Monday, 26 August 2019

,
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla | Siapa kata apabila bertudung ni rambut tak perlu dijaga. Sebenarnya apabila kita bertudung, lagi perlu dijaga kerana rambut kita sepanjang hari bertutup. Kalau kita abaikan penjagaan rambut ni, lama kelamaan rambut kita akan rosak, gugur, kelemumur. Nanti siapa yang stress???

Awak jugak yang stress kan hihi....

Jangan ambik mudah akan penjagaan rambut ni. Nak rambut cantik dan sihat memerlukan penjagaan yang rapi. Cuba kita tak jaga, mula lah kita akan rasa tak selesa, gatal sana, gatal sini silap haribulan kutu pun hinggap kat kepala. 

Dah dah tak payah fikir dah pasal masalah tu. Korang ikut saja tips kinah bagi ni, insyaAllah rambut korang akan sihat plus lebih wangi.

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla

Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Rambut ni umpama mahkota untuk wanita. Tapi  bila tak dijaga dengan rapi mula lah timbul masalah kelemumur. Oleh itu, kali ni kinah nak kongsikan dengan korang beberapa tips penjagaan rambut untuk mereka yang bertudung ataupun berhijab

1. Pilih fabrik tudung yang sesuai - pemilihan fabrik yang sesuai adalah penting bagi kita yang bertudung bagi memudahkan pengaliran udara ke kepala. Boleh je kalau korang nak ikut trend sekarang, tapi janganlah terlalu tebal. Kesian rambut korang tu.

2. Pilih anak tudung yang sesuai - seeloknya korang pilih anak tudung dari fabrik kapas dan tidak terlalu ketat menekup kepala. Kasi can la rambut kita nak bernafas. Pernah sekali tau kinah terpakai anak tudung yang ketat, hmm rasa berat je kepala ni. Sejak dari tu kinah guna anak tudung yang sedikit longgar. Barulah rasa selesa.

3. Elak Pakai Secara Berulang - seeloknya la, tudung dan anak tudung setiap kali nak pakai biarlah dalam keadaan bersih. Jangan lah korang pakai berulang tanpa dicuci. Jaga kebersihan rambut korang tu.

4. Cuci rambut secara berkala - rambut kita ni tak perlu dicuci hari-hari, kalau rambut panjang, payah jugak nak topup syampu setiap bulan hehehe. Biasanya kinah cuci rambut selang sehari atau dua hari macam tu.

5. Keringkan rambut secara semula jadi - lepas mandi tu, keringkan rambut dengan tuala. Jangan rambut tengah basah korang terus pakai tudung. No no no ye. Kalau korang nak cepat guna je hair dryer tapi jangan guna suhu yang tinggi nanti rambut cepat rosak. Oh ye satu lagi jangan amalkan budaya balut rambut dengan tuala. Selalu betul tengok kat tv.

6. Cuci rambut dengan air sejuk - korang nak cuci rambut, jangan sesekali guna air suam, nanti rambut korang jadi kasar, kering dan susah nak diurus. Guna je air sejuk untuk membilas rambut tu. Bila kita guna air sejuk, ianya akan melembutkan kutikel rambut.

7. Rehat sebentar - rehat ni, bukannya merehatkan badan saja tau. Rambut pun kena rehat jugak. Lepas balik shopping ke kerja ke, bukak tudung dan jangan terus mandi. Biarkan dulu kulit kepala kita bernafas dan peluh kering terlebih dahulu.

8. Sikat rambut - sebelum nak mandi tu, sikat rambut dulu supaya nanti bila mandi takde la banyak sangat rambut yang gugur dalam bilik mandi tu.

9. Pilih syampu yang sesuai - sekarang ni dah banyak jenama syampu dan jenis syampu yang sesuai dengan keadaan kulit kepala kita. Pilih je yang sesuai dengan korang.

10. Guna perapi rambut - kinah yakin, ramai yang skip step yang ni. Lepas ni korang rajin-rajin la guna perapi rambut ni. Sapu di bahagian rambut je tau, jangan korang sapu dengan kulit kepala sekali. Nanti berminyak pulak kulit kepala tu.

11. Jangan ikat rambut terlalu ketat - korang yang berambut panjang tu janganlah ikat rambut tu ketat sangat. Bagi ruang rambut korang tu nak bernafas.

12. Trim hujung rambut - kalau ada free, baik korang pergi trim rambut yang bercabang tu. Ala sebulan sekali je.

13. Serum atau pelembap rambut - kalau ada bajet lebih, bolehlah guna serum atau pelembap rambut sebagai tambahan dalam rejim penjagaan rambut ni.

