Khasiat Daun Sup yang Kita Tak Tahu

Kenal tak daun apa ni? Daun sup atau daun ketumbar? Haaa ni daun sup. Daun sup mempunyai daun yang lebih jarang dan bentuk daunnya lebih besar berbanding dengan daun ketumbar. Biasanya daun sup ni kita guna sebagai bahan akhir setiap masakan untuk perangsang selera. Selain itu, daun sup juga mempunyai kadar protein yang tinggi dan lebih menarik minyak yang diekstrak daripada daun sup boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan ramuan minyak wangi. Tahu tak daun sup ni banyak khasiatnya. Antaranya ialah:

  1. Sistem Imunisasi - 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.
  2. Penawar buah pinggang - Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. 
  3. Merawat kencing manis - Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.
  4. Sistem perkumuhan - Biji benih daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.
  5. Menurunkan kadar kolestrol - Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.
  6. Mencuci buah pinggang - Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.
  7. Penawar ubat batuk - Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.
  8. Mengubati mata kering - Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minun tiga kali sehari.
Nilah rupa daun kelor.


Post a Comment

2 Comments

  1. banyak jugak sebenarnya khasiat daun sup ni.yg sy tau boleh cuci buah pinggang je. hehe

    ReplyDelete
  2. selama ni kita makan daun sup ja tahu. tapi tak pernah ambil tahu khasiat dia. thank you atas perkongsian!

    ReplyDelete