PG Mall Adakan Mega Pre Sale dan Sale Bersempena 8.8 Bagi Tahun 2020

PG Mall Adakan Mega Pre Sale dan Sale Bersempena 8.8 Bagi Tahun 2020 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kinah yakin ramai yang telah memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Aidiladha pada Jumaat ni. Raya, raya jugak ye, SOP jangan dilupa. Bukannya apa, risau pulak beberapa hari ni kes yang positif semakin meningkat. Selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan, kita juga perlu biasa dengan kehidupan norma baharu seperti membeli belah secara dalam talian.

Seperti yang kita semua maklum, membeli belah secara dalam talian ataupun online telah menjadi trend bagi rakyat Malaysia pada masa kini, tak terkecuali dengan kinah. Sejak mengandung dan semakin sarat ni, kinah dah malas nak jejak pasar raya, hypermarket tu semua. Jadi, kinah kalau nak beli barang keperluan terutama barangan bayi, beli online la jawabnya. Lebih mudah, jimat minyak dan tenaga hehe. Satu lagi mengapa beli secara online ni menjadi pilihan adalah disebabkan pelbagai ganjaran yang ditawarkan seperti PG Mall yang akan mengadakan Mega Pre Sale bersempena 8.8 tak lama lagi. Ajer rambang mata nak pilih yang mana sebab semuanya best-best.

PG Mall Adakan Mega Pre Sale dan Sale Bersempena 8.8 Bagi Tahun 2020

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu PG Mall? Mungkin ada diantara korang yang dah tau dan ada juga yang belum tahu mengenai PG Mall ni kan…


PG Mall Platform E-Dagang No 1 Di Malaysia

Kalau korang nak tahu, PG Mall merupakan satu platform e-dagang No 1 di Malaysia ni tau. PG Mall mula ditubuhkan sejak pada tahun 2017 lagi ianya merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang ada di Malaysia dan menduduki ranking antara 3 platform e-dagang yang terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan oleh rakyat untuk membeli belah pelbagai barangan seperti barangan bayi, gajet, barang dapur, kosmetik dan pelbagai lagi. Korang boleh rujuk laporan mengenai PG Mall daripada Iprice Insight Report di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en. Nampaknya dengan ada laporan sedemikian, membuktikan bahawasanya PG Mall telah mula berkembang dari masa ke semasa.

Di samping itu, PG Mall juga turut menerima segala pembayaran melalui e-wallet mahupun pembayaran secara atas talian daripada semua bank yang terdapat di Malaysia. Kan lebih mudah begitu, korang tak perlu lagi nak beratur panjang di mesin atm lepas ni untuk keluarkan duit.


Jom Shopping Di PG Mall Bersempena Mega 8.8 Pre Sale 


PG Mall Adakan Mega Pre Sale dan Sale Bersempena 8.8 Bagi Tahun 2020

Beberapa hari saja lagi kita akan memasuki bulan baru iaitu bulan Ogos. Sempena memasuki bulan Ogos, ada berita baik buat korang. Pihak PG Mall akan mengadakan Mega Pre Sale sempena 8.8 bermula 3 Ogos 2020 sehingga 7 Ogos 2020 ini. Banyak tawaran menarik yang boleh korang grab bersempena Mega 8.8 Pre Sale ni tau. Antaranya ialah tawaran kilat harian serendah RM8.00, potongan sebanyak RM5.00 bagi setiap pembelian bernilai RM38.00 (Tawaran ini sah untuk pengguna baru sahaja) serta potongan sebanyak RM15.00 bagi setiap pembelian yang bernilai RM88.00 bagi semua pengguna sedia ada mahupun pengguna baru.

Wah syok la macam ni, banyak jugak offer sempena Mega 8.8 Pre Sale ni. Dah boleh set reminder dah lepas ni. Kalau Korang nak tahu lebih lanjut mengenai kempen Mega 8.8 Pre Sale ni korang boleh klik di sini https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign


Jom Shopping Lagi Sempena Mega 8.8 di PG Mall


PG Mall Adakan Mega Pre Sale dan Sale Bersempena 8.8 Bagi Tahun 2020

Bagi yang tidak berkesempatan atau terlepas peluang untuk berbelanja di PG Mall sempena Kempen Mega 8.8 Pre Sale, janganlah sedih. Masih ada lagi peluang untuk korang tau. Korang masih berpeluang untuk berbelanja sempena Mega 8.8 pula. Aduhhh banyak juga tawaran dari PG Mall sempena Mega 8.8 pula. Kinah bukak website PG Mall mula lah rambang mata nak beli yang mana dan semestinya tak sabar nak tunggu tarikh 8.8 untuk shopping dan ambik segala tawaran yang diberikan. Antaranya ialah semestinya potongan sebanyak 8% dan ada juga diskaun sebanyak RM88 dengan pembelian sebanyak RM188.

Selain tu, tawaran yang diberikan semasa kempen Mega 8.8 Pre Sale turut diberikan ketika kempen Mega 8.8 iaitu potongan sebanyak RM5.00 bagi setiap pembelian bernilai RM38.00 (Tawaran ini hanya sah untuk pengguna baru sahaja) serta potongan sebanyak RM15.00 bagi setiap pembelian yang bernilai RM88.00 bagi semua pengguna sedia ada mahupun pengguna baru. Jadi, korang yang dah terlepas dengan tawaran semasa kempen sebelumnya bolehlah ambik peluang dalam kempen ini. Uish memang puas hati sangat la gitu. Nak tahu lebih lanjut bolehlah rujuk di https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign


Buat Pembayaran Melalui Maybank QRPay


PG Mall Adakan Mega Pre Sale dan Sale Bersempena 8.8 Bagi Tahun 2020

Bagi pemegang akaun Maybank, ada berita baik buat korang. Kini, korang boleh buat bayaran menggunakan Maybank QRPay dan korang boleh nikmati penjimatan secara ekslusif dengan Maybank QRPay. Apabila korang berbelanja menggunakan Maybank QRPay ataupun menggunakan akaun MAE di PG Mall, korang akan dapat potongan harga sebanyak RM5.00. Tawaran ini sah sehingga 31 Julai 2020 saja dan jangan lupa masukkan kod promo FLASH sebelum check out tau.

Jadi, tunggu apa lagi cepat cepat install PG Mall atau korang boleh je terus shopping di https://pgmall.my/home sekarang.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PG Mall dan kempen lain korang boleh layari

Website: www.pgmall.my 


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Maybankqrpay #Mae #Mega88 #PreSales #eighteight #PresalesParty #PGMall4u #Cashback #points





Post a Comment

2 Comments