Hah banyak jugak tips yang kinah kongsi dengan korang ni mengenai penjagaan rambut ni. Jangan tak ikut tips ni.


Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla

Dalam banyak-banyak tips di atas, kinah nak tekankan kat sini mengenai pemilihan syampu yang sesuai dengan keadaan kulit kepala kita sangat penting tau.  Kalau lah kita salah pilih syampu nanti makin melarat pulak masalah rambut awak tu.
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Seperti kinah yang mengalami masalah kelemumur, memerlukan penggunaan syampu khusus untuk kelemumur. Jadi, kinah memilih syampu dari Rangkaian Syampu Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung iaitu Syampu Anti Kelemumur

Pada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama dengan kinah, korang hanya ikut 3 langkah ni saja. InsyaAllah masalah kelemumur korang dapat diatasi.

Langkah 1 - Minyak Rambut Anti Kelemumur

Mungkin ada yang pelik kenapa mesti minyak rambut terlebih dahulu. Haa kalau korang nak tahu ini lah rutin asas kinah sebelum cuci kepala dengan syampu. Korang pernah cuba hair oil sebagai pre-wash
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Mesti tak pernah cuba lagi kan....

Apa kata lepas ni korang cuba hair oil ni sebagai pre-wash, nak guna pun mudah je. Hanya lumurkan minyak pada permukaan kepala hingga hujung rambut, sambil tu urut jugak kulit kepala tu perlahan-lahan dan biarkan beberapa minit. Lepastu baru syampu rambut korang tu. Diingatkan kuantiti syampu bila guna minyak ni kena lebih sikit dari biasa ye.

Kalau korang nak tahu minyak rambut anti kelemumur ni di formulasi dengan Habatus sauda serta minyak Zaiton asli. Mengandungi agen anti-kelemumur dan menthol yang mana ianya  dapat mengurangkan kelemumur, gatal kulit kepala dan kulit kepala berminyak.

Langkah 2 - Syampu Anti Kelemumur

Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Dalam banyak-banyak rangkaian syampu Safi Shayla ada jua jenis je yang sesuai dengan keadaan kulit kepala kinah iaitu, syampu itch-control dan syampu anti kelemumur Safi Shayla menjadi pilihan. Buat masa ni kinah guna syampu anti kelemumur untuk mengurangkan masalah kinah ni. Paling kinah tak boleh move on, bau dia wangi dan sejuk je rasa kulit kepala.

Dihasilkan dengan menggunakan Micro Bamboo Charcoal dan Habatus Sauda - Mikro ZPT Complex yang berkesan menghapuskan 99% kulat yang menjadi punca kepada kelemumur dari cucian pertama.

Langkah 3 - Refreshing Scalp Mask 

Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Pada kebiasaannya, selepas je syampu dan bilas rambut dengan bersih kinah terus sudah mandi. Tapi selepas diperkenalkan dengan refreshing scalp mask ni, kinah terus jatuh cinta. Kalau korang nak tahu, Safi Shayla Refreshing Scalp Mask merupakan masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dan juga kegatalan.

Mengandungi Micro Bamboo Charcoal yang dapat menghilangkan minyak serta bau kepam kulit kepala dan rambut. Selain itu, Minyak Organik Habbatus Sauda pula begitu kaya dengan nutrien yang dapat membantu melindungi rambut dan menyuburkan kulit kepala kita. Manakala Menthol pula dapat membantu menyegarkan dan menyamankan kulit kepala kita. 

Oh ye, sebelum terlupa....
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Jom Kumpul Sekarang
Sekarang tengah ada promosi tau. Beli mana-mana produk Safi Shayla bernilai RM35.00 korang layak dapat Sling Bag We Bare Bear yang comel ni secara PERCUMA. Kinah dah dapatkan kesemua koleksi beg comel ni. Korang bila lagi?

Jom kumpul sekarang
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Sling Bag We Bare Bears yang comel

Dapatkan segera di pasaraya yang terlibat dengan kempen ni sebelum kehabisan stok.

Untuk Maklumat Lanjut
Website : 
safi.com.my
Facebook 

Saturday, 17 August 2019

,
Mintox Membantu Melawaskan Sistem Pencernaan dan Mengurangkan Perut Buncit|  Masih ingat lagi tak kinah pernah kongsi dengan korang dengan satu produk detoks, korang boleh baca di SINI. Sementara tengah free sekarang ni jadi kinah nak cerita feedback produk detoks Mintox yang kinah amalkan sekarang ni.

