Susu Goodday Honey Flavoured Milk

Honey Flavoured Milk
Susu Goodday Honey Flavoured Milk| Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Malam ni kinah nak bercerita pasai susu. Baru-baru ni Goodday telah mengeluarkan susu perisa baru. Selalunya dalam pasaran kita jumpa susu seperti susu full cream, susu coklat dan strawberi. Tapi kini, Goodday telah memperkenalkan perisa baru iaitu Honey Flavour, dan Green Tea Flavour.

Setakat ni kinah jumpa perisa madu je. Perisa Green Tea asyik tak jumpa. Aishh belum rezeki lagi nak merasa yang tu. Kinah tau pasai susu ni pun daripada facebook. Sana sini duk tayang susu ni. Ehh tak boleh jadi ni. Belilah sekotak kat 7eleven. Beli yang kotak kecik je. Bila minum susu ni, Allah sedapnya. Memang lain dari yang lain. Tambah bila mimum masa sejuk tu. Memang sekali sedut je la hehe.

Hari ni keluar nak beli barang dapur. Bila lalu di rak susu, mula la mata ni mencari susu Goodday yang terlajak sedap tu. Sekali lagi hampa tak dapat juga yang perisa teh hijau tu. Ada kotak besar je. Kite nak kotak kecik. Selalunya kalau beli air kotak, beli yang enam tu. Kalo beli kotak besar kena cepat habiskan. Tak puas la minum macam tu. Kalau lama-lama dalam peti tu nanti dah tak segar dan sedap. Suami suruh amik je la yang perisa madu. Nanti kita cari tempat lain. Kita pun ikut je la.

Nampaknya perisa green tea hot item ye. Tak pela nanti ada la tu. Oh ye kalau nak cuba susu ni dah ada di mana-mana pasaraya dan supermarket di seluruh Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Memang tgh hot susu ni kan..green tea lina dah rasa sedap dan pekat..yg honey plk xde kt tmpat lina ni..habis memanjang

    ReplyDelete
  2. Kena g cari gak tapi sokmo time g cari xde pulak susu ni alahai

    ReplyDelete