Tuesday, 3 November 2020

,

Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm |  Jerawat..... Cerita pasal jerawat, kinah ni dulu ada la jugak masalah dengan jerawat terutamanya masa remaja dulu. Macam-macam cara, petua orang lama kinah cuba untuk mengurangkan jerawat, dan bintik hitam terutamanya di muka ni tau. Paling sadis, siap dengan pakej parut jerawat lagi sebab tangan ni gatai nak picit. 



Walaupun sekarang ni umur dah 30 an, masalah jerawat tu tetap ada tapi tak ketara seperti remaja dulu. Walaupun tak banyak, sedikit sebanyak mengganggu ditambah pula dengan kulit berminyak, memang tak selesa. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan satu produk yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat seperti kinah alami sekarang ni. Namanya Cosmoderm Tea Tree Oil


Dah kebetulan ada sale 10.10 aritu tak salah kot nak mencuba dan kinah terus grab satu set Cosmoderm Tea Tree Oil Series sebab kulit kinah lepas bersalin ni ada la naik jerawat sikit dibahagian hidung dan muka berminyak. Mungkin disebabkan perubahan hormon barangkali (ayat nak sedapkan hati). Hahhah



Kenapa memilih Cosmoderm Tea Tree Oil sebagai rangkaian penjagaan kulit?


Sepertimana yang kita tahu, produk Cosmoderm merupakan produk penjagaan kulit keluaran tempatan dan telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Kiranya masuk tahun ni dah 19 tahun dah Cosmoderm ni ha. Apa yang penting, produk Cosmoderm ni adalah halal dan tak perlu la kita ragui kandungan yang digunakan. Paling best, kesemua produk dari Cosmoderm ni bebas daripada paraben dan sulfat termasuklah Tea Tree Oil ni. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu boleh sangat mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni tau. So no worries. 


Dah alang-alang kinah kaut Cosmoderm Tea Tree Oil satu set, jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang 3 langkah rutin untuk mengurangkan jerawat dan kulit berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan korang akan dapat lihat perubahannya dalam masa hanya 3 hari saja okeh. Macam tak percaya je dengan hanya 3 langkah, jerawat akan mula pudar. 



3 Langkah Mudah Untuk Membantu Memudarkan Jerawat


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm


Langkah 1 : Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser

Pertama sekali bersihkan muka dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai rutin pencuci harian. Kinah suka sangat dengan cleanser ni tau. Bau dia pun best. Buat pengetahuan semua, facial cleanser ni dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka serta membersihkan liang pori dan membantu merawat masalah jerawat di muka kita.


Langkah 2 : Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask

Setelah muka kita dibersihkan dengan cleanser, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengoleskan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask di wajah kita. Biarkan ianya selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Pada masa ni, korang akan rasa mint sejuk je pada muka. Fungsi purifying mask TTO ni dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat serta liang pori. Cubalah memang best muka pun rasa bersih je.


Langkah 3 : Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel

Seterusnya, korang boleh sapu Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel. Diingatkan Anti Blemish Gel ni ada dua jenis iaitu Anti Blemish Gentle (khusus untuk kulit sensitif dan berjerawat), dan Anti Blemish X-Press (hat ni tak sesuai untuk kulit sensitif). So, pilihlah mana yang sesuai untuk jenis kulit korang ye. Kalau korang nak tahu, Anti Blemish Gel ni berfungsi untuk membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih pada wajah kita dalam tempoh 3 hingga 5 hari dan ianya bergantung juga dengan keadaan jerawat tu. 


Selain 4 produk Tea Tree Oil yang kinah cerita di atas, terdapat beberapa lagi produk dalam rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni seperti :


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm


  • Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Serum
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion


Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 

Penyegar tanpa minyak ni dikatakan dapat membantu merawat jerawat, membantu memudarkan parut jerawat disamping  dan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah kita. Nak gunakannya pun mudah saja, hanya tuangkan Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion ke tisu muka kemudian sapu rata pada wajah kita.


Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ini bertindak sebagai primer dan pelembap untuk kegunaan siang dan malam hari. Di samping itu, pelembap berasaskan air ini begitu sesuai digunakan sebagai asas make up serta perlindungan asas kepada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan sel-sel kulit. Pelembap ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.


Cosmoderm Tea Tree Oil - Oil Control Serum

Serum berasaskan gel-water based dengan ekstrak buah dikatakan dapat membantu mengawal lebihan minyak pada wajah kita disamping membantu mengecilkan liang pori yang menjadi penyebab kepada jerawat, blackheads dan whiteheads


Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel

Shower gel Tea Tree Oil boleh bertindak sebagai shower gek antibakteria yang mana dapat memberi kesegaran yang luar biasa disamping dapat membantu mengurangkan bau badan serta jerawat pada badan. Pembersihan yang lembut pada kulit mejadikan kulit kita menjadi lebih segar, licin tanpa rasa melekit. 


Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion

Magic Body Lotion merupakan losyen yang dapat membantu merawat bau badan, jerawat pada badan dan juga kesan terbakar akibat berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Ianya dapat membantu memberi kelegaan dan ketidakselesaan pada kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah ruam, jangkitan kulat dan bakteria boleh juga  menggunakan TTO Magic Body Lotion ni. Oh ye, losyen ini juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk serta pepijat dan ianya sesuai digunakan pelbagai lapisan umur.



Review Kinah Sepanjang Menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil

Alhamdulillah, macam tak percaya je jerawat boleh hilang dalam masa 3 hari saja tau. Kebetulan masa guna TTO ni naik jerawat pasir. Memang kinah ikut je 3 langkah tu, dan memang terbukti, jerawat pasir dah tak kelihatan lagi. Bila pegang je kulit, rasa licin dan minyak pada muka pun dah kurang. Kinah yang baru guna produk Cosmoderm ni dah in love sangat dengan TTO ni tau. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni.


Korang yang nak mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni boleh dapatkannya di mana-mana farmasi, kedai hospital, serta klinik di seluruh Malaysia termasuklah kedai runcit di Singapura dan Lubnan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan kesemua produk Cosmoderm di Watsons, Guardian, dan Aeon Wellness dari harga RM13.90 hingga RM34.90 atau korang yang tak sempat nak ke farmasi tu, bolehlah beli di Shopee je.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Cosmoderm Tea Tree Oil atau produk Cosmoderm yang lain, korang boleh terus terjah 


Website : www.cosmoderm.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm

Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm

Shopee : https://www.shopee.com.my/cosmoderm


TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS

Friday, 23 October 2020

,
Rupanya dah lama aktres dan penyampai radio popular, Sharifah Shahira mencari produk yang boleh melegakan sakit lutut ibunya.

Sharifah Shahira Jumpa Rahsia Bantu Sakit Lutut Ibunya


“Jadi ini berita gembira buat ibu saya. Tapi saya sebenarnya juga sudah kena belajar pakai benda ini. Umur macam saya ini, kena ambil tahu. Lainlah orang badan ringan tetapi keturunan saya pula badan besar, berat, jadi mudah sakit lutut.

“Kalau saya berjalan pun dah pakai selipar. Buat show pun pakai selipar. Takut kena effect bila ramai orang tua selepas umur 50 ke atas atau wanita menopaus, mudah sakit-sakit lutut. Tapi Alhamdulillah tahun 2020, saya terjumpa produk ni.

“Mulanya beli untuk mak, sebab dia susah nak bangun dari duduk. Nak bergerak pun perlahan sebab nak adjust tulang-tulang. Tapi saya pun pakai,” kata Sharifah Shahira tentang produk Gel Amani.

“Tapi jangan harap sekali pakai, terus baik. Kena pakai hari-hari, insyaAllah akan lega dan sakit semakin kurang,” katanya yang turut menggunakan Gel Amani buat suaminya, Ijoy Azahari yang gemar bermain golf.

Bukan setakat Gel Amani, nampaknya Sharifah Shahira juga mengambil Pati Jus Amani yang mengandungi madu, kurma, delima, minyak zaitun dan habbatus sauda sebagai rutin hariannya.

Katanya, Pati Jus Amani mudah diambil kerana siap sedia diminum tanpa perlu dibancuh dengan air.

Senang makannya, buka dan makan. Sebagai wanita berkarier, mana ada masa sangat.

“Pati Jus Amani ini bagus untuk membantu menambah tenaga saya. Umur macam saya lebih 40 tahun ini kena mesra dengan produk begini. Nak bertenaga dan saya pula suka pot pet pot pet, maka saya perlukannya. Yang penting tiada gula, jangan risau dan mereka yang ada kencing manis pun boleh makan Pati Jus Amani,” katanya menerusi satu rakaman video


 

Menurut Pengarah Urusan Amani Life Sdn Bhd, Leo Adiputra, produk Gel Amani telah membantu hampir sejuta pengguna sejak dikeluarkan pada 2014 dan dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh komuniti Eropah.

Anda boleh dapatkan produk Amani dari ejen-ejen online dan kedai jamu di seluruh negara.


KENAPA PERLU MEMILIH GEL AMANI ?

✅ Telah membantu hampir 1 juta pengguna sejak tahun 2014.

✅ Dijamin selamat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di bawah kategori ubat traditional. Nombor kelulusan : MAL17086021TC

✅ Dijamin HALAL oleh JAKIM. Nombor sijil halal : MS2424:2012

✅ Dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh kominiti Eropah. Mematuhi piawaian antarabangsa untuk menjamin mutu dan kualiti.

✅ Mudah dibawa kemana-mana kerana disimpan dalam botol plastik yang ringan dan tak mudah pecah sehingga boleh dimasukkan ke dalam poket seluar.

✅ Rasanya yang sejuk berangin sangat selesa pada kulit membuatkannya sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peringkat usia.

