Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promotion

Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promotion |Dalam banyak-banyak tempat yang kinah nak pergi bercuti, Singapura merupakan salah satu tempat pelancongan yang dah ada dalam wishlist kinah. Mengapa Singapura yang jadi pilihan? Haaaa ni yang kinah nak cerita dengan korang ni. Sebenarnya ada beberapa tempat yang menarik di SEEngapore yang kinah nak sangat pergi tau. Sekali sekala berjalan ke tempat orang, bestnye!!

Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promotion

Nampak je Singapore ni kecik, tapi pada hakikatnya banyak jugak tempat menarik yang boleh kita lawati di Singapore ni ye. Teknologi yang ada di Singapore ni pun boleh tahan canggih antaranya ialah teknologi 4 dimensi(4D), teater mekanikal, pameran interaktif dan banyak lagi la. Jadi, tak hairanlah kenapa ramai orang melancong ke sana. Jadi, ada beberapa tempat yang kinah dah masuk dalam wishlist bila sampai ke Singapore seperti: 

The Merlion Tower

Tak sah rasanya bila melancong ke Singapore, tak ke The Merlion Tower. The Merlion Tower merupakan salah satu destinasi wajib untuk dilawati oleh para pelancong. Lihatlah seni binaannya yang unik tu. Tinggi menara ni kalau korang nak tahu setinggi 37 meter. Terletak di sebuah taman seluas 2500 kaki persegi. Sebenarnya tugu dengan kepala singa membawa maksud yang Singapore ni ialah Singapura manakala ekor ikan adalah gambaran bahawa suatu masa dahulu, Singapore ni pada asalanya adalah perkampungan nelayan. Hah alang-alang dah sampai ke sini, jangan lupa bergambar kenang-kenangan di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa S$12| Kanak-kanak & Warga Emas S$9
Alamat: 30 Imbiah Rd, Singapore 099705

Orchard Road

Kalau dah namanya perempuan, tempat macam ni adalah tempat "WAJIB" dikunjungi haha. Para suami sila alert ye. Sekali sekala belanja apa salahnya. Haha kenapa kinah senaraikan Orchard Road sebagai destinasi pilihan? Sebenarnya Orchard Road dah lama dah menjadi lokasi tempat berjual beli sejak tahun 1850 lagi. Hmm lama tu. Masa dulu tempat ni cuma gerai-gerai menjual makanan dan barangan basah. Tapi sekarang tengoklah tempat ni banyak dah berubah. Kebanyakan sekarang dah jadi tempat puasat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, ada galeri seni ish macam-macam la. Dengarnya, kat sini takda la susah nak cari tempat makan. Ada je makanan yang kena dengan selera korang. Korang pilih je nak makan apa, Western? Tempatan, semua ada cuma tinggal nak keluar duit je. 

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Alamat: 437 Orchard Road, Singapore

ZOO Singapore

Macamlah Malaysia ni tak ada Zoo. Mana-mana zoo sama je. Cuma Singapore Zoo ni ada binatang yang tak ada di Zoo Malaysia. Bila ada anak kecik ni, confirm tempat macam ni adalah salah satu tempat yang wajib kita lawati. Thahirah mesti suka. Kalau korang nak tahu, kebanyakan reka bentuk zoo ni lebih banyak menggunakan alam semulajadi sebagai pagar dan ini akan membuatkan kita seolah-olah berada di sebuah taman botani. Haaa zoo lain semuanya berpagar tak macam kat sini. Oh ye, sesiapa yang inginkan pengalaman melihat binatang pada waktu malam, korang boleh join Night Safari, lebih kurang 2000 ekor binatang dalam satu kawasan yang luas dan ambil masa yang lama juga untuk habiskan perjalanan Night Safari korang tu. Antara zon yang terdapat di Night Safari ialah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa S$33| Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$22 | Warga Emas S$15
Alamat: 80 Mandai Lake Road, Singapore 729826

Henderson Wave Bridge

Sumber: worldtop.com
Nampak tak bentuknya macam ombak? Daripada situlah Henderson Wave Bridge dapat nama. Nampak unik sangat. Siapalah arkitek dan juruteranya kan. Kalau korang nak tahu, jambatan ni merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat. Panjang jambatan ni sepanjang 274 meter. Basah jugak ketiak bila lalu jambatan ni ye haha. Apa yang menarik sepanjang berjalan di atas jambatan ni, korang dapat lihat pemandangan indah flora dan fauna serta kawasan pulau. Selain itu, korang juga dapat melawat 3 buah taman yang ada di Singapore iaitu Bukit Teluk Blangah, Kent Ridge Park dan Mount Faber. Nak nampak cantik dengan limpahan cahaya lampu, korang datang waktu malam, memang cantik.

Waktu Operasi: 24 Jam
Alamat: Henderson Road, Southern Ridges, Bukit Merah, Singapore 159557

Dalam banyak-banyak tempat di Singapore ni, inilah tempat yang kinah nak sangat pergi. Kebetulan pulak Traveloka tengah adakan kempen sempena "SEEngapore - For a Roaring Good Time".  Jadi, pada yang ada perancangan nak bercuti tu, inilah masanya. Seperti mana yang kita ketahui, Traveloka adalah pakar bagi percutian dan perjalanan anda. Jadi, usah ragu dan bimbang ciptalah kenangan manis percutian korang dengan hanya menempah Traveloka untuk menikmati percutian korang tu. Best kan!!!!
Traveloka adalah "one stop travel app" yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian korang ke Singapore. Kalau nak lebih mudah, hanya download aplikasi Traveloka ke telefon pintar korang sekarang sebabnya Traveloka tengah menawarkan diskaun hebat iaitu RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Memang rugilah korang yang tak guna diskaun ni. Hanya gunakan kupon GOSG ni je korang boleh menikmati diskaun yang Traveloka bagi. Oh ye, diskaun ni korang juga boleh guna melalui website official Traveloka. Haaaa tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore.
Sebelum membuat tempahan Traveloka Promotion, korang kena baca dulu syarat-syarat dan cara membuat tempahan supaya lebih jelas.
  • Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  • Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
  • Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  • Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
  • Tempoh Perjalanan: Anytime
Haaa tunggu apa lagi, tempah la sekarang sebelum promosi ni tamat. Selamat bercuti.

Post a Comment

29 Comments

  1. wahh bestnya kalau dapat jalan jalan singapore walaupun berjiran je.

    ReplyDelete
  2. negara kecil tapi penuh dengan tarikan unik! Best sangat kalau dapat pergi sana :D

    ReplyDelete
  3. Singapore ni kecil cili padi, banyak sebenarnya tempat menarik kat sana.. 😍

    ReplyDelete
  4. menarik.. harga promo murah sangat dah tu =D

    ReplyDelete
  5. jom Kinah..kita ke Singapore reramai...kita enjoy kat Kota Singa sambil mengaum..hehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai singpore lagi tengok tempat cantik2

    ReplyDelete
  7. boleh la tempah kalau rasa nak g bercuti hujung tahun nanti

    ReplyDelete
  8. wishlist jugak ni kinah hhii.. bila nak pi tak tahu dah la promosi tengah murah

    ReplyDelete
  9. xpernah lg p sini, tp tmpt2 nya menarik

    ReplyDelete
  10. Kalau boleh memang nak gi Singapore lagi sebab banyak tempat menarik lagi nak singgah . Skrg traveloka buat sales diskaun tiket penerbangan dan hotel .Boleh lah tsmpat sekarang nak ke Singapore.

    ReplyDelete
  11. bestlah dapat pergi sg . banyak tempat menarik yang boleh kita lawati . nak ambil photography pun cantik . harap2 ada rezeki untuk dtg ke sg . tenkiu sebab sharing this artikel

    ReplyDelete
  12. last p spore 2012...tp pegi USS je tk sempat round2 tmpt menarik kt spore...booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    ReplyDelete
  13. Dah pernah ke Singapore. Masuk naik kereta ajer. Nak gi mana2 dalam tu just jalan kaki ajer. Senang tak payah susah cari parking. Banyak tempat kat sana tak lawat lagi....

    ReplyDelete
  14. Dari 2 thaun lepas planning dengan husband nak je singapore tapi ada je halangan. Tahun ni dah nak pergi dah sekali terpregnant pulak. Tak larat nak berjalan jauh. Kite skip lagi sekali. Hopefully tahun depan traveloka buat lagi promo macam ni

    ReplyDelete
  15. Wahhh menarik la..x pernah lg sampai sgpore wlupun berjiran dgn negeri kelahiran sndr..Insyaallah 1 hr nti

    ReplyDelete
  16. Akak permah tinggal kat Singapura dulu. Memang best. Memang ada plan nak pergi Singapura. Traveloka buat sale mcm ni lagi melonjak2 nak pergi sebab murah

    ReplyDelete
  17. airah pun tak berkesempatan nak ke singapore lagi tapi bila ada promo macam ni boleh la plan trip hihi dapat jimat banyak jugak

    ReplyDelete
  18. Kebetulan Rawlins memang nak ke Singapura hujung bulan nie maka boleh la saving dengan kod yang diberikan. Yeay! Boleh shopping extra!

    ReplyDelete
  19. the promotion seems so nice. I have not visit SG for years. perhaps its time to plan a visit soon with family

    ReplyDelete
  20. Wah ada promo Traveloka ke ni..biasa gi Singapore dgn kereta je, kalau ada kerja official kat sana je baru fly..ni kalau dpt RM50 promo traveloka pun cun sgt dah ni

    ReplyDelete
  21. Walaupun sebuah negara kecil tp singapura byk tempat menarik utk dilawati. Dgn promosi yg traveloka buat nie, rasa mcm nk lawat singapore lg je.

    ReplyDelete
  22. Bestkan kalu dapt pergi singapore ngan famili. Beli pakej dengan traveloka lebih nurah dan berbaloi

    ReplyDelete
  23. Jom saya nak pergi nak bawa saya sekali ker pergi sana hehehe tengah murah ni boleh lah belanja kawan-kawan sekali sekala hehehe dah lama tak pergi sana...

    ReplyDelete
  24. Thanks for the code! Bolehlah Aku plan bercuti with my family soon!

    ReplyDelete
  25. Ok lah tu kan nak jalan jalan singapure pun ada diskaun rm50. Kalau pergi satu keluarga sepuluh orang dah save rm500 kan

    ReplyDelete
  26. Banyak kempen yang di jalankan sekarang ni. dapat no kod tu automatik boleh guna untuk diskaun ya

    ReplyDelete
  27. I miss Singapore but after conversion mahal lagi that's why lama x pregi since got traveloka now can plan for a trip!

    ReplyDelete
  28. Katanya mmg singapore satu negara yang banyak tempat tempat best. kena explore sg ni hee

    ReplyDelete