Drum Mesin Basuh Senget Sebelah

Assalamualaikum semua.. Seperti biasa la housewife macam kinah ni, kerja basuh membasuh tu dah jadi kewajipan la setiap dua hari sekali. Tapi sejak mesin basuh problem, aktiviti membasuh tergendala.

Ceritanya begini, macam biasa la, awal pagi tu basuh kain, sambil tunggu kain tu nak spin kinah siapkan kerja-kerja yang tak siap lagi dalam bilik. Tiba-tiba dengar bunyi prup, masa tu tanya la kakak bunyi apa tu, si kakak jawab takde bunyi apa sebab dia tengah main dengan adik kat ruang tamu. Lagipun, bilik kinah buat kerja dekat dengan dapur. 

Masa tu dalam fikiran takde apa la kot, fikir jiran belakang tengah bertukang ke ape. Sekali dengar bunyi pang pang pang dekat mesin basuh. Siapa pakai mesin basuh manual mesti familiar dengar bunyi tu. Tapi mesin basuh kinah ni automatik, tak pernah dibuatnya bunyi macam tu sebelum ni.

Ingatkan sekejap je pang pang pang tu, sekali lama pulak, dengan paniknya terus tekan suis off. Baru lah dia senyap. Kuat kot bunyi dia. Bunyi dia satu taman boleh dengar.

Drum mesin basuh senget, mesin basuh rosak, mesin basuh
Sila abaikan kekotoran kat tepi tu ye.

Bila bukak tengok, drum dah jadi senget. Kinah angkat semua baju terus sidai. Mujurlah dia buat ragam masa spin, kalau masih lagi mode wash, pengsan mak nak membilas, nak perah dan jemur sebab musim hujan masa tu.

Sebenarnya, mesin ni dah dua kali buat ragam termasuk ni selepas hampir 9 tahun berkhidmat. Masa mula dia buat hal aritu, masalah panel board, ada kaitan dengan cik tikus gigit wayar apa ntah kat atas siling tu. Kena panggil orang repair mesin, dia baiki dan tukar panel baru mesin dah boleh guna seperti biasa. Kos hangus tukar board aritu kalau tak silap RM200 sekali dengan upah dan dia servis sikit. Ok lah pejam mata la masa tu bayarnya.

Tapi kali ni drum pulak problem. Ada jugak tanya dengan orang yang repair mesin ni dulu, katanya boleh repair. Yop kata tak payah la repair, dah sampai masa kita tukar bibik yang baru. Lagipun ahli dalam rumah ni dari bertiga dah jadi berempat. Kapasiti mesin tu dah tak sesuai. Kita upgrade la mesin 10 kg la pulak. 

Tapi itulah, dia sakit time sebelum gaji. Nak tak nak terpaksa la pergi kedai dobi layan diri buat sementara. Mujurlah banyak kedai dobi kat kawasan ni. Nak basuh tangan entah bila masa nak memberusnya. Kang duduk menyental, si Lulu duk tepi pagar meraung nak masuk sekali. Tak jadi kerja dibuatnya. Masa bujang dulu larat la nak basuh baju sendiri, dah anak 2 ni tak daya kome nak sental baju.

Kita riki dulu la mesin basuh, dah aim satu kedai ni. Antara jenama Sharp dengan Toshiba harganya pun tak jauh beza. Lepastu, masa meeting mak2 bawah pokok nangka,  ahli mesyuarat bagitau ada satu kedai ni boleh tawar menawar plus boleh trade in yang lama. Hmm menarik jugak dengarnya. Tunggu la Yop free nanti baru pergi riki kedai tu pulak keh keh.

Hmm buat sementara ni, tersadai dulu mesin basuh kat situ dulu ye sementara nak upgrade yang baru.



Post a Comment

5 Comments

  1. Benda yang boleh menaikkan tekanan darah saya kalau mesin basuh meragam.

    ReplyDelete
  2. Susah kalau mesin basuh buat hal.

    ReplyDelete
  3. memang letih kalau mesin basuh meragam..baru aje terkena

    ReplyDelete
  4. Alahai...dia mintak baru tu Kinah...

    ReplyDelete
  5. mesin basuh akak pun penah buat hal..sementara nak beli baru, kena ke dobi dulu..Sabo je lah..dia nak sakit pun time2 belum gaji..haha...

    ReplyDelete