✅ Berbentuk cecair, mudah kering tanpa kesan melekit.

✅ Harganya berbaloi dan tidak membebankan : RM35 (30ml) & RM60 (60ml).


Untuk dapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut boleh layari Facebook


Sunday, 18 October 2020

,

Allah cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar rupanya kakak dah genap 5 tahun dah. Rasa masih baru lagi lahirkan kakak. Menjaga kakak ni, mudah tak banyak ragam dia. Sejak dah pandai dan tahu apa itu "birthday" jadi ni tahun yang kedua kami sambut hari lahirnya.


Selamat Hari Lahir Kakak
Selamat Hari Lahir Kakak


Kalau ikut perancangan awal, nak balik rumah opah dia sambut birthday tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, ayahnya beli kek dan panggil kawan-kawan dia makan kat rumah. Seronok betul dia masa tu. Bertambah seronok bila dia dapat hadiah skuter dari ayahnya. Dah lama dah dia mintak skuter tu, tapi tak beli pun haha.


Sejak jadi kakak ni, dia dah pandai gelarkan dirinya kakak. Bila mintak tolong pun sekarang dah boleh diharap. Bila adik nangis, dia yang pujuk siap berzikir lagi untuk adik. Tapi... Haaa ada jugak tapi, bila sampai time dia malas, bila mintak tolong je macam-macam alasan dia bagi tau. Sakit kepala la, sakit itu la, sakit ini la. Alahaiii kakak macam-macam hal.


Apa-apa pun, ibu dan ayah sentiasa doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat. Semoga kakak jadi kakak yang baik buat adik, jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki kakak. Ibu ayah sayang kakak.


Teringat pulak masa kinah masuk hospital aritu, kakak pulak dekat kampung. Berjurai jugak air mata ni sebab terpaksa berjauhan dengan kakak. Iyela sebelum ni pun mana pernah berenggang. Bila dia buat video call, sayu je rasa. Mulalah air mata ni beelinang dan masa tu barulah rasa rindu. Sekarang bila dah ada depan mata ni si ibu yang garang kembali menjadi singa hahah.



Wednesday, 14 October 2020

,

Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi | Tak tau nak buat apa di rumah dikala PKPB dilaksanakan di kawasan korang, hah apa kata korang sertai Vit's Exclusive Lucky Draw dengarnya pelbagai hadiah menarik menanti pada setiap minggu, mana la tahu kan ada rezeki korang nanti. Kalau korang nak tahu Vit's merupakan pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah mula bertapak di bumi Malaysia sejak  tahun 1975 lagi. 


Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi


Baru-baru ni mereka baru saja melancarkan sebuah program bersama pasaraya terbesar AEON iaitu Vit's AEON Cabutan Bertuah yang telah berlangsung pada 13 Ogos sehingga 15 September 2020 yang lepas. Sungguh tak sangka program cabutan bertuah ini mendapat sambutan begitu menggalakkan. Seramai 54 pemenang telah terpilih dalam cabutan bertuah tersebut.


Tapi korang janganlah kecewa kerana terlepas tawaran hebat tersebut sebabnya Vit's sekali lagi melancarkan program cabutan bertuah ini bagi musim kedua.


Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi

Apa yang perlu korang lakukan hanya beli produk Vit's dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia. Kemudian jangan lupa imbas kod yang terdapat pada paket tersebut. Nombor bertuah akan dicabut secara live di facebook  Vits pada setiap hari Khamis pada pukul 12.00 tengahari.


Bagi yang ingin menyertai Vit's Exclusive Lucky Draw ni, apa yang korang perlu lakukan ialah :

  1. Dapatkan produk 2 pek Vit's Italian Mi Goreng Bolognese, dan Aglio Olio di pasaraya yang berhampiran atau melalui online.
  2. Scan QR Code untuk sertai cabutan bertuah ini.
  3. Isi segala maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.
  4. Nyatakan 5 angka bertuah korang tu
  5. Masukkan resit pembelian 2 produk Vit's Italian Mi Goreng
  6. Nantikan setiap hari Khamis pada pukul 12.00pm di facebook live untuk undian secara live.


Hadiah yang menanti pemenang Vit's Exclusive Lucky Draw ialah


Grand Prize : 

Vespa Sprint 150

1st Prize : 

Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip

2nd Prize :

Nintendo Switch / Realme 6 Pro

3rd Prize :

Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker

Consolation Prize :

MiGor Facemask + Vit's Italian Mi Goreng Series


Untuk pengetahuan korang, peraduan cabutan bertuah ni berlangsung sehingga 26 November ini dan jangan lepas peluang untuk memenangi hadiah yang menarik yang bernilai sehingga RM20,000.00. 


Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi


Untuk lebih info mengenai Vit's Exclusive Lucky Draw boleh layari


Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles

Instagram: https://www.instagram.com/vits_malaysia

Youtube :

Vit's Youtube Official