Mana taknya semua orang tau Lazada ni paling famous amous di Malaysia ni, confirm la servis dia baik punye. Memang pun, tak disangkal lagi. Kinah dah banyak kali dah shopping dengan Lazada laju je sampai ke rumah padahal baru je dapat email tracking. Ada sekali tu kinah order barang dari luar negara kalau ikutkan estimate tarikh yang Lazada bagi hujung bulan. Tapi tengah bulan sedar-sedar dah ada orang ketuk pintu hantar barang. Cepatkan barang sampai. Kebanyakan barang yang kinah beli semuanya sampai dalam keadaan yang baik. Takda pulak setakat ni barang tak lengkap ke ape. Memang cukup la serba serbi.

Barang Pertama Beli dengan Lazada dan Pengalaman membelinya
Hmm barang pertama kinah shopping dengan Lazada, kinah pernah tulis dalam entri di sini. Masa tu suami suruh pilih nak beli apa dekat Lazada. Jadi, kinah decide nak beli cadar. Sebabnya kebanyakan cadar yang ada di pasar raya tak menepati apa yang kitorang nak. Apa lagi cari di Lazada banyak betul yang cantik-cantik dan akhirnya kinah pilih cadar bercorak abstrak. Lain sikit daripada biasa. Harganya pun murah. Kalau nak tahu sampai sekarang masih elok lagi tau. Warnanya pun masih cantik.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Cadar ni untuk pengetahuan semua tak disertakan dengan comforter tau. Pada masa tu harga cadar ni hanya RM38.00 sahaja. Sekarang ni harga cadar ni dah turun sebanyak RM2.00 kiranya RM36.00 haa murahkan. Cadar ni kinah order hari Sabtu malam hari Isnin dah sampai. Pada mulanya ada jugak rasa risau sebab first time kot. Bila barang dah sampai ke tangan kita baru rasa lega. Memang puas hati sangat dengan servis Lazada. Tak pernah mengecewakan.

Jenis Barang yang Bagaimana Beli Secara Online
Biasalah bila dah jadi mak ni nak shopping barang lama-lama di pasar raya semuanya kena cepat dan pantas. Bila jadi macam tu ada je barang yang terlupa. Jadi nak tak nak kena beli secara online. Biarlah lewat sikit janji puas hati. Daripada pilih yang tergesa-gesa tersilap pilih barang kan susah tu. Biasanya kinah beli barang di bilik air seperti shower cream, shampoo dan kadang-kadang beli pampers Thahirah. Satu tips kinah nak share semasa beli barang online, Kinah selalu akan baca review dulu sebelum buat sebarang pembelian. Bila baca review barulah kita rasa yakin nak beli bila orang kata puas hati dengan barang tersebut.

Perkara yang Anda Suka Tentang Online Shopping
Perkara yang kinah suka dengan online shopping ni ialah mudah sangat. Pilih barang yang kita nak beli, buat bayaran dan tunggu barang sampai. Selain tu, apa yang best shopping online ni selalu ada tawarkan baucer, promosi dan tak dapatla harga tu kat luar sana. Kadang-kadang tu dapat pulak seller promotion free shipping oh bestnya weh. Banyak lagi sebenarnya yang kinah suka dengan online shopping ni. Dapat jimatkan masa, tenaga dan minyak. Minyak kan kejap naik kejap turun. Selagi boleh berjimat, kita berjimat.

Barang atau Produk daripada Lazada yang rancang untuk dibeli Semasa Lazada Online Revolution
Sebenarnya banyak barang yang kinah plan nak beli di Lazada ni. Salah satunya ialah kinah nak beli barang untuk deko rumah iaitu Retro European Flower Arrangement American Ceramic Vase. Bukan untuk rumah yang duduk sekarang tapi untuk rumah kami nanti. Tak sabar nak deko-deko rumah. Barang yang kinah nak ni dah lama dah kinah intai. Moga ada rezeki untuk kinah.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Ada satu lagi barang kinah nak beli sempena Lazada Online Revolution ialah Folding Photo Studio Shooting Tent With LED Light Room. Lepasni mudahlah kinah nak ambil gambar untuk review barang. Kiranya ni merupakan satu pelaburan untuk blog. Lagipun kinah selalu kena ambil gambar malam-malam. Faham-faham je la bila ambil gambar pada waktu malam, cahaya tak berapa terang dan gambar yang terhasil pun tak cantik. Nak ambil tengahari ada pulak budak kecik jadi susahla sikit nak buat kerja.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya. Cukuplah dua barang tu je. Ingat tau tarikh keramat 11 November hingga 14 Disember ni, ada Online Revolution Sales. Nanti terlepas pulak barang idaman korang tu.

