Breaking

Friday, 2 December 2016

8 Makanan Terbaik Untuk Cegah Kanser

8 Makanan Terbaik Untuk Cegah Kanser | Sakit ni tak kira usia, tua ataupun muda masing-masing akan merasa. Kebanyakan penyakit berbahaya seperti jantung, darah tinggi, dan kencing manis ni berpunca daripada faktor pemakanan. Begitu juga dengan penyakit kanser yang mana, pada masa kini telah ramai yang menghidap penyakit berbahaya ini tanpa kita sedari. 

Paling menyedihkan kanak-kanak pun ada yang menghidap penyakit kanser ni. Allah, seawal usia itu, telah diuji dengan penyakit yang dikatakan pembunuh senyap nombor 1 di Malaysia ni. Mintak dijauhkan la. Namun begitu, jika ianya dapat dicegah dari awal mungkin penyakit ini boleh diubati. Kalau korang nak tau, penyakit kanser ni sebenarnya boleh dicegah jika kita amalkan makanan ini dalam kehidupan seharian kita.

Hahhh nak tau tak makanan terbaik untuk cegah kanser?  

8 Makanan Terbaik Untuk Cegah Kanser

Makanan terbaik cegah kanser, penyakit kanser, makanan elak kanser
8 Makanan Terbaik Untuk Cegah Kanser

Kubis Bunga

Antara makanan terbaik untuk cegah kanser ialah kubis bunga. Mengapa kubis bunga? Kalau korang nak tahu, kubis bunga ni mengandungi sulforaphane iaitu sebatian yang terbukti mempunyai kesan anti-kanser. Sulforaphane ni dilepaskan apabila kubis bunga dipecahkan. Jadi, lepas ni jomlah kita kunyah banyak-banyak kubis bunga ni. Buat macam ulam hehehe. Walaupun rasa dia tak berapa best, tapi ingat khasiatnya tu.

Lobak Merah

Siapa sini suka makan lobak merah? Kinah suka makan lobak merah ni, bagus untuk mata. Kinah kan rabun jadi memang selalu la makan lobak merah ni. Sebelum ni kita hanya tahu, lobak merah bagus untuk mata saja rupanya lebih dari itu. Kalau korang nak tahu, satu kajian telah dilakukan ke atas tikus yang diberi makan lobak merah ni. Hasil daripada kajian ni didapati bahawa lobak merah sebenarnya mampu menghentikan pertumbuhan kanser prostat. Hah, untuk kaum adam, lepas ni banyakkanlah makan lobak merah tu ye.

Avokado

Buah avocado ni kalau korang nak tahu sebenarnya mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini sebenarnya datang daripada lemak tersebut, menjadikan buah ini antara buah yang berlemak. Namun lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid) iaitu asid yang memberi kebaikan kepada badan kita. Walaupun rasanya tak la berapa manis tapi sebenarnya avokado ni mempunyai banyak nutrien dan bagus untuk kesihatan kita. Kebanyakkan antioksidannya telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser. 

Brokoli

Brokoli adalah yang terbaik pejuang kanser semulajadi terhadap pelbagai jenis kanser. Kanser kolon dan kanser pundi kencing adalah antara dua kanser yang dapat dicegah dan dirawat dengan mengamalkan brokoli ni.

Tomato

Tomato yang dimasak membantu badan kita mengeluarkan lebih lycopene, fitokimia tertentu yang menyediakan manfaat melawan kanser. Tomato juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk badan.

Kacang Walnut

Kacang walnut kaya dengan omega 3, iaitu sejenis asid lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti mengurangkan kadar risiko penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol. Wanita terutamanya, amalkan kacang walnut ni kerana dipercayai kacang walnut mampu mengelakkan kita dari ancaman kanser payudara dan lelaki pula mampu mencegah kanser prostat.

Bawang Putih

Bawang putih dikatakan dapat menghentikan sel-sel kanser daripada membiak dan merebak. Dipercayai juga, bawang putih mempunyai kesan anti-virus dan anti-bakteria yang bertindak seperti antibiotik yang bekerja dengan baik terutamanya jangkitan kulat.

Halia

Sebelum ni  yang kinah tahu, halia selalu digunakan dalam masakan dan untuk buang angin je. Rupanya, halia ni bukan setakat digunakan untuk buang angin je, malah mampu mencegah kanser rupanya. Satu kajian telah dijalankan dan mendapati halia sebenarnya berfungsi lebih baik daripada ubat kanser dalam menentang sel-sel kanser. 



4 comments:

  1. hmmm semua favourite hehehe
    ada satu lagi boleh cegah sel kanser..lemon :)

    ReplyDelete
  2. no 7 n 8 tu jak tak suka!!1 hahahaha yang lain fav

    ReplyDelete
  3. waaa semua kat atas ni lenne makan kecuali bawang putih, halia and walnuts. walnuts sebab lenne allergic, bawang putih and halia tu dua dua rasa tak sedap haha 😂

    Lenne Zulkiflly

    ReplyDelete