Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College

Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College | Alhamdulillah, masing-masing telah pun terima keputusan SPM. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Haa apa perancangan adik-adik selepas SPM ni? Pastinya ingin menyambung pelajaran bukan?

Tapi sebelum itu, adik-adik sudah membuat pilihan program atau jurusan apa yang adik-adik ingin pilih?. Bukannya apa, bimbang jika salah pilih adik pula yang menyesal nanti. Ni, akak nak kongsi tip bagaimana adik nak pilih program yang sesuai dengan adik 


1. Dapatkan maklumat tentang program atau universiti pilihan

Sekarang ni kan semuanya di hujung jari je, adik-adik boleh dapatkan maklumat berkaitan program yang bersesuain di internet yang memberi peluang pekerjaan mengikut keperluan industri masa kini.  Di samping itu korang juga boleh cuba cari pengalaman pelajar yang pernah mengikuti program sebelum ni dan dari situlah adik-adik boleh dapat gambaran sebenar mengenai program. Jelas tak?!


2. Hadiri ke Hari Terbuka Universiti

Rasanya ramai yang terlepas pandang dengan program sebegini. Rajin-rajinkan lah hadiri 'open day', dan dapatkan informasi dan hebahan di sosial media. Bagusnya ada program sebegini, adik-adik boleh dapat gambaran sebenar kehidupan 'university life' berdasarkan pengalaman oleh pelajar itu sendiri, dan ada juga di antara mereka yang boleh beri penerangan serba sedikit mengenai kos yang adik-adik minat dan dari situ adik-adik boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri adik.


Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College

Haa bagaimana? Masih tak jelas lagi nak pilih program yang mana yang sesuai dengan adik-adik, takpe akak nak kongsi dengan korang beberapa program pengajian yang ditawarkan di INTEC Education College, salah satu antaranya ialah Diploma Kewangan Islam.

Bagi yang kurang jelas dengan Diploma Kewangan Islam ni, sebenarnya ianya mengkhususkan pengajian dalam bidang asas perbankan Islam serta konvensional, asas sistem kewangan Islam, pelaburan, pengurusan risiko kewangan, kontrak syariah dalam perbankan Islam serta bidang yang berkaitan.


Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC

Kalau sebelum ini biasanya kita akan dengar yang tempoh pengajian diploma selama 2 tahun 6 bulan sehingga 3 tahun kan? Tapi berbeza dengan Diploma di INTEC kerana tempoh pengajiannya selama 2 tahun Sahaja! Sangat sesuai bagi adik-adik yang nak sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau nak mulakan karier dengan lebih awal.  Tambahan pula, program ini juga telah menerima akreditasi penuh daripada MQA iaitu Agensi Kelayakan Malaysia sejak tahun 2001 lagi. 

Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College

Objektif Pendidikan Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC

  1. Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang luas dan kemahiran praktikal dengan kebolehan kognitif dalam industri kewangan Islam.
  2. Memupuk sikap boleh bekerja dalam berpasukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, interpersonal dan kemahiran berkomunikasi.
  3. Menjadikan graduan yang celik IT, mempunyai pendekatan analitikal yang berkaitan serta mempunyai kemahiran numerasi dalam kewangan Islam.
  4. Melahirkan graduan menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang berkesan disamping mengekalkan etika dan profesionalisme dalam industri perkhidmatan kewangan.

Peluang Pekerjaan Bagi Graduan Diploma Kewangan Islam 

Pastinya adik-adik tertanya-tanya apakah peluang atau bidang pekerjaan yang boleh diceburi jika memilih program Diploma Kewangan Islam ni bukan? Sebenarnya banyak je peluang pekerjaan untuk program ini, antaranya ialah :
  • Eksekutif Zakat
  • Pegawai Syariah
  • Eksekutif dalam industri kewangan
  • Perunding Jualan
  • Perunding Takaful
  • Perunding Unit Amanah
  • Perunding Skim Persaraan Swasta
  • Perunding Harta Pusaka
  • Perancang Kewangan Islam (Shariah RFP/IFP)

Haa bagaimana? Dah nampak kan peluang pekerjaan yang boleh adik ceburi dalam Kewangan Islam ni. 

Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College
Sumber Gambar dari: INTEC Official Facebook Page


Berpeluang Menyambung Pelajaran Di Peringkat Sarjana Muda

Boleh ke nak sambung ke peringkat seterusnya selepas tamat Diploma Kewangan Islam di INTEC ni? Mesti ada adik-adik yang tertanya-tanya kan sebab program ini antara program yang “rare” tapi sebenarnya diperlukan dalam pasaran pekerjaan sekarang. Semestinya adik-adik boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.  Ramai graduan daripada INTEC telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan seperti berikut: 

 1. UIAM – Sarjana Muda Kewangan (kewangan Islam)
 2. USIM – Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam
 3. UM – Sarjana Muda Pengurusan Muamalat
 4. UiTM – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
 5. UMS – Sarjana Muda Kewangan Islam
 6. USM – Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan Islam)
 7. UPSI – Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam)
 8. UUM – Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam
 9. UniSZA – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)
10. UMK – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam)

menarik juga program ni kan? Lagipun program ni pasaran kerja pun luas. Adik-adik kena ambil peluang ni tau.

Oh ye, selain Diploma Kewangan Islam, adik-adik juga boleh mengikuti program-program Diploma lain di INTEC dan yang pastinya kesemua program Diploma di INTEC hanya 2 tahun Sahaja seperti yang dimaklumkan pada awal cerita tadi. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah: 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma in Business Management)
  • Diploma Pengurusan Awam dan Governan (Diploma in Public Management and Governance)
  • Diploma Pengurusan Halal Saintifik (Diploma in Scientific Halal Practices)
  • Diploma Perakaunan (Diploma in Accounting)


Kelebihan Mengikuti Program Diploma Di INTEC Education College

Jika adik-adik masih ragu-ragu dengan Diploma Kewangan Islam ni, akak nak tambah sikit “speciality” yang adik-adik akan dapat bila belajar di INTEC terutama dalam Diploma Kewangan Islam ni. Antaranya:
  1. Program Diploma beserta latihan industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar akan situasi alam pekerjaan yang sebenar
  2. Mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah sejajar dengan keperluan industri
  3. Jika ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, pelajar dibenarkan untuk pemindahan kredit bagi kursus yang telah diambil sewaktu di peringkat diploma.
  4. Berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti yang diiktiraf sama ada dalam mahupun luar negara

Boleh terus ke website rasmi INTEC untuk dapatkan lagi maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan beserta syarat kelayakan yang diperlukan atau hubungi: 

INTEC Education College
Jalan Senangin Satu 17/2A,
Seksyen 17, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

• Phone (General): +603 8063 7000
• Marketing: +603 8063 7076
Marketing and Student Admission Department: +603 8603 7080
Email: marketing admission@intec.edu.my

Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College
 
Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College



Post a Comment

0 Comments