Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Alkisahnya cerita ni dah basi dah pun. Cerita 2 ke 3 minggu lepas. Terperam je la dalam draft tu, hari ni baru nak kongsi. Bila sampai hujung minggu dan kebetulan jatuh hari off ayahnya, kitorang sebenarnya dah tak tahu nak kemana jadi kitorang pun buat keputusan bawa anak-anak beriadah di Gamuda Gardens, Rawang Selangor.  

Nak kata jauh dari rumah tu tak jugak. Lebih kurang setengah jam daripada rumah kami. Tahu kewujudan tempat ni pun dari kak AnaJingga la. Tengok kak Ana share di facebook, nampak macam best je. Bagitau yop pasal tempat beriadah yang menarik ni. Yop tak cakap banyak, dia ok saja.

Selama ni kitorang selalu bawak budak-budak ni beriadah di taman permainan dekat Kuala Kubu Bharu. Kali ni nak berubah angin ke tempat lain pula dan kebetulan kitorang ni pun tak pernah lagi sampai ke sini. Jadi, dengan panduan google maps, akhirnya sampai juga kami ke Gamuda Gardens. Masa kitorang sampai pun dah petang, dan ada event sempena nak Gong Xi Fa Cai di seberang tasik tu. 

Si Lulu pulak, dia ni sepesen macam ibu dia. Masuk kereta je lena, dah sampai pun dia lena lagi. Yop kata, "korang pergi je la dulu", dia tunggu Lulu. Kinah dengan Thahirah, apa lagi, mulalah langkah kami. Masa mula-mula sampai tak ramai lagi orang.

Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Pertama kali sampai ke sini, subhanallah.. Cantik lanskap tempatnya. Iyalah, kawasan ni kawasan berjaga dan dikelilingi komuniti. Sambil jalan dalam taman tu, dapat juga cuci mata tengok design rumah yang hanya mampu tengok saja mak kinah kata.

Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Rupanya, jauh jugak track dalam kawasan ni. Itupun kinah tak habis pusing lagi tu sebab sangkut dekat playground. Menyinggah la ke situ teman si kakak main. Punya la dia seronok dapat main slide tu. Besar kot dari biasa yang dia main. Slide ni pun nampak lebih safety.
 Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Lepas habis main kat slide, kinah ajak kakak jalan pula. Dah alang-alang sampai kan. Next time boleh datang lagi sebab dah tau ada playground kat sini. Kemudian tak lama lepas tu, yop mesej bagitahu Lulu dah bangun dan diorang pun dah gerak masuk ke dalam. Kinah dengan kakak dah jauh ke depan, ajak si kakak pusing balik ke belakang tunggu ayahnya dan adik di playground tu semula.

Beberapa minit kemudian dua beranak tu pun sampai. Apa lagi, dah nampak ada playground kat situ, sampai ke sudah la kat situ. Takpe la, at least anak-anak seronok main kat sini sampai la ke petang.

Bawa Anak-Anak Beriadah Di Gamuda Gardens Rawang

Cukup time kinah pun ajak la diorang balik, dah puas main kan semua. Itu pun pada mula si Lulu tak nak balik lagi, sebab tak puas main lagi. Haa sapa suruh tidur kan masa awal sampai tadi. Bila nak balik semula ke parking kereta, nak nangis pulak rasa sebab kaki dah letih. Mujurlah ada kerusi, bolehlah berehat sekejap.

Dah lama tak excercise, macam tu la jadinya. Dalam kereta, si kakak ngajak datang lagi esoknya. Dah seronok katakan. Apaknya pulak kata, "tanya ibu dulu, kalau ibu ok, tak sakit kaki, kita pergi esok ye". Aishh jawapan bapaknya macam perli kiter pulak. Hampehh!!!!

Nanti la kite plan lagi ye anak-anak.


Post a Comment

6 Comments

  1. wahh bestnya tempat tu Kinah...nak2 bila ada anak kecil lagi diaorg melayan diri kat slide tu..tapi kita pun terasa gak nak main slide tu tapi takut reput tulang pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh itulah, nak main jugak. Tapi malu sebab dah tua heheh

      Delete
  2. Hehe sampai dah yer, seronok kan Kinah bawa anak2 riadah petang ke sini ... :) Wah siap mention kak ana lagi tuu.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok budak2 ni kak.. itupun si kakak ajak ke sana lagi. Tunggu cuaca ok sikit kita pergi lagi.

      Delete