Thursday, 2 November 2017

,
Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul| Daripada bunyi loceng yang menyinari hati sebagai nota yang biasa ditemui pada bulan yang akan datang ini berada di setiap sudut, ke senyuman yang lebih meriah di wajah orang yang kami temui. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, rasa teruja di hati mereka semakin kuat apabila akhir tahun semakin mendekati.

Ia seperti suasana seluruh dunia bertukar kepada suasana yang lebih bahagia dengan ketibaan musim yang indah tahun ini – Krismas!

Jadi janganlah terkejut kika anda mendengar kami di Juice Works bersenandung bersama, atau jika anda melihat senyuman mengusik bibir kami apabila kami mencampur minuman anda.

Sempena musim yang meriah ini, kami telah mencipta minuman yang istimewa, berkilau merah! Bagi kami, ia melambangkan semua kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Kami berharap nama minuman ini sendiri akan memberikan sentuhan gembira, kerana kami menyebutnya “Honey, it’s Christmas!

Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul
Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul
Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, lemon, dan ditambah dengan jus delima mulberi dan delima runy=merah, ramuan kecil ini hanya boleh didapati dari 6 Nov 2017 sehingga 1 Januari 2018!

Mulberry kering, yang mempunyai rasa manis semulajadi tanpa gula tambahan juga memberikan tahap protein dan zat besi yang luar biasa untuk buah. Ia adalah sumber yang kaya vitamin C, serat, kalsium san antioksidan. Itulah sebabnya mengapa mulberi kering adalah lazat apabila dijadikan sebagai makanan ringan atau dicampurkan dengan yogurt, smoothies dan banyak lagi.

Delima dan benih permatanya yang tersendiri telah digunakan untuk tujuan perubatan selama ribuan tahun. Dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan yang lain, ia juga mempunyai tiga kali lebih banyak antioksidan berbanding wain merah dan teh hijau. Oleh itu, buat Timur Tengah ini dikatakan berkesan untuk memerangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, keradangan dan beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat.

Tembikai susu mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar kalium, yang menjadikannya buah yang baik untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Memandangkan ia mengandungi kedua-dua vitamin C dan tembaga, ia juga mengalakkan kulit yang sihat dengan membantu pengeluaran kolagen dan pembaikan tisu. Untuk meningkatkan lagi vitamin C-o-meter, jus lemon juga ditambahkan, untuk membantu pencernaan dan untuk menjaga sistem imun pada tahap optimum.

Bagi strawberi, ia adalah penuh dengan serat, folat dan antioksidan seperti vitamin C dan phytochemicals untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri dan vesel. Ia juga adalah kaya dengan iodin untuk membantu mengawal fungsi otak dan sistem saraf yang betul, di samping mempunyai dos tinggi kalium per beri, yang sangat baik untuk daya tumpuan dan ingatan.

Seperti yang anda boleh pastikan sekarang, gabungan minuman ini telah direka dengan bersungguh-sungguh untuk membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit semasa musim perayaan, mengurangkan kolesterol semasa anda bermanja dengan makanan dan untuk memastikan anda terhidrat, dengan kulit yang sihat dan cantik

Jadi, semasa anda berpesta pada akhir tahun dan meraikan kedatangan tahun baru, jangan lah anda lupa untuk meminumnya!

Dan daripada kami semua di Juice Works: Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru dengan badan yang sihat

Mengenai JUICE WORKS Malaysia

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangan setia untuk kraf yang mengunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

,
Selamat datang November| Sekejap je dah November kan. Pejam celik dah December lepastu masuk pulak tahun baru. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah SWT. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, di kurniakan rezeki yang melimpah ruah,dan bahagia di samping insan yang tersayang.

Selamat Datang November
Selamat Datang November
Macam biasa la kan, bila dah nak masuk tahun baru yang dah tak lama lagi mesti ada azam untuk tahun akan datang kan. Azam tahun ni macam mana dah capai target ke? Kinah target nak kuruih tak nampak lagi hasilnya. Pantang nampak makanan hehe. Nampaknya azam tu kena tangguh pada tahun depan. Boleh tak? haha.