Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee

Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee  | Sabtu lepas, selepas makan kenduri di kawasan rumah lama kami, kitorang terus gerak ke IKEA Damansara. Dah tak tau nak jalan ke mana, ke IKEA la destinasinya. Hajat sebenar nak ke sana, nak survey rod langsir untuk rumah ni dan tengok showroom sekali kot kot ada la idea nak deko. Hmm tapi buat masa ni idak la nak deko lagi sebab Thahirah kecik lagi. Tak sesuai nak deko. Kang penat deko, dia buat kencah boleh jadi mak ko ijau nanti.

Nak dijadikan cerita hari tu, Thahirah dah mula buat ragam. Hmm penat la tu pusing showroom. Kita ni tak habis belek lagi dia dah ajak balik. Takpe la beli rod langsir untuk rumah dulu. Sambil tu mata ni tengok jugak rak untuk ruang dapur. Okay dah nampak rak yang berkenan di hati, konon nak cari la kat gudang bawah tu, hmm dah Thahirah dah bising ajak balik, kitorang terus je ke kaunter bayaran.

Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee

Rak IKEA Hyllis, rak untuk ruang dapur, rak yang sesuai untuk dapur yang sempit, rak IKEA, rak untuk dapur
Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee
Tak dapat la nak beli rak tu. Kebetulan pulak tengah Shopee buat sale 9.9 ni, kinah pun order je la kat shopee. Senang keje haha. Bayar lebih sikit pun takpe la janji dapat. Ingat rajin sangat nak memcemar duli ke IKEA tu selalu ke haha. Mujurlah ada jual di shopee. Harganya pun tak jauh beza pun kalau beli di IKEA.
Rak IKEA Hyllis, rak untuk ruang dapur, rak yang sesuai untuk dapur yang sempit, rak IKEA, rak untuk dapur
Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee
Tadaaaa ni la dia rak IKEA Hyllis untuk ruang dapur kami yang dah siap. Disebabkan ruang dapur agak terhad, kena susun macam ni supaya teratur sikit. Sorry ek nampak terabur lagi, next time nak susun betul-betul lagi. Bila letak barang kat sini takde la nampak sarat sangat table top tu. Nak susun, hias rumah ni kena ambik masa, bergantung pada bajet jugak. Kang terlebih bajet kang, ada yang kena ikat perut pulak sementara nak tunggu gaji nanti.
Rak IKEA Hyllis, rak untuk ruang dapur, rak yang sesuai untuk dapur yang sempit, rak IKEA, rak untuk dapur
Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee
Disebabkan kesemuanya barangan IKEA jenis kena pasang sendiri, kinah apa lagi tunjuk la skill pasang rak tu sendiri. Lama kot tak buat kerja gini. Nak tunggu yop pasangkan, lambat la nak siap sebab kawan tu kerja. Dia balik mesti penat. Nampak mudah sebab dah diberi manual, tapi bila buat kerja pasang dengan ada budak kecik kat rumah ni, agak susah sikit. Tambah dia memang jarang tidur siang, nak buat pada waktu malam takut bising pulak. Kebetulan ada kotak kinah bagi je la dia main, biar dia leka main kotak tu. 
Rak IKEA Hyllis, rak untuk ruang dapur, rak yang sesuai untuk dapur yang sempit, rak IKEA, rak untuk dapur
Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee
Dah nama pun perempuan, petang kinah pasang malam baru sudah. Sebabnya, Thahirah ajak main kat luar pulak. Kita pun kemas apa yang patut baru la bawak dia main, sambil anak-anak main kami geng mak mak menyembang la sambil makan aiskrim Malaysia. Hahaha aduii macam ni la rutin harian sejak duduk sini.

Rak IKEA Hyllis, rak untuk ruang dapur, rak yang sesuai untuk dapur yang sempit, rak IKEA, rak untuk dapur
Beli Rak IKEA Hyllis Untuk Ruang Dapur di Shopee
Habis main mandi apa semua baru sambung balik kerja memasang rak tu. Pum pang, pusing sana sini baru lah nampak rupa rak. Kalau korang nak tahu, IKEA Hyllis Shelving unit ni tak berapa kukuh sangat tau, korang kena betul-betul letak dekat dinding. Kalau korang rajin, korang boleh skrukan terus ke dinding untuk lebih kukuh. Ada diberitahu dalam manual.

Ok lah itu aje cerita setakat ni. Pinggang dah mula sengal sengal takat tak boleh bincang ni. Biasa la bila angkat barang, susun barang sendiri gini la jadinya. Yop balik kerja malam tu mintak tolong dia pijak belakang sebab dah tak tahan sangat. Kahkah sendiri cari penyakit, memang mendapat la. Tapi takpe yang penting dapur i dah kemas hehe. Haa nanti ada bajet lain masuk, nak kemas yang lain pulak.




Post a Comment

15 Comments

  1. kita pun baru beli rak ni minggu lepas kinah..Memang berbaloi beli ..Lagilah untuk jimatkan ruang kan..

    ReplyDelete
  2. eh berbaloi la beli...mahal sikit takpe kot..tapi tu la nak memasangnya memang amik masa..kalau akak sure x settle sebab akak jenis tak sabar...

    ReplyDelete
  3. kITA PUN DAH BELI RAK NI...MEMANG SANGAT SESUAI DILETAKKAN DIDAPUR YANG KECIL...JIMAT RUANG NAK LETAK BARANG YANG BERLAMBAK SANGAT TU...

    ReplyDelete
  4. hee~ akak memang suka rak hyllis nih.. ada dua kat rumah.. tapi rasanya macam kena tambah lagi je.. al maklum lah.. barang isi rumah semakin bertambah, nak storage yang fleksible.. gittew-- modal nak g IKEA sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. harga tak jauh beza dan lebih murah okaylah kalau shopping kat shopee ni kan

    ReplyDelete
  7. wahhh... shopping rak...

    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    ReplyDelete
  8. Jimat masa beli dekat shoppe. Kalau beli dkt Ikea terbeli brg lain jugak hehe.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/temporary-mini-library-2019.html

    ReplyDelete
  9. beli kat shopee lagi murah daripada beli guna personal shopper. feii suka beli di shopee hehe

    ReplyDelete
  10. Mcm2 ada kat shopee. Betul, kalau nk pergi IKEA tu mmg fikir byk kali lah..

    ReplyDelete
  11. shopee lagi jimat. pernah beli barang ikea dari personal shopper, agak pricey laa jadinya :-)

    ReplyDelete
  12. nice. mcm2 boleh letak kat rak ni

    ReplyDelete
  13. cantiklah rak tu.. buat tempat letak buku pun lawa..

    ReplyDelete