Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre | Menjadi ibu bapa merupakan satu pengalaman yang begitu indah bagi mana-mana pasangan yang telah berumahtangga. Begitu juga dengan kami berdua, kehadiran Thahirah dalam kehidupan kami mengajar kami dan menjadikan kami lebih matang.
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre
Walaupun begitu, kami yang masih naif dengan ilmu keibubapaan ni perlu memantapkan lagi ilmu yang sedia ada ditambah pula dengan cabaran membesarkan anak pada zaman kini berbeza dengan zaman ibu membesarkan kita dahulu. Disebabkan itu, kami berdua buat keputusan untuk menghadiri Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre Bandar Sunway pada ahad yang lepas.
Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre Bandar Sunway
Untuk pengetahuan semua program yang kami hadiri ni adalah program yang dianjurkan oleh Majalah Parenthood dan berkolaborasi bersama Nippon Paint Malaysia dan juga Sunway Medical Centre. Topik yang dibincangkan pun sangat menarik dan begitu relevan pada masa kini.
Antara topik yang difokuskan dalam bengkel ini ialah 5 jenis penyakit yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak, cara mengatasi anak yang picky eater, mengapa udara bersih penting dalam rumah, cara meningkatkan potensi anak-anak.
5 Jenis Penyakit Yang Biasa Dihadapi Oleh Kanak-kanak
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre |
Topik pertama dibentangkan oleh Dr Cham Weng Tang iaitu Consultant Paediatrician. Menurut beliau, terdapat lima jenis penyakit yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak iaitu selsema, influenza, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), cirit-birit dan juga demam denggi. Dalam sesi ini juga, doktor turut dinding rumah kita oada zahirnya nampak cantik di mata tapi sebenarnya menjadi medium tempat penyebaran virus dan bakteria.
Cara Mengatasi Anak Yang Picky Eater (Memilih Makanan)
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre |
Sesi kedua ialah topik cara mengatasi anak yang picky eater atau dalam bahasa Melayunya memilih makanan. Topik ini dibentangkan oleh pakar Dietician iaitu Miss Caleste Lau. Dalam sesi ni, kami diberikan beberapa tips bagaimana untuk mengenal pasti adakah anak kita ni picky eater atau pun sebenarnya mempunyai masalah pemakanan. Miss Caleste Lau juga turut kongsi beberapa tips menangani picky eater dan bagaimana memperkenalkan makanan kepada anak pelbagai pilihan makanan supaya mereka membesar dengan lebih sihat.
Mengapa Udara Bersih Penting Dalam Rumah
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre |
Sesi ketiga bermula selepas makan tengahari. Sesi ini dikendalikan oleh Dato Dr Rajbans Singh iaitu President of Malaysian Wellness Society. Dalam sesi ini, Dato menceritakan kepentingan udara yang bersih di dalam rumah. Menurut beliau, udara dalam rumah sebenarnya tiga hingga 5 kali lebih tercemar dari luar rumah. Terkejut kami mendengarnya. Nampaknya kami perlu cari solusi untuk meningkatkan kualiti udara dalam rumah. Jika tidak, ianya akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Beliau juga tidak lokek untuk kongsikan beberapa langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
Cara Meningkatkan Potensi Anak-anak
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre |
Topik akhir dalam bengkel ni ialah cara meningkatkan potensi anak-anak dibentangkan oleh Miss Sam Jeng Mun iaitu seorang Clinical Psychologist. Pada hari itu, kami diminta untuk menjawab questionnare, yang mana markah yang kita dapat nanti akan menentukan kita ni kategori ibu bapa yang mana, sama ada harimau, panda, dolphin ataupun jellyfish. Kalau korang nak tahu setiap binatang ni ada style yang tersendiri. Setiap style tersebut akan memberi kesan yang berbeza kepada anak-anak kita.
Nippon Paint Wellness Coloring Contest
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre |
Semasa kami sampai ke Subang Medical Center ni, ramai juga ibu bapa yang turut sama hadir menyertai bengkel ni. Sebelum sesi pertama bermula, kami sempat mengambil gambar Thahirah di photobooth Nippon Paint Malaysia dan terima cenderamata dari Nippon Paint setelah kongsi gambar tersebut di media sosial. Thahirah punya la suka. Terima kasih Nippon Paint Malaysia.
Pengalaman Menghadiri Bengkel Milennial's Guide To Parenthood di Sunway Medical Centre |
Selain daripada topik yang dibincangkan di atas, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang yang menyertai pertandingan mewarna. Kira-kira 200 peserta yang menyertai pertandingan mewarna namun hanya 26 peserta sahaja yang terpilih sebagai pemenang.
Website : https://parenthood.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ParenthoodMalaysia
Instagram.com : https://www.instagram.com/parenthood.magazine
3 Comments
Thanks for sharing your info. I really appreciate your efforts and I am waiting for
ReplyDeleteyour next write ups thank you once again.
Bagus sesekali kita attend seminar macam ni kan. Banyak info baru yang kita akan dapat dan boleh apply nanti.
ReplyDeleteBagusnya bengkel macam nie.. banyak yang boleh dipelajari..
ReplyDelete