Siapa melayan Andai Takdirnya memang tak akan miss nak menonton drama ni. Pada mulanya kinah pun tak berapa nak melayan. Bila member kata drama ni best, tryla tengok satu episod. Pergh drama ni memang best. Lain dari yang lain. Drama macam ni la yang sepatutnya penerbit buat. Jangan asyik cerita cinta je.
Walaupun tak tengok episod dari awal lagi, kinah dapat agak yang drama ni akan menjadi pengajaran kepada penonton yang mana realiti yang berlaku dalam kehidupan. Hidup tak semestinya indah, bahagia sahaja dalam masa yang sama adanya duka. Dalam drama ni, begitu tabah seorang isteri iaitu Fatihah lakonan Nina Iskandar menahan amarah suaminya, Airil lakonan Shukri Yahya apabila cemburunya datang. Bila datang cemburunya, mulalah Airil nak naik tangan dan yang menjadi mangsanya Fatihah dan anak mereka Aleya lakonan adik Balqish. Bila cemburu tu tiada, begitu romantisnya mereka, bila cemburu buta tu datang sakit yang Tihah dapat. Kesiannya.
Belum pula konflik yang berlaku antara ibu dan ayah Airil. Allahuakhbar nyaris nak berpisah di bulan yang mulia ni kerana sikap Cik Normah tu. Geram pun ada dengan cik Normah tu, ada je yang tak kena di mata dia tu. Asyik nak cari gaduh je. Kesian Pak Jalal.
Adik ipar Fatihah si Lin pulak selalu jadi batu api. Ada je berita yang nak disampaikan pada cik Normah tu. Aish geram pulak bila tonton cerita ni. Tahniah kepada TV3 kerana menyiarkan cerita ni. Cerita macam ni la orang nak. Ok la itu je nak di ulaskan buat masa ni. Tak sabar pulak nak tonton esok. Apalah jadi seterusnya? Harapnya nanti Cik Normah dan Norlin tu berubah la untuk kebahagian mereka.
Gambar kredit to EdTv
Gambar kredit to EdTv
9 Comments
Ni Dari cerita novel andai itu takdirnya ke. Ganas lelaki Tu pukul2 Bini. Eeee tak suka la
ReplyDeleteTak pasti la pulak. Sebab novel tu tak baca lagi.
DeleteBeza jalan cerita drama Andai Takdinya & Novel Andai Itu Takdirnya ��
DeleteHehehe smlm baru terjebak.. best jugak drama ni..
ReplyDeleteBila dah terjebak kenala layan sampai habis kan kak lea hehe
Deletesemua kata best. huhu
ReplyDeleteKan. Tu yang terjebak tu hehe
Deletealaa2.. Nurul tak terjebak lagi.. hehehe.. memang gayanya tengok dekat youtube je la nanti :D
ReplyDeleteSiqah pun sama terjebak. Seronok rasanya tengok cerita yang bukan adaptasi novel. Penuh pengajaran drama ni..
ReplyDelete