Mintox Membantu Melawaskan Sistem Pencernaan dan Mengurangkan Perut Buncit

Minuman detoks, minuman Mintox, Mintox, perut buncit, tak lawas
Mintox Membantu Melawaskan Sistem Pencernaan
Kinah ni kalau orang ajak makan, sebenarnya pantang tau. Bukan pantang sebab tak boleh makan, tapi pantang di ajak. Susah sebenarnya nak menolak. Kalau balik kampung lagi la, asyik makan kerjanya. Thahirah pulak sekarang dah pandai complaint yang ibunya gemuk. Sabar je lah.

Nak kata terus kurus tu tak la. Iyelah dah jarang excercise, kurus apenye. Tapi paling kinah salute dengan minuman detoks Mintox ni, dia memang kasi cuci perut kita. Malam tu sebelum nak tidur, minum dulu Mintox dan air segelas. Bangun esok pagi, mula lah cari tandas. Memang lega dan ringan je rasa. Kempis perut dibuatnya.

Jangan tanya la pasal berat kinah. Berat sama je maintain. Perut tu ada kempis sikit la. Sebab lemak tebal kat perut hehehe.

Tapi ada jugak hari kinah skipped minum. Misalnya kalau nak pergi jalan atau pun ada urusan kat luar. Takut perut buat hal masa di tengah jalan. Mana nak cari tandas kome oii.. Ada juga hari terlupa nak minum, terus tidur je.

Bagi yang baru mencuba minuman detoks ni, korang akan rasa tak selesa sikit. Itu adalah proses untuk melawaskan pencernaan korang dan detoks segala toksin berlebihan yang ada di dalam badan yang tidak dapat dikeluarkan secara semulajadi. 

Apa yang penting, air kosong kena minum dengan secukupnya ye. Jangan minum air manis je. Tak bagus. Nanti penyakit lain pulak yang datang. Satu lagi, kena control sikit nafsu makan dan rajin-rajin la excercise.

Harga sekotak RM138.00 untuk 14 sachet.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Instagram : mintoxmalaysia
Facebook : https://www.facebook.com/mintoxmalaysia 
Contact +601123450201




Friday, 16 August 2019

,
Majlis Pembukaan Marrybrown Caltex Sungai Choh, Rawang | Sebelum ni kalau teringin nak makan nasi dan mee kari Marrybrown, kami terpaksa pergi ke Batang Kali. Jauh sikit la dari rumah dan kalau pergi pada hari minggu nak ke sana jammed sikit.

Tapi sekarang tak perlu lagi nak ke sana kerana pada 15 Ogos 2019 yang lepas, dengan rasminya Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang telah dibuka. Tahniah Marrybrown.
Marrybrown Rawang, Marrybrown Caltex, Marrybrown, Marrybrown cawangan Rawang
Majlis Pembukaan Marrybrown Caltex Sungai Choh, Rawang
Buat pengetahuan semua, Marrybrown Caltex Sungai Choh adalah cawangan pertama yang dibuka di Rawang. Cuti sekolah pun tak lama lagi dah nak habis dah, apa lagi orang Rawang bolehlah bawak anak-anak makan kat sini.

Lepas ni meriah la sikit Sungai Choh ni ha. Kalau tak sunyi je kawasan ni.
Marrybrown Rawang, Marrybrown Caltex, Marrybrown, Marrybrown cawangan Rawang
Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown
Marrybrown Rawang, Marrybrown Caltex, Marrybrown, Marrybrown cawangan Rawang
Tuan Syed Ahmed, Country Chairman Chevron Malaysia
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Dato' Joshua Liew dan Tuan Syed Ahmed selaku Country Chairman Chevron Malaysia Limited. Buat pengetahuan semua, ini adalah jalinan kerjasama antara Marrybrown Malaysia dan Caltex dan memilih Caltex Sungai Choh Rawang sebagai lokasi pertama mereka. Untung orang Rawang hehe..
Marrybrown Rawang, Marrybrown Caltex, Marrybrown, Marrybrown cawangan Rawang
Persembahan daripada krew Marrybrown
Majlis pembukaan Marrybrown Caltex Sungai Choh turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada krew Marrybrown dan juga tarian singa.

Boleh tonton video tarian naga semasa majlis pembukaan
Happening sangat majlis pembukaan ni, bukan saja dihadiri oleh kami dalam kalangan geng blogger di sekitar Rawang, malah ianya turut dihadiri oleh orang ramai yang turut teruja dengan pembukaan cawangan Marrybrown terbaru ni.
Marrybrown Rawang, Marrybrown Caltex, Marrybrown, Marrybrown cawangan Rawang
Majlis Pembukaan Marrybrown Caltex Sungai Choh, Rawang
Oh ye bersempena majlis pembukaan secara rasmi Marrybrown Caltex Sungai Choh ni, pihak Marrybrown menawarkan beberapa menu pilihan secara percuma kepada 100 pelanggan terawal selama 3 hari bermula 15 Ogos ini sehingga 17 Ogos 2019. 

