Green Dinosaur Penyelamat Kepada Yang Tidak Makan Sayur

Gambar Hiasan
Green Dinosaur Penyelamat Kepada Yang Tidak Makan Sayur|Sayur-sayuran walaupun banyak khasiatnya, tetapi tidak semua yang gemarkannya terutama bagi kanak-kanak. Mungkin rasanya yang pahit membuatkan anak kita tiada keinginan untuk memakannya. Walaupun telah dipaksa dengan pelbagai cara tapi masih juga tidak mahu. Aishhh pening kepala mak-mak. Kanak-kanak yang semakin membesar memerlukan nutrien yang secukupnya untuk membantu proses tumbesarannya. Jika tidak, anak-anak kita akan mudah mendapat penyakit. Mak mana yang mahu anaknya ditimpa sakitkan. 

Kini, zaman pun dah berubah. Jadi pelbagai inovasi telah dilakukan seperti yang telah dilakukan oleh pihak JuiceWorks Malaysia. Melihat situasi seperti ini, telah memberi cetusan idea kepada mereka untuk membuat perubahan bagi menggalakkan kita dan anak-anak terutamanya untuk memakan sayur. JuiceWorks telah mengeluarkan satu produk minuman jus baru yang diberi nama "Green Dinosaur"dan baru saja dikeluarkan pada bulan lalu.


Terdiri daripada bayam, biji Chia, kapur, laici dan aiskrim vanila rendah lemak dan semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.


Sempena bulan Ogos ini adalah bulan Kemerdekaan, JuiceWorks menawarkan promosi "Buy 1 Free 1" kepada mereka yang lahir pada bulan ini.


Minuman JuiceWorks boleh didapati dalam pelbagai saiz.

JUNIOR (250mL) : RM8.95
MIDI (450mL): RM9.95
POWER (650mL): RM10.95

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari

3 comments: