DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll"

Pada 6 Oktober lepas, DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen #DatumHomesforAll di galeri jualan Datum Galeria yang terletak di Jalan U Thant di Kuala Lumpur.

Datum, datum corp, datum homes
DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll

Majlis pelancaran ini juga turut dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari. Kempen Datum Homes forAll bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan komuniti DatumCorp melalui dua objektif iaitu

#DatumHomesforAll #DatumCorp #KomunitiOrangAsli #DatumTap
DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll

#DatumHomesforAll #DatumCorp #KomunitiOrangAsli #DatumTap
DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll

#DatumHomesforAll #DatumCorp #KomunitiOrangAsli #DatumTap
DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll

Pertamanya adalah dengan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan sumbangan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor. Ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat DatumCorp yang diperkenalkan melalui permainan mudah alih "Datum Tap" yang mana ia merupakan permainan pertama di Malaysia.

Kedua pula adalah dengan meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui 4 pakej khas unik sebagai meraikan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat pertamanya bagi membolehkan pelabur dan bakal pemilik kediaman ditawarkan dengan lebih nilai apabila memilih menjadi sebahagian daripada komuniti Darum Jelatek. 

#DatumHomesforAll #DatumCorp #KomunitiOrangAsli #DatumTap
DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll

Pakej tersebut ialah The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack, dan Pro-C Pacj yang mana ia direka untuk memenuhi keperluan unik para pembeli individu.

#DatumHomesforAll #DatumCorp #KomunitiOrangAsli #DatumTap
DATUMCORP Lancar Kempen "#DatumHomesforAll

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian MOU antara CEO DatumCorp International, Shyful Shahryn Mohamad Shaari, dengan Presiden Epic Society, John Son Oei.
#DatumHomesforAll #DatumCorp #KomunitiOrangAsli #DatumTap

Turut dilancarkan adalah permainan pertama "Datum Tap" yang memberi peluang kepada pemain untuk membantu komuniti Orang Asli melalui bermain permainan melalui telefon pintar dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan iaitu Pakej Melancong ke Osaka dan berpeluang memenangi hadiah mingguan iaitu Huawei P20 Pro. Permainan Datum Tap merupakan permainan mudah alih yang unik dan ia boleh dimuat turun dengan IOS dan Android. Pemain hanya mengumpul "planks" dengan bermain telefon pintar bagi membina rumah maya untuk komuniti Orang Asli.

Para peserta yang berminat untuk menyertai permainan tersebut hendaklah "Like" Datum Jelatek Facebook Page, dan log masuk di dalam aplikasi mudah alih dengan authentik akaun facebook dan berpeluang untuk merebut hadiah utama dan juga hadiah mingguan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website www.datumjelatek.com.my atau Facebook DatumJelatek

Post a Comment

24 Comments

  1. wah. adakah org asli akan dpt sebuah rumah gini?
    atau camne ye. if yes, ohsem lah.
    masyarakat org asli ni special pada aida.
    diorang adalah penduduk pribumi yg mesti kita appreciate.
    mereka masih lagi tradisional. itu la ciri2 negara kita sebeno nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak EPIC akan berusaha membina rumah untuk orang Asli yang kurang perhatian. Ini adalah salah satu projek CSR bagi membantu komuniti orang Asli.Rumah yang kat atas tu dibuka jualan kepada orang awam yang tengah mencari rumah.

      Delete
  2. Bagus objectives kempen ini untuk membantu Orang Asli yang kurang mendapat perhatian..

    ReplyDelete
  3. Masyarakat orang asli perlukan arus kemodenan agar mereka tidak dipinggirkan..seeloknya mereka diberi kediaman yang selesa..kempen kesedaran pun perlu diperluaskan..sama adil kan..orang luar pun boleh juga beli rumah..harga rumah sekarang pun sangat mahal...

    ReplyDelete
  4. such a good campaign to create awareness.... it's great to let ppl hear more about the orang asli's voices..

    ReplyDelete
  5. Bagus sebenarnya projek sebegini. Dapat membantu kaum Orang Asli. Qiss pun dah mula join Game tu. Boleh juga menyumbang melalui permainan tu kan.

    ReplyDelete
  6. Cantik juga tengok reka bentuk rumah tu mewah dan menarik tapi harga mampu milik ker untuk orang Melayu macam kita ni huhuhu nak beli rumah sekarang susah harga melampau teruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Maha rumah ni tapi harganya pun boleh tahan jugak cantik hihi

      Delete
  7. oh menarik jugak inisiatif mereka ni, nak memperkenalkan dan mengetengahkan lagi orang asli di Selangor..tapi sorry tak berapa faham, apa langkah2 nya tu yea? adakah orang asli tersebut dapat rumah tu jugak? kalau Datum homes for all ni means untuk orang asli sekali mmg baguslah dan sejaharlah dgn inisiatif mereka tu kan. And bagus sebab selitkan jugak contest yg menarik hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah ni dibuka untuk jualan. Melalui games Datum kita akan mengumpul 'planks' untuk membantu membina rumah maya untuk Orang Asli. Apabila kempen ni berakhir, pihak EPIC pula akan berusaha membangunkan rumah untuk mereka.. Ni adalah salah satu projek CSR mereka.

      Delete
  8. Program yang bagus ni untuk menghargai org-org asli. Siap ada game lagi. Nanti akak nak join game tu.

    ReplyDelete
  9. Game dia kalau menang dpt huawei kan?Nak join jap nk donload terus hahaha.

    ReplyDelete
  10. Bagus betul kempen cam ni, sekurang-kurangnya membantu orang-orang asli kita. Game tu tak tahu pulak sis..nanti nak cuba gak lah

    ReplyDelete
  11. Semoga kempen ini diteruskan sampai bila-bila Dan dapat membantu nasib orang asli di Selangor. Mereka juga ada hak seperti orang lain.

    ReplyDelete
  12. Nampak bagus kempen nie utk masyarakat. Boleh memilih pakej mengikut citarasa dan kehendak pembeli. Semoga kempen mcm nie dapat dilaksanakan lagi dgn banyak di masa akan dtg

    ReplyDelete
  13. bagusnya company sebab ada inisiatif untuk kemajuan dan kemodenan orang asli cuma i tertanya orang asli nak ke hidup rumah macam dekat bandar bandar ni, i rasa mereka lagi beruntung sebab dapat menikmati udara segar dengan tumbuh tumbuhan yang cantik... ;( lagi kaya sebab dapat peluang melihat flora dan fauna yang rare.. ;( entahlah...

    ReplyDelete
  14. Bagus ada kempen bantu oarang asli. Sebab diaorang banyak yang dipinggirkan. Kempen ni memang boleh meningkatkan kesedaran org ramai tentang keperluan orang asli

    ReplyDelete
  15. Okay kempen macam ni , terutama orang asli puj kena bantu , now zaman makin moden so kene juga bantu ikut arus kemodenan

    ReplyDelete
  16. bagus juga bila ada yang ambil berat dan berusaha untuk memajukan orang asli ...

    ReplyDelete
  17. Bagus betul, main datum pastu bantu orang asli..terbaikla..main bukan saje-saje ye..orang asli sekarang pun kita kena amik tau

    ReplyDelete
  18. Datum tap? Apa tu. 😅
    Bagus juga ada perkongsian maklumat macam ni kan. Zaman sekarang ni walaupun kaum orang asli, kita kena juga bantu mereka kan.

    ReplyDelete
  19. Sy sangat berharap agar projek ni btl2 dilaksanakan utk org asli. For me orang asli adalah penduduk Malaysia yg sepatutnya diberikan priority.

    ReplyDelete
  20. Bagus projek macam ni. At least nasib orang asli pun terbela. Takde la sampai disisihkan dari pembangunan semasa. Good job

    ReplyDelete
  21. Kinah rumah dia cantik betul. Tp akak paling tertarik Datum Tap. Kalau main memang asyik lah.

    ReplyDelete