15 Ogos 2019 (Khamis)
⭐Percuma Nasi Marrybrown

16 Ogos 2019 ( Jumaat)
⭐Percuma Chicken Burger

17 Ogos 2019 (Sabtu)
⭐Percuma 1 ketul MB Crispy Chicken

dengan satu pembelian dari menu Marrybrown untuk seorang pelanggan

Untuk maklumat lebih lanjut dan pelbagai promosi Marrybrown boleh layari

Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV

Tuesday, 13 August 2019

,
Lirik Lagu OST Kerana Dia Manusia Biasa | Sekali sekala layan lagu. Best pulak lagu pulak OST Kerana Dia Manusia Biasa ni, Leraikan nyanyian Black
Lirik Lagu OST Kerana Dia Manusia Biasa, lirik lagu leraikan-black, Leraikan, lagu black,
Lirik Lagu OST Kerana Dia Manusia Biasa
Jiwa Ku termenung
Terima Peristiwa kita
Tentang Kau dengan dia

Ada Saja yang tak kena
Peritnya Perhubungan kita
Ku Tak sanggup lagi untuk bersama
Biarlah Aku yang tersiksa

Kau Tahu aku tahu segala gala
Sedangkan Kau berpura bermain cinta
Akhirnya Aku sengsara

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Kau Tahu aku tahu segala gala
Akhirnya Aku yang sengsara

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita


Monday, 12 August 2019

,
Kalau orang lain dah terjebak menonton drama bersiri di Astro Sweet Dreams lakonan Mira Filzah dan Ben Amir, Kinah pulak melayan Kerana Dia Manusia Biasa lakonan Shukri Yahya dan Emma Maembong. Bila dah terjebak mula lah tak boleh miss. Teruja sebenarnya nak tahu siapa sebenarnya Alia, apa kaitan Nora dengan Tengku Syamil. Berlegar-legar dalam fikiran ni sebenarnya merasakan yang si Nora syok kat Tengku Syamil, tapi cinta tak kesampaian. Lepastu culik pulak anak Tengku Syamil dan Aisyah, wife pertama Tengku Syamil. Jalan cerita dalam kepala la ekk.

Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak

Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak
Kerana Dia Manusia Biasa Best Ke Tidak
Aish ni yang nak selongkar novel dalam kotak ni. Sebenarnya ada novel Kerana Dia Manusia Biasa, pinjam adik punya. Tapi sampai sekarang tak baca lagi kahkah. Entah bila nak baca pun entah la. Asyik sibuk je memanjang.

Walaupun perjalanan cerita tu dah boleh agak, tapi entahla aura cerita ni lain sikit. Mungkin disebabkan pelakonnya kot. So far best la jugak melayan slot samarinda ni.

Sinopsis Kerana Dia Manusia Biasa

Disebabkan oleh kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia (Ku Zara Eryna). Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan (Shukri Yahaya). Pemergian isterinya, Nur Aisyah (Husna Mustaffa) membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut oleh insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas" - Tengku Shamil

Dalam satu insiden yang memalukan, Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau. Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.”Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk" - Nurin Aira

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.”Tengku Shamil

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!”Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?”Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Para Pelakon Kerana Dia Manusia Biasa

Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Shukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
Afifah Nasir sebagai Tengku Syakira
Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
Aleza Shadan sebagai Datin Kalsom
Arash Mohamad sebagai Datuk Tengku Shah
Afzan A. Rahman sebagai Dr Haikal
Ku Zara Eryna sebagai Alia
Sasqia Dahuri sebagai Nora/Yasmin
Zera Hariz sebagai Najwa
Mimi Ernida sebagai Suraya
Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah

Bila dah selalu layan drama ni, sedap pulak dengar lagu OST Kerana Dia Manusia Biasa - Leraikan nyanyian Black Mentor.

Sunday, 11 August 2019

,
SwimRush Kelas Berenang Untuk Kanak-Kanak Di Kawasan Lembah Klang  | Berenang adalah aktiviti yang menyeronokkan. Banyak kebaikan berenang ni sebenarnya tau. Cuma tuan punya badan ni tak berapa mahir lagi berenang. Setakat nak mandi di gigi sungai dengan rendam kaki tu boleh lah. Bukannya tak berani, tapi keyakinan tu tak ada lagi. Seronok tengok orang berenang di kolam tapi kita celup kaki je yang mampu.

Baru-baru ni kenalan kinah ada info mengenai satu kelas berenang iaitu SwimRush Swimming Academy. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan wanita katanya. Jadi, kinah pun terus la google untuk dapatkan info mengenainya dengan lebih lanjut.

SwimRush Kelas Berenang Untuk Kanak-Kanak Di Kawasan Lembah Klang 

Kelas berenang, kelas berenang kanak-kanak, kelas berenang di lembah klang
SwimRush Kelas Berenang Untuk Kanak-Kanak Di Kawasan Lembah Klang SwimRush
Disebabkan tahun depan Thahirah pun dah nak sekolah, ada juga perancangan nak masukkan dia ke dalam kelas berenang di Swim Rush ni. Nak bagi dia mahir berenang, nak tambah skill dia. 

Mengapa SwimRush Swimming Academy Jadi Pilihan

Kelas berenang, kelas berenang kanak-kanak, kelas berenang di lembah klang
SwimRush Kelas Berenang Untuk Kanak-Kanak Di Kawasan Lembah Klang 
SwimRush Swimming Academy merupakan salah satu kelas berenang yang menyediakan tempat khusus untuk wanita dan juga kanak-kanak. Jadi, bila ada kemudahan seperti ni kita rasa lebih selesa berbanding belajar berenang di tempat yang terbuka.

Apa yang menarik dengan akademi berenang SwimRush ni, mereka menyediakan kelas renang dan kolam pada hujung minggu serta selepas waktu bekerja. Jadi, para wanita yang bekerjaya tu selepas habis bekerja terus je ke SwimRush untuk kelas renang. Ok kan, lepas ni bukan menjadi alasan untuk tidak belajar berenang heee.

Cawangan SwimRush di Kawasan Lembah Klang

Oh ye sebelum terlupa, SwimRush ni ada 4 cawangan di kawasan lembah Klang iaitu Batu Caves, Bangsar, Cheras dan Shah Alam. Antara 4 cawangan yang ada ni Batu Caves paling hampir dengan tempat kinah stay sekarang.

Batu Caves : Kompleks Renang Seri Siantan (Available Kids, Ladies and Men Swimming Class
Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya (Private Pool - Kids Swimming Class)
Cheras : Komples Sukan Desa Tasik (Available for Ladies and Kids Swimming Class)
Shah Alam Seksyen 14 (Private Pool; only Ladies Swimming Class) 

Di bawah kinah sertakan jadual waktu SwimRush untuk korang. 
Kelas berenang, kelas berenang kanak-kanak, kelas berenang di lembah klang
SwimRush Kelas Berenang Untuk Kanak-Kanak Di Kawasan Lembah Klang SwimRush
Di SwimRush Swimming Academy, teknik yang diajar bermula daripada teknik renang asas iaitu memberi penekanan kepada water confidence program dan water survival skills. Sebab tu water confidence tu penting, kalau tak confident macam mana kita nak berada di peringkat seterusnya.

Jika mahu lebih privasi, mereka juga turut menyediakan HOME TO HOME BASIS yang mana jurulatih akan datang ke rumah untuk mengajar berenang tanpa mengenakan sebarang caj pengangkutan. Nampak macam best pakej ni, sebab jurulatih akan memberi lebih tumpuan kepada kita. Lagi cepat kita belajar kan.....
Kelas berenang, kelas berenang kanak-kanak, kelas berenang di lembah klang
SwimRush Kelas Berenang Untuk Kanak-Kanak Di Kawasan Lembah Klang SwimRush
Selain daripada teknik renang, teknik selam pun ada di academy ni. Pada sesiapa yang berminat nak pergi scuba diving tu, better ambik kelas di Swimrush ni dulu tau. Dah pandai menyelam baru la seronok nak scuba diving.


Antara Kepakaran SwimRush Swimming Academy

  • Hanya Lady Coach mengajar Kelas Wanita
  • EMPHASIS ON ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Water Survival Technique dan Water Confidence 
  • Diajar Basic Technique : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly 
  • Unique : Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves 
  • Pengalaman dalam mengajar waterphobic students  
  • Menyediakan CLASS REPLACEMENT 
  • FREE Swimming Cap 
  • Turning from ZERO to HERO Swimmer 

Sekarang korang dah tau kan kat mana nak belajar berenang untuk wanita muslimah dan kanak-kanak seawal 5 tahun kan. Lebih baik daftar cepat sebelum penuh. 

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari